THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 23, 2011

12345 Langkah Kita Makin Singkat

Assalamualaikum Alhamdulillah bertemu kembali...

Setiap Hari Umur kita bertambah itu bermakna kita menghampiri JTM...JTM tu apa? JTM tu Jangka Tarikh Mati...makanya renung fikir buat kita bersama di mana kita kini?

Thursday, January 6, 2011

HIJRAH….MUNGKINKAH DUKA BERLALU PERGI

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, moga kita masih lagi berada di dalam nikmat IMAN dan ISLAM dan masih lagi diikat di dalam RUMPUN AKIDAH ISLAM yang berpaksikan penyaksian atau pengakuan bahawa hanya ALLAH SWT sebagai tuhan dan tiada sekutu baginya dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan membuka lembaran baru di dalam lembaran Tahun Hijrah, pastinya banyak yang telah kita lalui sepanjang tahun 1431H. Pelbagai suka dan duka yang mewarnai tahun tersebut namun itulah hakikat kehidupan yang sentiasa berputar tanpa berlengah walau sesaat. Doaku agar kita sampai ke tarikh tersebut dan berusahalah memperbaiki diri sehingga mencecah STANDARD yang telah di gariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta muhasabah diri dengan menganalisis,menghadam,memahami setiap amaran yang telah Allah mahfumkan.

Alhamdulillah 1 Muharam 1432H akan mejelang tidak seberapa hari lagi, namun apakah persediaan kita sebagai UMAT ISLAM? Di Malaysia andai sambutan Tahun Baru Masihi pelbagai agenda yang KITA laksanakan. Tak cukup dengan letupan BUNGA API, KONSERT dan pelbagai lagi sehinggakan RAMAI MANUSIA membanjiri sesuatu kawasan semata-mata untuk berseronok-seronok sehingga ada muda-mudi yang terlanjur dan seterusnya akan lahirlah zuriat 9 bulan kemudian ataupun tak sempat menjengah dunia akibat melalui proses pengguguran oleh MANUSIA yang TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN. Pelbagai method dakwah yang digunakan namun permasalahan ini makin kian membarah apakah puncanya? Apakah pendekatan kita tidak TELUS? TEPUK DADA TANYA IMAN…BUKAN AL-QURAN PASTI TEMU JAWABNYA…ANDAI DIRI JAHIL JANGAN MALU MENUNTUT ILMU ISLAM PADA YANG AHLI…RUJUK ULAMA JANGAN DICARI ALAMAK…PASTI TERSUNGKUR DILEMBAH KESESATAN.

Hijrah pada dasarnya bermaksud BERPINDAH…KELUAR…Kita selalu mengalunkan lagu Satu Muharam di Stadium, namun pernahkah kita menghayati dan memperhalusi makna yang tersirat dan tersurat? Yang kita tau hanya HIJRAH namun tanpa kita sedar kita tidak kemana pun masih PEGUN dan STATIK. HIJRAH bukan hanya bersalin TAHUN tetapi haruslah disulami dengan HIJRAH dari Mazmumah kepada Mahmudah, dari JAHIL kepada BERILMU, dari KIKIR kepada PEMURAH dan seharusnya kita beranjak dari yang NEGATIF kepada POSITIF. Janganlah kita sibuk memandang kemajuan namun JIWA NURANI jauh dari CINTA ILAHI…

Mungkinkah pada tahun HIJRAH ini penulis dapat BERKENALAN dengan AYAH KANDUNG yang langsung tidak menjengah mahupun memberi nafkah sejak penulis dilahirkan? Tekadang tersa diri ini sama SEPERTI ANAK YATIM dan adakalanya terlintas jua adakah penulis bukan dari KETURUNANNYA? Segala usaha mencari insan bernama NOR BIN AHMAD berakhir dengan KEKECEWAAN dan BERTEMU JALAN BUNTU…apalah dosaku sehingga AYAHKU tidak kunjung TIBA…mengapa? Cuma mereka yang mengetahui RAHSIANYA…

Menyebut tentang HIJRAH juga penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih yang teramat kepada insan-insan yang bertungkus-lumus dalam membina SALURAN TV ALHIJRAH.Dengan lahirnya saluran TV AlHijrah moga-moga ianya menjadi penawar bagi mereka yang kurang berkemampuan mewujudkan ASTRO dirumah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja stesen TV tersebut yang berjaya mencetuskan ROH ISLAM di dalam setiap HATI-HATI yang KOSONG dan TANDUS ini…penulis amat bersetuju sekali dengan pendekatan dakwah yang dijalankan. Walau hanya dijalanan tetapi ianya suatu titik tolak dalam menyampaikan ISLAM…mungkin ada yang tidak bersetuju kerana mengganggu laluan pejalan kaki dan tiada sambutan, tetapi penulis yakin andai seluruh ilmu yang dicurahkan ikhlas kerana Allah, Insyaallah walau hanya 3 orang yang tak berapa minat nak mendengar Insyaallah dengan bantuan Allah dan Hidayahnya ilmu yang disampaikan akan meresap ke dalam hati-hati mereka. Insyaallah kerana tiada pengecualian menuntut ilmu.

Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah SAW, “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap MUSLIM” riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya’la

dan ganjaran bagi sesiapa yang menyampaikan ilmu,

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah, Malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; higgalah semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut)mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia” Riwayat al-Tarmizi

Akhir kalam buat semua SAHABAT SAHABIAH Salam Maal Hijrah 1432H moga dengan bergantinya dan berganjaknya setahu lagi tahun HIJRAH akan mematangkan kita dan bersamalah kita berdoa agar kita sentiasa DEKAT PADA ALLAH dan berada di dalam lingkungan SYARIAT ALLAH. Sekadar ingin berkonsi dengan antum semua berkaitan amalan yang boleh dilaksanakan semperna bulan Muharam yang bakal menjelang tak seberapa hari lagi Insyaallah. Berikut merupakan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan pada bulan Muharam. Marilah bersama-sama kita berazam agar sisa umur yang berbaki ini berkualiti dan diakhirnya mendapat redha Allah SWT dunia akhirat Insyaallah. Di antara amalan yang dianjurkan oleh ISLAM adalah:

i. Sunat Berpuasa pada 1 hingga 9 Muharam
ii. Sunat Berpuasa pada 10 Muharam (Hari Asyura)
iii. Memperbanyakkan berdoa yang bermaksud, “Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong”

Sampai jumpa lagi, doaku agar kalian tetap berpegang pada TALI-TALI ALLAH dan MENJADI MATA RANTAI yang saling lengkap melengkapi dalam membawa dan menyambung perjuang Rasulullah SAW dan penulis juga mengharapkan doa sedemikian buat mereka yang sudi membacanya. Barakallah hu fikum..

p/s: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, “Islam bermula dengan keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing”… Ghuraba’

MUNGKAR… APAKAH KITA PENYUMBANGNYA?

Assalamualaikum salam ukhuwahfillah buat semua sahabat sahabiah. Moga sihat seadanya dan masih berada di dalam nikmat iman dan islam, Insyaallah.

Jangkitan Human Papillomavirus (HPV) adalah di antara penyebab UTAMA Kanser SERVIK. Menurut fakta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), KANSER SERVIK merupakan kanser di tangga ke-3 selepas kanser lain yang kerap dihidapi oleh WANITA MALAYSIA. Kini KKM menyediakan Suntikan Pelalian HPV secara PERCUMA kepada PELAJAR SEKOLAH bermula daripada umur 13 tahun. Mungkin ini merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan risiko menghidapi kanser servik dikalangan wanita Malaysia tetapi yang MENGGUSARKAN penulis adalah dari perspektif pemikiran REMAJA PEREMPUAN KITA YANG LEBIH CENDERUNG MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS BEBAS atau mudahnya ZINA. Apakah kita YANG BERAGAMA ISLAM ini ingin menutup mata, memekakkan telinga, membutakan hati, mati rasa ataupun duduk diam sahaja dengan KEJADIAN yang akhirnya mengheret kita sekali menderita dengan TINDAKAN mereka ini? Manakan tidak, kita TERPAKSA memikirkan apakah SOLUSI TERBAIK bagi menyelesaikan PERMASALAHAN yang datang bagaikan BAH MELIMPAH? Masyarakat umumnya hanya meletakkan tugasan DAKWAH dan ISLAH kepada USTAZ, USTAZAH, IMAM, BILAL mudahnya AHLI AGAMA untuk menyelesaikan permasalahan ini. TAPI MENGAPA? Di mana peranan kita? KITA LEBIH BANYAK BERKALAU DAN LEBIH SENANG MENUNDING JARI KEPADA PIHAK LAIN tetapi sebenarnya kita IBARAT MENEPUK AIR DI DALAM DULANG, mahu tak mahu, suka atau tidak itu TANGGUNGJAWAB KITA JUGA SEBAGAI KHALIFAH. Jangan MELUDAH KELANGIT sahaja.

REMAJA KITA, ADIK KITA, ANAK BUAH KITA, SAUDARA PEREMPUAN KITA, ANAK KITA kemana perginya? Bagaimana pula pemakaiannya di rumah? Mengikut syariat atau tidak? Menutup aurat atau tidak? Bagaimana PENDIDIKAN AGAMA yang telah diberikan? Seawal USIA berapa kita kenalkan dia tentang AKIDAH, IBADAH, AKHLAK, AL-QURAN kenal ALLAH, CINTA RASULULLAH? Sejauh mana pelaksanaan AMAL ISLAMI dirumah, tempat kerja atau dimana-mana sahaja? Adakah ISLAM ini berkala ataupun bersifat KADANG-KADANG, TENGOK TEMPAT, IKUT STATUS atau ISLAM untuk ORANG KAMPUNG sahaja? Kemana hilangnya Mak Ayah? Tak pantau ke kemana anak-anak kita? Bukan nak menunding jari pada mak ayah yang berkerjaya cumanya terkilan juga bila tengok mak ayah serahkan tanggungjawab mendidik, mengasuh, mengajar anak-anak pada guru sekolah, guru tuisyen, bibik, nenek atuk di kampung…alahai…NAK JADI MAK BAPA DERHAKA ke? Kenapa suka LEPAS TANGAN? TEPUK DADA TANYA IMAN….

Apakah tidak cukup PERKHABARAN MUHASABAH yang disampaikan melalui SURAH Al-QAMAR bermula daripada ayat 1-8 berkaitan berita kehancuran musuh Nabi Muhammad SAW, ayat 9-17 tentang kehancuran KAUM NABI NUH a.s, ayat 18-22 kehancuran KAUM AAD’, ayat 23-32 tentang kehancuran KAUM TSAMUD, ayat 33-40 tentang kehancuran KAUM LUTH dan seterusnya ayat 41-42 tentang kehancuran FIRAUN? TIDAK GENTARKAH KITA? Peringatan telah diberikan namun REMAJA kita masih lagi SOSIAL, lagak gaya mengalahkan BUKAN ISLAM, gaya bergambar REMAJA kita biar belum bernikah tetapi gaya BERGAMBAR mengalah yang sudah BERUMAH TANGGA..cium sana, peluk sini, cubit sana-sini, ringan-ringan APA TU, pakaian REMAJA kita macam tak cukup kain bahkan BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG manakan tidak LURUH JANTUNG SI JANTAN? Umpama kucing dihidang WHISKERS nampaknya, biarlah macam LEMPENG KEJUNG tetapi LIUK LENTUK dan MURAHNYA maruah KUREDAH JUA kata SANG BETINA DAN JANTAN ikrar CINTA MENJADI PERTARUHAN…AKHIRNYA keluarlah ZURIAT YANG TAK BERDOSA HASIL CINTA SUCI JANTAN DAN BETINA yang AKHIRNYA bersepah di DEPAN SURAU, TONG SAMPAH, LONGKANG, JAMBAN, DALAM KEBUN DIHURUNG SEMUT mana lagi? Masyaallah mana AKHLAK kita? Kini dah di BERI SECARA PERCUMA pula SUNTIKAN PERCUMA lagilah bertambah risau. Bagi penulis MEREKA mungkin LEGA kerana ada pertahanan daripada JANGKITAN KUMAN selepas MELAKUKAN SEKS BEBAS.

Astagfirullahalazim, KEMANA ORANG ISLAM kita di KKM? Kenapa tak bersuara dan mengkaji? Atau tak berani nak bersuara takut STATUS tercalar? Yang orang kita duk sibuk BERGADUH SESAMA ISLAM jatuh menjatuh SESAMA ISLAM. TOLONGLAH SEDAR BANGKIT DARI LENA YANG PANJANG SI BUKAN ISLAM tengah MERANCANG tu. Betullah “Sesungguhnya kita bukannya GAGAL MERANCANG sebaliknya kita MERANCANG UNTUK GAGAL” Kegusaran ini bukan milik penulis sahaja tetapi dikongsi bersama perasaan gusar ini bersama ibu saudara penulis. Kemana kita? TEPUK DADA TANYA IMAN…Bukan kita nak tunding pada sesiapa cumanya nak menyentap perasaan dan tindakan yang perlu dilakukan bukannya kita asyik mengiakan benda yang bakal mengundang MUDHARAT. KEMASLAHATAN UMMAH bagaimana? DAULAH ISLAMIYYAH KEMANA? INDIVIDU MUSLIM bagaimana STATUSNYA? RENUNG FIKIR BERSAMA…PERSOALAN INI PENULIS LONTARKAN KEPADA PEMBACA, SAHABAT SAHABIAH yang sudi dan BERIQRAR kepada ALLAH bahawa dia adalah KHALIFAH yang BERTANGGUNGJAWAB di atas muka bumi yang bertujuan MEMAKMURKAN BUMI bukannya MENGHANCURKAN…

p/s: Marilah bersama kita hayati tentang terjemahan daripada Surah Ali ‘Imran ayat 110 berkaitan Kelebihan Umat Islam berbanding yang lain yang kiranya bermaksud, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik dari mereka:di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” Untuk kajian yang lebih lanjut Rujuk TERJEMAHAN AL-QURAN SURAH ALI ‘IMRAN ayat 110 hingga 115. Wallahualam…

PENGORBANAN YANG DIAKHIRI DENGAN KEPEDIHAN

Assalamualaikum,Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan masih lagi berada di dalam nikmat iman dan islam…Pengorbanan…apabila berbicara tentang pengorbanan di bulan Zulhijjah ini pastinya ramai yang akan menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim A.S dan anakknya Nabi Ismail A.S. Tidak perlulah dikupas lagi tentang sejarah itu sedangkan seantero alam akan berbicara tentang pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah kepada seorang anak. Walaupun pada dasarnya jika difikirkan dengan akal fikiran manusia yang terbatas ini, jika kita sebut hendak menyembelih anak darah daging kita itu merupakan tindakan yang tidak rasional dan mungkin ada yang akan melabel anda sebagai seorang yang mengalami masalah mental. Tetapi mengapa Nabi Allah Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya? Ini berlaku kerana baginda sedar bahawasanya baginda hanyalah hamba kepada penciptanya dan baginda yakin bahawa setiap ujian mempunyai nikmat dan hikmah yang Allah nak beri sebagai ganjaran. Mungkin bukan dunia tetapi nun diakhirat kelak. Mesej yang cuba disampaikan daripada sejarah ini adalah sifat Rabbaniyyah yakni yakin bahawa hidup kita ini bertuhan dan setiap yang berlaku pastinya dimiliki dan ada kuasa yang mengaturnya. Siapa? Pastinya Allah SWT. Yakin dan berimanlah sesungguhnya TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUHNYA 100% TANPA KOMPROMI…Itu merupakan pengikat kepada LAFAZ SYAHADAH yang kita sentiasa ucapkan…
Realiti hidup kini, kita susah sangat nak bekorban…adakalanya kita sanggup bekorban dan akhirnya kita yang terkorban. Terkorban daripada aspek perasaan, emosi, harta, kasih dan bermacam-macam lagi. Adakalanya kasih yang diraih itu adalah milik orang lain. Penulis agak terkilan dengan sikap “ORANG KITA” yang adakalanya menangguk di air yang keruh….manakan tidak mengapa harus berpatah arang…kalau CINTA sesama INSAN yang ditagih? Sedangkan kita sudah sedia maklum dan sudah JELAS diterangkan oleh LUQMAN Al-HAKIM kepada ANAKNYA bahawa hati ini jika kita serahkan pada manusia pastinya akan sakit…makanya jelas, manusia hanya tahu menyakitkan, mengundang sengsara dan segala penyakit hati pasti bersarang…. Itulah pengorbanan sia-sia yang telah BERJAYA kiita lakukan sehinggakan kita terabai, sanggup menghukum diri di atas kegagalan lalu, ada yang sampai kena serangang PENYAKIT MURUNG…puncanya….DIRI SENDIRI….(CARI PENYAKIT…jawabnya tanggunglah sendiri =D)
Lucu juga bila melihat gelagat manusia kini yang mengangkat CINTA DUA HATI (Lelaki dan Perempuan) sebagai yang UTAMA…sampai ada yang gagal mengawal NAFSU akhirnya terjerumus dilembah kehinaan…ada yang lagi teruk hilang segalanya…kerana dah bergolok bergadai kononnya nak menterjemahkan CINTA pada PASANGAN lebih daripada segalanya….BERKORBANLAH konon sampai sanggup REDAH LAUTAN API…alahai tak ke lawak kekadang madi LAUT pun lemas…nikan nak redah api pula…hahaha lucu-lucu….gunung merapi pun kita tak pernah nak rasa hangatnya laharnya nikan pulan nak berenang? Mengarut….
Yang lebih menjijikkan kita sanggup menagih kasih mak pak orang lain sedangkan kita ni ada dah mak ayah…uish kononnya kitalah yang terbaik ada ramai mak pak angkat…tak salah pun…yang buat penulis rasa jijik adalah kita dok sibuk menjaga hati mak pak angkat kita sampai mak pak kita terabai..takperlulah nak jadi jaguh kampung atau nak jadi “Hero For Nothing”…udah-udahlah nak tunjuk jaguh atau taring tu…Tertarik penulis dengan Isu Keluaran Majalah Solusi yang berkaitan “Ibu Bapa Derhaka” bukannya apa…tajuk tu tepat dan penulis sangat bersetuju kepada golongan yang langsung tak bertanggungjawab terhadap anak-anak. Selalunya kita dengar orang duk sibuk cerita anal derhaka…la ni mak pak derhaka jadinya itupun satu PENGORBANAN juga bagi mak pak dan anak-anak agar turunkan ego dan laksanakan tanggungjawab sewajarnya.
Geram pun ada juga, mengapa harus direbut kasihnya seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak tunggal sedangkan kau punya keluarga sendiri? Ada abang dan adik beradik lain…akhirnya terpaksalah mengorbankan rasa…senang cerita pendamlah rasa tu sampai kiamat…kesian-kesian…sabarlah mungkin Allah nak kurniakan KIFARAH buat sesiapa yang senasib…
KORBAN suatu perkataan yang mudah dilafaz dan payah dilaksanakan…bukan semua mampu BEKORBAN kerana Allah dan mendamba Redhanya….

P/S: Ya Allah kau jadikanlah aku sebahagian daripada HAMBAMU yang sentiasa REDHA dengan ketentuanMu dan Ikhlas dalam melaksanakan perintahMU.

NILAI SEBUAH TANGISAN

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya aku tidak mampu lagi menanggung dugaan yang kau berikan pada hambaMu ini. Tidak terdaya rasanya Ku pikul sendiri sengsara yang yang mencengkam. Ya Allah kau bantulah hambaMu ini dengan mengurniakan seseorang yang mampu memperteguhkan langkahKu lantaran menjadi peneman, pembimbing, pendidik, pengajar, pengasuh kepada diri ini agar semakin hari semakin dekat dan akhirnya mencapai redhaMU seperti yang didambakan. Aku mohon agar dia yang aku maksudkan adalah seorang mukmin soleh yang bergelar zauj buat Ku. Ya Allah Ya Rabb, perkenankanlah ratapan hambaMu ini.”
Tanpa sedar linangan manik jernih membasahi pipi. Mungkin sudah tiba masanya aku memikirkan tentang orak langkah percaturan masa depan aku. Aku juga seperti wanita normal yang lain punya hati dan perasaan yang ingin dikasih dan mengasihi seseorang yang halal buat aku, namun masih belum aku bertemu peneman yang bakal mengisi kesunyian itu. Mungkin aku tidaklah selembut wanita lain, tidaklah secantik Zulaika, tidak juga sepemurah Khadijah, tidak sepintar Si Merah Aisyah dan tidak juga setegar Fatimah. Mungkin kerana itu aku tidak layak dimiliki oleh mana-mana teruna. Aku juga tidaklah sesempurna wanita lain. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana serba-serbi. Ibu ayah aku telah lama bercerai, dibesarkan tanpa secebis kasih seorang insan bernama ayah. Hermmm mengeluh panjang aku dibuatnya apabila mengenang lakaran kanvas kehidupan aku. Adakalanya terdetik juga harapan untuk melihat keluarga yang retak ini bertaut kembali, namun segala pengharapan itu telah aku kuburkan pada pengharapan tanpa bernisan buat seseorang yang selayaknya menjadi teraju keluarga namun bagi aku, bukan dia selayaknya yang aku panggil ayah. Apa yang ada, hanyalah sekeping hati yang meraung minta dibebaskan daripada belenggu ini.
Tekadang nasib aku lebih buruk daripada si yatim yang langsung tiada siapa di dunia ini. Ya, mungkin Allah kurniakan aku dengan seorang ibu yang penyayang, memahami, pemurah dan kuat bekerja bagi memastikan aku berjaya sehingga ke tahap ini. Tetapi itu semua sudah tiada lagi di dalam hidup aku. Aku sunyi, aku rindu ibu aku yang dulu. Perawakan sederhana, penyabar dan menjadi pendengar setia disetiap ngomelan aku. Kasihnya yang dulu hanya dicurahkan buat aku satu-satunya anak tunggal hasil perkahwinannya namun kini makin sirna. Jika dahulu, akulah segalanya di dalam hidupnya. Tetapi kini aku harus berkongsi kasih dengan insan yang bukan darah dagingnya. Ya Allah berat sungguh dugaanMu, adakalanya aku rasa diri aku ini langsung tidak memberikan apa-apa buatnya. Adakalanya rasa bersalah dan rendah diri menerpa tanpa diundang. Manakan tidak, sehingga saat ini aku masih lagi tidak dapat membalas jasanya, memberikan hadiah mewah kepadanya, menghantarnya ke Makkah segalanya tiada pada aku. Segala apa yang dicita-citakan dan segala yang dia impikan hanya mampu terealisasi apabila dia bersama anak angkat kesayangannya. “Aku ini siapa? Mungkinkah aku tidak diingini di dalam hidupnya? Mungkinkah kelahiran aku hanya mengingatkan dirinya pada kenangan bersama bekas suaminya? Hodohkah aku sehingga ibu aku malu punya anak seperti aku?”
Bertubi-tubi persoalan yang berlegar dibenak fikiran yang akhirnya mengundang keresahan, kegundahan dan mainan resah dijiwa. Mujur Allah kurniakan aku dengan dua insan yang aku fikirkan layak aku panggil dengan gelaran abah dan pak. Allah kurniakan aku dengan Abah Sufian tak dilupa Pak Khairul sebagai tempat ku bergantung harap dan menumpang kasih, tetapi sampai bila? Sanggup aku korbankan perasaan sayang sebagai anak kepada kedua insan yang banyak berjasa, membimbing aku mengenal Allah dan diri dalam mendamba cinta illahi yang hanya aku kecapi manisnya nikmat IMAN dan ISLAM pada umur aku 23 tahun. Segalanya aku sembunyikan demi menjaga hati dan perasaan ibu aku. Takut-takut ibu tersinggung dengan tindakan aku yang sentiasa melebihkan mereka, namun aku silap. Akhirnya, aku yang terdampar sepi sendiri. Kini usia aku hampir menjangkau 27 tahun. Kesekian kalinya Allah menguji aku dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan, namun aku redha menjalani sistem tarbiyyah yang telah ditetapkan demi bergraduasi dengan cemerlang diakhirat kelak. Puas aku ke sana ke mari mencari hala tuju yang pasti namun bertemu buntu, Ya Allah aku mohon kau permudahkanlah.
Tidak cukup dengan itu, aku cukup tertekan apabila berada di rumah. Aku bingung memikirkan mengapa aku berasa begitu, sedangkan orang lain selesa hidup bersama keluarga namu berlainan bagi aku. Aku lebih suka hidup berjauhan daripada keluarga dan aku lebih suka hidup di alam aku sendiri. Aku lebih gemar bekarya, menulis puisi, menulis lirik dan mengarang bagi aku biarlah karya aku tidak di iktiraf namun ianya sudah cukup membuktikan bahawasanya aku juga mampu bekarya seperti teman-teman aku yang lain. Aku puas walaupun aku tidak dikenali. Aku sunyi, tiada teman untuk berbicara, tiada tempat untuk meluahkan sengsara dan aku rindu saat indah di alam kampus aku. Adakalanya aku suka berlawak bodoh dikalangan ahli keluarga, aku terpaksa memperbodohkan serta memperjudikan maruah aku semata-mata meraih sedikit perhatian daripada sanak-saudara agar kehadiran aku di sedari. Namun aku gagal, mungkin tiada gunanya aku lagi di dalam keluarga ini. Aku bukannya anak saudara yang menjadi kegemaran, aku tidak sepintar sepupu aku yang lain yang kini mungkin lebih jauh berjaya, cantik, bergaya dan punyai segala yang diimpikan setiap manusia lain. Sedihnya perjalanan hidup aku. Mujur masih ada sahabat yang menjadi tonggak kekuatan biar walau dari kejauhan namun masih dapat aku rasa ukhuwahnya. Biarlah mereka membenci aku, tetapi bagi aku mereka merupakan kurniaan pada aku. Biarlah walau hanya sedetik pertemuan namun ianya suatu pemberian yang tiada tara gantinya.
“Mak kenapa kau hukum aku begini?” aku bertambah bingung apabila ibu aku sentiasa melebihkan anak angkatnya di dalam setiap hal. Mungkin mak dah tak sayang aku agaknya. Sudah tiba masanya aku berpaut pada lelaki yang bakal bergelar zauj aku. Tapi layakkah aku? Terkadang aku terpukul dengan sepotong ayat yang pernah dilemparkan oleh seorang lelaki kepada aku, “Apa? Kau nak kahwin? Eish, memang malanglah siapa yang suka kat kau.” Ada juga yang menyatakan aku ini kasar, garang dan macam-macam perumpaan dan gelaran yang menyebabkan aku rasa aku ini lebih rendah makamnya daripada hamba abdi. Bertitik tolak daripada ayat dan peristiwa itu aku sedar bahawasanya hidup aku ini gelap dan kelam. Aku tidak layak untuk semua itu. Mungkin ini merupakan hukuman di atas dosa silam aku. Aku tidaklah sejahat mana cumanya mungkin aku yang menjadi pilihan bagi menanggung sagala kedukaan ini. Tidak pernah aku rasakan apa itu kasih sayang, apa itu cinta dan apa itu kebahagiaan daripada insan yang akrab dengan aku.
Aku tau, Allah tidak zalim tetapi aku yang selalu menzalimi diri. Pernah juga aku menaruh harapan kepada seseorang yang aku fikir mampu menjadi zauj yang terbaik buat aku, namun semuanya tidak direstui oleh ibu aku, hermmm tak mengapalah. Mungkin aku masih lagi keanak-anakan walau usia hampir menerpa ke usia tengah hari. Akhirnya aku masih lagi ditahap ini, manakala mereka sudah punya keluarga bahagia dan jelas mereka mampu menjadi teraju keluarga yang baik. Mungkin aku bukan yang terbaik buat mereka. Ya Allah, bantulah aku keluar dari belenggu keluh-kesah ini. Serabut dan kusut adakalanya aku rasa aku hanya diperlukan bila mereka sakit, sedih dan mungkin aku hanya sesuai diketengahkan pada saat-saat itu. Bila mereka senang, aku pun tak dipandanhnya, manakan tidak aku mempunyai bentuk badan yang obes, raut wajah yang biasa sahaja dan tidak layak mendampingi sesiapa.
Adakalanya, aku merasakan linangan air mata aku begitu murah. Mudah sangat aku tewas dengan mainan dunia. Namun aku tidak mampu lagi bermain dengan permainan yang sering menguji emosi aku. Sedari kecil, aku di besarkan dengan kaedah reverse psychology. Terkadang terdetik juga rasa dengki di dalam hati apabila melihat generasi seterusnya tidak lagi dimarah, ditempik, diperkotak-katik,dibanding bezakan pencapaian. Aku tidak pernah merasakan pujian daripada keluarga aku andai aku mendapat pencapaian cemerlang. Cuma yang ada hanyalah ungkapan yang berbentuk sindiran, cacian dan makian. Jadinya, aku terpaksa memperoleh gred cemerlang bagi memastikan repotasi aku tidak tergugat namun segala anadaian itu meleset sekali. Aku tetap sampah dimata keluarga. Jiwa aku kosong, aku yatim kini walau masih beribu bapa. Tiada siapa yang memahami aku, tiada siapa yang sudi mendengar keluh kesah aku dan tiada apa lagi yang mampu mengukir suka diriak wajah aku. Semuanya telah terkubur rapi di kuburan tanpa nisan.
Kecewa aku dibuatnya, penghijrahan aku menjadi bualan hangat. “Eh, kenapa tiba-tiba je berubah tu? Dulu dialah orangnya, sekarang berkelubung bagai? Dah insaf ke dia?” Apalah dosa aku sampai ada yang membuat konklusi aku berubah kerana ingin meraih simpati, ikutkan sangat pinta sahabat karib aku. Salah ke andai aku berubah untuk mendekatkan diri kepada cinta agung ayang kekal abadi? Salah ke aku berubah kepada sekadar menutup kulit kepada menutup aurat mengikut syariat? Bangsat sangat ke aku ni? Beristifar panjang aku dibuatnya apabila memikirkan segala tomahan yang tiba bagaikan linangan sungai yang deras. Dulu aku punya seorang insan yang aku anggap sebagai seorang kakak, namun semuanya hanya pinjaman. Hubungan akrab kami hancur akibat fitnah yang tersebar luas semasa aku masih di kampus. Aku dituduh gila kuasa, menunujuk belang dan pelbagai tomahan dan andaian yang akhirnya menyebabkan aku mengalah dan aku berundur pergi daripada kamus hidupnya di sekitar tahun 2007 dan ianya merupakan noktah buat segalanya. Ya Allah mengapalah aku diuji sebegini berat?
Kini aku masih lagi tersadai di rumah, menanti perkhabaran yang tidak pasti. Ingin sahaja aku mengorbankan seluruh hayat aku pada sebuah badan NGO namun tetap dihalang oleh keluarga. Entah sampai bila agaknya aku dibenarkan membuat keputusan sendiri dan mengecap kebebasan yang masih lagi mengikut lunas syarian islam agaknya? Ataupun hidup aku hanyalah ibarat sebuah alat teknologi moden yang telah diaturcarakan segalanya? Mungkin aku ini terlalu memendam dan diakhirnya memakan diri sendiri. Aku masih lagi berteka-teki, apakah nilai sebuah tangisan. Apakah rintihan aku didengar? Apakah aku layak untuk setiap yang aku miliki? Sehingga kini aku masih lagi mengembara dalam mencari jawapan disetiap permasalahan. Ingin aku lari daripada masalah namun mengundang sia. Apa akan jadi pada nasib aku? Mungkin akan meminggir sendiri dan menyisih sepi? Mungkin zahirnya dan fizikalnya aku nampak gembira dan kuat menempuh dugaan tetapi batinnya aku ini ibarat orang yang sudah mati, tidak punya apa-apa. Kegembiraan aku telah direntap oleh manusia yang kejam dan zalim. Tapi kenapa kau rentap kebahagian hidup aku yang senipis kulit bawang itu? Kenapa ibu aku yang kau pilih? Bukankah ramai lagi wanita yang bergelar ibu diluar sana? Kau punya mak, ayah dan adik-beradik yang lain sedangkan aku tidak berkesempatan untuk memiliki kesemuanya. Aku terus termanggu di sini mengenang apa lagi yang bakal kau buat selepas ini.
Cukup-cukuplah kau menyeksa aku wahai manusia yang kejam. Sehinggakan aku rasa tergugat dengan sikap tamak kau. Aku ingin lari namun tidak berdaya. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Aku berharap agar Allah berikan aku pengakhiran yang menyenangkan. Tak mengapalah andai aku tidak punya insan bergelar zauj di dunia yang hanya aku harapkan hanyalah wildan di syurga. Tak mengapalah kau seksa aku di dunia, aku yakin percaturan Allah itu Maha Adil.

AKU YANG TERLUKA

“Ya Allah Ya TuhanKu, Hanya kau yang mengetahui segala rahsia diri Ku ini, Sesungguhnya aku tidak mampu menggalas amanah mu sendiri lagi, Ya Allah sungguh getir ujian Mu Ya Allah, kau uji aku dengan hilangnya kasih seorang ibu dan ayah walau pada hakikatnya mereka masih bernyawa. Apakah aku ini bukan zuriat mereka yang sah? Aku mohon pada Mu Ya Allah kau bantulah aku dalam mengharungi sisa hidup hambaMu ini.”

Air mata berlinangan menjadi peneman dikala lembaran diari 2010M diselak satu persatu. Sedetik gembira tidak langsung tercatit, yang ada hanyalah duka, caci dan gundah. Kini, usia ku mencecah 27 tahun. Sahabat seusia ku sudah punya keluarga sendiri, punya kerjaya sendiri, punya segala-galanya yang dicita dan dicipta. Tapi aku, masih lagi terkapai-kapai mencari ruang untuk mencipta peluang. Tiada siapa yang bersama ku, segalanya harus dilakukan sendiri. Jika dahulu aku punya seorang ibu yang sungguh memahami dan menemani aku kemana sahaja aku. Walau apa yang berlaku dia merupakan peneguh langkah ku, walau apa musibah yang menimpa dia merupakan pakar motivasi ku yang akan menerangkan hikmah disebalik kejadian. Namun kini tidak lagi, ibuku benci dengan ku. Segalanya yang manis bertukar menjadi memori kelam. Kasih ibuku telah dirampas oleh seseorang yang dulunya ku anggap sahabat tetapi dihujungnya dia merupakan racun dan musuh ketatku. Dialah pemusnah segalanya. Apakah tidak cukup kesengsaraan yang harus aku lalui selama ini? Sudahlah aku dibesarkan tanpa kasih seorang ayah, ditinggal tanpa sebarang nafkah bahkan nak menjenguk jauh sekali. Mengapa aku? Mungkin Allah sayang padaku, setiap kali bertemu Allah pastinya air mata ini mudah gugur ke persada pengharapan.

Mujur ada teman yang sudi membantu, memberikan inspirasi tetapi sampai bila? Sampai bila aku harus berkongsi suka dan duka bersama mereka? Mungkin suatu ketika mereka juga muak dengan ceritaku. Apakah selama ini kehadiran aku di dunia ini hanya meraih simpati sesama insan? Buntu aku memikirnya. Semakin hari semakin banyak perkara yang menyelinap masuk kedalam akal dan hatiku. Tak tertanggung lagi rasanya tekanan yang aku hadapi. Mungkin aku juga akan menjadi sebahagian daripada penghuni Tanjung Rambutan? Tidak tahu lagi pada siapa ingin ku curahkan segala permasalahan yang ku alami ini. Adakalanya ingin sahaja aku bawa diri ini jauh dari Malaysia, mungkin menjadi seorang perantau adalah lebih baik daripada duduk di dalam sangkar emas yang penuh penyeksaan. Aku memasak keazaman ingin menyambung pelajaranku di Universiti Al-Azhar namun layakkah aku? Seluruh keluargaku tidak langsung menyokongku. Pernah juga aku menyuarakan untuk menyambung pengajianku diperingkat Sarjana dibidang Kejuruteraan namun tiada timbang balas inikan pula diperingkat Diploma Usuluddin lagilah jauh sekali.

Ingin juga aku merasakan kasihnya seorang yang halal buatku, namun layakkah aku? Dimana aku ingin mencari waliku? Mungkin dia juga lupa bahawa dia pernah mempunyai anak yang tidak pernah dicurahkan kasih dan bertanggungjawab segalanya. Itulah puncanya mengapa aku takut dengan insan yang bernama lelaki. Aku ada menaruh hati kepada seseorang namun aku pendam jauh disudut hatiku dan akhirnya aku terpaksa melemparkan jauh perasaan itu pada sang teruna apabila suatu hari ibuku menghamburkan perkataan yang menyebabkan hatinya terguris. Mungkin sehingga akhir hayatku, aku tetap begini. Menelan segala pahitnya hempedu dalam meneruskan sisa umur yang tidaklah sepanjang mana ini. Mungkin esok aku bakal dijemput untuk beristirehat buat selamanya sebelum dihitung di Mahsyar yang abadi. Siapa tahu? Mungkin selepas kepergianku ke sana barulah senang hati ibu dan ayahku. Tidak perlu lagi memikirkan status aku di dalam hidup mereka. Ah, selama ini pun ibu ayah tak pernah peduli.

Aku buntu…menghitung sisa umurku. Mungkinkah aku sempat bertemu zaujku di dunia ataupun hanya menanti wildan disyurga?Atau….moga Allah menetapkan yang terbaik buat ku…