THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 30, 2010

DOAKU BUAT KALIAN YANG TERSAYANG

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami Bermohon Rahmat Dan Hidayah-Mu
Untuk Kekuatan Dan Kemantapan Iman
Untuk Perpaduan Dan Mencegah Perpecahan
Menghilangkan Dendam Dan Fitnah
Menjauhkan Wahdan Dan Hati Gundah
Perbaiki Agama Dan Urusan Dunia Kami
Peliharalah Darjat Ukhrawi Dan Duniawi Kami
Sempurnakanlah Akhlak Dan Pekerjaan Kami
Sinari Cahaya Dan Ilham Di Hati Kami
Jadikan Permulaan Hari Wujud Kebaikan Bagi Kami
Dipertengahan Hari Cipta Pencapaian Bagi Kami
Dan Dihujung Hari Ini Segala Kejayaan Yang Direstui
Jadikan Tugas Kami Sebagai Ibadah
Jadikan Salam Kami Pembawa Barakah
Semoga Senyum Kami Diwajah Menjadi Pengikat Ukhuwah
Semoga Kemaafan Dari Kami Mengubat Kecewa Dihati
Jadikan Ucap Terima Kasih Kami Sebagai Rasa Syukur Kepada Ilahi
Berkatilah Hidup Kami Dan Rahmatilah Kematian Kami

HIJRAH….MUNGKINKAH DUKA BERLALU PERGI

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, moga kita masih lagi berada di dalam nikmat IMAN dan ISLAM dan masih lagi diikat di dalam RUMPUN AKIDAH ISLAM yang berpaksikan penyaksian atau pengakuan bahawa hanya ALLAH SWT sebagai tuhan dan tiada sekutu baginya dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan membuka lembaran baru di dalam lembaran Tahun Hijrah, pastinya banyak yang telah kita lalui sepanjang tahun 1431H. Pelbagai suka dan duka yang mewarnai tahun tersebut namun itulah hakikat kehidupan yang sentiasa berputar tanpa berlengah walau sesaat. Doaku agar kita sampai ke tarikh tersebut dan berusahalah memperbaiki diri sehingga mencecah STANDARD yang telah di gariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta muhasabah diri dengan menganalisis,menghadam,memahami setiap amaran yang telah Allah mahfumkan.

Alhamdulillah 1 Muharam 1432H akan mejelang tidak seberapa hari lagi, namun apakah persediaan kita sebagai UMAT ISLAM? Di Malaysia andai sambutan Tahun Baru Masihi pelbagai agenda yang KITA laksanakan. Tak cukup dengan letupan BUNGA API, KONSERT dan pelbagai lagi sehinggakan RAMAI MANUSIA membanjiri sesuatu kawasan semata-mata untuk berseronok-seronok sehingga ada muda-mudi yang terlanjur dan seterusnya akan lahirlah zuriat 9 bulan kemudian ataupun tak sempat menjengah dunia akibat melalui proses pengguguran oleh MANUSIA yang TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN. Pelbagai method dakwah yang digunakan namun permasalahan ini makin kian membarah apakah puncanya? Apakah pendekatan kita tidak TELUS? TEPUK DADA TANYA IMAN…BUKAN AL-QURAN PASTI TEMU JAWABNYA…ANDAI DIRI JAHIL JANGAN MALU MENUNTUT ILMU ISLAM PADA YANG AHLI…RUJUK ULAMA JANGAN DICARI ALAMAK…PASTI TERSUNGKUR DILEMBAH KESESATAN.

Hijrah pada dasarnya bermaksud BERPINDAH…KELUAR…Kita selalu mengalunkan lagu Satu Muharam di Stadium, namun pernahkah kita menghayati dan memperhalusi makna yang tersirat dan tersurat? Yang kita tau hanya HIJRAH namun tanpa kita sedar kita tidak kemana pun masih PEGUN dan STATIK. HIJRAH bukan hanya bersalin TAHUN tetapi haruslah disulami dengan HIJRAH dari Mazmumah kepada Mahmudah, dari JAHIL kepada BERILMU, dari KIKIR kepada PEMURAH dan seharusnya kita beranjak dari yang NEGATIF kepada POSITIF. Janganlah kita sibuk memandang kemajuan namun JIWA NURANI jauh dari CINTA ILAHI…

Mungkinkah pada tahun HIJRAH ini penulis dapat BERKENALAN dengan AYAH KANDUNG yang langsung tidak menjengah mahupun memberi nafkah sejak penulis dilahirkan? Tekadang tersa diri ini sama SEPERTI ANAK YATIM dan adakalanya terlintas jua adakah penulis bukan dari KETURUNANNYA? Segala usaha mencari insan bernama NOR BIN AHMAD berakhir dengan KEKECEWAAN dan BERTEMU JALAN BUNTU…apalah dosaku sehingga AYAHKU tidak kunjung TIBA…mengapa? Cuma mereka yang mengetahui RAHSIANYA…

