THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 30, 2010

HIJRAH….MUNGKINKAH DUKA BERLALU PERGI

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, moga kita masih lagi berada di dalam nikmat IMAN dan ISLAM dan masih lagi diikat di dalam RUMPUN AKIDAH ISLAM yang berpaksikan penyaksian atau pengakuan bahawa hanya ALLAH SWT sebagai tuhan dan tiada sekutu baginya dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan membuka lembaran baru di dalam lembaran Tahun Hijrah, pastinya banyak yang telah kita lalui sepanjang tahun 1431H. Pelbagai suka dan duka yang mewarnai tahun tersebut namun itulah hakikat kehidupan yang sentiasa berputar tanpa berlengah walau sesaat. Doaku agar kita sampai ke tarikh tersebut dan berusahalah memperbaiki diri sehingga mencecah STANDARD yang telah di gariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta muhasabah diri dengan menganalisis,menghadam,memahami setiap amaran yang telah Allah mahfumkan.

Alhamdulillah 1 Muharam 1432H akan mejelang tidak seberapa hari lagi, namun apakah persediaan kita sebagai UMAT ISLAM? Di Malaysia andai sambutan Tahun Baru Masihi pelbagai agenda yang KITA laksanakan. Tak cukup dengan letupan BUNGA API, KONSERT dan pelbagai lagi sehinggakan RAMAI MANUSIA membanjiri sesuatu kawasan semata-mata untuk berseronok-seronok sehingga ada muda-mudi yang terlanjur dan seterusnya akan lahirlah zuriat 9 bulan kemudian ataupun tak sempat menjengah dunia akibat melalui proses pengguguran oleh MANUSIA yang TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN. Pelbagai method dakwah yang digunakan namun permasalahan ini makin kian membarah apakah puncanya? Apakah pendekatan kita tidak TELUS? TEPUK DADA TANYA IMAN…BUKAN AL-QURAN PASTI TEMU JAWABNYA…ANDAI DIRI JAHIL JANGAN MALU MENUNTUT ILMU ISLAM PADA YANG AHLI…RUJUK ULAMA JANGAN DICARI ALAMAK…PASTI TERSUNGKUR DILEMBAH KESESATAN.

Hijrah pada dasarnya bermaksud BERPINDAH…KELUAR…Kita selalu mengalunkan lagu Satu Muharam di Stadium, namun pernahkah kita menghayati dan memperhalusi makna yang tersirat dan tersurat? Yang kita tau hanya HIJRAH namun tanpa kita sedar kita tidak kemana pun masih PEGUN dan STATIK. HIJRAH bukan hanya bersalin TAHUN tetapi haruslah disulami dengan HIJRAH dari Mazmumah kepada Mahmudah, dari JAHIL kepada BERILMU, dari KIKIR kepada PEMURAH dan seharusnya kita beranjak dari yang NEGATIF kepada POSITIF. Janganlah kita sibuk memandang kemajuan namun JIWA NURANI jauh dari CINTA ILAHI…

Mungkinkah pada tahun HIJRAH ini penulis dapat BERKENALAN dengan AYAH KANDUNG yang langsung tidak menjengah mahupun memberi nafkah sejak penulis dilahirkan? Tekadang tersa diri ini sama SEPERTI ANAK YATIM dan adakalanya terlintas jua adakah penulis bukan dari KETURUNANNYA? Segala usaha mencari insan bernama NOR BIN AHMAD berakhir dengan KEKECEWAAN dan BERTEMU JALAN BUNTU…apalah dosaku sehingga AYAHKU tidak kunjung TIBA…mengapa? Cuma mereka yang mengetahui RAHSIANYA…

Menyebut tentang HIJRAH juga penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang teramat kepada insan-insan yang bertungkus-lumus dalam membina SALURAN TV ALHIJRAH.Dengan lahirnya saluran TV AlHijrah moga-moga ianya menjadi penawar bagi mereka yang kurang berkemampuan mewujudkan ASTRO dirumah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja stesen TV tersebut yang berjaya mencetuskan ROH ISLAM di dalam setiap HATI-HATI yang KOSONG dan TANDUS ini…penulis amat bersetuju sekali dengan pendekatan dakwah yang dijalankan. Walau hanya dijalanan tetapi ianya suatu titik tolak dalam menyampaikan ISLAM…mungkin ada yang tidak bersetuju kerana mengganggu laluan pejalan kaki dan tiada sambutan, tetapi penulis yakin andai seluruh ilmu yang dicurahkan ikhlas kerana Allah, Insyaallah walau hanya 3 orang yang tak berapa minat nak mendengar Insyaallah dengan bantuan Allah dan Hidayahnya ilmu yang disampaikan akan meresap ke dalam hati-hati mereka. Insyaallah kerana tiada pengecualian menuntut ilmu.

Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah SAW, “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap MUSLIM” riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya’la

dan ganjaran bagi sesiapa yang menyampaikan ilmu,

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah, Malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; higgalah semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut)mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia” Riwayat al-Tarmizi

Akhir kalam buat semua SAHABAT SAHABIAH Salam Maal Hijrah 1432H moga dengan bergantinya dan berganjaknya setahu lagi tahun HIJRAH akan mematangkan kita dan bersamalah kita berdoa agar kita sentiasa DEKAT PADA ALLAH dan berada di dalam lingkungan SYARIAT ALLAH. Sekadar ingin berkonsi dengan antum semua berkaitan amalan yang boleh dilaksanakan semperna bulan Muharam yang bakal menjelang tak seberapa hari lagi Insyaallah. Berikut merupakan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan pada bulan Muharam. Marilah bersama-sama kita berazam agar sisa umur yang berbaki ini berkualiti dan diakhirnya mendapat redha Allah SWT dunia akhirat Insyaallah. Di antara amalan yang dianjurkan oleh ISLAM adalah:

i. Sunat Berpuasa pada 1 hingga 9 Muharam
ii. Sunat Berpuasa pada 10 Muharam (Hari Asyura)
iii. Memperbanyakkan berdoa yang bermaksud, “Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong”

Sampai jumpa lagi, doaku agar kalian tetap berpegang pada TALI-TALI ALLAH dan MENJADI MATA RANTAI yang saling lengkap melengkapi dalam membawa dan menyambung perjuang Rasulullah SAW dan penulis juga mengharapkan doa sedemikian buat mereka yang sudi membacanya. Barakallah hu fikum..

p/s: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, “Islam bermula dengan keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing”… Ghuraba’

0 ulasan: