THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 29, 2009

JEMAAH ITU KEPERLUAN...UMMAH ITU TUJUAN

Assalamualaikum...Salam ukhuwahfillah

Mengapa persoalan ini yang berlegar di fikiran? Adakah kerana ingin mencari publisiti mempromosi diri?Agar sempurna di mata sahabat?Tidak dilabel kolot?Biarlah apa orang nak kata...

Adakalanya kita selalu tersilap...terlalu mengagungkan ideologi sendiri tanpa memikirkan apa yang diperlukan oleh islam...tanpa memikirkan persekitaran...seolahnya kita bangga dengan dunia kita...

Mengapa ini yang terjadi?

Tuesday, October 27, 2009

LIDAH TERHUNUS DITANDUS SAHARA

Assalamualaikum...Salam Ukhuwahfillah Abadan Abada'

Lidah lebih banyak membunuh daripada mata pedang yang tajam...Terguris hati oleh mulut orang lain adalah ilmu yang mengajar kita erti disiplin diri...

Kesekian kalinya,Allah menguji hambanya yang masih bernyawa...dalam setiap ceruk lorong kehidupan...menguji tahap keimanan dan kefahaman tentang islam...tujuan penulis menulis bukan bertujuan ingin membangga diri tetapi tidak keterlaluan dikatakan sebagai renungan buat kita bersama...

Elemen yang sangat bahaya yang ALLAH kurniakan bagi setiap manusia adalah LIDAH...adakalanya LIDAH merupakan suatu elemen yang bisa mengguris hati dan mematikan perasaan...bukan penulis seorang yang begitu lembut dan ayu tetapinya...ketegasan harus bertempat...tetapi haruskan kita berkata sesuatu yang tidak kita kerjakan?Ibaratnya mengajar KETAM BERJALAN LURUS...MENGAPA KITA HARUS MENUNDING TAK TENTU HALA PADA MEREKA YANG BERDOSA...MENGAPA PERANAN MANUSIA HARUS DICATURKAN APATAH LAGI ADAKALANYA DIPROGRAMKAN MENJADI SUATU OBJEK YANG PEGUN YANG MEMERLUKAN DAYA BAGI MENGGERAKKAN BEBAN YANG PEGUN ITU?MENGAPA PERLUNYA MOMENTUM YANG AKHIRNYA MEMBINASAKAN PERANAN INDIVIDU? BAHASA yang dilontarkan adakalanya LEBIH KUAH dari SUDU...(MAAF ANDAI TERASA...JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH)

"ku bersyukur hanya padaMu tuhan....kau temukan laluan bermula....Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga"

Bertapa Allah sayangkan makhluknya...walau banyak kemusnahan berpunca daripada MANUSIA...Kesian-kesian ada akal tapi adakalanya lebih teruk daripada binatang... LIDAH juga berperanan mencaturkan dan menabur propaganda...PANTANG tengok orang tu lebih sikit MULA tabur FITNAH...dah tau awak tu tak sampai tahap a.k.a low standard belajarlah...ni dahlah tak tau...TAPI BODOH SOMBONG...TAK CUKUP BODOH SOMBONG MACAM-MACAM PENYAKIT DUK BERSARANG DALAM HATI...PASTU SIBUK DUK PAS-PAS TUNDING SANA SINI KATA SEMUANYA TERINFLUENCE DARIPADA SESETENGAH INDIVIDU...apalah...kalau nak tepuk air dalam dulang pikir kat mana tempiasnya

Tuesday, October 20, 2009

SYURGA CINTA 2009…MENDAMBA CINTA HAKIKI

Assalamualaikum…Salam pertemuan…Salam Perkongsiaan.
Syurga Cinta menjadi bahan bualan topik kali ini. 2 watak yang berbeza IRHAM dan SYUHADA yang boleh kita konklusikan sebagai CINTA SI CANTIK DAN SI HODOH…Bukan daripada fizikal yang menjadi ukuran tetapi cuma analogi kepada ketidak sekufuan 2 individu ini, memetik kepada salah satu dialog yang terkandung di dalam filem ini adalah “Manusia acap kali ingin menjadi yang sempurna di mata manusia sekeliling namun buruk di sisi Allah” frasa ini menyentap jantung penulis yang menyebabkan rasa denyut nadi terhenti seketika, ibarat terhantuk baru terngadah…menghentikan penulis daripada lena yang panjang…Wanita ibarat sesuatu yang nilaiannya tiada tolok banding sehinggakan atuk Syuhada menyatakan jadilah sesuatu yang berharga yang disimpan di dalam geluk kaca, cuma yang terbaik yang akan memperolehinya…maknanya apa? Maknanya ISLAM mengajar apa yang kita dok sibuk bincang IKHTILAD. Bayangkan wahai sahabat sampai kesitu tafsirannya…mungkin penulis bukan yang terbaik…sekadar menganalisis apa yang tersurat disebalik cerita yang pada pandangan penulis mempunyai mesej yang amat berguna…IKHTILAD bukan sekadar menjaga batasan semasa bertemu dengan mereka yang boleh dinikahi tetapi dalam konteks hari ni lebih meluas…alah yang macam dipromosikan oleh BERITA HARIAN…LEBIH TRAMPIL….MACAM TU JUGA IKHTILAD…bukan masa jumpa je kita menjaga batas…sebab kononnya nak jaga adat…bukan AKHLAK…kononnya biar perfect di mata orang keliling…macam dialog yang dinyatakan oleh Fizz Fairuz di dalam cerita ini,nak isteri yang bertudung biar elok di mata orang….tapi kalau dah sumbing dan copek sebelum halal nak buat apa?Maksud penulis jangalah alim kucing tapi fahami konsep ikhtilad ni…SMS…YM…MUKA BUKU (facebook) apa lagi…kena jaga juga ikhtiladnya…ye memang semua tak perfect tapi jagalah satu bahagian dalam tubuh manusia ni,sampai ada hadith khusus yang menerangkan bertapa pentingnya komponen ni,baik buruk manusia bersandar padanya.
Ermmm…apa alang, hadith tu apa bunyinya?Mana nak berbunyi…kita taip jer…baca elok-elok ye…ambil intipatinya…jangan kutuk belakang kata kita ni cakap lempang lempong tapi….pernah dengar hadith ni?Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” Jelas,sudah terang lagi bersuluh…IZHAR HALQI…natijahnya diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati. Untuk pengetahuan kalian semua wahai sahabat bahawasanya hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah. Jelaskan? Itu dalam ISLAM…tapi dalam SAINS semua tingkahlaku dipusatkan di OTAK…tapi bila di kaji rupanya UNITED MUSYRIKIN sembunyikan ini daripada kita…dia TIPU KITA HIDUP-HIDUP ( tapi tak sedar juga…si buta meraba dalam terang)…MALANG…beruntunglah mereka yang menggunakan MATI HATI yang mendorong kepada cinta hakiki. Tengok tu…IKHTILAD ni masa kita dok layan jiwang tu macam-macam maksiat dok bersarang…eh memang kita tak jemput tapi dapat reward…bak kata orang kampong, kau tak nak tapi aku nak bagi...dah tu bila jadi yang pelik-pelik semua salahkan PEREMPUAN…yang PEREMPUAN salahkan LELAKI…akhirnya? Nun, penuhlah TANDAS…MASJID…LONGKANG dok menadah WAJAH SUCI yang tak berdosa akibat keterlanjuran MANUSIA yang PERFECT di mata HAMBA…tapi HINA di sisi ALLAH.
Irham yang sebelum ini mudah kita gambarkan sebagai seorang yang kurang faham tentang ISLAM (ISLAM KETURUNAN) akhirnya terlorong mempelajari ISLAM bukan kerana PEREMPUAN tetapi ingin memahami sebenar-benar ISLAM. Menundukkan EGO SEORANG LELAKI demi mempelajari apa yang dikatakan ISLAM dengan seorang PEREMPUAN yang sentiasa bermunajat agar dikurniakan seorang LELAKI YANG MAMPU MEMBIMBINGNYA. Jelas, tiada system KASTA di dalam ISLAM…semuanya bersifat perkongsiaan, menambah baik, saling melengkapi antara setiap kejadiaan. Bukan menimbulkan ketidakseimbangan gander tapi tengok, kaji dan fahami setiap kejadiaan…ALLAH dah susun CANTIK…Lelaki dan Perempuan mempunyai corak berfikir yang berbeza, tetapi bila diharmonikan mampu menjadi RIMA yang menenteramkan JIWA…barulah tak bergesel bila dah berumah tangga…mana taknya masa BERCINTA semuanya WANGI…BETUL…SUPER tapi bila dah kahwin semua tak kena…ada je yang tempang…cakap sikit pinggan terbang…pelampang melayang…yelah semua dah dapat sebelum kahwin…jadi rumah tangga jadi hambar ( Perghhhhhhhh…DR.CINTA pula…KAUNSELOR RUMAH TANGGA…PEGUAM SYARIAH…arghhhh mana-manalah)
Unik kejadian ALAM ni…Iqmal seorang anak kecil yang mampu menjadi IKON…tengok sahaja plot wataknya yang menggambarkan anak-anak kita nanti lagi bijak…sebab apa?Sebab mereka lebih terdedah dengan persekitaran yang lebih canggih…bayangkan anak buah penulis yang berumur 3 tahun pun pandai berhujah pasal hukum alam pelbagai persoalan yang dilontarkan, adakalanya terkedu seketika…tu baru anak buah…insyaallah kalau anak sendiri(lu pikirlah bro)…tu yang sampai sekarang masih single sekadar mampu berusaha dan bertawakal moga dijodohkan dengan seorang yang mampu menyejukkan hati…penenang jiwa…pembimbing…doakan yang terbaik untuk penulis. Bijaknya si Iqmal ni pemikiran dia sangat matang dan seorang yang bagi penulis anak yang independent dan self driven…Berlapang dada untuk BELAJAR..DI AJAR dan MENGAJAR….pencetus titik tolak motivasi, I’m only 8 years old Abg Am…kagum penulis dengan watak Iqmal.
Watak Mak dan Ayah Irham yang mencampur adukkan Haq dan Batil…ini calture di Malaysia…tidak keterlaluan rasanya kerana apa…kita sentiasa memandang enteng tentang isu ini. Ibadah dianggap kerja-kerja amal. Gambaran watak ini, pasangan hartawan yang suka ke CLUB…MABUK…BERZINA…BERPOYA-POYA boleh menebus dosanya dengan sedekah jariah dan menjaga anak yatim…CONFIRM TAK MASUK NERAKA ( kata Mustafa Kamal dalam dialognya…terperanjat penulis dengar) amboi mudahnya…HAQ dan BATIL ni ibarat AIR dan MINYAK…tak mungkin akan bercampur…Dari mana sumber pendapatan tu…semuanya jadi darah daging…YA ALLAH….kalau Allah turunkan bala bukan kena kat yang jahat je…yang baik yang atas pagar sekali kena balun tau. Jangan dok happy sangat…SEMUA DAPAT SAHAM HASIL DARIPADA KEBODOHAN SESETENGAH INDIVIDU YANG MENGANGGAP ISLAM SEBAGAI DOUBLE STANDARD…MASALAH…PITAM dibuatnya… Nak buat macam mana ni? Takkan kita dok pikir masalah tapi tiada penyelesaian?kita tak nak menyumbang ke? Amal Ma’ruf je tak jadi…Nahi Mungkar pun kena juga…WASATIAH…ISTIQOMAH(pesan sahabat penulis….katanya biar sikit tapi ada perubahan)…Ini tidak, mula pun tidak tapi sibuk perlekeh orang,perlekeh JEMAAH,perlekeh GERAKAN…bila KHULAFAK Ar-RASHIDIN nak tertegak? Penulis menasihatkan diri sendiri(SEDAR DIRI…BIAR JADI TAK FAHAM BAHASA semata-mata nak sedarkan orang yang berlagak bagus dan PANDAI tapi BIASA JE(IKLAN RIBENA RAYA)...
Susah kat MALAYSIA ni kita nak jumpa SEBUAH FILEM yang nak cerita tentang ISLAM…daripada ZAMAN GELAP kepada ZAMAN TERANG…MENDAMBAKAN CINTA HAKIKI…Apa yang PENTING? Ini RAHSIANYA SEBAGAI SEORANG ISLAM, D.U.I.T = DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL…TAPI JANGAN BERDOA INGAT ALLAH BILA SUSAH JE PULA….
Muhasabah buat diri yang adakalanya tersasar dari titik pusat kehidupan sebagai seorang hamba.

Sunday, October 18, 2009

APA YANG KAU TAHU...

Assalamualaikum... Moga Sihat Sejahtera Hendaknya...

APA YANG KAU TAHU...soalan pertama yang menerjah ke kotak pemikiran...rasanya seronok untuk dikongsikan bersama...Calture orang melayu...suka melemparkan perkataan yang kita anggap agak keras dan kasar...kekadang terasa juga hati ni dek kata sindir yang menusuk tajam dalam jiwa...tapi menurut teori psikologi manusia ni kalau guna bahasa abstract sangat pun tak faham juga...jadi sekali-sekali tertembak batang hidung sengal jugalah...

Apa Yang Kau Tahu yang cuba diterjemahkan adalah sikap segelintir daripada kita yang amat gemar memperlekeh orang lanteran kesipan mereka sendiri...mengapa harus ditunding kepada orang sedangkan segalanya berpunca daripada kesalahan kita sendiri, kelemahan sistem berorganisasi dan banyak lagi kepincangan yang harus kita tambah baikkan...bukan retak menanti belah.

Teringat saya dengan pesanan seorang sahabat yang kini berada di Bintulu,katanya kepincangan berlaku akibat kita yang tidak minat dengan apa yang kita lakukan,sering tangkap muat dan keserasian kerja tiada. Benar bagai di kata, tapi permasalahan yang timbul adalah apabila rusa masuk kampung, bagi saya kita hendaklah bekerja berdasarkan CALTURE di mana tempat kita berada bukannya sibuk bercerita ZAMAN KEGEMILANGAN kita dulu...kekadang ye perlu kita berkongsi pengalaman...tapi bukannya tangkap muat sistem dulu masuk ke SITUASI dan REALITI KINI...itu yang jadi caca merba tu...

Thursday, October 15, 2009

KAIN CINTA PUTIH

Menyelusuri denai kehidupan ,
Yang penuh ranjau berduri,
Adakalanya tewas dimamah ilusi,
Akhirnya sepi sendiri.
Aku masih di denai itu,
Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti,
Mungkinkah aku mujahid cinta?
Menagih cinta yang dimeterai sejak azali.
Kain cinta putih menjadi saksi,
Kesekian kalinya…merintih sayu,
Bilakan damai kemarau di hati,
Ibu…cuma kau yang memahami ku.
Mungkinkah tiada sekelumit bahagia buat kita?
Kain putih…tanpa sebarang noda,
Akhirnya reput dimamah hari,
Kerinduan…pengharapan…duka menyelubungi diri.
Merintih sayu sendiri,
Biar aku bukan yang terbaik,
Namun ibu masih setia mendampingi ku,
Kain putih menjadi saksi termeterai cinta hakiki.
Rasanya belum puas aku kecapi nikmat bahagia,
Lembut belaianmu masih dapat kurasakan,
Tapi kini…aku hanya menghitung hari,
Mungkin ini kali terakhir kau meratap permata hatimu.
Segalanya tercatat di kanvas kehidupan,
Suratan mahupun takdir,
Aku redha dengan ketentuannya,
Namun tubuh kaku ini masih menghitung hari.
Gusar…resah…gelisah,
Mematikan hati…merumitkan fikiran,
Mengapa aku…aku meratap sayu,
Rahsia disebalik kain putih.
Maafkan aku wahai ibu,
Sehingga akhir nyawaku,
Kau setia mendampingiku,
Aku tak berdaya…amanah yang digalas bakal ditinggalkan.
Hanya memori …mengulit rindu,
Mengusap kesedihan yang kau alami,
Kesengsaraan yang tiada bertepi,
Maafkan aku wahai ibu…

Salsabila Humairah
20 Syawal 1430

Monday, October 12, 2009

PERJUANGAN YANG HAMPIR SELESAI

Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya hampir tamat pengajian di peringkat sepatutnya...tetapi qada dan qadar Allah tak siapa tahu ketentuannya...manalah tau ajal menjemput sebelum tamat semester...bercerita tentang qada dan qadar teringat penulis dengan sepotong hadith...hadith yang berkisar tentang mengekalkan akhlak yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
( Riwayat at-Tarmizi )

Maksud di sebali hadith ini adalah:
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.

Mungkin penulis bukan orang yang selayakknya berbicara tentang hadith ini,al-maklumlah penulis bukan ahli yang menuntut di dalam jurusan pengajian islam...selayaknya penulis hanyalah seorang islam yang ingin mendalami,memahami,mengaplikasi seterusnya berkongsi ilmu dengan setiap insan yang sudi berkongsi ilmu...

Adab dan Akhlak suatu benda yang adakalanya masyarakat kita ambil remeh...ada yang membuat andaian ini benda yang sama...tapi adakah ianya benda yang sama? Ideologi dan Akidah? Disiplin dan Cara Hidup? Penulis tinggalkan kalian agar sama-sama kita selusuri sesuatu yang dikatakan AKHLAK

Thursday, October 8, 2009

HIBURAN MENDIDIK JIWA

Assalamualaikum
Rasa sedih dan gusar menghimpit jiwa...melihatkan nasib remaja islam zaman kini...
Kesian mereka ini...nak dibantu tetapi banyak pula alasan mereka...tak bersedialah...bukan yang terbaik...BELUM SAMAPAI SERU (macam lagu kasih ku seru)dimana salahnya....

Bila dibawakan hiburan dalam islam yang mereka tau....faham-fahamlah ye...sedangkan banyal lagi cabang seni didalam islam...tapi mengapa harus jadi begini? Bila ditonjolkan kesenian yang lain...ilmu asas fardhu ain...semua tak berminat seolah-olah memperlekeh...mengapa?Mengapa hanya mengambil ISLAM sebagai identiti tetapi sedikit pun tak mahu memahami apa yang terkandung di dalam islam....

Wednesday, October 7, 2009

Nur Kasih

Assalamualaikum...Salam Ukhuwah Fillah....
Mungkin sudah ada yang terfikir apa yang ingin diperkatakan...Pernah tonton drama bersiri Nur Kasih setiap hari Jumaat? Erm...tak pernah?Tipulah...

Bagi penulis, Nur Kasih merupaka sesi penerapan Islam melalui kesenian...al-maklumlah generasi sekarang ni kalau dibuat kelas secara formal mati kutu dibuatnya...mesej yang disampaikan jelas cuma terserah pada mata hati penonton menilainya...

Watak Adam, jelas menonjolkan persepsi positif terhadap islam...adam yang selama ini hanyut dengan dunia ciptaannya sendiri akhirnya berbalik dengan ajaran ISLAM dan berpegang kuat dengan amanah yang Allah sandarkan pada setiap manusia. Adam yang dulu meletakkan ISLAM sebagai sebuah agama double standard akhirnya kembali kepangkuan islam...jelas...siapa kata islam tak menerima individu yang bermasalah?apa yang berlaku kini masyarakat kita hanya memikirkan islam hanya milik mereka yang alim....yang suka duk masjid mahupun surau...mengapa persepsi ini harus timbul dikalangan masyarakat yang boleh dikatakan intelektual tetapi masih dibayangi dengan masalah yang membelenggu...ISLAM bukan untuk MELAYU tetapi ISLAM itu menyeluruh...

Paling menyedihkan, ada yang mengklasifikasikan MASUK ISLAM SEBAGAI MASUK MELAYU...apa kenalah orang kita ni...ini yang cuba digambarkan denga watak Catrina pula...susah menerima keadaan dan hakikat sebagai seorang saudara baru...

Aidil?Masih adakah MUSLIMIN yang sama perwatakannya seperti AIDIL?Erm...tepuk dada tanya iman...memang...iman tidak mungkin diwarisi tetapi IMAN akan hanya mekar subur membugar di dalam sanubari selagi ada kefahaman dan mengamalkannya...jangan jadi IBARAT POHON TIDAK BERBUAH...SIA-SIALAH jadinya.....

Thursday, October 1, 2009

TANGGUNGJAWAB VS KEPERLUAN

Assalamualaikum...beretemu kita buat kesekian kalinya....
Sedih dan pilu menyelubungi jiwa...mana taknya, ilmu yang kita harapkan tetapi tidak kesampaian hasil daripada kegagalan meletakkan mereka yang benar-benar layak mengajar subjek yang tertentu...bayangkan...bagaimanalah kita hendak memahami mahupun mendalami ilmu jika tenaga pengajarnya sendiri tidak yakin dengan hujah yang disampaikan yang lebih menyedihkan persediaan pun tidak ada...hermmm...

Bukan menyalahkan sesiapa..cuma ingin menasihati diri dan sahabat...jika kita nak buat sesuatu pekerjaan tu kena fikir kepentingan semua...jangan sibuk nak jaga periuk nasi kita sahaja...impaknya sangat besar dan bahaya kalau berterusan...akhirnya UNIVERSITI akan melahirkan PELAJAR LEPASAN SPM yang berjaya menghabiskan DUIT FAMA( FATHER MOTHER ASSOCIATION )...yang lebih parasit adalah BUAT SESUATU NAK NAMA...erm...cukup-cukuplah nama yang mak ayah dah bagi pun kita tak mampu nak galas ni nak tambah lagi...mengarutlah....