Menyebut tentang HIJRAH juga penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang teramat kepada insan-insan yang bertungkus-lumus dalam membina SALURAN TV ALHIJRAH.Dengan lahirnya saluran TV AlHijrah moga-moga ianya menjadi penawar bagi mereka yang kurang berkemampuan mewujudkan ASTRO dirumah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja stesen TV tersebut yang berjaya mencetuskan ROH ISLAM di dalam setiap HATI-HATI yang KOSONG dan TANDUS ini…penulis amat bersetuju sekali dengan pendekatan dakwah yang dijalankan. Walau hanya dijalanan tetapi ianya suatu titik tolak dalam menyampaikan ISLAM…mungkin ada yang tidak bersetuju kerana mengganggu laluan pejalan kaki dan tiada sambutan, tetapi penulis yakin andai seluruh ilmu yang dicurahkan ikhlas kerana Allah, Insyaallah walau hanya 3 orang yang tak berapa minat nak mendengar Insyaallah dengan bantuan Allah dan Hidayahnya ilmu yang disampaikan akan meresap ke dalam hati-hati mereka. Insyaallah kerana tiada pengecualian menuntut ilmu.

Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah SAW, “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap MUSLIM” riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya’la

dan ganjaran bagi sesiapa yang menyampaikan ilmu,

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah, Malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; higgalah semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut)mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia” Riwayat al-Tarmizi

Akhir kalam buat semua SAHABAT SAHABIAH Salam Maal Hijrah 1432H moga dengan bergantinya dan berganjaknya setahu lagi tahun HIJRAH akan mematangkan kita dan bersamalah kita berdoa agar kita sentiasa DEKAT PADA ALLAH dan berada di dalam lingkungan SYARIAT ALLAH. Sekadar ingin berkonsi dengan antum semua berkaitan amalan yang boleh dilaksanakan semperna bulan Muharam yang bakal menjelang tak seberapa hari lagi Insyaallah. Berikut merupakan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan pada bulan Muharam. Marilah bersama-sama kita berazam agar sisa umur yang berbaki ini berkualiti dan diakhirnya mendapat redha Allah SWT dunia akhirat Insyaallah. Di antara amalan yang dianjurkan oleh ISLAM adalah:

i. Sunat Berpuasa pada 1 hingga 9 Muharam
ii. Sunat Berpuasa pada 10 Muharam (Hari Asyura)
iii. Memperbanyakkan berdoa yang bermaksud, “Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong”

Sampai jumpa lagi, doaku agar kalian tetap berpegang pada TALI-TALI ALLAH dan MENJADI MATA RANTAI yang saling lengkap melengkapi dalam membawa dan menyambung perjuang Rasulullah SAW dan penulis juga mengharapkan doa sedemikian buat mereka yang sudi membacanya. Barakallah hu fikum..

p/s: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, “Islam bermula dengan keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing”… Ghuraba’

PENGORBANAN YANG DIAKHIRI DENGAN KEPEDIHAN

Assalamualaikum,Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan masih lagi berada di dalam nikmat iman dan islam…Pengorbanan…apabila berbicara tentang pengorbanan di bulan Zulhijjah ini pastinya ramai yang akan menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim A.S dan anakknya Nabi Ismail A.S. Tidak perlulah dikupas lagi tentang sejarah itu sedangkan seantero alam akan berbicara tentang pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah kepada seorang anak. Walaupun pada dasarnya jika difikirkan dengan akal fikiran manusia yang terbatas ini, jika kita sebut hendak menyembelih anak darah daging kita itu merupakan tindakan yang tidak rasional dan mungkin ada yang akan melabel anda sebagai seorang yang mengalami masalah mental. Tetapi mengapa Nabi Allah Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya? Ini berlaku kerana baginda sedar bahawasanya baginda hanyalah hamba kepada penciptanya dan baginda yakin bahawa setiap ujian mempunyai nikmat dan hikmah yang Allah nak beri sebagai ganjaran. Mungkin bukan dunia tetapi nun diakhirat kelak. Mesej yang cuba disampaikan daripada sejarah ini adalah sifat Rabbaniyyah yakni yakin bahawa hidup kita ini bertuhan dan setiap yang berlaku pastinya dimiliki dan ada kuasa yang mengaturnya. Siapa? Pastinya Allah SWT. Yakin dan berimanlah sesungguhnya TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUHNYA 100% TANPA KOMPROMI…Itu merupakan pengikat kepada LAFAZ SYAHADAH yang kita sentiasa ucapkan…
Realiti hidup kini, kita susah sangat nak bekorban…adakalanya kita sanggup bekorban dan akhirnya kita yang terkorban. Terkorban daripada aspek perasaan, emosi, harta, kasih dan bermacam-macam lagi. Adakalanya kasih yang diraih itu adalah milik orang lain. Penulis agak terkilan dengan sikap “ORANG KITA” yang adakalanya menangguk di air yang keruh….manakan tidak mengapa harus berpatah arang…kalau CINTA sesama INSAN yang ditagih? Sedangkan kita sudah sedia maklum dan sudah JELAS diterangkan oleh LUQMAN Al-HAKIM kepada ANAKNYA bahawa hati ini jika kita serahkan pada manusia pastinya akan sakit…makanya jelas, manusia hanya tahu menyakitkan, mengundang sengsara dan segala penyakit hati pasti bersarang…. Itulah pengorbanan sia-sia yang telah BERJAYA kiita lakukan sehinggakan kita terabai, sanggup menghukum diri di atas kegagalan lalu, ada yang sampai kena serangang PENYAKIT MURUNG…puncanya….DIRI SENDIRI….(CARI PENYAKIT…jawabnya tanggunglah sendiri =D)
Lucu juga bila melihat gelagat manusia kini yang mengangkat CINTA DUA HATI (Lelaki dan Perempuan) sebagai yang UTAMA…sampai ada yang gagal mengawal NAFSU akhirnya terjerumus dilembah kehinaan…ada yang lagi teruk hilang segalanya…kerana dah bergolok bergadai kononnya nak menterjemahkan CINTA pada PASANGAN lebih daripada segalanya….BERKORBANLAH konon sampai sanggup REDAH LAUTAN API…alahai tak ke lawak kekadang madi LAUT pun lemas…nikan nak redah api pula…hahaha lucu-lucu….gunung merapi pun kita tak pernah nak rasa hangatnya laharnya nikan pulan nak berenang? Mengarut….
Yang lebih menjijikkan kita sanggup menagih kasih mak pak orang lain sedangkan kita ni ada dah mak ayah…uish kononnya kitalah yang terbaik ada ramai mak pak angkat…tak salah pun…yang buat penulis rasa jijik adalah kita dok sibuk menjaga hati mak pak angkat kita sampai mak pak kita terabai..takperlulah nak jadi jaguh kampung atau nak jadi “Hero For Nothing”…udah-udahlah nak tunjuk jaguh atau taring tu…Tertarik penulis dengan Isu Keluaran Majalah Solusi yang berkaitan “Ibu Bapa Derhaka” bukannya apa…tajuk tu tepat dan penulis sangat bersetuju kepada golongan yang langsung tak bertanggungjawab terhadap anak-anak. Selalunya kita dengar orang duk sibuk cerita anal derhaka…la ni mak pak derhaka jadinya itupun satu PENGORBANAN juga bagi mak pak dan anak-anak agar turunkan ego dan laksanakan tanggungjawab sewajarnya.
Geram pun ada juga, mengapa harus direbut kasihnya seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak tunggal sedangkan kau punya keluarga sendiri? Ada abang dan adik beradik lain…akhirnya terpaksalah mengorbankan rasa…senang cerita pendamlah rasa tu sampai kiamat…kesian-kesian…sabarlah mungkin Allah nak kurniakan KIFARAH buat sesiapa yang senasib…
KORBAN suatu perkataan yang mudah dilafaz dan payah dilaksanakan…bukan semua mampu BEKORBAN kerana Allah dan mendamba Redhanya….

P/S: Ya Allah kau jadikanlah aku sebahagian daripada HAMBAMU yang sentiasa REDHA dengan ketentuanMu dan Ikhlas dalam melaksanakan perintahMU.

Tuesday, November 9, 2010

P.E.N.S.I.L REALITI ATAU IMIGINASI

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan diberikan peluang untuk menjadi khalifah oleh Allah SWT. Moga kita dapat memperbaiki segala kekhilafan yang telah dilakukan dan bermohon agar segala taubat kita diterima…Insyaallah mudah-mudahan.
Tersentuh hati penulis apabila menonton Filem “Pensil” yang ditayangkan di Slot Persona TV3 pada Ahad 7.11.10. Filem yang pada dasarnya nampak biasa pada sesetengah penonton tetapi bagi penulis filem ini sarat dengan pelbagai mesej. Nilai kemasyarakatannya, nilai kepercayaannya, nilai kemanusiaannya dan pelbagai lagi. Mungkin penulis tersalah mentafsir apa yang cuba diterjemahkan oleh penulis skrip tetapi apa yang penulis utarakan ini adalah berdasarkan pengamatan dan penterjemahan melalui mata hati penulis sendiri.
Badrul berjaya menghidupkan watak seorang lelaki cacat yang sungguh berdikari dan matang walaupun dia hanyalah golongan kurang upaya. Kecekalan hati Badrul meneruskan kehidupan walaupun dicemuh, diejek dengan pelbagai gelaran namun dia tetap meneruskan kehidupan dengan menjual keropok, bubur kacang, mengambil upah semata-mata ingin mengumpul duit bagi membesarkan rumah yang kian usang. Walaupun segala tindak-tanduknya tidak disenangi oleh ibu tirinya, namun dia tetap menumpahkan kasih sayangnya kepada seseorang yang tidak menghargainya...(Andai kita ditempat Badrul adakah kita sekuat dia?Renung fikirkan)
Tidak cukup dengan itu, Badrul sering dibuli oleh Sofia. Bayangkanlah seorang yang cukup sifat dan akal hanya mampu duduk dirumah dan memungut duit hasil jerih perih dan keringat orang lain…mungkin ini yang cuba ditonjolkan oleh penulis skrip tentang PERANGAI ORANG ISLAM kini…kita selalu mendengar di sana-sini ramai yang tertindas…yang kaya bertambah kaya….yang miskin adakalanya sampai melarat…kemana perginya belas kasihan sesama manusia?
Mujur ada nenek yang selalu memberikan semangat dan motivasi buat Badrul. Setidak-tidaknya ada juga tempat dia mencurahkan segala masalah yang terbungkam di dalam hatinya. Nenek selalu meyakinkan Badrul bahawa kita semua ini milik Allah dan BERSABAR dengan segala ujian Allah…kerana apa…KERANA ALLAH MAHA ADIK dan DIHUJUNG PERJUANGAN PASTI ADA KEMANISAN…PERJUANG? Perjuangan melawan hawa nafsu yang sering kali membuatkan kita keliru…resah dan adakalanya kita pun tidak mengerti…Watak Khadijah Tan di dalam filem ini membuatkan penulis berfikir adakah aku golongan yang berlebih-lebihan? Watak yang cuba diterjemahkan adalah ramai dikalangan kita hanya menempel kesenangan orang lain sedangkan apa yang kita miliki pun sudah sedia cukup dan adakalanya berlebih-lebihan untuk kegunaan sekeluarga…tetapi disebabkan sifat TAMAK dan TAK BOLEH TENGOK ORANG LEBIH SIKIT makanya kita pun jadilah macam lintah darat darat dan perlakuaan ini jelas Allah rakamkan di dalam Surah Al-A’Raaf…Janganlah kita menjadi PARASIT pada kehidupan orang lain…
“Makan dan Minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berlebihan” Al-A’raaf:31
Nenek selalu berpesan bahawa apa-apa yang berlaku KEMBALI KEPADA ALLAH…namun realitinya kita sekarang? Kita seolah-olah makin JAUH dan terus LENYAP umpama asap kapal yang sedang berlayar dilaut…Kenapa UMAT ISLAM sekarang…bila ada masalah nak BUNUH DIRI…TERJUN BANGUNAN…BUNUH KELUARGA macam-macam lagi tindakan gila yang dilakukan…MELANGGAR SYARIAT pula tu…kenapalah sampai ketahap itu? Kemana hilangnya TAQWA?
“Barangsiapa mempersekutukan Allah sesungguhnya dia membuat dosa yang besar” An-Nisa:48
Nilaian TAQWA ini umpamanya kita ingin menanam pokok bunga ROS yang sering disiram dan dibaja bagi memastikan ianya hidup subur dan mekar….
Bagi penulis FILAM PENSIL merupakan sebuah filem yang selayaknya dijadikan platform muhasabah buat KITA REMAJA ISLAM yang selama ini mengaku ISLAM namun GAYA HIDUP kita jauh TERSASAR….kembalilah WAHAI TEMAN…SESUNGGUHNYA PINTU TAUBAT MASIH LAGI TERBUKA….JANGAN SAMPAI KITA TERGOLONG DI DALAM GOLONGAN YANG RUGI….

P/S: Nasihat ini ku tujukan buat diri yang alpa dan sering malakukan kesilapan…kenapa harus malu meminta kemaafan dan memohon redha Allah…adakalanya ku lupa adakala ku leka adakalanya aku alpa…bimbinglah aku wahai sahabat…. Ku dedikasikan khas buat semua yang mengenaliku…Doaku moga kalian jua seperti ku…MENCARI REDHA YANG MAHA SATU…

Wednesday, November 3, 2010

ANTARA 2 TANGISAN

Assalamualaikum alhamdulillah baru sahaja selesai menduduki ujian akhir di tahun akhir sesambil baru selesai men'TAMRIN'kan IMAN yang adakalanya MASUK dan KELUAR...peliknyalah manusia kini...

Antara 2 Tangisan...adakalanya kita sendiri tidak tahu kemana ingin ditumpahkan kesedihan ini..

MENDAMBA REDHA ALLAH atau MANUSIA

renungfikirkan kita di mana.............

Wednesday, October 13, 2010

30 SEPTEMBER YANG MENGERIKAN

30 SEPTEMBER,
Kehadiranmu amat ku nanti
Gelojak jiwa manakan bisa dibendung
Tiada sempadan menanti saatnya
Aku rindu bertemu sahabatku

Malam Sinar Mahabbah Aidilfitri
Mahabbah mencetus Ukhuwah
Gah dipersada
Namun berakhir dengan sejuta kepahitan

Aku malu dengan sahabatku
Halim, Angah Fitri, Apis, Wan, Azwa, SaffOne
Apakah ini DUGAAN yang di rancang?
Pincang seluruh PERANCANGAN yang diberi,
Apakah ini selayaknya aku TERIMA?
Ibarat mencurah air ke DAUN KELADI?

Monday, October 4, 2010

Akhirnya Ku Mengerti

Assalamualaikum...rindu rasanya ingin bertemu sahabat sahabiah. Sekian lama menyepi sepanjang Ramadhan...akhirnya muncul kembali dihujung Syawal...dek dihimpit kesibukan tugasan sebagai Mahasiswa tahun akhir (Solid State, VLSI dan Microwave Theory) walaupun hanya 3 subjek tetapi cukup berat dugaan dan amanah yang Allah bagi ni.Adakalanya tak tertanggung dek diri...akhirnya REBAH menanti PASTI...lama jugalah tak berkarya...RINDU rasanya...

30 September 2010 merupaka suatu tarikh yang mana mungkin ku lupakan. Manakan tidak aku telah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah 2 bagi Malam Sinar Mahabbah Aidilfitri di KAMPUS ku...Usaha yang kutabur dan doa yang kutitip akhirnya berderai ibarat KRISTAL..mana mungkin bertaut kembali. Hancur luluh jiwaku melihat segala perancangan yang telah ku perturunkan kepada JENTERA KEKUATANku hancur ibarat KU BINA MAHLIGAI DARI AIRMATA...PERSIAPAN selama 2BULAN hancur ibarat AIR DICURAH ke DAUN KELADI...

Aku tidak mampu menahan sebak...LINANGAN AIRMATA menjadi peneman di kala duka...MALUNYA aku pada sahabat SEPERJUANGAN ku HALIM, HAFIZ,FITRI,R-iF DAN SAFFONE...Dalam gundah terselit sedikit pengharapan..apakah UJIAN ini merupakan KIFARAH buat ku?Ataupun aku hanya seorang MUSLIMAH yang hanya layak DIPIMPIN oleh dia yang bergelar SUAMI? Hati kian memeberontak...

AKU YAKIN MENTARI PASTI MUNCUL LAGI sementara menanti BILAKAN DAMAI dalam MENCARI CINTA...mungkinkah hingga HUJUNG NYAWA menanti MAHLIGAI KASIH...SEPI CINTA namun PERCAYALAH akan pasti diganti MAHAR CINTA

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum salam satu UMMAH...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpahan kasihnya kepada hambanya ini masih lagi aku bernyawa dan yang paling menggembirakan aku dapat bertemu Ramadhan buat tahun ini. Rindunya rasanya ingin bertemu Ramadhan...teringat kenangan diTanah Suci suatu ketika dahulu...aku nekad ingin berpuasa di tanah haram, namun Allah Maha mengetahui apa yang direncanakannya. Aku diserang sakit yang tak dapat ku gambarkan, badan ku panas,tekakku sakit dan tak mampu menelan makanan walaupun makanan lembut,hidung berdarah dan adakalanya batuk ku juga berdarah...aku menganggap itu sebagai kifarah dosaku yang selama ini kulakukan...
Akhir kalam Ramadhan Kareem buat semua umat ISLAM

Wednesday, July 14, 2010

AKHIRNYA......

Assalamualaikum...alhamdulillah bertemu sekali lagi moga sihat hendaknya. Sungguh berat tanggungjawab sebagai khalifah...baru2 ni saya ditugaskan sebagai naqibah bagi sebuah kumpulan usrah dan diketuai oleh sahabat saya sebagai penasihat kumpulan...Pada mulanya tak yakin pada diri...selepas bermunajat pada Allah alhamdulillah dipermudahkan urusan penyampaian...walaupun pada hakikatnya saya memang tak pandai mengajar orang...

Petang tu Allah uji saya dengan dugaan yang agak berat...pergelangan kaki saya terseliuh...sukar bergerak...tapi dengan izinnya juga saya kuatkan semangat untuk bertemu adik-adik...alhamdulillah walau menahan kesakitan saya teruskan juga...Tertarik dengan salah satu dialog di dalam Kung Fu Panda "Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift.”saya merasakan kesakitan yang Allah bagi adalah kifarah buat saya...Allah sayang saya...Alhamdulillah...


Buat semua naqib dan naqibah sebolehnya kita kena kenal minat mad'u kita dan jangan terlepas pandang walau sedikit pun...mana yang boleh kita bantu kita bantu...selebihnya serah pada Allah

Wednesday, June 30, 2010

KAMI PRIHATIN...ANDA?

Assalamualaikum...

Kami Prihatin...bukan slogan ataupun tema yang diketengahkan bagi memperkenalkan sesebuah badan politik tetapi ianya suatu kempen yang dihidangkan bagi santapan minda mahasiswa yang berada di kampus.

Manakan tidak isu mahasiswa lesu semakin hari semakin banyak disiarkan di dada-dada akhbar lantaran permasalahan yang dialami berkaitan tidak mendapat pekerjaan sejurus selepas bergraduasi, tidak mencapai tahap maksima pencapaian status pekerjaan yang diingini oleh majikan dan seumpamanya. Semua ini berlaku kerana apa? Tepuk dada tanya iman.

Pada pandangan penulis, semua ini berlaku akibat daripada ketidakfahaman fungsi mahasiswa semasa di alam kampus. Manakan tidak, di alam kampus mahasiswa kita sibuk mencari pasangan hidup, sibuk dengan dunia masing-masing, sibuk memikir keseronokan sendiri apa lagi? Yang pasti semuanya bersifat INDIVIDUALISTIK.

Kenapa tidak kita buka minda kita dengan isu-isu kampus, nasional dan global? "Alah nak sibuk-sibuk buat apa, kan dah ada orang yang bertanggungjawab?" Amboi sedapnyalah bunyinya ye! Awak tu golongan profesional...golongan intelektual...kenapa tak bangkit seterusnya memahami, menghadam serta menganalisa masalah yang wujud? Ini tidak duk sibuk memikir bila nak masuk AF, bila PIALA DUNIA dan sebagainya.

Di mana MAHASISWA kita?

Tuesday, June 29, 2010

MENGAPA AKU BUKAN DIA?

Assalamualaikum...bertemu buat kesekian kalinya...

Sedih memikirkan dan melihat penularan wabak ADA AKU KISAH dalam masyarakat kita yang beragama ISLAM...manakan tidak kalau isu PALESTIN dipandang sepi?

Kenapa? KAMI PRiHATIN anda?

Tuesday, May 4, 2010

DERITA MENGUNDANG KECUNDANG

Assalamualaikum...mengapa ye? Suram menanti di hadapan?

Monday, May 3, 2010

MAHASISWA KITA

Assalamualaikum, alhamdulillah selesai jua sesi Latihan Industri bagi sesi Januari 2010. Malangnya mahasiswa kita masih lagi mundur 10 tapak kebelakang. Masih lagi ingin di suap, manja dan tiada nilai intelektual tinggi. Mana tidaknya tidak cukup dengan pembawakan yang keanak-anakan...mengharapkan simpati pihak pengurusan...mana nilai mahasiswa yang mahu dihasilkan? Adakalanya mahasiswa kita hanya menunggu arahan umpanya ibarat robot yang sudah diprogramkan...hanya menjalankan rutin harian yang sungguh membosankan...sia-sia sahaja diberi banyak kelebihan tetapi tidak mampu berdikari. Mahasiswa sekalian....kita ni PEMIMPIN.."Eh kami bukan siapapun di KAMPUS...bukan PEGANG JAWATAN BESAR pun buat apa nak ambil tahu?" Agaknya kita lupa JANJI KITA DENGAN ALLAH...KHALIFAH...pemimpin diri sendiri kemudian pemimpin kelompok,nega DUNIA...bangkit wahai UMAT ISLAM JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH. Renungfikirkan potongan ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah ayat 112 dalam membina CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN. Apa dia CIRI-CIRI PEMIMPIN ITU?

Tak banyak mana pun ada 8 sahaja:
1 BERTAUBAT
2 BERIBADAH KEPADA ALLAH
3 MEMUJI ALLAH
4 MENGEMBARA (MENCARI ILMU)
5 RUKU' DAN SUJUD (SOLAT)
6 BUAT PERKARA BAIK
7 TINGGAL PERKARA MUNGKAR
8 JAGA BATAS HUKUM ALLAH

Monday, March 22, 2010

KECUNDANG JUA AKHIRNYA

Assalamualaikum...
Sedih pilu membungkam dijiwa...
Takkan ada sesiapa yang akan memahaminya...walaupun dia ibu ku...dendam kesumat semakin lama menutup segala ruang kemaafan...mengapa dugaan yang menimpa diriku aku rasakan amat berat dan tidak mampu lagi ku tanggung...sedari dulu tidak pernah menghirup udara kasih seorang ayah...yang ada cuma kasih tempelan daripada insan yang sudi membuka nilai hati dan rasa sayang seorang ayah....masih mencari dahan untuk berpaut...untuk membimbingku menuju redha Allah peneman dan pelengkap hidupku namun kecundang tidak bertepi...apakah tiada lagi sinar bahagia buatku? Apa dosaku NOR bin AHMAD?adakah aku bukan darah dagingmu yang biarkan aku mengemis dihati yang lara?hati semakin rawan...

Tuesday, March 2, 2010

MANUSIA ATAU BINATANG?

assalamualaikum...
gempar satu Malaysia bila kes kekejaman dan pencabulan hak kanak-kanak makin kuat mengetuk pintu rasa yang terus menabur simpati...sampai hati...wajah suci yang tidak berdosa di buat semahu-mahunya...untuk apa?bahagiakah kalian yang bernafsu binatang melihat nyawa suci ini mati di dalam kekejaman?dalam keadaan yang menyiksakan...langsung sekelumit rasa bersalah tidak terdetik ke?

apakah institusi pendidikan gagal memasak akhlak islamiyyah dalam diri INSAN yang BERAGAMA ISLAM? atau ilmu hanya diperoleh untuk lulus peperiksaan?bukan untuk diaplikasi sepanjang zaman...untuk bekal ke akhirat?

Monday, March 1, 2010

AKU TANPA CINTA MU

Hati ini,
Adakalanya mendambakan,
Lembut belaianmu,
Dahagakan setitik manis CINTA.

Masih di sini,
Ku perteguhkan langkahku,
Adakalanya rebah menyembah bumi,
Bangun selepas tersadung.

Ya Rasulullah...Kekakasih ku...
Bagaimana ingin ku luah,
Perasaan yang membuak-buak ini,
Rinduku tidak kepalang.

Al-Amin...
Tinggi sungguh akhlak mu,
Menjadi penerang buat si buta,
Yang masih meraba di dalam terang...

P/S :RENUNG FIKIRKAN WAHAI SAHABAT...HARI KEKASIH KITA ADALAH PADA RASULULLAH 12 RABIULAWWAL

Tuesday, February 23, 2010

Kekasih Awal dan Akhir…Moga bertemu di Jannah bersama linangan Salsabila

Firman Allah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian daripada Allah nur dan kitab yang jelas dan nyata”
Al-Maidah:15

Alhamdulillah…Allah masih lagi memberi kita ruang dan peluang untuk terus hidup dan berkhidmat sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini…Insyaallah tanggal 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1431H akan berlaku peristiwa besar di dalam kanvas sejarah nabawiyyah iaitu Maulidur Rasul…Didalam ayat di atas NUR merujuk kepada RASULULLAH manakala KITAB adalah merujuk kepada AL-QURAN NUR KARIM

Seharusnya hari memperingati KEKASIH bernama Muhammad Bin Abdullah inilah yang harus dikampenkan secara besar-besaran…tidak perlu mengeluarkan modal yang besar seperti membeli bunga, kad ucapan istimewa dan sebagainya demi meluahkan rasa dan hasrat cinta yang tertanam dilubuk hati….tanpa sedar, umat islam ini alpa dengan provokasi Yahudi yang senentiasa menyesatkan akidah muslim.

Kaedah memperingati RASULULLAH cukup mudah…setiap kali waktu solat kita akan berselawat kepadanya…memohon syafaat…tak cukup dengan berselawat tanda kasih kepada baginda, kita tambah lagi dengan menuruti segala SUNNAH yang ditinggalkan…bermula dari hendak tidur…bangun tidur…dan sebagainya telah RASULULLAH ajarkan kepada kita…bertapa indahnya akhlak yang ditonjolkan RASULLAH…cara bercakapnya, adab dengan pelbagai lapisan masyarakat…Allahuakbar…indahnya… tak mampu digambarkan…

Firman Allah :
“Berikanlah khabar gembira kepada orang mukmin bagi mereka anugerah dari Allah yang amat besar”
Al-Ahzab:47
Alhamdulillah…sewajarnya kita harus merafakkan kesyukuran kerana diberi anugerah yang amat tinggi nilainya…iaitu dipilih sebagai ummat NABI MUHAMMAD yang kita sedia maklum baginda merupakan PENGHULU SEGALA RASUL…KEKASIH ALLAH…

Bukan sekadar itu sahaja, kita juga dikurniakan NIKMAT IMAN DAN ISLAM berbekalkan manual kehidupan yang tiada sedikit pun cacat celanya iaitu AL-QURAN…tidak beruntungkah kita sebagai ummat akhir zaman? Ya betul, AKHIR ZAMAN PENUH PANCA ROBA….tetapi renung fikirkan bersama siapa yang mengundang nestapa? TEPUK DADA TANYA IMAN…

Akhir kalam, SALAM MAULIDUR RASUL buat seluruh ummah ISLAM…jika RASULULLAH sanggup membela nasib kita nun di sana…mengapa semasa hayat kita sekelumit pun tidak terlintas rasa cinta kepadanya? Tak malukah kita menagih kasih kepada RASULULLAH yang selama ini acap kali di lupakan? Tak terlintas dibenak fikiran pun ingin bertemu RASULULLAH di dalam mimpi kita…yang kita sibukkan nak mimpi bertemu kekasih hati yang belum tentu menjadi SUAMI SOLEH bercirikan akhlak SUAMI yang benar-benar memahami ISLAM…benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai suami yang di gariskan oleh ISLAM…di mana silapnya? Jangan mudah menunding jari kepada orang lain kelak binasa badan sendiri…usah di tepuk air setalam pasti rebah menyempah muka kalian…

LUAHAN RASA SEORANG YANG MENDAMBAKAN KASIH HAKIKI…MOGA BERTEMU CINTA SEJATI DI SYURGA ABADI

Salsabila Humairah Safwatullah Waliuddin_PERODUA 230210

Saturday, February 20, 2010

CINTA

Assalamualaikum...sinis...apapun salam ukhuwah...maaf seadanya...bukan nak meleteri ataupun merasakan diri ini yang terbaik...cuma sekadar mengingatkan serta bermuhasabah dalam munajat sepi seorang hamba...

CINTA...sesuatu yang sangat abstrak...subjektif...mampu dinilai dalam pelbagai aspek... persoalan yang bermain di benak pemikiran...KENAPA HARI KEKASIH DIAGUNG-AGUNGKAN? KENAPA MAULIDUR RASUL KIAN MENYEPI?Yang pelik bin ajaibnya...ORANG ISLAM MELAYU yang hanyut ni...bukan nak cerita isu perkauman ke hape...tapi tengok sahaja di dada akhbar...ramainya yang TERtangkap dalam OPS siapa?FIKIR-FIKIR lah....malas nak jawab SUPER M...jangan jadi cendawan lepas hujan tumbuh melata tapi apalah gunanya...yang perempuan...malu nak cerita...ditangkap dalam keadaan yang sungguh memalukan...apalah guna bertudung litup tapi????

Kesian kat mak ayah...mereka hantar ke MENARA GADING untuk KULIAH dapat ILMU untuk memajukan MALAYSIA bukan sebaliknya...alahai...

Bila tanya kenal MUHAMMAD BIN ABDULLAH? Ada yang tau maka adalah jawapan ni ada yang nak buat lawak sonto pun ada juga...ada yang lagi best bila tanya apa maulidur rasul? dengan selamba dia jawab berarak kat STADIUM...TENGOK NASYID...MENANG SEPANDUK TERCANTIK....aduhai....

Manalah perginya CINTA kepada RASULULLAH...tarikh lain sibuk duk ingat...siap masuk organizer pulak tu...tapi bab SIRAH NABAWIYYAH...bak kata orang perak "ermmmmmm....haram yong" apa ni?

Malulah...JOM SAMA-SAMA kita kenal siapa RASULULLAH daripada duk terkinja dengan LELAKI yang kononnya KEKASIH AWAL DAN AKHIR yang BELUM PASTI JADI SUAMI SOLEH YANG MAMPU BAWA KITA KEJALAN REDHA ALLAH...YANG LELAKI PUN SAMA...DUK SIBUK HANGKUT PEREMPUAN YANG SENANG DAPAT TU BUAT APA?MACAM TU NAK JADI IBU KEPADA GENERASI KALIAN?

Ewah-ewah menjawab ye? Kajilah dalam Al-Quran ada sebut lelaki yang baik untuk wanita yang baik....lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat....berulang-ulang pula ayat tu....fikirlah apa yang terselindung daripada apa yang ALLAH ingatkan pada semua hambanya...

JOM SAMA-SAMA PERBAIKI DIRI...PERSEDIAAN SEBELUM AJAL MENJENGAH

Wednesday, February 3, 2010

mencari cinta

اكو دان چينتا اڬوڠ

دري ريدوڤ سينر مات مو يڠ بركاچ،
داڤت كو سلوسوري ايموسي مو،
كاو ڬونده مراتڤ هاري-هاري مو،
بيڠوڠ مميكيركن جيجقمو،
ڬونده دان ريسه ماءينن مو،
لالو بيڠكس ملڠكاوا فطره مو.

كاو باڬايكن هيلڠ اره،
عبارت سي بوتا مننتي سجالور چهاي،
نامون كاو تتڤ ايڬو،
كاو ماسيه لاڬي منچاري،
دان تروس مننتي جواڤن يڠ كابور،
سداڠ د هادڤن مو ترهمڤر سڬونوڠ ڤڠهارڤن.

كاو ماسيه لاڬي د سيتو،
لڠكه مو سومبڠ،
كاو لوڤا تڠڬوجوب مو،
ڤد ربّاوليزذاتي، اورڠ توا مو،
كحاضيرن مو اچڤ كالي مڠونداڠ كسڠساراان،
ماسيه بلوم ترڠاده دري لينا.

بڠكيتله جك كاو يڠ برنام خليفه،
تڠڬوڠجواب مو بوكن كڤالڠ،
كاو د سيني بوكن ڤرمينتأن كو،
سڬالاڽ تله دسوسون راڤي اوليه ڽ،
سكالي ملڠكه جاڠن سكالي بروندور،
ڤستي كاو تمو مانيسڽ ڤرجواڠن…

Tuesday, February 2, 2010

HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalamualaikum...

Mengapa ye...ramai yang bertudung atas dasar fesyen...runtutan tunang...kekasih hermmm kenapa ye? Ada yang cantik bertudung tapi malangnya baju nak tonjol semua...ketat.. jarang aduhai...mengapa yer???cuma memperingatkan diri sendiri....

Hari memperingati kekasih bukan main dalam memori...tapi mengapa tak diwar-warkan HARI MEMPERINGATI RASULULLAH?????

PELIK...TAPI ITU REALITINYA....

Monday, February 1, 2010

AKU MASIH DI SINI

Assalamualaikum....
Kehidupan di PERODUA....meruntun berjuta keimanan...ketegaran dinding iman...banyak dugaan dan pelbagai mehnah dan tribulasi harus dihadapi...

Doakan kejayaan ku di sana....buat sahabat sekalian....doakan kejayaanku