THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 24, 2011

Saya Membuat Perkara Ini Kerana Saya Merasakan….

Assalamualaikum Salam Muhibbufillah buat sahabat dan sahabiah. Alhamdulillah dengan izin dari Allah SWT yang mencetuskan ilham untuk penulis terus bekarya dan berdakwah. Doakan agar perjuangan ini tidak terhenti dipertengahan dan dijauhkan daripada sifat mazmumah. Insyaallah. Topik pada kali ini lebih berkisar tentang JAWAPAN bagi setiap persoalan yang dilemparkan kepada kita. Sebagai contoh apabila diutarakan persolan berkaitan aurat rata-rata respondent akan menjawab, “Erm saya merasakan belum sampai serulah” atau “Saya Nampak AYU dan SOPAN begini” atau “No Komen”. Isunya MENGAPA kita harus menjawab sedemikian rupa? Mungkin ada yang menyatakan pada penulis bahawa “Benda kecik je yang ko nak kecoh kenapa? Kau tu entah betul entah tidak”. Terpulang apa yang orang nak label tetapi atas dasar rasa terpunya dan demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah ianya perlu ditegur dan dipandang serius. Pastinya HEMPEDU menanti dan akan ada GOLONGAN yang MERASA TERANCAM namun yang BERTENTANGAN dengan SYARIAT ISLAM harus diperjelaskan agar tidak ada lagi yang ISLAM sekadar di paparan KAD PENGENALAN.

Teringat akan pesanan Mentor Penulis Saudara Ahmad Fedtri Yahya yang menyatakan bahawa Rakyat Malaysia MALAS untuk berfikir makanya apabila diajukan persoalan PASTInya respondent akan menjawab dengan jawapan yang RINGKAS dan MERAPU sebagai CONTOH:

Wartawan : Assalamualaikum, saya mengikuti perkembangan awak daripada sejak
awal kemunculan dan kini Alhamdulillah sudah bertudung,sila komen.
SiFulanah : Erm, saya rasa saya Nampak AYU dan SOPAN.
Wartawan : Maksud kamu apa?
SiFulanah : RAMAI ORANG KATA BERTUDUNG ITU SOPAN dan CANTIK

Persoalannya mengapa kita selalu MENGGUNAKAN pernyataan ORANG KATA? Kenapa kita tidak bercakap bersandarkan ILMU? Di dalam sibuk merencanakan KEMODENAN NEGARA menuju kearah SEBUAH NEGARA MAJU dan TRANSFORMASI namun dalam SEDAR atau LUAR SEDAR rupanya TAHAP MENTALITI dan INTELEKTUAL rakyat Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai MUNDUR rupanya. Tepuk Dada Tanya Iman mengapa jadi begini. Bukan penulis tidak mahu mengulas puncanya sebaliknya penulis memberikan sedikit ruang kepada sahabat sahabiah untuk berfikir bagi menjana NEURON yang termendap di SEL OTAK untuk kembali AKTIF bagi menghasilkan BERJUTA NEURON bagi melahirkan UMAT ISLAM SUPER. Tiba-tiba teringat akan pesan sahabat ku Abang Amin Idris, “Untuk berubah tidak perlu kalau berkalau ataupun Bangau Oh Bangau.” Apa mesejnya? Pengajaran yang kita boleh dapat adalah:
i. Jangan MENCIPTA SEJUTA ALASAN untuk menyelamatkan diri.
ii. Jangan SUKA MENUNDING JARI kepada ORANG LAIN andai perancangan kita GAGAL
ataupun DIGAGALKAN.
iii. Sentiasa MENAMBAH ILMU supaya kita BERINTELEKTUAL.

Stigma pemikiran banyak membuatkan MANUSIA membataskan DIRInya tanpa sebab yang MUNASABAH. Tak percaya? Tolonglah percaya, ORANG KITA MALUNYA tak bertempat. Kenapa penulis cakap macam tu? Sedarkah kita apabila diajukan tentang persoalan berkaitan perkara yang serius kita selalu menolak untuk ditemuramah(wawancara) dan memberikan pandangan bagi proses penambahbaikan. Perasan tak? Tapi ORANG KITA cukup BERSEMANGAT apabila diajak BERGOSIP, MENGUMPAT, MENABUR FITNAH dan macam-macam lagi adakalanya TAK SEDAR DIRI ada yang samapai LUPA TANGGUNGJAWAB dan ada yang MACAM BERTIH JAGUNG sampai tak boleh nak berhenti bercakap. Perasan tak atau buat-buat tak perasan atau NORMALlah SITUASI tu? Bagi yang muslim pula lebih gemar membataskan diri hanya disekitar kelompoknya sahaja andai diajak BERBINCANG berkaitan ILMU AGAMA jawapannya, “Tak maulah SEGAN, aku bukan FAHAM sangat pun. Tak maulah kang dia tanya aku tak jawab kantoilah. Aku bukan ustazah macam kau.” Pula? Andai TAK TAHU menjadi HUJAH maka hujahan ANDA mudah sahaja dipatahkan. Andai kita TAHU kita JAHIL belajarlah dengan BERGURU pada mereka yang ALIM (pada yang selayaknya jangan sampai SESAT sudah) dan perbaiki diri. Jangan MALU di DUNIA untuk mencari ILMU ISLAM kerana MASIH BELUM TERLAMBAT. “Eh ye ke? Belum terlambat kata ko? Mana ko tau? Tak habis-habis menipu…Cher jawab.” KITA MASIH BELUM TERLAMBAT kerana PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA dan segala YANG ALLAH JANJI MASIH ADA jadi REBUTLAH PELUANG yang masih BERBAKI sebelum kita menjadi SEKUJUR TUBUH YANG TIDAK BERNYAWA dan BERMAYA.

Akhir tinta saya ingin berpesan kepada DIRI INI dan buat anda diluar sana YANG MENYAYANGI DIRI, KELUARGA dan MASYARAKAT bantulah diri untuk menyerlahkan KEBITARAAN melalui GAYA KOMUNIKASI yang BERKUALITI. Kalau boleh kita elakkan penggunaan perkataan-perkataan yang sudah di jangka terbitnya sebagai contoh “Nasib dia” “Ermm” dan sewaktu dengannya. Saya merayu sangat-sangat agar kita berusaha menambah ilmu agar UMAT ISLAM di MALAYSIA tidak lagi disogokkan dan digula-gulakan dengan FANTASI. Renung Fikir Bersama dan Maaf Seadanya Wallahua’lam.

p/s: Bukan MARAH Cuma TERKILAN. “Ya Allah bantulah kami Ya Allah”

Friday, September 23, 2011

DARI SOLEHAH KE TITIAN OMBAK, STESEN DIGITAL TV ALHIJRAH

Assalamualaikum salam ukhuwah muhibbufillah kepada sahabat sahabiah yang senentiasa menanti dan terus menyokong dan tidak putus-putus memberikan idea kepada penulis untuk terus menghasilkan karya buat tatapan kita bersama dalam usaha memperbaiki diri, Insyaallah. Kalau ingin menagih syurga Allah pastinya meruntun sejuta pengorbanan di dunia kerana SYURGA itu indah.



Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT pada 22 September 2011 sekali lagi penulis diberi kesempatan dan berkat taufiq dan hidayah dari Allah SWT penulis menghadiri Sesi Ujibakat Sebuah Program Dokumentari, Titian Ombak Musim Ke-2 di Stesen Penyiaran Digital TV AlHijrah Jalan Perdana. Melibatkan 12 episod dan bakal shooting di seantero Asia Tenggara pada Bulan November Insyaallah. Seperti biasa pastinya ada sahaja kalimah yang kurang menyenangkan menerjah dan singgah di kotak fikiran ini dan sedikit sebanyak mengganggu FOCUS penulis ketika berada di bilik menunggu (Bilik 1: Bilik Audition Solehah =D…teringat masa pertama kali casting). Demi mendamba redha Allah SWT harus diredahi jua kerana Syurga Itu Indah. “Lahai, nak jadi wartawan pulak kau? Hebat ke?”…”Tulah berangan kuat kau ni, cerminlah diri tu”… “Kuat tengok TV kau ni” dan banyak lagi kalimah yang sedikit sebanyak membuatkan diri ini hina di mata masyarakat. Tapi, kalimat nasihat atuk pagi tu memberi sedikit peransang, “Udah itu minatnya pergilah cuba mana tau rezekinya di situ. Jadi macam Iskandar dengan Fedtri nampaknya.” Atuk memang minat dengan Abang Ally Iskandar Mohd Mardzi dan Abang Ahmad Fedtri Yahya (MHI). Sampai di bilik menunggu kejutan kedua berlaku apabila ternampak Rina (Safiyya TV9) dan beberapa nama besar dunia pengacaraan turut menyertai audition Titian Ombak. Lagi menambahkan kegusaran dan PANIC sampai ada peserta yang mengklasifikasikan penulis sebagai SOMBONG. Pembetulan, sebenarnya penulis bukannya SOMBONG ataupun OVER CONFIDENT cumanya apabila ION NEGATIF mula menyerang AKAL, SECARA AUTOMATIK akan menyebabkan penulis DIAM dan TAK SENYUM dalam istilah mudahnya GONJENG, CUAK dan KAGET. Jadinya MAAF SEADANYA jika tingkahlaku tidak disenangi.

Sedikit perkongsian buat sahabat sahabiah tentang Dokumentari Titian Ombak. Secara dasarnya Dokumentari ini berkisar tentang kedatangan serta perkembangan Islam di Nusantara serta merungkai rahsia kekuatan Islam. Renung Fikir Bersama bagaimanalah agaknya kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh pendakwah pada ketika itu bagi menyebarluaskan Islam di Nusantara? Bayangkan juga dalam masa yang SINGKAT Islam tersebar di Nusantara akhirnya berjaya MENYENTUH, TERKESAN dan BERBEKAS di hati Masyarakat Nusantara dan akhirnya melahirkan PENDAKWAH serta GENERASI PELAPIS. Tahukah anda bahawa KEDATANGAN ISLAM di NUSANTARA banyak DIPENGARUHI oleh PENDAKWAH serta SAUDAGAR LUAR? Segalanya bukan hanya bermula di sini (Qalbu a.k.a HATI_nak tunjuk tak Nampak sebab tak mampu divisualkan) namun segalanya diterjemahkan dengan HIKMAH, BAIK serta BIJAKSANA. Untuk lebih mudah difahami, SESEBUAH KEJAYAAN HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN PERANCANGAN yang RAPI dan TELITI disamping MENGHARAPKAN BANTUAN dari ALLAH SWT akhirnya REDHA dengan KETETAPANNYA. Kita sebagai HAMBA jangan MUDAH PUTUS HARAP andai sekali GAGAL. Ingat!!! Rasulullah diuji dengan pelbagai Mehnah dan Tribulasi selama 13 Tahun menyampaikan DAKWAH…inikan pula kita hanya hamba ALLAH yang KERDIL…Renung Fikir Bersama…. Fokus Utama Titian Ombak adalah:
i. Meneroka dengan lebih mendalam perkembangan ISLAM dari mula bertapak
sehingga kini.
ii. Menyatukan serta membangunkan UMMAT ISLAM.
iii. Mengadaptasi kesedaran kehadiran ISLAM di dalam KEHIDUPAN seharian.
iv. Pendekatan DAKWAH yang menggunakan nilai-nilai murni di alam Melayu.

Secara peribadi, rasanya tidak salah untuk penulis menjadi sebahagian daripada warga kerja TV AlHijrah(andai ada rezeki) dalam menyelusuri apa yang terselindung selama ini. Mungkin agak jauh dengan aliran pengajian sebelum ini namun PELUANG hanya datang SEKALI. Penulis teringat dengan pesan Abang Ally Iskandar Mohd Mardzi bahawa “Untuk menjadi yang TERBAIK seseorang itu harus menjadi EXTRA ORDINARY” manakala pesanan Abang Ahmad Fedtri Yahya pula “Buat yang terbaik dalam membantu UMMAT ISLAM. Selagi tidak melanggar RONA ISLAM TERUSKAN” Terima Kasih buat MENTOR ku. Manakala Ardi Herman Mohd Mardzi turut berpesan “Lebih baik SENYAP jika tidak ada KEPENTINGAN untuk BERBICARA” itu juga merupakan nasihat agar menjaga anggota daripada TERJERUMUS ke lembah KEHINAAN. Terima Kasih Didi.

Akhirkalam buat renungan kita bersama bahawa TAMADUN ISLAM bukan satu MENIFESTO yang dicanang untuk meraih UNDI mahupun SLOGAN yang harus diagungkan serta dilaungkan setiap kali perhimpunan rasmi tetapi ISLAM pernah GEMILANG dengan pembukaan KOTA ANDALUS, siapa tidak kenal dengan Sultan Muhammad Al Fateh, Umar Abdul Aziz, Khalid Al Walid, PEMIKIR ISLAM, kebangkitan SARJANA ISLAM, TOKOH-TOKOH ISLAM yang MASYUR segalanya bukan sekadar LIPATAN SEJARAH tetapi sewajarnya menjadi wadah buat kita generasi kini untuk berfikir dan mencari method serta pendekatan yang sesuai bagi memastikan NUKLEUS yang kecil ini mampu di SEBAR BIAKKAN agar terbentuknya SEL yang bukan satu tapi berbilion,trillion dan dalam kapisiti yang maksimum untuk memastikan kita berjaya MEMBINA JATI DIRI ISLAM dengan lahirnya INDIVIDU MUSLIM, KELUARGA MUSLIM, MASYARAKAT MUSLIM dan akhirnya menyumbang kearah pembentukan NEGARA MUSLIM (DAULAH ISLAMIYYAH) di MALAYSIA. Tak terfikirkah kita di MALAYSIA ini akan wujud sebuah NEGARA ISLAM sedangkan secara logik akalnya kita mampu membina negara ISLAM kerana ISLAM adalah AGAMA RASMI di MALAYSIA? Sampai bila kita duk bangga menyatakan pada seluruh dunia kita adalah negara ORANG ISLAM sebab AGAMA rasmi adalah ISLAM? Renung fikir bersama… JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH….ANDAI CANGGUNG MAAF SEADANYA… Sampai Jumpa Lagi Jazakallah Jaza’.


p/s : Terima Kasih buat seluruh KREW PRODUKSI dan PANEL SESI AUDITION TITIAN OMBAK MUSIM KE-2, En Muhammad Yusof yang sudi membaca resume saya dan menelefon untuk turut serta dalam audition, Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Syed Shahridzan yang banyak memberikan maklumat, didikan dan perkongsian ilmu selama ini, kepada mentor-mentor ku Abang Ahmad Fedtri Yahya, Abang Ally Iskandar, Abang Nizal Muhammad, Ardi Herman yang banyak memberi tunjuk ajar terima kasih seadanya hanya Allah yang selayaknya memberikan ganjaran kepada kalian, seluruh warga kerja Titian Ombak yang menjayakan Proses audition,Camera Man yang sedia Roll Visual untuk Stand Upper dan Voice Over, Terima Kasih semua…mana yang salah silap atau macam STORY TELLING maaf ye…andai terjadi nada PIDATO juga maaf seadanya…Abd Halim Ahmad thank’s a lot for support me in this area. Tidak lupa juga kepada sahabat yang banyak membantu Ustaz Azuan Sulaiman terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan. Ajib dan Wan selaku supporter untuk siri audition kali ini, you are great bro! Insyaallah doakan saya untuk menjadi sebahagian daripada penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Insyaallah. Terima Kasih Semua. Saya sayang kalian dan menghargai kalian seadanya kalian. Kalian inspirasi saya. Special Thank’s dedicated to AlHijrah TV for this opportunity. Alhamdulillah I’ve gained something from this audition session Alhamdulillah. Terima Kasih seadanya.

Tuesday, September 20, 2011

SISA UMUR YANG BERBAKI

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, moga ceria dan senentiasa memperbaiki kelemahan diri dalam mendamba Redha serta Kasih Allah SWT, Insyaallah. Apabila berlakunya peristiwa kelahiran semuanya bergembira manakala apabila menerima berita kematian pastinya suasana yang suka akan menjadi suram dan tiada lagi kedengaran hilai tawa yang ada hanyalah sendu dan tangis insan yang meratapi pemergian insan yang disayangi. Namun persoalan yang timbul adalah UNTUK APA kita lakukan segalanya? Semasa hayatnya kita langsung tidak menghargainya mengapa apabila dia pergi meninggalkan kita baru kita terasa akan kehilangannya, kelibatnya dan sebagainya? Tepuk dada tanya iman. Sedarkah kita bahawa saban tahun UMUR kita semakin MENINGKAT? Tahukah kita bahawa SISA PERJUANGAN di BUMI ALLAH SWT semakin SINGKAT apabila umur kita beranjak ke tahun yang seterusnya? Sebenarnya kita menghampiri Jangka Tarikh Mati, namun PERSOALAN BILA, DIMANA dan BAGAIMANA PENGAKHIRAN kita segalanya RAHSIA ALLAH. Maka tugasan kita sebagai seorang yang mengaku ISLAM (Status Yang Tertera di Kad Pengenalan) haruslah melaksanakan GAYA HIDUP ISLAM, MENGAMALKAN AKHLAK ISLAMIYYAH, MENJADIKAN AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH sebagai MANUAL KEHIDUPAN, MENJAGA BATAS PERGAULAN ANTARA MUSLIMIN dan MUSLIMAT (IKHTILAD) dan PALING UTAMA melaksanakan TUGAS dan TANGGUNGJAWAB sebagai KHALIFAH. Ingat wahai sahabat, SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI. Jadi apa persiapan kita jika inginkan KESUDAHAN YANG BAIK (Khusnul Khatimah)?

Mari kita Renung Fikir daripada Surah Al-A’Raf : 34 yang bermaksud, “Dan setiap ummat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” Daripada peringatan yang Allah telah berikan apakah kita masih lagi boleh hidup bersenang lenang sambil berpeluk tubuh, ataupun menangguhkan proses taubat atas dasar USIA MASIH MUDA atau mungkin kita merasakan kita memiliki segalanya di atas TITIK PELUH SENDIRI dan segalanya boleh ditukarkan dengan WANG RINGGIT dan mungkin kita merasakan SEMUANYA MILIK KITA? Sisa usia yang berbaki harus dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan bila sudah tiba dihari perhitungan disitu kita curahkan rasa kekesalan dengan menyatakan kalimah “Andai Ku Tahu Begini Jadinya” segalanya tidak lagi bermakna kerana segala PROMOSI serta GANJARAN HEBAT yang diberikan oleh ALLAH telah luput tarikh promosinya. Jangan Terhantuk Baru Terngadah, peringatan demi peringatan,amaran demi amaran, lipatan sejarah juga telah dirakamkan di dalam Al-Quran apakah itu tidak cukup untuk dijadikan panduan? Ingatlah bahawa USIA KITA SUDAH HAMPIR SAMPAI PENGHUJUNG NYAWA, namun apa persiapan kita?

“Ya Allah, sesungguhnya usiaku makin hampir ke penghujungnya. Kau terimalah taubat hambamu ini, sesungguhnya hanya padaMu kami mohon pertolongan. Ya Allah andai kau tolak taubat hambamu ini, kemanalah hendak kami adukan kesedihan, pengharapan serta pergantungan hambamu ini. Sesungguhnya hanya padaMu kami bermohon pertolongan dan padaMu segala hikmah” Lihat bertapa kerdilnya kita disisi Allah SWT, kita ini hanya hamba yang sangat lemah dan selalu meminta-minta namun mengapa kita masih lagi EGO? Mengapa sukar untuk melafazkan Alhamdulillah apabila diberikan NIKMAT oleh Allah SWT? Mengapa kita begitu KIKIR melafazkan TERIMA KASIH kepada mereka yang banyak membantu? Lebih menyedihkan apabila kita CUKUP BERKIRA-KIRA untuk BERSEDEKAH? Bila sebut tentang SEDEKAH pastinya ramai yang memikirkan bahawa SEDEKAH memerlukan DUIT yang banyak. Mengapa SEDEKAH begitu SIGNIFIKAN dengan DUIT sedangkan banyak elemen lain juga yang mampu menjadi ASET kepada ibadah ini? Renung Fikir Bersama…

Penutup tinta mari kita sama-sama renungkan, “Masa begitu SINGKAT, namun banyak lagi perkara yang belum USAI, TANGGUNGJAWAB belum telaksana walau hanya setapak langkah di hayun, secubit KASIH masih belum terluah, kelibat SANG ABID belum teserlah.”

p/s: Aku juga merasakan hela nafas ini begitu kencang, sebak menusuk jiwa. Namun apakan daya suatu hari aku pasti akan kesana jua. Aku mengharapkan penghidupan yang baik dan pengakhiran yang baik juga agar Jannah dan Wildan menanti pasti. Aku masih mengharap dan mendamba Redha Illahi dan mengharapkan tarbiyyah daripada sebuah pengharapan dari seorang hamba yang mampu bersabar dengan dugaan dan hikmah

Thursday, September 15, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum Salam Satu Ummah buta seluruh insan yang menanti catatan baru.

Alhamdulillah wa Mabruk buat adikku Abd Halim Ahmad, saudaraku Adi Akmal Sehrom,Muhammad Mat Tawil yang tercalon sebagai finalis AIM 18. Alhamdulillah akhirnya niat yang selama ini terbungkam di dada akhirnya tercapai jua. Impian untuk melihat sahabat-sahabat yang berjuang di arena NASYID dan DAKWAH tersenarai di dalam beberapa kategori bukan hanya satu kategori yang biasa. Tahniah buat kalian, Devotees, Inteam, Abg Nazrey Johari, UNIC,Saujana dan ramai sahabat nasyid. Moga Allah permudahkan urusan kita untuk menyelusuri medan dakwah. Insyaallah.

Akhir kalam, mari kita renung bersama pendapat Syeikh al-Tusi berkaitan dengan HIKMAH ketika berdakwah, beliau menjelaskan,

“Hikmah ialah seseorang yang menyeru kepada sasaran (matlamat) untuk
berbuat al-khibrah kerana perbuatan ini menjadi tangga untuk menerima
pahala,keredhaan dan pujian, dengan dakwah bermaksud, menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran."

p/s: Renung Fikir Bersama buat diri yang masih bertatih dan perlukan sokongan dan
galakan daripada sahabat sahabiah. Tegur Mana Yang Canggung

Sunday, September 11, 2011

Musafir Rawan

Merintih sendu tidak bertepi
Dusta nista mainan jiwa
Manik jernih penawar sepi
Merintih sendiri mengundang sunyi

Semalam tinggal kenangan
Lembaran duka selimut jiwa
Luka lama berdarah kembali
Tirai derita mengundang rawan

Pergilah wahai rindu
Hanyut bersama kenangan semalam
Padamu aku bermohon
Agar gundah berarak pergi

Tuhan empunya segala
Hambamu merintih sayu
Agar rawan berarak pergi
Diselubungi mendung kelabu

Written: Norshamsedah Nor

p/s: Hanya Allah mengetahui segalanya..Ku Harap Kau Mengerti

Sunday, September 4, 2011

Moga Allah Menerima Seluruh Amalannya…Tugasannya Sebagai Jihad

Assalamualaikum Salam Satu Ummah buat sahabat sahabiah yang tidak jemu membaca dan terus menanti setiap coretan. Pada 3 September 2011 kita dikejutkan dengan berita Jurukamera BERNAMA terbunuh. Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.

Umum mengetahui bahawa misi ini bertujuan menghantar serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan. Namun segalanya telah disusun serta direncana dibawah pengawasan Kerajaan Allah SWT, akhirnya Saudara Faizul menemui ajalnya ketika bertugas. Harapan penulis secara peribadi mengharapkan agar tugasan beliau selama ini dikira sebagai jihad di sisi Allah SWT dan matinya dikira sebagai Mati Syahid. Insyaallah. Ramai juga yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Faizul melalui Laman Sosial penulis, Alhamdulillah sekurang-kurangnya sudah terbit rasa persaudaraan serta rasa terpunya dikalangan Umat Islam. Namun tidak kurang yang mencemuh dan meluahkan kata berdasarkan persepsi serta emosi masing-masing. Apa yang mampu diluah Tepuk Dada Tanya Iman. Walaupun penulis tidak mengenali beliau dengan rapat namun hati ini terus berbisik untuk menitip apa yang terdetik dihati dan benak fikiran ini. Walaupun penulis bukannya wartawan mahupun jurukamera yang bernaung dibawah organisasi media Malaysia, namun hati kecil ini seakan sebak dan menangisi pemergian Allahyarham Faizul. Entah mengapa selepas membaca sekilas lalu tentang pemergian Allahyarham Faizul di Utusan Online penulis berasa seakan yang pergi itu adalah sahabat penulis yang telah lama tidak berutus khabar. Sehingga kini semakin sebak dirasakan, melihat Lintas Langsung menerusi Stesen Televisyen Media Prima penulis terasa akan kehilangan serta merindui kelibat Allahyarham Faizul ketika melaksanakan tugasan yang diberikan.

Apabila disebut tentang misi keamanan, penulis teringat tentang salah satu soalan yang diajukan ketika sesi Ujibakat Solehah di Stesen TV Digital AlHijrah iaitu tentang kaedah terbaik menyeru Rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada Umat Islam di Palestin. Pada masa itu apa yang dapat divisualkan dikotak pemikiran adalah reaksi keluarga penulis yang menyifatkan perbuatan itu adalah sia-sia. Dalam kemelut pemikiran yang menentang arus pemikiran keluarga dan keluar daripada kepompong kejahilan lalu penulis menyatakan kepada panel penemuduga seingat penulis adalah, “Sebagai seorang Muslim sewajarnya kita harus membantu seluruh Ummat Islam yang memerlukan bantuan tidak kira dari aspek kemudahan perubatan, bantuan makanan, semangat serta motivasi, kewangan atau apa kaedah sekalipun bagi meringankan beban mangsa. Jangan kita hanya bangga melaungkan kalimah Ummat Islam Itu Bersaudara namun akhirnya bertemu sepi. Sebagai seorang Muslim selain kita bermuhasabah kembali dengan apa yang kita miliki jangan lupa intai-intai mereka yang memerlukan kita. Sejujurnya kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak tetapi setidaknya kita berusaha melaksanakan sesuatu bagi mendapat Redha Allah dan akhirnya ditempatkan di dalam Syurga bersama Para Pejuang Islam, Insyaallah.” Itu sahaja yang terluah, kerana bagi penulis WANG TIDAK MAMPU MEMBELI NILAIAN UKHUWAH UMMAT ISLAM. Sebaliknya JIHAD FISABILLAH yang dicari oleh setiap jiwa yang FAHAM dan MENGERTI tentang apa yang terkandung disebalik MISI KEMANUSIAAN.

Penulis masih lagi menantikan berita selanjutnya daripada sahabat penulis, Ardi Herman Mohd Mardzi bagi mengetahui berita selanjutnya tentang rentetan peristiwa yang disifatkan sebagai Memoir Seorang Wira bagi penulis. Sejujurnya sehingga detik ini manik jernih mudah sahaja berlinangan mahupun bergenang apabila melihat, membaca atau mendengar perkhabaran tentang Allahyarham Faizul. Pemergian Allahyarham amat dirasai namun apa yang tersirat hanya Allah yang mengetahui. Mengapa Allah meletakkan rasa semacam ini kepada hati penulis, itu juga milik Allah SWT. Namun apa yang mampu diluahkan adalah rasa kagum dengan kecekalan serta hasil kerja yang pernah dihasilkan Allahyarham sehingga tugasan terakhir Allahyarham. Melihat gambar mayat Allahyarham Faizul di dada Akhbar Mingguan Malaysia cukup menyayat hati apabila melihat kesan lubang peluru yang menembusi bahu sebelah kanannya yang akhirnya mengalami masalah pendarahan dalaman yang tidak dapat diselamatkan. Kematian yang bagi penulis tidak mampu ditahan kesakitannya. Namun cukup andai penulis analogikan sebagai seorang Pesakit Asthma, kita akan berasa rimas andai kahak menutup salur penafasan dan akhirnya paru-paru akan mengalami keradangan. Inikan pula apabila peluru yang tidak bermata menembusi bahu seterusnya menyelinap ke kawasan paru-paru, ianya lebih menyakitkan. Mendengar akan perkongsian pengalaman wartawan yang bersama Allahyarham Faizul ketika kejadian ianya menyifatkan bahawa Allahyarham Faizul tetap bertahan melawan kesakitan namun akhirnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buatnya akhirnya Allahyarham Faizul rebah di bahu Jurukamera TV3 dengan wajah yang pucat.

Buat seluruh Warga Media Malaysia pastinya merasakan kehilangan SEBUTIR MUTIARA yang banyak berjasa, menyumbang tenaga, idea, liputan dan sebagainya yang pernah dikongsi bersama akhirnya hanya tinggal memori yang mampu disimpan di dalam kotak fikiran yang pastinya akan disimpan sebaiknya sebagai memori indah bersama. Buat seluruh Ummat Islam marilah kita mendoakan serta menyedekahkan Al-Fatihah agar segalanya dipermudahkan buat Allahyarham Faizul dan mengharapkan agar perginya beliau sebagai Mati Syahid dalam Jihad Fisabilillah untuk mendamba Redha Allah SWT. Buat seluruh Kerabat Allahyarham Faizul, penulis mendoakan agar kalian semua tabah dan diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan, buat Balu Allahyarham segalanya mempunyai hikmah dan penulis mengharapkan agar jangan dipersiakan permata yang ditinggalkan hasil perkongsian hidup kalian kerana mereka adalah permata yang lahir atas dasar kecintaan dan kasih sayang, didiklah mereka menjadi Anak Soleh yang menyumbang kearah Daulah Islamiyyah Insyaallah. Akhirkalam, Al-Fatihah buat Allahyarham Faizul moga beliau tenang bersemadi dan diampunkan segala dosanya oleh Allah SWT.

p/s: Kita yang masih bernyawa ini harus meneruskan perjuangan dalam menyebar-luaskan DAKWAH dengan HIKMAH. Jangan hanya selesa BERKULIAH, BERCERAMAH atau sebagainya hanya di kawasan MASJID. Sebaliknya fikirkan serta laksanakan KAEDAH YANG TERBAIK dalam usaha MENGISLAHKAN mahupun BERDAKWAH dalam membawa JIWA YANG KOSONG menuju MANISNYA IMAN…INSYAALLAH…Diri ini juga memohon pada Allah agar diberikan kekuatan dan dikurniakan teman yang mampu mendukung perjuangan suci ini bersama. “Insyaallah Aku Masih Lagi Menanti Mu Wahai Kekasihku…”

Thursday, September 1, 2011

SYAWAL SATU KEMENANGAN NAMUN INGAT!

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi bernyawa di Pagi 4 Syawal. Moga dengan izinnya juga jangan kita sesekali leka dan alpa dengan NIKMAT IMAN dan ISLAM yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Salam Aidilfitri buat seluruh Ummat Islam yang disayangi dan Sekalung Penghargaan buat semua insan yang menyayangi diri ini dengan menyampaikan ucapan dan bertanya khabar. Terima Kasih seadanya.

Apabila kita sebut tentang Syawal pastinya rutinnya adalah berziarah. Kadang-kadang insan yang kita sangkakan hanya sahabat rupanya dia adalah kerabat kita. Bagi kanak-kanak Sinar Syawal merupakan Bulan untuk menambah INCOME. Ya betul, bukan sekadar kanak-kanak remaja juga tidak ketinggalan. Dialog biasa yang kita dengar, "Mat ko dapat berapa kat rumah mak cik tu?" Mat pun membalas, "Alah RM1 je, kedekut...ko pi umat Pak Man...dapat RM10...kelas ko" ataupun "Min, ko minum air apa kat umah Pak Li?" Min pun jawab dengan selamba, “Siraplah apa lagi..”

Apakah nilaiannya Syawal andai kita sibuk membanding-bandingkan? Renung Fikir Bersama…