THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 23, 2011

SANAH HELWA SHAMSEDAH

SANAH HELWA SHAMSEDAH

Assalamualaikum moga kalian sihat dan terus berjuang. Alhamdulillah tanggal 22 April 2011 genaplah usia ku 27 tahun. Alhamdulillah masih lagi “Single and Available” dan masih lagi bernyawa untuk meneruskan perjuangan mendamba redha Allah serta berkesempatan untuk bertaubat kepada-Nya. Syukran Jazilan buat semua yang mendoakan ku di usia 27 tahun ini. Terima kasih kepada Saudaraku Abd Halim Ahmad, Pensyarah ku En. Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Sahabatku Zharudin Narudin, Permata hati ku Sumaryanny Ani, Nurfarahin Abd Aziz, Ifdal Faliq Zainuddin, Fatimah Abdul Rahman, Adik tersayang Mohd Khairi Mohd Jais yang sudi menghantar bingkisan pesanan ringkas melalui talian CELCOM ku, moga doa kalian dimakbulkan Allah untuk kesejahteraan kita bersama Insyaallah, aku juga mengharapkan kalian juga begitu. Tak dilupa kepada mereka yang sudi mendoakan ku dilaman sosial ku terima kasih yang teramat yang mampu aku balas.

Kekecewaan, kepedihan, kesedihan serta kedukaan yang aku alami selama 27 tahun akan ku cuba lemparkan jauh dari hidup ku walau aku tahu segalanya merupakan medan tarbiyyah buat ku sehingga aku mampu berada di tahap ini dengan Ihsan Zat Allah SWT Alhamdulillah. Adakalanya aku merasakan amat terasing di dalam kelompok ku sendiri, terpaksa menongkah arus kehidupan dan sememangnya sejak aku kecil lagi aku sudah biasa meminggir diri. Tekanan hidup membuatkan aku terpaksa keluar daripada zon selesa yang dicipta oleh keluarga ku. Lebih memeritkan ibuku langsung tidak mengungkap sebarang ucapan buatku usahkan memberikan hadiah buatku. Aku cukup terkilan dengan perbuatan ibu ku itu. Bagi ku mereka yang aku menumpang kasih lebih sedar akan kehadiran ku jika dibandingkan dengan keluarga ku sendiri. Walaupun Insan bernama Nor Bin Ahmad masih hidup namun dia sendiri jijik untuk mencari darah dagingnya. Ibu ku mungkin malu mengaku aku anaknya kerana aku tidak pernah memberikan kesenangan seperti mana yang dicurahkan oleh anak angkat kesayangannya, punya kereta, berpendapatan dan yang paling utama mampu bekerja bertungkus lumus walaupun tidak berpendidikan tinggi. Tapi aku? Aku senentiasa membebankan hidupnya sehingga kini. Mungkin aku Useless di matanya. Sudahlah tidak sesempurna di mata ibu ku dan tidaklah secantik keturunan Arifin Ayob yang lain. Jika nak dibandingkan dengan sepupu ku yang lain semuanya cantik-cantik belaka, pandai bergaya, bekerjaya, di sayangi sepenuhnya dan mempunyai kelebihan yang lebih jauh jika dibandingkan dengan aku. Aku hanya jauh panggang daripada api.

Terima kasih buat Pak Khairul Napisham dan Abah Pian yang sudi menghulur kasih memberi sejalur pengharapan untuk terus hidup. Insan yang senentiasa mendoakan ku untuk terus belajar di Universiti Kehidupan Ciptaan Allah ini sebelum bergraduasi menanti Jannah Firdausi serta dikurniakan Senarai Pingat Wildan. Terima kasih Pak dan Abah yang sudi merawat duka ku yang hampir merana jiwa dan sengsara fizikal ini dalam menjawab segala tomahan dan cercaan daripada mereka yang tidak mengerti. Mereka hanya tahu menghukum tetapi langsung tidak memberi sebarang SOLUSI, itulah silibus yang paling payah untuk LULUS CEMERLANG sebelum bergraduasi di Universiti ini. Meruntun sabar dan tekad. Hanya IMAN dan TAQWA kunci kejayaan disamping formula yang selalu dihafal dan diaplikasikan dalam menyelesaikan soalan ini adalah f(x)=DOA+∑_(n=1)^∞▒(DOA cos⁡〖USAHA/L〗+TAWAKAL sin⁡〖IKHTIAR/L〗 ) atau mudahnya REDHA ALLAH = DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL.

p/s: bukan meluah perasaan ataupun meraih simpati hanya berkongsi agar menjadi pedoman dimasa mendatang

0 ulasan: