THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 27, 2009

KEPADA MU PERMATA YANG KU CARI

Kesekian kalinya,
Ku merintih sayu,
Terdampar diruang ilusi yang mencengkam,
Merenggut setiap denyut nadi.
Pengharapan yang semakin lama kian pudar.

Aku masih lagi di sini,
Menagih simpati…kasih seorang kekasih,
Semakin hari semakin menjauh,
Sepi sekeping hati tidak mampu lagi diselindungkan,
Biar hati dirobek sengsara…namun tegar kepenghujungnya.

Kekasihku…kau yang bernama ayah,
Apakah wajar ku kuburkan,
Setiap inci saat yang diidam,
Di memori pengharapan dengan kubur tidak bernisan?
Sekadar imiginasi yang tidak berpenghuni.

Akhirnya…pasrah mengharap segalanya,
Biar Allah penentu segala,
Jiwa ini sengsara menanti pasti,
Biar terkubur memori semalam,
Agar bertemu Cinta Illahi.

Salsabila Humaira
6 Syawal 1430

Saturday, September 12, 2009

Mawaddah - Rintihan Cinta

aku tahu Engkau Tuhan ku
Download Lirik Lagu Mawaddah Lainnya di : www.TopLiRik.com


adalah Cinta Agung

akupun mahu mencintaiMu

tapi cintaku pada Mu Tuhan

selalu terganggu



ia kemuncak daripada

segala kebahagiaan

akupun mahu mencintaiMu

aku tahu mencintaiMu amat perlu



cintaku jauh sekali

sekali sekala datang juga

walaupun sedikit terasa indahnya

kemudian lupa lagi

Download Dari : www.TopLiRik.com

Friday, September 11, 2009

BUAT TATAPAN ADIK-ADIK KU YANG AMAT KUSAYANGI...KEHADIRAN MU TIADA TOLOK GANTINYA

Telah lama Ku menati saat ini
Akhirnya ku temu juga
Pertemuan demi pertemuan
Bertali arus mengundang kegembiraan
Aku sedar aku hanyalah mahasiswa
Mahasiswa yang bersifat datang dan pergi
Namun hakikatnya adakah pemergianku ini di nanti?
Aku asyik dibuai keresahan,kegusaran
Dibelit rindu yang mendalam
Apakah semua ini akan berakhir buat kesekian kalinya…

Mungkin sudah tiba masanya
Aku keluar dari kepompong kegusaran
Amanah yang ku pikul tidak mampu lagi ku gendong
Pergilah wahai sayang ku
Perjuangan mu baru bermula
Jangan kau khuatir dengan langkah ku
Aku pasti akan kembali
Kembali bertemu kalian
Membawa sejuta makna

Usah kau ratapi pemergian ku ini
Usah kau simpan segala kenangan kita bersama
Ianya akan mengundang duka di dalam diri ku
Lepaskan aku wahai sahabat
Bukan niat ku untuk jauh dalam hati mu
Tapi izinkan aku menumpang seinci dilubuk jiwamu
Merintih kasihmu…Mendamba sayang mu
Biar aku bukan pilihan mu tetapi itu ketentuannya
Kehadiran ku mungkin mengundang derita
Aku tidak mahu menyusahkan tidak mampu menyenangkan

Orak langkah ku semakin terbatas
Hela nafas ku semakin pendek
Denyut nadi ku semakin perlahan
Perpisahan ini merentap seleruh nyawa ku
Ibarat terpisah Jasad dan Roh
Doaku agar pertalian ini tidak terhenti di sini
Perjalanan kita masih jauh
Rencana kehidupan harus diteruskan
Buat seluruh insan yang pernah bertakhta di hatiku…
Terima kasih…
Saya SAYANG kamu

Si Kain Putih

Si kain putih
Kala disuluh cahaya dunia
Tangisan suaranya memecah alam
Gembira
Ingin bertemu sang ratu
Yang melahirkan.

Namun
Kemunculan si kain putih
Bukanlah kedatangan yang diundang
Melainkan
Sebuah kesusahan, ketakutan
dan ancaman.

Entah apa dosanya
Si kain putih dibiar kaku
Kesejukan
Di lorong-lorong kotor
Dalam timbunan sampah
Di tepian parit
Di rumah tak berpenghuni
Dalam kejelekan apungan najis.

Oh
Kasihan Si kain putih
Pucat wajahnya
Ketar tubuhnya menggigil
Menahan tikaman dingin yang mencucuk
Tembus ke tulang
Ke jantung.

Kaku si kain putih kaku
Tidak bernadi
Tubuhnya kian berbau
Dimamah ulat
Memutih
Dihurung berenga.

“Menyedihkan”
“Siapa yang begitu kejam?”
“Binatang!”
Lontaran suara protes bergema
Membantah kezaliman
dan
kebinatangan.

Insan-insan di sisi
Hanya mampu meratapi
Pemergian si kain putih
Yang tragis.
Posted by Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah at 2:46 AM

Thursday, September 10, 2009

PULANGKAN SYAWALKU, APA YANG KAU TAHU

Ku lemparkan pandangan ku jauh nun di sana. Masih lagi ku berteleku di muka pintu. Masih lagi mengharap pada yang tidak pasti. Aku bingung memikirkan apa yang telah ditentukan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun aku menanti dan terus menanti moga ini adalah Syawal ku yang terakhir diselubungi duka. Namun jangkaan ku meleset sama sekali. Aku tetap lagi mengharap dan merayu pada yang tidak pasti. Apa tidak cukup kau menyeksa batin ibu yang selama ini memerah keringat membanting tulang demi mencari sesuap nasi? Apa kau lupa akan tanggungjawab mu sebagai seorang ayah kepada anak mu ini? Apakah kelahiran ku dahulu banyak mengundang sengsara buat kalian? Ya Allah apalah dosaku sehingga kini dia tidak pernah menjengah kami? Sehingga kini aku masih lagi berteka-teki apakah aku ini bukan darah daging kalian? Akhirnya aku terus merintih tanpa ku sedar linangan manik berjujuran gugur membasahi pipi.

Wajarkah aku memanggilmu ayah? Sedangkan aku tidak pernah mengenali mu, wajarkah kau yang mewalikan ku sedangkan selama ini kau tidak pernah melunaskan tanggungjawab mu? Aku sedar tanpa setitis air mani mu tak mungkin aku berada di dunia ini dengan izin yang maha kuasa. Namun apa dosa ku, sehinggakan aku tidak dapat merasakan kehadiran Syawal yang mulia seperti apa yang mereka rasa? Apakah aku perlu meratap dengan ketentuan yang telah ditetapkan? Aku terus melayan perasaan ku sendiri, ingin di luah pada abang dan kakak malang sekali aku tidak ada semuanya kerana aku adalah satu-satunya zuriat mereka yang sewajarnya mereka tatang dan pimpin bagi menjadi muslimah yang ada nilai mukminnya. Ayah kemana kau? Teganya kau meninggalkan kami tanpa sebarang nafkah dan sedikit ehsan dari mu? Tika kini, aku masih lagi tidak mengenali mu. Bagaimana aku ingin merindui mu sedangkan wajah mu tidak sekalipun pernah ku tatap, belaian mesra kasih seorang ayah jauh sekali dapat ku rasa.

Benci ku terhadap lelaki semakin membuak sehinggakan aku merasakan aku tidak layak menyayangi mana-mana lelaki dan adakalanya aku merasakan pintu hati ku tertutup mati dalam mencari pemilik hati yang bakal memimpin ku mencari redha mu Ya Allah. Aku masih lagi bingung memikirkan masa depan ku, gusar memikirkan nasib keturunan ku, apakah mereka juga akan merasakan keperitan yang aku lalui. Ya, peritnya hidup tanpa setitik kasih seorang insan bernama ayah. Aku benci kamu. Walau aku anak mu adakalanya aku terpaksa memadamkan rasa rindu ku terhadap mu dan aku lemparkan rasa itu jauh dari lubuk hati ku. Terpaksa aku tanamkan memori hitam ku di kuburan tanpa nisan bersama nama mu wahai ayah ku. Aku jijik memanggil panggilan itu. Namun aku tetap mengharap kau pasti bertandang dalam hidup ku walau sedetik cuma.

Kembara si musafir cinta tidak terhenti di sini, aku terus berkelana mencari cinta saudara seislam yang sudi menggantikan tempat mu. Biar aku bukan darah daging mereka namun aku berasa puas setidaknya dapat juga aku merasakan kasih seorang ayah yang aku tidak pernah aku dambakan selama ini. Kehadiran Abah Pian dan Pak Khairul bagaikan kurnia dari Allah yang tiada tolok banding nikmatnya. Mereka banyak memberikan dorongan dan galakan bagi ku terus menongkah cita-cita ku. Namun masih belum berpenghujung lagi pencarian kasih ku. Terlintas di benak ku berapa lama lagi aku harus memperhambakan diri ku dalam mencari kasih seorang bapa? Hmmmm…Allah maha mengetahui. Beristighfar panjang aku di buatnya seolah-olah menidakkan apa yang telah tercatat di Luh-Mahfudz.

Aku bingkas bangun daripada kesedihan ku. Jika aku teruskan kembara emosi ku mungkin aku tidak mungkin mampu untuk terus hidup. Terkenang kenangan ku bersama saudara semusafir ku. Pertemuan kami amat unik, aku menamakan mereka dengan Saudara Musafir Ilmu kerana mereka juga seperti ku mencari sejalur cahaya dalam mencari redha Allah dunia akhirat. Mec, Muk, Mus, Hisyam, Fendi, Samsul, Anis Hadi, Suma, dan Farahin mereka inilah penawar di kala duka penghibur di kala sepi dan penyejuk di kala sukar. Alhamdulillah walau aku dilahirkan dengan beribu kekurangan namun aku masih lagi di kurniakan seribu nikmat dan kebahagiaan, syukur alhamdulillah. Aku lebih mengenali mereka daripada saudara ku sendiri. Walau kami daripada rumpun yang sama namun amat sukar mencari titik persefahaman. Namun sesama Saudara Musafir Ilmu segalanya dipermudahkan Allah. Mungkin atas dasar cinta berpaksikan ukhuwah dan di sulami rasa kasih berpantaskan Ukhuwahfillah Abadan Abada’. Allahhuakbar besar sungguh kurniaan mu terhadap hamba mu yang adakalanya lalai di pentas mu. Apa khabar mereka di sana? Moga Syawal memberikan seribu kenikmatan buat mereka. Aku tidak mahu mereka merasakan apa yang aku rasa. Aku tidak mahu mereka menitiskan air mata kesayuan apabila mengetahui siapa aku sebenarnya. Syawal nan suci aku tidak mampu lari dari ketetapan yang telah ditentukan buat ku. Aku tidak perlu memikirkan kemana destinasi raya ku, persalinan hari raya, pertemuan dengan saudara ku segala-galanya kerana aku tidak ada seesiapa lagi.

Kehadiran ku juga tidak pernah di rasakan oleh keluarga sebelah ibu ku kerana aku bukanlah anak saudara kesayangan mereka. Aku ada atau tidak, tidak memberi impak kepada mereka. Kehadiran ku seperti tidak di nanti. Perubahan ku juga adakalanya menjadi perbualan mereka. Amat sukar perjalanan ku mencari redha mu Ya Allah. Mengapa aku di uji apa yang tidak mampu aku galas Ya Allah? Syawal bertandang lagi, aku masih lagi mencari pemilik hati ku yang pasti. Walau ku tahu jawapannya, Allah pemilik yang pasti. Subhanallah….kenapa aku ni? Syawal perlu di isi dengan penuh keriangan, kesyukuran dan kemenangan namun aku lemas dalam kesedihan ku.

Pulanglah wahai insan yang bergelar Ketua Keluarga, biar kini kau tidak mempunyai ikatan dengan bekas isteri mu namun kau masih lagi perlu melunaskan tanggungjwab mu sebagai seorang ayah kepada anak mu. Bukan sekadar nafkah dalam bentuk material yang aku mahukan namun aku perlukan setitis kasih dari seorang ayah yang bisa memadamkan segaris luka yang adakalanya memarah dan bakal mengundang bencana. Hati ku ini sudah lama bernanah umpama barah yang menanti ajalnya. Tidak mengapa jika kau jijik mengaku aku ini anak mu tetapi kau lunaskan tanggungjawab mu, kerana aku tidak sanggup urusan mu bertemu Rabbuizzati tertunda kerana kealpaan mu dalam melaksanakan tanggungjawab mu terhadap ku. Pulangkanalah kegembiraan Sinar Syawal kepada ku biar hanya sedetik, biar hanya sesaat agar aku dapat mengenali mu. Aku tetap menanti selagi aku masih lagi bernyawa dan aku pasti kau sudah lupakan ku namun aku masih lagi berharap dan terus berharap.

Wednesday, September 9, 2009

Badar Al-Qubra dan Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum Semoga Sihat Seadanya…
17 Ramadhan 1430 telah beberapa hari meninggalkan kita, namun adakah kita sedar dengan 2 peristiwa penting yang telah terlakar dan terpahat di dalam lubuk jiwa dan sanubari setiap hati-hati yang mengaku ISLAM? Telah jelas mana dijadikan titik mula bagi peransang motivasi bagi mereka yang bergelar pejuang .
“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)

Jelas, tanpa sebarang muslihat mahupun kepentingan individu. Al-Quran diturunkan sebagai panduan kepada Umat Islam.Tapi kini? Al-Quran diperlekeh bukan sekadar Orang Kafir yang amat menyedihkan UMAT ISLAM sendiri turut bersekongkol. Badar Al-Qubra pencetus kepada titik mula kejayaan pembangunan Tamadun Islam. Mana tidaknya, jika sebelum ini para sahabat tidak pernah turun kemedan perang akhirnya dengan izin Allah mereka turun kemedan perang dengan ketumbukan yang sedikit. Nisbah yang amat jauh jurangnya. Masyarakat kita kini? Mampukah kita? Silap-silap ini titik mula untuk kita lebih jauh daripada redhanya…..

Saya ingin mengajak pembaca-pembaca sekalian, marilah kita sama-sama menghayati Nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Thursday, September 3, 2009

WAJAH KITA CERMINAN IMAN

Assalamualaikum...Salam Muhibbufillah

Tajuknya agak kasar mungkin juga sinis, tapi itu yang cuba saya gambarkan untuk paparan kali ini sekadar perkongsian dan juga bertukar pandangan dengan insan yang benar-benar mengenal apa itu TANGGUNGJAWAB dan AMANAH...

Rata-rata kawan-kawan kita kat luar ni suka sangat perlekeh orang...kenapa ye?Hebat sangat ke?kalau satu hari Allah tarik Zat-Nya yang dia pinjamkan pada kita, agak-agak apa jadi ye?

Di alam maya ini kita gunakan sebaik mungkin bukan hanya mengkritik tetapi sewajarnya kita berbincang dalam mencari individu yang mengenal makna perjuangan dan faham konteks persepakatan. Jangan sibuk tanya apa yang kita akan dapat semata tapi cuba fikir apa yang kita dapat turut sumbang sama.Rimas juga saya membaca blog adik-adik saya yang selalu ditomah,dicaci,dikeji...sakit hati juga bila ada kelompok yang mudah melatah dan cepat menghukum....eh ni nak tanya sikit...kita ni siapa yang cepat menghukum?Cepat sangat keluarkan fatwa?Sedangkan yang ada pun masih banyak yang perlu dirungkai dan banyak khilafnya....

Aduhai manusia, bangkitlah dari lena yang panjang...tak mustahil MELAYU akan dijajah kembali...mungkin bukan dalam konteks fizikal yang memerlukan senjata malahan lebih kritikal jika UNIVERSITI yang dahulunya menjadi KHUTUB KHANAH dalam penghasilan berjuta ILMUWAN namun kini situasinya dibanjiri dengan bangkai bernyawa yang hanya hidup melarat, menagih simpati di bumi sendiri dan dicatur pemikirannya oleh ISLAM HADHARI...apa tu ISLAM hari-hari ke?Agak sensetif tapi itulah ideologi yang membelenggu pemikiran mahasiswa kini...

RENUNG FIKIR BERSAMA...JANGAN ASYIK MENUNDING JE TAPI MEH SEKALI GEMBELING TENAGA...BARU TAHU PAHIT GETIR PERJUANGAN

Wednesday, September 2, 2009

RETAK MENUNGGU BELAH

Assalamualaikum
Senario sekarang amat mencengkam dan adakalanya membuatkan si buta meraba dalam gelap si celik meraba dalam terang. Itulah permasalah yang harus kita kaji bersama dan come out with solution yang praktikal dan sesuai diaplikasikan.

Pening?Bingung?Krisis Politik dan Ideologi?Pangkat dan harta?Pelik, kita sering memandang antara senarai tadi sebagai suatu masalah global yang kalau kita tak bendung akan melarat dan membarah.Tapi pernah tak kita fikir tentang AKIDAH orang ISLAM? Pernah tak kita fikir tentang semangat kebangkitan Khulafa' Ar-Rasidin? Kita sibuk dengan diri kita je. Mak saya pernah kata saya ini seorang yang sombong dan sukar untuk dikenali,tapi bagi saya itu adalah suatu rewards yang Allah bagi pada saya untuk lebih peka dan bertindak membantu sahabat saudara seislam dalam mengenal apa itu ISLAM...kita sibuk cerita pasal Ad-Deen tapi apa yang kita sumbang?

Cukupkah sekadar kita perlekeh orang,cari salah orang,belek diri hari-hari kata kita paling cantik,lagi apa?Haaaa yang paling menarik sibuk MENCARI CINTA...apalah penyakit anak muda sekarang.Eh sedar sikir umur dunia ni dah uzur sangat-sangat. Dah bongkok 3 dah...tinggal tunggu masa je nak "PADAM" yang kita boleh duduk relax je?

Bukalah PINTU HATI,MENGAJI MENGGUNAKAN MATI HATI...Allah dah bagi kat kita banyak sensor untuk ukur apa yang patut,tapi kita ni buta kayu juga sibuk PUTAR BELIT CERITA...BALA BENCANA DAH BANYAK DAH yang paling sibuk diperdebatkan tentang H1N1, tak cukup pedas?kita tambah sikit lagi,REMAJA BERPELESERAN,GOTHIC ntah apa species lagilah yang pelik.Kenapa saya kata pelik?Yelah manusia sibuk nak jadi kuda belang,nak pakai kuku helang,nak jadi zirafah ntah apa fesyen tah...bak kata orang kampung den apo pe'el la melantak an...

Bangunlah WAHAI MANUSIA anda dijadikan ALLAH bukan saje-saje nak penuhkan bumu ni. Tapi ada tanggungjawab yang harus dilunaskan.Tanggungjawab ni kalau bagi kat gunung pasti dia runtuh punya. Manusia je yang leh laksanakan, tapi kalau kita pun macam tunggul mati tak boleh nak buat apa pun tak guna juga jadi manusia kan? MARAH pulak dah awak tak nak sumbang yang positif, SIBUK SUMBANG MAHRAM JE dahtu marah kita pula...

Renung Fikir Bersama...Jangan Nasi Jadi Bubur tapi manfaat juga pada perut...tapi kalau kita macam hampas kelapa atau tebu apa dapat?

SEKADAR NASIHAT BUAT DIRI YANG SERING ALPA DAN PANDUAN BUAT MEREKA YANG BERGELAR KHALIFAH

Tuesday, September 1, 2009

BLUES UNTUK AKU

Sering merenung jauh kelubuk hati ku
Sering bertanya pada hati
Akhirnya bertemu buntu
Apakah aku pemula kemungkaran?
Merenung fikir tanpa tepian
Mengharapkan sejalur pengharapan
Dari insan yang amat disayangi
Namun kehadiran ku sepi
Umpama sepi tidak berpenghuni
Pemergianku amat di nanti
Kehadiran ku hanya mengundang duka
Menyusahkan pergerakan si mungkar
Namun ada jua dikalangan sahabat yang bermuka-muka
Ada juga yang menjadikan paras rupa sebagai ukuran
Biarlah mereka dengan dunia mereka
Aku tetap aku yang menagih sejalur cahaya darinya
Yang tidak pernah memalingkan rahmatnya