THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 31, 2009

PENDIDIK ATAU PENGAJAR

ASSALAMUALAIKUM...
Nampak sama namun tidak serupa...
Adakalanya kita hanya mampu menjadi pengajar....mengapa?Masih tidak percaya? Mana taknya kita asyik sibuk bercakap menunding jari dan yang paling seronok macam mana nak jatuhkan orang lain...itu masyarakat kita...kita dibesarkan dengan situasi begitu....jangan pandai-pandai nak buat perubahan....zaman dulu boleh jer kenapa sekarang sibuk nak ubah?Nampak tak apa yang cuba digambarkan?Mentaliti kita masih ditakuk lama....Teknologi dah canggih....apa lagi yang tidak cukup?Semua ada namun kita masih lagi ketandusan tenaga PENDIDIK yang mampu menjadi tongkat dalam usaha meneraju bukan hanya meneraju tetapi sanggup jatuh bangun dengan kita...Tapi realiti kini adalah ramai yang mampu senyum bersama tetapi jika berhadapan dengan kegagalan kita tak sanggup. Kita nak jadi lilin kita fikir banyak kali....ada yang terdetik nak buat apa jadi lilin tiada nilai asyik kita fikir perasaan orang tapi orang sikit pun tak fikir pasal kita...hmmmm lantak lah. Orang kita suka ambil remeh tentang benda yang kecil ni. Marilah kita renungkan bersama...adakah kita ini mampu memberikan arahan sahaja ataupun multitasking? TEPUK DADA TANYA IMAN....RENUNGAN BUAT SI ALPA

Thursday, March 26, 2009

APALAH NASIB KITA....UMAT ISLAM DITINDAN BANGUNLAH UMMAH SEMUA....JIHAD SEBAGAI CITA

Assalamualaikum
Sedih dengan masalah yang menghimpit...
Namun kita harus faham dan redha bawasanya segala yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk umatnya.Allah tidak zalim cuma hambanya sahaja yang tidak mengerti tentang Sunatullah yang telah tersedia. Manusia mudah melabel, mudah berprasangka almaklumlah Al-Insan(Pelupa) ALPA dengan kemewahan dunia sehingga dijangkiti PENYAKIT WAHAN... Apa yang kita sibuk sangat?Sampai TUHAN pun kita lupa?Adakah cukup dengan harta kekayaan untuk menjamin kita masuk syurga?Mahukah kita menjadi manusia yang KAYA LAHIRIAH tetapi ROHANIAH KOSONG,MELARA,MERANA,MERUNTUN KEPADA KEBAHAGIAAN?Fikir2lah

Wednesday, March 25, 2009

HEDONISME KARATKAN MINDA KELAS PERTAMA

Assalamualaikum bertemu kembali di alam maya tidak bersuara sekadar berkomentasi dengan sahabat yang sealiran pemikiran dalam usaha membangunkan nilai mahasiswa kita. SEDIH DAN TERKILAN dengan ALIRAN PEMIKIRAN MAHASISWA ISLAM yang semenjak akhir ini disogokkan dengan banyak aktiviti yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan minda positif MAHASISWA. Sekali lagi ingin saya tanyakan pada diri saya dan pada anda semua adakah ini generasi pimpinan ISLAM kita?Sekadar nama dan ikutan susur galur sahaja?Tidak mempunyai matlamat yang jelas?Itukah Kita?Renungkan... Terlalu banyak disogokkan dengan hiburan tidak cukup dengan itu, dihidangkan dengan ideologi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Mengapa dipasak sekuatnya ideologi?Mengapa tidak disemai BIBIT AKIDAH di dalam diri seorang MUSLIM?ANDA MALU memakai pakaian menutup AURAT?Mengapa wahai teman?Bukankah itu hukum ALLAH?Sanggup kita menentang HUKUM ALLAH melebihi HUKUM MANUSIA?NAUZUBILLAH mengapa MAHASISWA kita BUTA di dalam TERANG? Saya tinggalkan anda moga kita sama-sama berfikir membina JATIDIRI SEORANG MUSLIM

Tuesday, March 24, 2009

Mencari Makna Kehidupan

Assalamualaikum Salam Perkenalan
Kebelakangan ini kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang lahir daripada tindak tanduk individu itu sendiri. Kekecewaan, Kesedihan, Tekanan Hidup itu adalah alasan biasa yang diutarakan bagi melepaskan diri daripada terkena serpihan tomahan masyarakat. Adakah ini yang dikatakan sebagai PEWARIS yang bakal menerajui kepimpinan?Adakah golongan ini yang kita harus pertontonkan pada generasi akan datang?TEPUK DADA TANYA IMAN nah masakan tidak kalau ditanya pada SELERA salah besarlah. Fitrah kejadian manusia selalu mengejar kesempurnaan namun tidak pernah terfikir MENCARI REDHA YANG MAHA SATU. Jangan hanya sibuk dengan urusan sendiri namun tidak ada usaha membantu orang lain. HIDUP KITA BUKAN PANJANG manapun. Kenapa terlalu lokek? Saya tinggalkan anda dengan 3 Soalan Mudah moga-moga membuatakan anda berfikir siapa anda sebenarnya. Sama-sama kita renungkan :
1. SIAPA DIRI ANDA
2. DARI MANA ANDA DATANG
3. KEMANA MATLAMAT AKHIR ANDA.
Moga perkongsian seterusnya dapat membina MINDA CEMERLANG dalam usaha MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN