THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 9, 2009

Badar Al-Qubra dan Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum Semoga Sihat Seadanya…
17 Ramadhan 1430 telah beberapa hari meninggalkan kita, namun adakah kita sedar dengan 2 peristiwa penting yang telah terlakar dan terpahat di dalam lubuk jiwa dan sanubari setiap hati-hati yang mengaku ISLAM? Telah jelas mana dijadikan titik mula bagi peransang motivasi bagi mereka yang bergelar pejuang .
“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38)

Jelas, tanpa sebarang muslihat mahupun kepentingan individu. Al-Quran diturunkan sebagai panduan kepada Umat Islam.Tapi kini? Al-Quran diperlekeh bukan sekadar Orang Kafir yang amat menyedihkan UMAT ISLAM sendiri turut bersekongkol. Badar Al-Qubra pencetus kepada titik mula kejayaan pembangunan Tamadun Islam. Mana tidaknya, jika sebelum ini para sahabat tidak pernah turun kemedan perang akhirnya dengan izin Allah mereka turun kemedan perang dengan ketumbukan yang sedikit. Nisbah yang amat jauh jurangnya. Masyarakat kita kini? Mampukah kita? Silap-silap ini titik mula untuk kita lebih jauh daripada redhanya…..

Saya ingin mengajak pembaca-pembaca sekalian, marilah kita sama-sama menghayati Nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

0 ulasan: