THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 22, 2011

Pesanan Daripada Kekasihku Buat Kalian

“Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tiada lagi NABI atau RASUL yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu”

Begitulah di antara maksud kandungan KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH yang disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Itulah Pesanan dari KEKASIH buat seluruh UMATNYA yang amat Baginda KASIHI. Namun kita sebagai UMAT Muhammad SAW adakalanya SOMBONG, ANGKUH, BONGKAK mudah cerita banyak MAZMUMAH daripada MAHMUDAHNYA. Manakan tidak UMAT ISLAM kini teramatlah KIKIR pada Rasulullah SAW.

“Ewah-ewah awak ni, makan boleh sebarang makan….tapi cakap….amboi-amboi sukanya ayat awak label saya ni bakhil ye?” “Eh, kenapa melantun-lantun meradang tak tentu pasal ni? Salah ke apa yang saya kata?” Itu merupakan dialog biasa yang kita dengar. Manakan tidak, terkadang kita ni sibuk duk menjaja cerita orang sana sini, tak cukup dengan itu bagi yang duduk di rumah suka bersadai di pagar rumah orang mencanang cerita kehebatan ahli keluarga kononnya dialah yang paling hebat tapi tak sedar ada yang lebih hebat. Kan dah kena tu…tak pasal-pasal je kan? Apalah salahnya duduk kat rumah sendiri banyakkan berzikir…bak kata Ustaz Pahrol UMAT ISLAM ni KURANG FIKIR dan KURANG ZIKIR…tepuk dada Tanya iman…

Berbalik kita pada sifat KIKIR umat islam sekarang, mana taknya nak berselawat pada RASULULLAH tu payah. Mana taknya, kita TENGOK REMAJA ISLAM KITA SEKARANG…macam mana REMAJA ISLAM KITA? DI MANA MEREKA YA? TEMPAT YANG GEMAR DIKUNJUNGI DI MANA YA? PAKAIANNYA? Allahhuakhbar, pendek kata bila kita nak cerita ibarat tepuk air dalam dulang tak kena muka kita mungkin kena pada semua tempiasnya. Sedih melihat kebejatan akhlak yang melanda PEWARIS ISLAM KINI...Nak disuruh selawat MALU katanya…bila disebut SAW haram kot nak disambutnya. APA DAH JADI? Kenapa adik-adik kita sampai jadi macam ni? Bukan kurang MOTIVASI mahupun ILMU cumanya EGO dan BERLAGAK itu sahaja. Bagi mereka segalanya MILIK MEREKA sehinggakan mereka ini lupa SIAPA MEREKA…ABID sahaja pun HAMBA sahajapun mengapa nak berlebih-lebihan?

Analogi yang mudah saya petik daripada pasanan Ustaz Don Danial Don Biyajid di Slot Muhasabah katanya apa, “Mana mungkin seorang pekerja mampu mengarah majikannya dalam apa keadaan sekalipun. Mana mungkin seorang pembantu rumah mengarahkan majikannya untuk masak NASI AYAM untuk santapan seisi keluarga” Jelas analogi yang diberikan bahawasanya MANA MUNGKIN SEORANG HAMBA MELAMAPAUI ZAT PENCIPTANYA…ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA LUAS PENGETAHUANNYA….Begitu juga kita kenapa kita TAK CINTAKAN ALLAH DAN RASUL melebihi segalanya? Ada masalah ke? Boleh berikan maklumbalas di Laman Sosial saya kemudian…habiskan pembacaan dahulu baru kita bincang insyaallah lebih harmoni daripada mengata tak semena-mena…

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ibubapanya, anak cucunya dan manusia keseluruhannya” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Jelas, maksud hadith tersebut agar kita meletakkan CINTA ALLAH dan RASULULLAH adalah yang UTAMA berbanding dengan yang lain. Tapi UMAT ISLAM KINI? TEPUK DADA TANYA IMAN…JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH ataupun bila dah tak bernyawa baru nak mengaku…nampaknya SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT.

Akhir kalam buat renungan kita bersama bersempena Maulidur Rasul ini, bersamalah kita berfikir, memahami dan menyelusuri Sejarah Baginda Rasulullah SAW. Bawalah HATI jangan hanya SIBUK berparti…RENUNG FIKIR BERSAMA

Tuesday, February 1, 2011

MENGAPA JADI BEGINI?

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (AGAMA) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai” (3:103)

Sedih melihatkan fenomena REMAJA ISLAM di MALAYSIA. Ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa “INILAH IMEJ BARU SAYA” sedangkan HIDUP BERSYARIAT ini telah lama dianjurkan di dalam ISLAM. Segalanya ada terkandung di dalam Al-Quran. Kini telah dipermudahkan lagi dengan lahirnya karya-karya dan buku-buku ilmiah yang dikarang oleh Ilmuwan Islam Tempatan. Tujuannya apa? Tujuannya sebagai pemudah cara, memudahkan orang ISLAM zaman kini yang kononnya TAK CUKUP masa. Eh! Ada pula yang kata “Mana ada masa nak menelaah buku-buku ni, kami bukan aliran agama pun. Tu kerja yang bertenggek kat meja kami tu siapa pula yang nak buat? Yelah duk sibuk menelaah buku agama…” Amboi sedapnya ayat dia ye? Ayat nak menyelamatkan diri yang terlalu BIASA didengar. Yang melucukan FACEBOOK dan TWITTER ada masa pula dia nak belek ye? Sambil bekerja pula tu, kekadang banyak ke LAMAN SOSIAL daripada bekerja…KERJA tu kan IBADAH? Yang lagi membuatkan penulis bertambah musykil adalah kenapa ada masa untuk SEARCH INFORMASI lain tetapi tiada masa untuk DOWNLOAD VIDEO YANG MENGAJAR ASAS FARDHU AIN, AL-QURAN DIGITAL mahupun artikel-artikel berkaitan dengan AGAMA ISLAM? Mengapa jadi begini?

Ramai guru agama ataupun mudah kita klasifikasikan sebagai AHLI di dalam bidang agama diperlekehkan…mengapa jadi begini ya? Ada pula remaja kita yang sanggup berhujah kononnya menutup aurat ni untuk orang ketinggalan zaman je…AMBOI MELAMPAU! Masa di kampus dahulu, ada juga GADIS yang kononnya CANTIK tetapi buta ni dok kata kat JUNIOR penulis “Kau pakai pebenda ni? Eish! Dengan TUDUNG macam SERKUP AYAM dengan JUBAH macam baju tidur aduh dengan KAKI BERSTOKIN aduhyai macam ORANG DALAM PANTANG…malunya aku. Kau tukar pakaian kau ni…MALU AKU” MALU AKU katanya, yang dia berpakaian PANJANG KAKI dari KAIN tu tak malu pula? Tak MALU pula dia meminta dan mengharap SEMUA NIKMAT yang ALLAH bagi dekat dia? Tak MALU pula mengaku ISLAM tapi perangainya NAU’ZUBILLAH…Yang teruna pula ada yang berani menyindir dua orang adik lelaki penulis penulis “Eish adik beradik sama je, baik adik baik kakak…nasyid je korang tau. Tolonglah korang…pakailah ikut trend sikit ni dah macam ustaz aku tengok…ko pakai T-Shirt pun nampak macam ustaz, kau jogging pun nampak macam ustaz aduh tolonglah…pastu ajak lepak kat masjid IFTAR lah…CERAMAH lah aduh…berniaga pun ikut syariah…ambil untung ciput je balik modal sesen dua je…bila nak kaya” Sampai macam tu dia mendengus…mengapa jadi begini ye?

Malunyalah kenapa kita yang ISLAM di Malaysia ni langsung taknak HIDUP dalam CARA HIDUP ISLAM? Bukanlah penulis ni hebat sangat ataupun mahu jadi ULAMA PROFESIONAL tetapi kita kena SEDAR yang kita ni dah banyak kena TIPU. Banyak dah benda yang tak betul kita kata betul. Ibaratnya kita ni dah berjalan guna kepala dah bukan guna kaki…banyak songsang dari yang betul…Renung fikirlah siapa yang jadi KEPALA bagi SETIAP KEMUNGKARAN…dulu duk SIBUK BOIKOT sana sini tapi sekarang kita pula yang BUKA PEKUNG kat DADA umpamanya membiarkan leher dipenggal angkara KEBODOHAN dan KELEMAHAN kita…kita sengaja menunjuk kat orang kononnya kita ni prihatin semuanya sama rata…tapi apa dah jadi? ISLAM ditolak ketepi senang nak kata macam pejam sebelah mata jelah…alah ITU NORMAL…itu je yang kita boleh kata…MENGAPA JADI BEGINI? Kita ni asyik kena TIPU je…

Akhir tinta, penulis berharap agar MAHASISWA, NGO dan ORANG AWAM bersama berganding bahu bersama KITA MELESTARIKAN ISLAM sebagai CARA HIDUP…bersama kita jayakan MAJLIS ILMU mahupun sebarang program untuk MENDIDIK JIWA…