THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 23, 2011

DARI SOLEHAH KE TITIAN OMBAK, STESEN DIGITAL TV ALHIJRAH

Assalamualaikum salam ukhuwah muhibbufillah kepada sahabat sahabiah yang senentiasa menanti dan terus menyokong dan tidak putus-putus memberikan idea kepada penulis untuk terus menghasilkan karya buat tatapan kita bersama dalam usaha memperbaiki diri, Insyaallah. Kalau ingin menagih syurga Allah pastinya meruntun sejuta pengorbanan di dunia kerana SYURGA itu indah.



Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT pada 22 September 2011 sekali lagi penulis diberi kesempatan dan berkat taufiq dan hidayah dari Allah SWT penulis menghadiri Sesi Ujibakat Sebuah Program Dokumentari, Titian Ombak Musim Ke-2 di Stesen Penyiaran Digital TV AlHijrah Jalan Perdana. Melibatkan 12 episod dan bakal shooting di seantero Asia Tenggara pada Bulan November Insyaallah. Seperti biasa pastinya ada sahaja kalimah yang kurang menyenangkan menerjah dan singgah di kotak fikiran ini dan sedikit sebanyak mengganggu FOCUS penulis ketika berada di bilik menunggu (Bilik 1: Bilik Audition Solehah =D…teringat masa pertama kali casting). Demi mendamba redha Allah SWT harus diredahi jua kerana Syurga Itu Indah. “Lahai, nak jadi wartawan pulak kau? Hebat ke?”…”Tulah berangan kuat kau ni, cerminlah diri tu”… “Kuat tengok TV kau ni” dan banyak lagi kalimah yang sedikit sebanyak membuatkan diri ini hina di mata masyarakat. Tapi, kalimat nasihat atuk pagi tu memberi sedikit peransang, “Udah itu minatnya pergilah cuba mana tau rezekinya di situ. Jadi macam Iskandar dengan Fedtri nampaknya.” Atuk memang minat dengan Abang Ally Iskandar Mohd Mardzi dan Abang Ahmad Fedtri Yahya (MHI). Sampai di bilik menunggu kejutan kedua berlaku apabila ternampak Rina (Safiyya TV9) dan beberapa nama besar dunia pengacaraan turut menyertai audition Titian Ombak. Lagi menambahkan kegusaran dan PANIC sampai ada peserta yang mengklasifikasikan penulis sebagai SOMBONG. Pembetulan, sebenarnya penulis bukannya SOMBONG ataupun OVER CONFIDENT cumanya apabila ION NEGATIF mula menyerang AKAL, SECARA AUTOMATIK akan menyebabkan penulis DIAM dan TAK SENYUM dalam istilah mudahnya GONJENG, CUAK dan KAGET. Jadinya MAAF SEADANYA jika tingkahlaku tidak disenangi.

Sedikit perkongsian buat sahabat sahabiah tentang Dokumentari Titian Ombak. Secara dasarnya Dokumentari ini berkisar tentang kedatangan serta perkembangan Islam di Nusantara serta merungkai rahsia kekuatan Islam. Renung Fikir Bersama bagaimanalah agaknya kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh pendakwah pada ketika itu bagi menyebarluaskan Islam di Nusantara? Bayangkan juga dalam masa yang SINGKAT Islam tersebar di Nusantara akhirnya berjaya MENYENTUH, TERKESAN dan BERBEKAS di hati Masyarakat Nusantara dan akhirnya melahirkan PENDAKWAH serta GENERASI PELAPIS. Tahukah anda bahawa KEDATANGAN ISLAM di NUSANTARA banyak DIPENGARUHI oleh PENDAKWAH serta SAUDAGAR LUAR? Segalanya bukan hanya bermula di sini (Qalbu a.k.a HATI_nak tunjuk tak Nampak sebab tak mampu divisualkan) namun segalanya diterjemahkan dengan HIKMAH, BAIK serta BIJAKSANA. Untuk lebih mudah difahami, SESEBUAH KEJAYAAN HARUSLAH DISERTAKAN DENGAN PERANCANGAN yang RAPI dan TELITI disamping MENGHARAPKAN BANTUAN dari ALLAH SWT akhirnya REDHA dengan KETETAPANNYA. Kita sebagai HAMBA jangan MUDAH PUTUS HARAP andai sekali GAGAL. Ingat!!! Rasulullah diuji dengan pelbagai Mehnah dan Tribulasi selama 13 Tahun menyampaikan DAKWAH…inikan pula kita hanya hamba ALLAH yang KERDIL…Renung Fikir Bersama…. Fokus Utama Titian Ombak adalah:
i. Meneroka dengan lebih mendalam perkembangan ISLAM dari mula bertapak
sehingga kini.
ii. Menyatukan serta membangunkan UMMAT ISLAM.
iii. Mengadaptasi kesedaran kehadiran ISLAM di dalam KEHIDUPAN seharian.
iv. Pendekatan DAKWAH yang menggunakan nilai-nilai murni di alam Melayu.

Secara peribadi, rasanya tidak salah untuk penulis menjadi sebahagian daripada warga kerja TV AlHijrah(andai ada rezeki) dalam menyelusuri apa yang terselindung selama ini. Mungkin agak jauh dengan aliran pengajian sebelum ini namun PELUANG hanya datang SEKALI. Penulis teringat dengan pesan Abang Ally Iskandar Mohd Mardzi bahawa “Untuk menjadi yang TERBAIK seseorang itu harus menjadi EXTRA ORDINARY” manakala pesanan Abang Ahmad Fedtri Yahya pula “Buat yang terbaik dalam membantu UMMAT ISLAM. Selagi tidak melanggar RONA ISLAM TERUSKAN” Terima Kasih buat MENTOR ku. Manakala Ardi Herman Mohd Mardzi turut berpesan “Lebih baik SENYAP jika tidak ada KEPENTINGAN untuk BERBICARA” itu juga merupakan nasihat agar menjaga anggota daripada TERJERUMUS ke lembah KEHINAAN. Terima Kasih Didi.

Akhirkalam buat renungan kita bersama bahawa TAMADUN ISLAM bukan satu MENIFESTO yang dicanang untuk meraih UNDI mahupun SLOGAN yang harus diagungkan serta dilaungkan setiap kali perhimpunan rasmi tetapi ISLAM pernah GEMILANG dengan pembukaan KOTA ANDALUS, siapa tidak kenal dengan Sultan Muhammad Al Fateh, Umar Abdul Aziz, Khalid Al Walid, PEMIKIR ISLAM, kebangkitan SARJANA ISLAM, TOKOH-TOKOH ISLAM yang MASYUR segalanya bukan sekadar LIPATAN SEJARAH tetapi sewajarnya menjadi wadah buat kita generasi kini untuk berfikir dan mencari method serta pendekatan yang sesuai bagi memastikan NUKLEUS yang kecil ini mampu di SEBAR BIAKKAN agar terbentuknya SEL yang bukan satu tapi berbilion,trillion dan dalam kapisiti yang maksimum untuk memastikan kita berjaya MEMBINA JATI DIRI ISLAM dengan lahirnya INDIVIDU MUSLIM, KELUARGA MUSLIM, MASYARAKAT MUSLIM dan akhirnya menyumbang kearah pembentukan NEGARA MUSLIM (DAULAH ISLAMIYYAH) di MALAYSIA. Tak terfikirkah kita di MALAYSIA ini akan wujud sebuah NEGARA ISLAM sedangkan secara logik akalnya kita mampu membina negara ISLAM kerana ISLAM adalah AGAMA RASMI di MALAYSIA? Sampai bila kita duk bangga menyatakan pada seluruh dunia kita adalah negara ORANG ISLAM sebab AGAMA rasmi adalah ISLAM? Renung fikir bersama… JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH….ANDAI CANGGUNG MAAF SEADANYA… Sampai Jumpa Lagi Jazakallah Jaza’.


p/s : Terima Kasih buat seluruh KREW PRODUKSI dan PANEL SESI AUDITION TITIAN OMBAK MUSIM KE-2, En Muhammad Yusof yang sudi membaca resume saya dan menelefon untuk turut serta dalam audition, Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Syed Shahridzan yang banyak memberikan maklumat, didikan dan perkongsian ilmu selama ini, kepada mentor-mentor ku Abang Ahmad Fedtri Yahya, Abang Ally Iskandar, Abang Nizal Muhammad, Ardi Herman yang banyak memberi tunjuk ajar terima kasih seadanya hanya Allah yang selayaknya memberikan ganjaran kepada kalian, seluruh warga kerja Titian Ombak yang menjayakan Proses audition,Camera Man yang sedia Roll Visual untuk Stand Upper dan Voice Over, Terima Kasih semua…mana yang salah silap atau macam STORY TELLING maaf ye…andai terjadi nada PIDATO juga maaf seadanya…Abd Halim Ahmad thank’s a lot for support me in this area. Tidak lupa juga kepada sahabat yang banyak membantu Ustaz Azuan Sulaiman terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan. Ajib dan Wan selaku supporter untuk siri audition kali ini, you are great bro! Insyaallah doakan saya untuk menjadi sebahagian daripada penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Insyaallah. Terima Kasih Semua. Saya sayang kalian dan menghargai kalian seadanya kalian. Kalian inspirasi saya. Special Thank’s dedicated to AlHijrah TV for this opportunity. Alhamdulillah I’ve gained something from this audition session Alhamdulillah. Terima Kasih seadanya.

0 ulasan: