THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 21, 2011

Mungkinkah aku

MUNGKINKAH AKU…

Assalamualaikum dan Salam Satu Ummah buat sahabat dan sahabiah. Maaf telah lama tidak mencoretkan apa-apa buat tatapan kalian. Alhamdulillah, baru sahaja sihat daripada demam panas dan lelah mungkin ini ujian Allah bagi membezakan antara sabar mahupun mengeluh mungkin kifarah dari Allah yang menjelang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tiada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut” Riwayat Al-Hakim.

Mungkinkah Aku...ini persoalan yang berlegar di benak fikiran penulis ketika ini. Apakah perbezaan yang nyata antara SABAR dan MENGELUH? Saya lontarkan persoalan itu buat sidang pembaca sekalian. Mungkin kita punya rona dan perspektif pemikiran yang berbeza dalam menterjemahkan pokoknya, tepuk dada tanyalah IMAN. Ramai dikalangan kita akan menyatakan “Arghhh! Kau cakap senangkan SABAR...SABAR tak kena batang hidung kau bolehlah. Cuba dah kena baru padan muka” ataupun yang lebih terkesan dihati kita “Ya Allah, mungkin ini ujian dari-Mu, aku redha Ya Allah dan aku bersyukur kerana engkau memilih aku untuk diuji”. Maka sidang pembaca sekalian kita dikategori yang mana? Tepuk dada tanya IMAN.

Terfikir juga mengapa Umat Islam di Malaysia begini, apakah kurang didikan agama? Ataupun ISLAM hanya pada rupa dan kulit? atau hanya ikutan dan TRADISI? Cuma anda yang mempunyai jawapan bagi setiap persoalan MENGAPA ANDA SANGGUP MEMAPARKAN STATUS “ISLAM” DI KAD PENGENALAN ANDA tetapi apa yang telah anda lakukan demi DAULAH ISLAMIYYAH. Renung Fikir Bersama. Antara Sabar dan Mengeluh, mungkin kita sebagai Umat Islam terkesan dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, Indonesia, Mesir dan terbaru Jepun. Pelbagai ujian yang Allah turunkan kepada mereka umpamanya serangan zionis, genjatan senjata, penunjuk perasaan akibat ditindas pemimpin sekular, gempa bumi, tsunami, kebejatan akhlak dan sebagainya. Tidak keterlaluan saya boleh katakan di sini bahawa ISU UMMAT ISLAM adalah ISU GLOBAL. Tapi mengapa kita di MALAYSIA langsung tak kisah sehinggakan ada yang menyatakan “Yang kau duk sibuk bincang isu tu buat apa?Dah nasib mereka nak buat macam mana? Di Malaysia ni pun banyak yang compang-campingnya, tak kisah pula?” Allahhuakbar, macam mana nak jawab? Kita di sini boleh bersenang lenang, selesa menuntut ilmu, mendengar ceramah dan kuliah, berjemaah di masjid mahupun surau dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan tanpa perlu memikirkan keselamatan yang teramat sangat. Maksudnya kita tidak perlu memikirkan “Kalau aku keluar rumah nanti kena tangkap dengan zionis” atau “Kalau aku keluar nanti aku diberdil peluru” atau “Kalau aku pi kuliah nanti tak pasal-pasal ditangkap kerana berhimpun dengan penunjuk perasaan” yang hanya kita fikirkan “Kalau aku ke surau, apa aku dapat?” atau “Alahai buat apa nak bertaubat awal lagi, belum sampai JTM (Jangka Tarikh Mati) aku” atau “Eish, kang tak pasal-pasal kena ragut” alahai inilah umat ISLAM kita.

Ada dikalangan kita yang cukup sabar dengan ujian yang melanda. Kisah Nabi Allah Ayub A.S yang cukup sabar setelah diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. Namun Ayub A.S tetap beriman dan yakin dengan janji Allah. Sehinggakan ulat yang ada pada tokaknya sanggup diletakkan kembali setelah baginda selesai berwudhu apa katanya, “Kesian kau ulat, kalau aku tinggalkan kau di sini apa agaknya makanan kau? Tak mengapalah kau duduklah kembali di kulit ku ini” Subhanallah, itu kisah Nabi Ayub A.S. Kita? Apabila ditimpa ujian mula rasa resah dan gelisah. Naknya pula ada pula ODAH PROPA yang menyocok kita. Penulis sendiri adakalanya agak goyah dengan cubaan ini, terkadang tergelincir juga dari landasan sabar dan akhirnya terjerumus kelembah keluh kesah. Ketika ini penulis diuji oleh Allah dengan kesukaran mendapatkan kerja. Ada tetangga yang mengata dan mengumpat keji tak kurang juga yang melaga-lagakan penulis dengan sanak saudara penulis apa katanya “Eh, untungnya sepupu kau tu ya. Dah kahwin eish dapat kerja lagi. Kau?” adakalanya penulis cuba mengelak daripada berjumpa mereka kerana bagi penulis ianya akan menggoyahkan keyakinan penulis pada JANJI ALLAH sekaligus meletakkan penulis dikalangan orang yang berkeluh kesah dan merungut. Tidak ketinggalan golongan yang bermain perang psikologi dengan penulis, “Buat habis duit je kau ni, kerja tak dapat juga temuduga dah banyak tapi satu pun tak sangkut” dan tambahnya lagi “Beria-ianya kau ke pameran kerjaya tapi dia dah panggil ke masuk kerja?” ini yang membuatkan penulis risau andai kesabaran yang diukir bertukar menjadi keluh kesah.

Mungkinkah Aku…adakalanya penulis risau tersalah langkah dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba dan khalifah. Bekerja di dalam badan dakwah bukan suatu perkara yang mudah. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa “Eleh, pendakwah tu kejar duit semata, becerita lempung lempang tapi ada dia menolong kita” ataupun disebabkan gaya pemikiran yang outdated ada yang menyatakan “Yang kau sibuk join Badan Dakwah kenapa? Kau belajar KEJURUTERAAN bukan DAKWAH…SYARIAH…USULUDDIN…USUL FIQH, biarlah budak PENGAJIAN ISLAM yang buat, yang kau pening-pening memikir masalah UMMAT kenapa?” Tidakkah mereka ini sedar tentang NILAI SEORANG MANUSIA di sisi ALLAH SWT? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu” Riwayat Muslim.

Kita lebih banyak mengeluh jika nak dibandingkan dengan bersyukur. Manakan tidak mari kita muhasabah bersama, andai kita pulang daripada kampus perut berkeroncong. Tandanya kenalah berhenti di Medan Selera untuk mengalas perut. Setibanya di Medan Selera, “Ai, ini je lauk yang ada?” atau kita selalu dengar “Dahlah mahal taksedap” kita mencaci, maki hamun dan pelbagai ungkapan negatif yang kita hamburkan di hadapan rezeki. Lagi, kita lihat realiti masyarakat kita di Malaysia. Apabila ditimpa penyakit seperti demam contohnya, kita akan ke Klinik untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Apabila pulang kerumah kita pun makanlah bekalan ubat yang diberikan sesuai dengan jumlah yang kita bayar dan indikasi yang kita alami. Selepas 3 hari makan ubat yang diberikan namun tidak berkesan apa kata kita “Tak guna betul, bukan makin sihat sakit lagi ada!” atau “Makan ubat dah berkati-kati tapi sakit juga” nak lagi? Bagi Mahasiswa yang kita anggap sebagai Intelektual lagi kuat keluh kesahnya. Baru sahaja menerima keputusan peperiksaan “Aduh! Matilah aku, result tak cantik. Nak jadi apa aku ni” atau “Aku belajar nak duit je” Masya-Allah...harap-harap bukan kita tergolong di dalam kelompok yang dipaparkan tadi. Kalau ya, maka muhasabahlah diri agar kita bertaubat dan terus mencari redha Allah dan mencari kunci ke syurga. Bagaimana caranya? Tepuk dada tanya iman, kerana dengan IMAN sahaja yang mampu memandu kita bertemu REDHA ALLAH.

Analoginya begini, kalau kita nak berjaya dalam peperiksaan dengan dinobatkan sebagai PELAJAR CEMERLANG adakah dengan mudah kita hanya coretkan huruf A sebesarnya sebagai poster tanpa ada langkah susulan yang menyulami jajak cita kita? Begitu jugalah dengan persoalan BAGAIMANA KITA NAK MENJADI AHLI SYURGA...pastinya banyak bekalan yang harus dipersiapkan dan amalan-amalan kerohanian yang harus dilaksanakan. Susah? Tepuk dada tanyalah IMAN. Akhir kalam penutup tinta saya tinggalkan anda dengan PERSOALAN “MUNGKINKAH AKU...GOLONGAN YANG SABAR ATAU MENGELUH” pilihan terletak ditangan anda sama ada MENAGIH REDHA ALLAH mahupun MENGUNDANG MURKA ALLAH. Renung fikir bersama, ma’assalamah. Jazakallah Jazzak.

p/s : Aku kini mendamba Cinta Hakiki disamping bimbingan daripada golongan Soleh
dan Solehah. Aku impikan persekitaran yang tenang dan membawa aku dekat pada-Nya. Adakalanya bingung menanti bilakan tiba INSAN BERNAMA KEKASIH dalam memacu setiap inci LANGKAH TERCIPTA.

Monday, March 7, 2011

BERJALAN TANPA HENTI

Berjalan Tanpa Henti

“Jika kau rebah..Jika kau kalah…Bersaksilah rahmatnya akan teserlah…Segala kepahitan…Segala keperitan… Terima bagai penghapus dosa…Malang yang menimpa duka yang melara…Mungkin dibaliknya ada bahagia…Jangan-jangan berputus asa…Dari rahmatnya Yang Maha Esa…”

Pemikiran ku terus terapung diawangan. Diulit bait lirik yang tersusun rapi, lembut merawat lara dijiwa. Berjalan Tanpa Henti nyanyian Kumpulan Devotees amat menyentuh rasa dan terkesan jauh di denai jiwa. Terkadang bersyukur aku dikurniakan seorang sahabat bersandarkan Ukhuwahfillah Abadan Abada’ dan insan yang selayaknya ku panggil adik. Bersyukur aku kehadrat Rabbuizzati kerana mempertemukan aku dengan insan yang amat disayangi oleh ibu ayah lantas dinamakan dengan Abd Halim Bin Ahmad. Alhamdulillah dengan bakat dan anugerah yang dikurniakan Allah, Halim banyak menghasilkan karya yang bagi aku mampu mendidik jiwa remaja yang tandus dengan didikan Islam. Walaupun Halim bukannya mahasiswa dari aliran muzik namun dia berjaya membuktikan bahawa mahasiswa dari bidang kejuruteraan juga mempunyai bakat seni yang selama ini tidak pernah disedari oleh masyarakat umumnya. Akak akan terus menyokong Halim dan berdoa agar adik akak ini berjaya menebarkan dakwah dengan method yang Halim pilih. Doa akak agar adik akak jangan mudah putus harap dan sandarkan segalanya kepada Allah kerana dihujungnya pasti bertemu bahagia, Insyaallah. Teruskan berjuang wahai adik-adikku Devotees.

Adakalanya aku teringin mengikut jejak citanya. Tapi aku tahu siapalah aku, mana mampu aku berjaya dipersada seni tanah air. Sejarah silam ku banyak menghantui seterusnya menggelapkan seluruh cita yang ku lakarkan dalam mimpi kejayaan ku. Selama 27 tahun aku dihimpit derita dan sepi. Seawal kelahiran ku, kehadiran ku di dunia tidak disenangi oleh ibu ku, namun di usia 27 tahun ini baru ku ketahui segala rahsia yang selama ini disimpan rapi seolah-olahnya tidak mungkin dibongkar oleh sesiapa. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu setempat, aku diserang sawan tangis yang amat serius. Manakan tidak aku menangis sepanjang hari sehingga usia ku mencecah usia 6 bulan. Selama itulah semua ahli keluarga ku menderita dan berusaha mencari penawar untuk memulihkan aku. Bagi aku mungkin itu adalah kurniaan daripada Allah supaya apabila sudah dewasa aku menjadi seorang yang lebih matang, kuat, tetap pendirian dan tegas kerana semasa kecil telah aku lempar jauh kesedihan ku, mungkin. Penderitaan demi penderitaan yang ditanggung akhirnya mak aku sudah bosan menjalani hidup dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, akhirnya selepas diceraikan oleh seorang insan bergelar suami kini aku pula dijadikan mangsa. Pada suatu pagi yang hening, mak akau sudah menyiapkan setiap kelengkapan dan aku telah pun dimandikan dan disiapkan untuk diserahkan kepada bapa ku. Tak lama selepas itu, insan yang kononnya bergelar ayah datang untuk menjemput aku yang pada masa itu tak mengerti apa pun yang hanya ada dalam kamus hidup aku ketika itu adalah tangisan yang memecah sunyi. Yang membuatkan aku marah pada insan yang bernama NOR BIN AHMAD adalah bukan dia yang ingin mendidik, mengasuh dan mengajar aku sehingga menjadi muslimah sejati sebaliknya ingin diserahkan aku kepada sebuah keluarga di Melaka yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Begitu murahnya nilaian tanggungjawab disisi keluarga ku. Tapi mengapa aku? Mujur ada Pak Jang Jais yang menghalang kalau tidak entah kemana aku, menuntut di jurusan apalah agaknya hermmm mengeluh panjang aku dibuatnya dan sebak didada mula mencengkam. Sampai hati mak ayah buat aku macam ni, aku faham mungkin tekanan hidup membuatkan mereka tersepit atau mereka mengalami masalah kecelaruan emosi maklumlah masing-masing menamatkan zaman bujang seawal usia 19 tahun. Masakan aku sehingga kini masih belum bertemu teman yang bakal mendampingi aku sebagai seorang suami dunia dan akhirat.

Sejak peristiwa itu, ayah langsung tidak pernah menjenguk muka mahupun melunaskan nafkah buat anaknya yang ketika itu hanya RM 50 sebulan. Sehingga kini ayah langsung tidak mengirimkan sebarang khabar berita dan aku sendiri buntu mencarinya. Mungkin kelahiran aku tidak diminta oleh ibu dan ayah. Aku dibesarkan oleh mak dengan kaeadah reverse psychology. Sedari kecil aku tidak pernah dimanjakan dan setiap apa yang aku mahu haruslah di usahakan sendiri. Tiada ganjaran mahupun pujian di dalam hidup aku. Kami hidup susah, semasa aku menunutut di tadika islam seawal usia 5 tahun mak bekerja sebagai tukang sapu sekolah manakala petang mak jual kuih. Tapi biasalah orang Melayu mana boleh tengok Melayu lain maju, mak di tomah dengan pelbagai cemuhan. Kesian mak. Masa zaman sekolah dahulu rasa susah sangat. Aku paling tak suka bila hari penyampaian hadiah. Walaupun aku pelajar pintar, sentiasa periksa nombor satu tapi setiap kali sesi fotografi keluarga gambar family aku paling sempoi. Mana taknya yang ada hanya gambar aku dan mak. Mana yang tak tau sibuk bertanya, “Shamsedah, mana ayah awak? Tak datang tengok anak dia ambil hadiah ke?” Masa tu aku hanya menjawab ayah saya dah meninggal. Kenapa aku kata begitu, menurut pengamatan aku hanya anak yatim je yang tiada ayah. Jadi mungkin aku pun sebahagian daripada mereka. Balik daripada sesi tu mak pun bagi tahu kat aku katanya lain kali kalau orang tanya mana ayah kau, kau jawab je mak ayah dah lama bercerai. Aku tanya mak, bercerai tu apa? Mak kata bercerai tu macam kertas yang kita koyakkan daripada naskah buku. Telan air liur aku dibuatnya, bukan terkesima cuma tak faham apa kena mengena buku dan mak ayah.

Zaman sekolah rendah aku berpeluang menjadi pemain hoki sekolah. Tapi yang tak seronoknya aku kena beduk dengan cikgu hoki aku,nyaris tak mati. Memang dari kecil aku tak biasa main bola jaring, aku bosan dengan keadaan yang lebih menjerit daripada memikir strategi. Hari yang dinanti dah tiba, hari menduduki UPSR dan SPRA. Aku memasak semangat dan keazaman yang tinggi untuk menjadi pelajar terbaik sekaligus dapatlah aku lari daripada masalah yang mencengkam aku dari umur sehari hingga ke 12 tahun. Aku teringin sangat nak duduk asrama macam Acik Wok dan Ayong Icah. Seronok aku tengok persekitaran pembelajaran dan aku boleh hidup berdikari. Taklah mak susah-susah nak hantar dan jemput aku setiap hari ke sekolah. Kesian mak, kami bukan bekereta pun. Hari-hari mak akan hantar dan jemput naik basikal. Waktu rehat kadang-kadang mak datang bawa bekal. Belanja sekolah hanya RM1 untuk SK Tun Hussein Onn dan SRA Al-Watan. Kadang-kadang kami selalu jatuh basikal mana taknya basikal tu sarat dengan bakul kuih dan nasi lemak. Kadang-kadang terpaksa jalan kaki sebab basikal kena curi. Teruk betul pencuri tu, kenapa curi basikal mak aku? Bila dapat keputusan UPSR dan SPRA aku kena marah teruk dengan family. Tak tau kenapa marah sangat pada aku sedangkan aku dapat tawaran ke SMA Persekutuan Kuala Lumpur dan SMA Labu Seremban. Aku nak masuk sekolah tu tapi family marah sanga-sangat sampai ada yang kata cukuplah belajar sampai darjah 6 sahaja. Menangis aku, kenapa hidup aku dicatur macam robot? Akhirnya aku tidak membantah sebaliknya menurut sahaja perintah keluarga untuk tidak meneruskan pengajian di SMA tapi di SMK (P). Pening juga kepala bila masuk sekolah semuanya perempuan ni. Mana taknya semasa di sekolah rendah aku punya ramai sahabat lelaki kerana bagi aku lelaki ni “easy going” dan yang paling seronok bersahabat dengan lelaki ni mudah sebab mereka ni pandai kawal emosi, intelektual dan yang paling seronok pandai bawa diri. Aku nak jadi macam sahabat aku, berdikari tapi aku masih lagi perempuan tulen ya.

Alam sekolah menengah alam yang sangat mencabar, al-maklumlah aku dilantik sebagai Ketua Disiplin, Pengawas Sekolah. Senang cerita ada harapan untuk naik takhta sebagai Ketua Pengawas Sekolah. Alasan yang Cikgu Dayang bagi adalah Shamsedah punya perawakan seorang yang tegas dan pakej rupa yang amat bengis tapi comel. Gelak besar aku dibuatnya, pujian atau kutukan? Aku juga berkecimpung dalam Kadet Remaja Sekolah dan bermula disitulah aku di tamrinkan dengan erti hidup. Masa sekolah menengah ada pelajar perempuan panggil aku abang hensem. Apa yang hensem pun aku tak tahu sebab yang aku tahu aku ni perempuan. Masa tu nak cari yang solehah memang payah, bertudung tapi hanya dalam sekolah, solat hanya bila kena kejar dengan Ustazah Sepiah dan rotan panjangnya susah sangat nak duduk dengan orang baik yang mengajar ke jalan Allah. Yang ada rakan yang menjahanamkan satu sama lain. Mana taknya, hujung minggu ajak melepak dan dating katanya. Aku bukan fesyen manusia macam tu, aku lebih suka duduk di rumah dan membesar bersama adik-adik sepupu yang mana diasuh oleh mak. Hujung minggu pi tuisyen. Masa ni hidup aku dah cerah sikit, jadi dapatlah tusyen tu pun mak hantar naik Bas Intrakota 25A. Mak tak bagi aku pi mana-mana sesuka hati. Selesai menduduki PMR aku bertekad nak tinggal di asrama juga. Mak tak tahu aku ada mengisi borang permohonan ke SMT. Aku curi-curi ke SMTKL nak beli borang. Akhirnya, aku dapat masuk SMTKL walaupun ambilan ke dua. Banyak juga ketinggalan tapi itu yang aku nak, nak duduk asrama. Akhirnya mimpi jadi nyata Alhamdulillah. Persekitaran yang amat berbeza apabila begelar pelajar di SMTKL, walauapun aku tak berpeluang ke SMA tapi aku dapat rasakan didikan di SMT ini lengkap agamanya, sosialnya, rohaninya cukup segalanya di SMTKL di bawah pentadbiran En Kamaruddin Pengetua SMT masa tu. Masuk SMT aku berasa lega kerana aku dapat berkawan dengan lelaki kembali jadi mudahlah aku nak buat aktiviti belajar berkumpulan.

Isunya bukan gatal atau miang, cumanya aku lebih selesa bertukar-tukar idea dengan lelaki kerana bagi aku lelaki mempunyai dimensi pemikiran yang luas dan selalunya apabila digabungjalin akan menghasilkan hasil kerja yang ‘extra ordinary’. Aku ingat pesan atuk “Sidah, kau jangan mengada-ngada nak bercinta masa zaman sekolah. Hatta di universiti nanti pun jangan sibuk nak cari calon laki. Belajar betul-betul dah khoje, ada khete, ada ghomah lepas tu baru lah ko boleh cari suami, faham!” Atuk orang Perak jadinya terkeluarlah juga loghat Peraknya sekali-sekala disamping jawatan Polis Pencen yang disandangnya. Mungkin berbekalkan kata-kata atuk sampai sekarang aku masih Bujang Solo haha. Di SMT aku rapat dengan 3 orang sahabat aku ni tapi sekarang masing-masing sibuk mencatur masa depan dan ada yang dah jadi bapa orang pun. Muhammad Dzulkarnain (Bidu), Koroszimim Warazazihan (Zihan) dan Nur Azlan Shah (Wak), wak bukan orang jawa cumanya dia berasal daripada Miri Sarawak jadinya seluruh kelas gelar dia wak singkatan dari perkataan SaraWAK. Memang seronok ada sahabat yang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kami selalu berkongsi suka duka bersama. Hebat-hebat mereka ni dalam akademik jadinya kami selalu bersaing sesama kami untuk jadi yang terbaik. Selalu melepak dengan diorang ni pun di surau SMT paling tidak di pondok Mohabattein untuk mengulangkaji sebab di situ ada ketenangan. Di SMT bibit cinta bermula, aku ada menaruh hati pada salah seorang daripada mereka. Tapi tak terluah kerana aku tahu kejar cita-cita baru cinta, aku berdoa agar disuatu ketika aku akan luahkan isi hati aku padanya, namun tak kesampaian…bukan jodoh akulah maknanya.

Perjuangan diteruskan walaupun aku kecundang di peringkat SPM jika hendak dibandingkan dengan sahabat aku ni. Wak berjaya masuk ke ATMA, Bidu ke KUSTEM dan Zihan ke UTM wah semuanya berjaya ke Puncak Jaya dengan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Aku? Alhamdulillah rezeki aku hanya di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di peringkat Sijil Kejuruteraan Elektrik Elektronik. Redha dengan pencapaian yang aku perolehi walaupun sekali lagi aku di suruh bekerja ataupun berkahwin dengan pilihan keluarga. Aku memilih UNTUK MENUNTUT ILMU ALLAH. Alhamdulillah aku dipertemuakan dengan Pensyarah JKE yang ditugaskan di JPPM, En Khairul Napisham Abd Razak. Semuanya asbab untuk aku lebih rapat dengan Islam. Bermula dengan gelaran Encik dan akhirnya dengan gelaran Pak. Aku kini menjadi sebahagian daripada keluarganya. Pak memang seorang yang penyayang dan tegas. Bab Agama dan Akademik memang tiada kompromi. Pak selalu pesan “Sham, awatlah hang ni, gonjeng. Blajaq sungguh-sungguh jadi yang terbaik macam pak. Tapi pak hebat lagi dari Sham. Sham budak baik, Sham pelajar cemerlang. Kena sistematik dan istiqomah ye nak.” Pak orang Kokdiang, jadinya aku banyak belajar loghat utara ngan pak. Pak suka bernasyid tapi aku lagi suka dengar suara pak mengalunkan bacaan Al-Quran, menjadi bilal dan imam. Di mata aku pak sempurna, sempurna agamanya, professional dan berbakat. Aku berazam kalau nak cari suami biar sama cirinya macam Pak Khairul. Bila dalam kuliah pak tak garang pun cumanya dia sangat tegas. Di PSA aku banyak menghabiskan masa dengan pak dengan mengulangkaji pelajaran, belajar ilmu agama dan berkongsi masalah bersama. Pak selalu pesan nak sesuatu kena buat sehabis baik sebab dunia ni banyak penipu. Masa tu aku cuma angguk tapi tak faham reality hidup. Pernah satu hari aku kata kat pak “Pak Sham nak buat Kumpulan Nasyid boleh?” Pak pandang tepat kedalam mata aku pak jawab “Tak payahlah Sham, banyak fitnah nanti. Ramai yang mencemuh daripada yang menyokong. Nanti anak pak nangis sampai kering air mata pun orang tak faham anak pak nak berdakwah. Ada cara lain lagi anak pak boleh berdakwah. Suara yang sedap tu simpan Sham untuk dodoi anak nanti na.” Eh, sedap ke suara aku? Aku pun tak tahu. Pak senyum je hari tu tapi aku tau pak tau sebenarnya anak dia menangis dalam hati. Tapi pak tak pujuk pun sebab pak kata perempuan yang nak berdakwah kena kuat dan tegas paling penting hati kena kering…kalau tak jadi pendakwah gonjeng kata pak. Sampai sekarang aku ingat dan jadikan pesanan pak sebagai azimat. Di PSA semua budak kelas SKE A tak suka dengan aku termasuklah PA aku. Katanya aku ni terlalu dominan dan kedekut ilmu. Tapi biarlah apa mereka nak kata pun, aku langsung tak mempertahankan diri. Biar apa orang nak kata janji akau tau Matlamat Akhir aku di PSA.

Ada masalah aku terus jumpa pak, pak segalanya bagi aku. Sampai aku sakit pun semuanya aku cari pak. Sampai sekarang aku masih lagi perlukan pak sebagai murabbi aku. Aku jarang balik kampung semasa aku di PSA alasannya aku sibuk dengan aktiviti JPP, PPI dan aktiviti Kamsis. Petang je aku akan ke Pusat Sukan untuk main Squash bukan pandai pun cuma nak lepaskan tekanan yang besarang dalam kepala otak ni. Jadi sekali pukul jerit jadinya habis main otak dah sedia untuk di tarbiyah. Pak ni kuat mengusik, masa pak terima undangan walimah adik sepupu aku pak ada menyakat katanya “Sham bila lagi? Kalau tak jumpa Abang La kan ada, hensem apa, hidung mancung hahaha” Aku menjawab “Tak tahulah pak, belum ada yang berani nak masuk line anak pak ni garang kot. Tak pun mungkin diorang takut dengan pak hahaha” Pak ni memang baik sangat-sangat. Tak percaya tanyalah Wan, Azwa, Am Percayalah kalian akan dapat jawapan yang sama. Adik aku 3 orang ni sekarang dah jadi artis dah Kumpulan R-iF. Pak pernah kecewa dengan Kumpulan Nowfal tapi masalah itu sedikit pun tak patahkan semangat pak untuk berjuang dan berjaya. Pendek kata pak adalah segalanya. Pak PA (Penasihat, Pembimbing, Pendidik, Pengasuh Aku) aku. Pak ni lah Mualim, Murabbi. Aku banyak belajar dengan pak, bagi aku pak seorang yang relaks,sempoi dan gonjeng. Aku teringin nak jadi macam dia tapi mampukah aku? Pak banyak menyumbang kearah pembentukan jiwa muslimah dan dekat dengan ISLAM, Faham ISLAM dan APLIKASIKAN ISLAM dalam kehidupan. Cara pak mengajar memang sempoi, cara dia berdakwah juga sempoi dan paling penting pendekatan kekeluargaan yang pak guna memang terkesan pada hati-hati anaknya. Terima kasih pak. Sham sayang pak. Pak banyak menjadi pendorong cita semasa aku lemah. “Jatuh bangkit balik nak, pak tau anak pak boleh” Itu ucapan pak masa aku menangis mengadu pada pak aku tak sanggup nak teruskan Penempatan Latihan Industri aku di sebuah firma yang berprestij di Malaysia. “Tapi Sham tak boleh pak, di sini semuanya memfokus pada pelajar yang ada ijazah Sham ada sijil je…depa tak pandang pun” dengan tenang pak membalas “Dunia tak adil kan Sham? Tapi adakah Allah juga tidak adil?” Tersentak aku seketika, sendu pada tangisan tadi seakan hilang. Terus berfikir dan berdoa memohon dikurniakan kekuatan bagi meneruskan sisa bulan latihan yang hanya berbaki 2 bulan setengah.

Tamat Latihan Industri hanya tinggal 1 samester aku pasti akan meninggalkan PSA meninggalkan pak. Mesti aku rindu saat yang aku habiskan bersama pak. Ridunya aku nak dengar suara Kak Yus(isteri pak). Aku paling rindu nak berjemaah dengan pak di Pusat Islam PSA. Rindu keluar makan dan pastinya disponser penuh oleh pak. Rindu kena rotan dengan pak kalau tak belajar sungguh-sungguh. Rindu nak jenguk pak kat office. Rindu segalanya. Sewaktu Konvokesyen orang pertama yang aku cari pak, mungkin mak kecik hati dengan pelakuan aku. Sibuk aku menilau cari pak, manalah pak ni. Rupanya pak sibuk nak membeli hadiah untuk aku. Lama aku termenung di tasik yang berhampiran JKM tu tapi pak tak muncul-muncul. Sampai mak kata “Apa yang kau tenung kat tasik tu? Pak kau bukan ikan pun. Pi cari dia sampai jumpa kang kesal pula kau.” Kalimah mak ibarat memberi kebenaran untuk aku mencari di mana pak. Aku terkesima apabila mendengar suara pak memanggil aku, berlari-lari pak semata-mata nak bagi sejambak bunga. Wow bertapa gembiranya aku bila pak hadiahkan aku sejambak bunga. Tak pernah aku dapat bunga tiba-tiba pak orang pertama yang bagi aku bunga. Pak sempat berpesan pada aku“Sham pak tau akhirnya bunga ini akan layu, tapi yakinlah kenangan dan ikatan kekeluargaan yang kita cipta hasil daripada ketentuan Allah dan disandarkan hanya kepadanya akan tetap utuh dan kekal. Percayalah, Allah tak zalim Sham” Kelopak mataku ibarat empangan ketika itu, menampung linangan air mata yang hanya menanti saat rebah ke pipi. Terharu aku pada kalimah itu. Sedangkan selama ini AYAH KANDUNG ku sendiri tak pernah lafaz apa yang pak lafaz pada aku. Pak selalu kata “Sham anak pak yang paling gonjeng, manja dan periang” Tapi aku rasa pak orang yang paling sabar dengan aku. Mungkin namanya hampir sama jadinya kedegilannya pun sama. Pengalaman yang pak lalui hampir sama dengan apa yang aku lalui. Tetapi aku beruntung kerana pak sedia membimbing. Tapi masa pak menangis ketika dialam kampus aku tiada disisinya. Saat derita ditinggal kekasih, saat kemalangan yang hampir meragut nyawanya…aku pun masih dibangku sekolah rendah ketika itu. Masih tercari-cari dahan untuk berpaut dan menumpang kasih. Alhamdulillah Allah bagi pak sebagai pengganti ayah yang hilang entah kemana.

Selesai peringkat sijil, aku tercari-cari kerja yang sesuai buatku namun buntu dipenghujung. Akhirnya aku tekad untuk menyambung 1 tahun pengajian di politeknik untuk mendapatkan Diploma Kejuruteraan. Berbekalkan keputusan Anugerah Ketua Jabatan aku mengisi Borang Permohonan ke Politeknik sekali lagi. Allah ingin menguji aku kali ini. Aku gagal menempatkan diri di Politeknik Malaysia. Aku mula mengamuk dan menyalahkan Qada dan Qadar Allah. “Belajar dapat CGPA bagus pun tak dapat sambung Diploma, yang bodoh-bodoh tu dapat pulak. Ni mesti guna cable.” Aku mula merengus kadang-kadang baran tak tentu pasal. Faris sarankan pada aku untuk buat rayuan. Aku macam acuh tak acuh je. Tapi buat jugalah mana tau untung sabut. Faris dapat sambung DKE di PSA aku duk melangut kat rumah makan maki hamun family yang tak percaya dengan keputusan aku. Katanya ni mesti ada yang tak kena dengan keputusan aku. Tiada siapa lagi yang nak menasihatkan aku, pak jauh di Shah Alam. Pak pun banyak kerja jadi tak mau ganggu. Akhirnya sampai satu hari aku tergerak nak semak keputusan rayuan aku. Alhamdulillah aku dapat sambung DJK di PSA, dapat sambung kuliah dengan pak. Tapi malangnya aku dihambur dengan perkataan yang tak berapa sedap didengar. Aku rasa kalau kalian kena kalian pun rasa nak tampar je mulut orang yang bercakap tu. Kata En. Mahmud “Kenapa kamu masuk kelas ni? Kan dah penuh? Second intake pula tu, dah banyak tertinggal awak ni. Mampu catch-up ke subjek saya ni? Menyusahkan saya nak update dalam system je” Aduh sakitnya hati, mulanya macam nak melawan je tapi aku fikir aku masih ada Allah, dan aku masih dapat kawal amarah aku. Aku boleh berjaya kerana Allah sentiasa membantu mereka yang sentiasa berusaha. Aku teruskan perjuangan demi mencapai status yang lebih baik, menjamin masa depan keluarga. Sehinggalah aku berjaya menghabiskan DJK walaupun banyak sangat dugaan yang aku terima akhirnya Diploma milik aku. Macam biasa bila konvo orang pertama yang aku cari pak, siapa lagi. Kali ni langsung aku tak Nampak kelibat pak. Call tak jawab dan SMS tak berbalas. “Pak marah aku ke? Selama ni aku lupa diri ke? Aku lupa tanggungjawab aku pada pak ke? Mana pak ni?” Menilau sekeliling PSA dengan berjalan kaki aduh lenguh amat. Nak pi kuarters takut tiada di rumah pula. Pak duduk tingkat 4 aduh tingginya. Seperti rutin sebelumnya duk menunggu pak di tasik. “Pak marah ke? Pak angkatlah telefon ni” hati aku berbisik yang bukan-bukan. Sejam selepas tu pak menelefon aku, katanya lagi 5 minit pak sampai port biasa, tunggu na. Penuh yakin pak dengan arahannya, yakin sungguh dia aku masih di PSA. Tepat 5 minit tanpa ada ralat pak muncul membawa hadiah. Kali ni lebih eksklusif, diari dan coklat. “Sham dengan diari kita boleh pahat semua kenangan, tak kira suka duka. Kadang-kadang diari ini menyimpan sejuta rahsia cuma kita dan dia je tahu. Jaga diari ni elok-elok ye nak. Pak bagi coklat ni buka perli Sham cuma pak tau Sham ada banyak masalah jadinya jadikan coklat ini sebagai perawat duka. Kesedihan itu pahit. Maka penawarnya adalah manis” Pak senyum lagi tapi dari matanya aku tahu dia mahu melihat anaknya bangkit dari selimut kegelapan dan keluar daripada kepompong kedukaan. “Sham meh pak hantar ke Batu 3 ye.” Aku mengikut je, aku tak berani membantah. Pak banyak bekorban masa untuk aku. Sepanjang perjalanan aku berfikir selepas ni siapalah yang akan jaga aku bila pak jauh daripada aku. Pak pun masih ada tanggungjawab sebagai anak sulung dan suami. Sampai bila Sham? Aku yakin akan merindui pak dan aku rindu kalimah nasihat pak. Samapi di KL aku demam seminggu. Mak kata kau rindu pak agaknya. Aku senyum je mengangguk tidak menggeleng pun tidak.

Ujian demi ujian aku masih tak dapat bekerja di mana-mana firma. Makanya langkah terakhir sambung belajar lagi. Kali ini cuma mengada-ngada mengisi borang Universiti Industri Selangor. Mulanya nak isi borang Open Universiti, nak ikut jejak pak tapi yurannya mahal sangat tak mampu nanti nak menaggung. Alhamdulillah aku ditawarkan dan dapat menyambung pengajian di sana. 100% berbeza persekitarannya. Aku merungut Ya Allah kenapa kau campak aku kelembah kehinaan ini? Dengan pelbagai masalah aku hadapi sehinggakan aku gagal memasakkan 3.50 GPA untuk sem pertama aku di sana. Aduh matilah aku, macam mana aku nak teruskan ni. Rupanya Allah nak bagi aku keluarga baru rupanya. Sama-sama berjuang untuk membina tapak Daulah Islamiyyah. Di sana aku jumpa Haez, Najib, Faris, PD, Muk dan Andak bagi aku ni group usrah senior yang membentuk tapak i Rakan disamping ramai lagi senior-senior lain. Tapi dengan mereka ni je yang aku rapat paling aku rapat dengan Tn Hj Faris, aku selalu menangis depan dia. Sampai satu hari dia tegur aku “Awat yang hang teriak sakan ni kak oi? Yang dilanda musibah tu aku bukan kak?” Suatu pagi di bilik gerakan aku nampak faris menangis aku tanya dia kenapa, dia jawab aku teringat arwah ayahlah kak. Aku tanya lagi kenapa? Dia jawab sepatutnya yang mengerjakan haji kali ni mak dan apak. Tapi Allah sayang apak dia jemput apak dulu. Aku tanya lagi kenapa Faris Nampak sangat sedih? Dia jawab tak sangka Allah pilih dia untuk temankan mak mengerjakan haji tahun tu kalau tak silap 2007. Aku dah tak mampu mengempang aliran air mata aku lagi, aku pun nangis bersama Faris yang aku anggap adik aku sendiri.

Andak tak kurang hebatnya dalam berjuang. Kepimpinan dia terserlah walaupun andak sangat comel orangnya. Muk lebih agresif dan tangkas. PD selalu berbalah dengan Ajib tak tau kenapa. Akhirnya seorang demi seorang meninggalkan aku. Selepas tamat pengajian di Kampus masing-masing bawa haluan masing-masing. Tetapi uniknya di UNISEL aku berjumpa dengan Ijad dan Abang Syafiq. Aku kagum dengan 2 orang Staff ni. Walaupun sebaya tetapi perspektif pemikiran mereka memang superb. Ijad lebih independent dalam meluahkan kebitaraannya mungkin sebab dia pernah berkelana menuntut ilmu di bumi Anbiya’ Mesir. Ijad mahasiswa Usuluddin Al-Azhar Shibin El-Kom manakala Abang Syafiq pernah menuntut di KUIS jurusan Syariah dan kini MASSCOM. Kedua-duanya bagi aku guru yang sangat hebat. Walaupun umur kami beza setahun sahaja tapi pemikiran mereka memang hebat. Aku suka etika kerja mereka. Profesional dan tersusun. Pendek kata Ijad bagi aku Mr Perfect Abang Syafiq Mr Effisyen. Abang Syafiq memang hebat dalam urusan Pengurusan Organisasi, aku tahu pun sebab pernah membantu dia menjayakan Festival Nasyid. Ijad aku salute dalam urusan pentadbiran tanzim. Kecil-kecil berisi. Sekali dia bercakap berdesing juga telinga kena tembak tapi benda betul tak salah kalau kita berubah. Bak kata tage line Ijad “Salah Ke? Haram Ke?” Abang Syafiq pula “ Terbaeklah korang” Abang Syafiq ni tegas orangnya tapi pemurah. Ijad nampak bersahaja tapi ada mesej yang cuba disampaikan. Mereka ni banyak membantu dalam usaha dakwah. Memang terhutang budi sangat-sangat. Tak mampu nak balas. Kalau nak belanja pun insyaallah tunggulah walimah aku nanti hehe..

Alhamdulillah di sana aku ada ramai adik. Pada mulanya aku pun tak pasti adakah aku mampu menjadi kakak kepada adik-adik Baitul Nur Iman sedangkan selama ini aku sendiri tidak ada pengalaman menjadi kakak. Jauh sekali mendidik adik-adik. Aku ni agak kasar, tegas, garang dan sound direct melalui pengamatan adik sepupu aku Si Pija, Khairi dan Hanif. Mungkin sebab mereka ni selalu kena marah dengan aku kalau tak dapat buat Matematik dan Pendidikan Islam. Jadinya aku menubuhkan group usrah aku sendiri yang di beri nama Baitul Nur Iman. Tapi biasalah benda baik ni pasti ada tentangan dan tomahan. Yang paling menyakitkan aku difitnah oleh mereka yang agak rapat dengan aku. Aku dicemuh dan segala yang negative dilempar pada aku walhal budak yang bermasalah itu bukan dari group usrah aku pun. Tapi apa nak buat aku lempar bunga tapi berbalas tahi, sabar jelah. Rasulullah diuji lebih berat daripada itu, tapi Baginda tetap tersenyum. Nabi Nuh berdakwah lebih 1000 tahun tetapi akhirnya anak isterinya juga tidak turut serta di dalam bahtera baginda. Aku ni hanya manusia biasa pastinya tak lari dari ujian, mehnah dan tribulasi. Baitul Nur Iman dianggotai oleh adik-adikku yang soleh dan solehah. Permata ayah bonda. Fendy, Hisyam, Faiz, Ifdal, Shahimi, Alif, Intan, Ayu, Aishah, Sri. Itulah barisan penghuni Baitul Nur Iman. Biasalah kalau dah adik beradik pastinya ada perang saudara. Syam dengan Fendy pernah berselisih pendapat. Fendy selalu mengalah. Syam ni tak boleh ditegur, kalau tak kena dengan seleranya pasti mogok sebulan. Kini Syam jauh hati pada aku agaknya, tak mengapalah disebabkan kekasih lupa saudara. Tak mengapalah andai dia merasakan wanita itu yang terbaik, bercinta sebelum berkahwin itu indah, terpulanglah. Ilmu agama telah dikongsi bersama tetapi andai ada yang canggung maafkan akak. Akak gagal nak bantu Syam. Fendy mempunyai perwatakan yang hampir sama seperti aku, jadinya tak susah sangat nak dilentur. Manja melampau budak ni, yang pasti Fendy unik orangnya. Tapi kalau sesiapa yang tak kenal mungkin menyampah tengok Fendy. Tapi aku suka sebab dia pandai berdikari. Fendy rajin belajar agama, perpustakaan bergeraknya adalah Ijad. Ijad banyak membantu Fendy walau pada asalnya Ijad lah orang yang paling Fendy takut. Faiz lebih banyak diam daripada bercakap. Mungkin sebab dia anak sulung. Banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu dia fikir dan lunaskan untuk family. Aku tak salahkan Faiz. Faiz lebih unik daripada Fendy, Faiz kalau ada masalah dia suka memendam. Kadang-kadang susah nak dengar luahan hatinya. Kalau aku tengok Faiz ni menyanyi dan banyak berlawak maknanya ada masalah lah tu. Dia nak luah tapi dia takut membebankan aku pula. “Faiz sihat? Kenapa ni dik? Faiz sakit ye atau ada masalah nak kongsi dengan akak?” Faiz senyum je dan menggeleng kepala “Pais ok je” “Faiz tipu akak kan? Takpelah kalau rasa selesa nanti bagi tahulah. Apalah gunanya kalau akak tak mampu nak bantu adik akak sendiri. Malu je akak jadi akak kalian” selangkah aku tinggalkan Faiz terdengar aku suaranya “Akak, Pais ni ada masalah sebenarnya. Akak Nampak Pais gembira tapi sebenarnya tak siapa tahu apa yang Pais rasa” sejak dari hari itu andai Faiz dilanda masalah dia akan kongsi dengan aku yang dia anggap sebagai Along. Shahimi ni sangat abstrak orangnya. Kukuh berpegang pada prinsip tapi ramai yang tak boleh terima. Aku tak nafikan Shahimi kuat melawan kalau sesuatu yang tak kena dimata dia. Ramai orang gelar dia Ketua PROTES aku tak kisah apa orang nak label adik aku, yang penting aku tahu dan kenal asal usulnya. Shahimi ni kalau dalam alam kekeluargaan dia amat sensitive dan pemurah. Bagi aku dia pelindung keluarga atau lebih tepat peguam cara. Walaupun dia petah berkata-kata dan lantang bersuara ramai yang benci Shahimi tapi apa dosa dia sampai ramai yang membenci tanpa sebab? Pernah suatu ketika aku difitnah oleh mereka yang rapat dengan aku sebelum memegang tampuk kepimpinan akhirnya setelah dapat menawan tampuk kepimpinan terus berubah. Aku dituduh merosakkan sifat kePEREMPUANan seorang muslimah. Atas tiket tuduhan itu juga si PEREMPUAN yang kononnya MUSLIMAH SEJATI ni kata dia berubah menjadi kasar, gedik, terjerit-jerit dan rapat dengan muslimin adalah atas didikan aku. Masa tu aku ingat lagi aku dengan Shahimi belum sempat menunaikan solat Asar namun disuruh segera bergegas untuk dibicarakan tanpa keadilan. Namun aku dan Shahimi sempat menunaikan solat di Surau PKP dan setetlah selesai solat barulah aku bertemu mereka ditempat yang dijanjikan. Dengan perut yang kosong aku dan Shahimi melangkah masuk ke dalam Kancil dan terus bergegas ke sana. Demi menjaga maruah dan mempertahankan diri aku bawa Shahimi sebagai peguam bela aku tapi malangnya dia tidak dibenarkan masuk. Aku masuk dikandang pesalah dan di hakimi oleh mereka yang merasakan inilah saatnya nak membunuh aku. 3 lawan 1 makanya aku terpempan. Aku tidak membalas setiap pertuduhan yang dilemparkan oleh Muslimin dan 2 orang Muslimat ini, bertalu-talu dia menghentam aku. Tanpa sempat aku membalasnya. Mereka kata aku ni ego dan pendendam. Dah salah mengaku sahaja. Tapi masalahnya bagaimana aku nak mengaku sedangkan AKU TAK BUAT. Lama kelamaan sesi hentam menghentam ini semakin rancak dan panas. Aku biarkan sahaja mereka melibas aku dengan lidah mereka yang meresakan mereka dipihak yang benar. Akhirnya mereka penat dan salah seorang daripada mereka menutup penghakiman itu dengan kata “Kalau akak sayangkan UKHUWAH ini minta ampun pada dia” Pada aku mengapa aku harus meminta maaf atas apa yang tidak aku lakukan? Ya, memang tak salah tapi tindakan mereka itu bagi aku tidak layak. Aku berlalu daripada kawasan itu dengan menyatakan bahawa bukan begini caranya untuk menegur di dalam Islam. Tegurlah dengan berhikmah, mengapa kalian bertiga sedangkan aku seorang? Mengapa tak dibenarkan adik aku ikut serta? Jawapan yang aku terima adalah “Dia tiada kena mengena” habis yang kau pula serang aku sampai bertiga apa hal? Aku malas nak memanjangkan perkara yang bagi aku remeh dan hanya membantutkan usaha aku. Apa yang aku kata padanya lain kali BERFIKIR CARA ISLAM. Terus aku mencari di mana Shahimi, kesian adikku terlena di sebuah sudut. “Mie, bangun dik. Jom kita pi makan pastu balik nak siap-siap untuk maghrib pula.” “Erm…dah habis dah kes perbicaraan akak? Kes ni akan di bicarakan semula bila? Nak pakai khidmat peguam ni tak?” sambil dia ketawa. Aku pun menjawab spontan “Tak payah akak kalah mati kat dalam tadi. Kena tembak bertalu-talu.” “Kesian akak, tiada siapa yang faham akak kan? Mujur ada adik-adik yang sentiasa menyokong akak” Kes ni langsung tak diketahui oleh adik-adik yang lain pada mulanya. Tapi mungkin disebabkan ikatan kekeluargaan yang disandarkan hanya pada Allah, akhirnya mereka tahu juga. Pada mulanya Intan sebagai ejen perisik. Lama kelamaan Fendy pula menjadi Naruto nak menyerang balas. Aku kata tak perlu dik, kebenaran pasti akan tiba. Memang hempedu pahit tapi kita kena telan. Memang dah perangai dia macam tu, biarkan. Fendy tetap berkeras, mana boleh. Kalau akak diam macam ni sukalah diorang. Aku menjawab sambil memandang tepat pada Fendy, siapalah kita yang nak puaskan hati semua orang dan siapa kita yang selayaknya menjatuhkan hukuman pada manusia lain? Tapi kak dia dah lebih, melampau-lampau eish…balas Fendi. Takpasal-pasal hari tu Fendi diherdik oleh aku. Tergamam dia seketika. Aku tak pernah tinggi suara pada adik-adik aku. Paling tinggi pun aku akan diam tandanya aku amat marah dan aku takkan bercakap. Kadang-kadang kalau aku terasa hati dengan adik-adik pun aku akan masuk bilik aku di Residen ataupun Masjid dan aku akan menangis bertanya jawapan apakah keterlanjuran yang aku buat sampai Allah marah aku.

Ifdal, mulanya dialah orang yang paling takut dengan aku. Entah kenapa, first impression agaknya. Bila diselidik katanya “Akak ni patern pelik sangat. Susah nak faham tapi bila dah faham dalam hati ada taman hahaha” Fuhhh malu aku, berani dia trap aku dengan ayat macam tu. Pernah sekali dia menjadi penumpang di dalam kereta yang aku pandu. Kereta itu pastinya milik Abang Syafiq. Kereta yang selama ini tak terlintas untuk aku memandunya, KIA Spectra. Pada malam Festival Nasyid aku menjemput Ifdal untuk menghantar perkakasan yang telah selesai digunakan. Aku lihat Ifdal menikus di atas seat. Akupun bertanya “Kenapa Ifdal, pucat nampak. Siap seat belt lagi kita nak pi Masjid je pun dari Dewan nak kemasjid tak sampai 2 minit pun kalau berkereta” Dalam nada yang mungkin agak serba salah dia beranikan diri untuk bersuara “Sebenarnya kak…sebenarnya saya….alah susahnya…Akak bawa laju sangat, akak ni racer ke dulu? Nak gugur jantung saya ni. Hati-hati nyawa saya dihujung kaki akak” Hahaha tergelak aku mendengarnya. Mungkin sebab aku buka tingkap itu yang menyebabkan dia takut. Angin kuat pula pada malam tu, lagilah menguatkan plot kejadian malam tu. Kesian Ifdal, sejak kejadian tu kalau nak kemana sahaja aku suruh dia yang memandu. Ifdal ni jenis yang optimis. Banyak diam tapi sekali bercakap….fikirlah sendiri. Tagline Ifdal “Kenapa ye?” tapi aku yakin dia adik yang baik dan pandai menjaga maruah keluarga walau dia juga punya masalah tersendiri. Ifdal kena kuat ye adik. Jadi anak sulung ni memang besar tanggungjawabnya. Alif ni cita-cita nak jadi artis jadinya di kampus dia suka melalak je dan pakej mukanya yang agak jambu menjadikan dia ni kuat menggeletek sikit. Pantang nampak yang lawa semua nak sapu. Tapi mungkin dia tak matang jadi abang-abang dalam Baitul Nur Iman tolonglah adik bongsu kita ni. Kalau ikut akak nak je akak bantai pakai kulit durian. Alif ni banyak berahsia. Tapi aku tak risau sangat sebab dia sebilik dengan Shahimi. Jadi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Alif aku serah pada Shahimi. Tak kisah macam mana dia mengislahkan Alif ni. Nak tambat ke nak ponggo ke ikut sukalah, jangan patah riuk anak orang sudah ye Shahimi.

Ini kisah adik perempuan aku pula, Intan, Ayu, Aishah dan Sri. Semuanya mempunyai minat yang berbeza cuma yang samanya mereka ni tak leh jumpa adik beradik yang muslimin mesti perang punya. Aishah tak boleh jumpa Shahimi mesti bertekak. Yang sorang Sabah sorang Nogori habis macam itik dengan ayam. Ayu tak boleh jumpa Fendy nanti dua-dua jadi pelik. Intan tak boleh jumpa Hisyam. Sri pula tak boleh jumpa Alif dengan Ifdal. Kalau jumpa pasti keluar tagline Sri “Poyolah kau” Itulah adik-adik perempuan aku. Mesti ada yang tertanya-tanya kalau usrah gabung sekali ke? Ikhtilad macam mana ye? Jawapannya aku tak pernah mengusrahkan mereka ni sekali. Senang cerita mereka ni akan berjumpa bila aku ada kelapangan memasak dan aku akan ajak sepuluh adik aku ni duduk sekali dan masa nilah nak kongsi ilmu. Aku tak pandai memasak tapi aku suka masak bagi adik-adik makan. Sebenarnya nak rapatkan ukhuwah. Yang muslimin ni aku galakkan kalau ada persoalan berkaitan agama rujuk terus pada Ijad ataupun Abang Syafiq, mereka pun sebahagian daripada keluarga kita. Kalau rasa segan boleh melalui akak. Al-maklumlah mata-mata yang memandang ni mana pernah puas kalau tengok adik beradik bersidang. Pastinya jadi buah mulut. Bertitik tolak daripada kejadian dan ketidak senangan mata yang memandang jadinya daurah selalu di buat di rumah Kampung Pandan. Jadi tiada lagi suara sumbang yang kedengaran.

Intan budak Wataniah, Nampak kasar tapi bila kena sakat dengan aku menangis juga dia. Fendy menggelar Intan ni Along Jelangkong. Banyak konflik dalam hidup dia. Aku doakan moga dipermudahkan. Aku agak rapat dengan keluarga Intan ni. Mak Ayah dia anggap aku macam anak sulung keluarga ni. Tapi aku kata akan buat yang terbaik. Pernah sekali aku tersentuh juga bila Intan kata dia boleh mati kalau hidup tanpa aku. Aku diam je tak membalas. Cuma aku pesan pada dia Kita semua akan mati kalau tak hidup dibawah lembayung Rahmat Allah. Aku harap dia masih ingat pesan aku. Ayu budak Ganu. Jadi bila jumpa Ayu aku khabo Ganu lah. Ayu rapat dengan aku tapi kadang-kadang goyah juga kepercayaannya pada aku. Tapi aku tak kisah masakan pantai boleh berubah inikan pula manusia. Sesetia mana pun dia pasti goyah apabila dipengaruhi oleh mejoriti. Tagline Ayu “Khabo molek” kelakar budak ni kadang-kadang kabut juga hahaha…Ayu-Ayu lawok deme nih. Aku mula-mula jumpa dia masa Minggu Tekad Siswa. Dia junior aku, aku pula Fasilitator jadi masa nilah nak mencari mad’u. Mana yang kekal Alhamdulillah mana yang rasa kalau nampak aku dari jauh lebih baik patah balik ataupun pusing kot lain pun ada juga. Ada yang benci aku tanpa sebab pun ada. Aku tak kisah sebab bagi aku bukan mereka yang limpahkan rahmat pada aku. Bak kata pepatah Melayu, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Jadi nak kenal aku ni macam mana? Marilah berta’aruf dan bertafahum barulah datang takaful. Aku ni manusia pelik kata adik-adik aku. Penyayang sebenarnya aku ni tapi tak suka nak lafaz pada adik-adik. Itu yang pernah Faiz dan Fendy kata pada aku. Shahimi pula kata aku ni pengurus keluarga yang hebat sebab punya gerak hati yang kuat. Terpulanglah pada adik-adik menilai dari sudut pandang yang berbeza dan dimensi yang berbeza. Aishah budak kartun. Semua adik aku bersetuju dengan gelaran tu. Dia ni kelam kabut macam kartun. Suaranya macam kanak-kanak. Tulah asbabnya kenapa di menuntut dijurusan Diploma Pendidikan Pra Sekolah. Tapi aku pesan pada adik beradik yang lain jangan panggil dia dengan gelaran tu, dia tak suka. Panggil dia Aishah tau. Semua mengangguk setuju. Tagline Aishah “Aku bilang sama mamak ku” kuat mengadu budak ni, anak manja keluarga sebab dia yang paling lembik fizikalnya. Dengan Aishah ni kena guna pendekatan lain sebab di dari kecik selalu dimanja dan dibelai. Jadi nak cakap dengan Aishah ni kena terus terang tak payah nak bermukaddimah nanti PENDINGNYA dan DELAY yang sangat lama. Aishah takut gelap, seminggu dia tak tegur aku dengan Sri sebab kami suka sakat dia di rumah sewa. “Macam mana jadi Naqibah ni Aishah, duk cerita kat mad’u yakin pada Allah. Pung pang pung pang mencanang jangan takut tapi Aishah?” “Alah kak aku takut gelap bah, temankanlah aku bah. Aku takut to” Malas aku melayan kerenahnya lama kelamaan dia berani juga bergelap, Alhamdulillah. Sri punya daya pemikiran yang lebih matang daripada usia dan selalu orang ingat Sri lebih tua daripada Aishah. Tapi sebenarnya tak. Sri ni tegas dan berpegang pada apa yang dia rasakan kena dengan rentaknya. Sekali dia kata TIDAK maknanya tak payahlah pujuk dia untuk dia kata YA. Idok akan berjaya mike katanya. Latar belakang yang berbeza, asal kelahiran berbeza, family yang berbeza akhirnya kami disatukan oleh Allah dan Alhamdulillah sehingga kini masih lagi bersama. Fendy ada merancang untuk membuat Family Gathering katanya tapi bila tarikhnya, hanya Allah yang tahu. Shahimi rindu-rinduan. Bilalah agaknya aku dapat jumpa semua adik-adik yang aku sayang dan rindu ni? Akak sayang kalian.

Di PSA aku ada 4 orang adik semuanya lelaki Hafidz, Izhan, Amie dan Iman. 3 budak Perak 1 budak Klang. Semuanya budak Robocon PSA dan Junior DJK.. Aku kenal pun asalnya daripada pak. Pak minta aku tolong ajarkan kanak-kanak ni ilmu elektronik. Aku taklah hebat mana, Cuma mengajar sikit-sikit tu bolehlah kadang-kadang kami belajar bersama. Masa kami banyak di habiskan di Library, Pusat Islam, Kafe dan Plaza Alam Sentral. Sekarang semuanya sibuk dengan amanah masing-masing. Amie sibuk dengan urusan walimahnya pada 5/3/2011. Iman terus lesap lepas habis PSA dengar cerita sibuk kumpul duit nak kahwin dengan cinta hati dia. Hafidz dengan kilangnya dan awek-awek indon. Izhan sambung pengajian di peringkat Ijazah di UPSI.

Kini aku sunyi kembali. Musafir Rawan jadinya. Mana teman, mana sahabat, mana sahabat sejemaah semuanya hilang. Aku terkapai-kapai mencari jejak penerus langkah. Dengan izin Allah, dia mengilhamkan aku untuk merencanakan sebuah kem motivasi yang aku namakan Kembara Jejak Cita. Rasanya mungkin tak dilaksanakan pada tahun ini. Aku rasa lebih baik jika aku mencari material dan sebanyak mungkin pandangan dan pengalaman daripada dia. Dia? Adalah…insyaallah satu hari kalian adik akak akan tahu siapa dia. JEJAK CITA diambil semperna tajuk lagu tema yang akan dinyanyikan semasa kem ni dan telah dinyanyikan oleh Devotees. Ramai dikalangan UMAT ISLAM nak berjaya tapi cuma berjaya macam tulah. Mahu ada pangkat dan harta berkoyan tapi tak sedar harta yang berkoyan tu bukan boleh bawa ke kubur pun sebab kain kafan tiada saku. Motif utama di dalam kem ni aku nak terapkan pada Tunas Islam ini bahawa kita ini berjaya bukan untuk dunia semata tepi akhirat adalah matlamat utama. Tapi macam mana? Nak tau jawapannya kenalah sertai Kem Jejak Cita hahaha aku mempromosi pula. Insyaallah aku tak berani nak janji selepas tamat kem ni semua akan berubah sebab aku bukan tuhan. Semuanya kenalah balik tepuk dada tanya iman. Jangan dah terhantuk baru terngadah. Kalau pernah tersadung bangkit jangan merelakan tersungkur sebelum waktu tanpa keazaman yang tinggi. Kalau sebelum ni aku hidup dalam kegelapan, susah dan sebagainya aku nak generasi pelapis ni jangan ulang kesilapan aku dulu. Buntu kepala memikirkan adakah pendekatan yang aku gunakan bertepatan dengan Syariah Islam? Niatnya nak mengISLAH takut-takut IFSAD pula yang timbul. Berlegar-legar persoalan yang akhirnya aku temu jawapannya hasil ilham yang Allah kurniakan. Allah hantar dia untuk aku bertanya dan saling bertukar-tukar pandangan walau hanya melalui perantaraan maya. Pada mulanya aku hampir lemas dan beberapa kali diserang migraine dan demam yang panjang tapi akhirnya Alhamdulillah aku bertemu dengan seorang yang aku yakin mampu menjadi sahabat, teman rakan walaupun umur kami berbeza. Aku kagum dengan dia. Walaupun hanya melihat dialam maya, dia banyak membantu. Dia murabbi ku, tapi tak bolah nak diganggu sangat…takut terganggu pengajiannya di sana. Mahasiswa tahun akhir itu je yang mampu aku beri tahu yang selebihnya biarlah aku dan dia sahaja yang mengerti. Soal kerja dakwah bagi aku itu suatu tugas yang serius. Aku kena cari insan yang betul-betul sanggup bekerja dengan aku. Aku bercita-cita ingin menubuhkan Konsultan. Ingin aku menjemput dia menjadi sebahagian daripada peneraju, tapi mahukah dia? Aku takut nanti apa kata orang. Nak mengadap tomahan tu yang membuatkan aku penat. Aku selesa dengan pendekatan yang digunakan…mungkinkah dia…. Erm hanya Allah yang tahu jawapannya. Aku suka cara dia meluahkan idea-ideanya bagi aku tak salah pun apa yang dia kata tu. Cuma masalah yang timbul adalah macam mana nak bagi semua orang AL-FAHMU. Jawapannya mudah “Serahkan pada Allah, kita berusaha yang lain bukan tugas kita” Aku ada mencadangkan padanya kalau selalu slot muhasabah kita hanya focus pada golongan sasar tapi kalau kali ini kita cuci habis dengan mak ayah sekali macam mana? Jadinya semua kena take part dan jalankan tanggungjawab masing-masing. Katanya “Saya ok je, tak langgar syariat pun. Kita kan insan kenalah selalu berpesan-pesan” jawapannya ringkas tapi menjana otak ku untuk terus berfikir untuk mencerna dan menghasilkan satu produk yang digunakan sebagai Driver Ummah. “Tak nak jemput saya untuk turut serta?” Jauh disudut hati aku ingin menjemputnya, tapi…insyaallah pasti nanti ada jawapannya. Segala ideanya akan ku perhalusi dan aku hadam bagi menghasilkan suatu produk yang Solid. Solid dari penyusunan atomnya, unsurnya, struktur dan teksturenya dan lulus QC yang telah Allah gariskan. Insyaallah…Aku bersyukur kerana Allah kurniakan dia untuk sama-sama berfikir demi melaksanakan dakwah, Alhamdulillah.

Dalam kesibukan aku, kadang-kadang terfikir juga aku untuk menggalas jawatan tinggi. Bukan di firma-firma ternama, swasta mahupun kerajaan. Jawatan sebagai Pengurus (Manager) rumahtangga. Tapi mungkin aku dan Pengarah (Director) belum bersedia. Aku sendiri pun sukar menjawab persoalan itu. Kerana sampai tika ini aku masih lagi belum berjumpa seorang lelaki yang begitu serius untuk menjadikan aku sebagai suri di hatinya. Siapalah pendamping hidup ku kelak atau aku akan begini sehingga hujung nyawa? Memanjang bercerai kasih…hanya Allah yang tahu. Setiap hari di dalam doa ku aku mohon agar Allah kurniakan aku seorang Zauj yang beragama. Soal harta rupa dan kedudukan bukan yang utama bagi aku. Memang family ada kata kalau kau cari ustaz boleh hidup ke? Tapi aku yakin dengan agama aku yakin dia mampu menerajui rumahtangga dengan menyandarkan rasa cintanya yang utama hanya pada Allah dan Rasul. Pasti akan ada jawapan. Bagi aku rupa boleh diletak ketangga yang keberapapun sebab kekacakan hanya akan menyusahkan aku. Lagipun kalau dah tua akan berkedut juga haha…maaf ya andai terasa wahai sang arjuna yang aku sendiri tak pasti adakah dia milik ku? Aku pernah kata pada Ifdal, “Agaknya akak ni tak layak untuk sesiapa kot? Tengoklah ayah akak sendiri pun tak nak cari akak. Macam mana nak nikah kalau WALI pun buat TULI. Akak ni tak sepemurah Khadijah, tak sepintar Si merah Aisyah, tak sekental Sumayyah, tidak juga sealim Rabiatul Adawiyyah” Ifdal jawab “Akak tak-mau…tak mau kata macam tu. Ada calon zauj untuk akak cuma dia belum ada kekuatan untuk meluahkan hasratnya pada akak. Akak sabar ye sikit je lagi dia pasti akan muncul” tersentap aku mendengar jawapan Ifdal terus aku bertanya Siapa? Ifdal dengan slumber menjawab adalah, akak sabar je. Banyakkan berdoa. Saya yakin dialah yang terbaik untuk akak. Ifdal kenal ke? Dengan nada tak bersalah “Adalah mana boleh bagi tahu BIARLAH RAHSIA” Geramnya aku, sampai sekarang aku masih tak tau sama ada ianya benar atau Ifdal saja menyakat. Apapun segalanya aku serah kepada Allah kerana aku takut kecundang lagi. Hati ini apabila sekali ditinggal kekasih lukanya parah, susah nak diubat. Jadinya sebelum sejarah mungkin berulang adalah lebih baik aku serahkan cinta aku kepada Allah. Allah maha mengetahui siapa pemilik hati ini. Setiap hari aku hanya menadah tangan dan mula berdoa. “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunjat sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Amin.” Mungkin nampak biasa dan ada yang dah hafal pun tapi bagi aku aku mencari Muslimin sebegini untuk menjadi zauj ku Insyaallah. Aku mohon kepada semua yang berpeluang membaca anekdot Berjalan Tanpa Henti nukilan ku ini bersama mendoakan yang terbaik buat ku. Maaf seadanya kepada semua yang pernah mengenali dan memahami diri ini kerana aku tak mahu menyusahkan tidak mampu menyenangkan. Apa yang aku tulis ini adalah lahir daripada sekeping hati yang tidak mempunyai apa-apa intention pun sekadar aku jadikan muhasabah buat diri ku supaya jangan ada lagi yang tangisnya sendiri membiarkan wahdan sebagai selimut diri.

Terima kasih kepada Pak Khairul dan Abah Pian yang selama ini sanggup menumpahkan kasih sayang kalian sebagai AYAH kepada anak yang menguburkan AYAH KANDUNGnya dalam ingatan tanpa bernisan. Terima kasih yang teramat sangat tanpa kalian mungkin aku juga akan menjadi manusia yang KKS (Kurang Kasih Sayang) atau mungkin aku kini mengalami tekanan jiwa yang kronik. Aku amat menyayangi kalian. Pak dan Abah banyak mengajar erti hidup dan matang dalam merentas denai berduri ini. Fendi, Syam, Syahimi, Faiz, Alif, Ifdal, Ayu, Intan, Sri, Aishah, Hafidz, Ami, Izhan dan Iman terima kasih kerana sudi menjadi adik yang setia atau mungkin terpaksa kerana takde Naqib atau Naqibah lain. Ataupun sengaja mencuba untuk kenal siapa aku. Maaf seadanya, akak bukannya orang hebat. Banyak program yang akak gagal paling akak kesal dengan Malam Sinar Mahabbah...malu akak dik. Tapi think positive ada hikmahnya. Daripada program itu akak nampak mana lawan mana kawan. Mana adik yang akrab dan mana adik pungut. Terima Kasih Allah kerana kau uji aku ketika Malam Sinar Mahabbah. Maafkan akak Halim, Angah Fitri, Hafiz, Wan, Azwa, Mospeda, Kumpulan Saff-One. Usaha yang ku curah kepada ahli ku umpama mencurah air ke lautan. Apa yang aku perkatakan mungkin tak didengari. Agaknya mereka nampak aku buat lawak agaknya. Tak mengapa semuanya kesilapan aku...mungkin Allah nak bagi tahu kaedah mendidik salah. Akhir kalam aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan bertemu dan mengasihi kalian, moga Allah berkati kita jua. Ampun maaf andai ketelanjuran menghiris jiwa. Bagi nama-nama yang tidak ku sebut, jangan kecil hati walau sebesar kuman pun. Bukan lupa atau tak ingat. Kalian ada di hati ini cumanya kalau nak tulis semua takut tak cukup modal pula atau takut orang kata berlagak pula. Maaf ye. Buat adik-adikku, teruskan perjuangan. Berjuang memang pahit. Tapi manis di hujung jangan risau, yakin dengan janji Allah. Teruskan belajar, faham dan aplikasikan ISLAM dalam kehidupan jangan DISEKULARKAN. Rasanya cukup sekadar ini perkongsian tinta duka perjalanan hidup ku. Sampai jumpa lagi. Doaku agar memori luka berarak jauh dan mungkin ada sinar kejayaan di alam kerjaya bakal menanti aku bersama DIA yang Allah ciptakan untukku. Siapa? Nantikan KAD WALIMAH yang terpahat namanya, INSYAALLAH. Sabar dan banyakkan berdoa ye. Tapi yang baik-baik sudahlah. Salam Ukhuwahfillah Abadan Abada’ Maassalamah Jazakallah Jazak...

P/S :KARYA TERAKHIR SEBELUM LAPTOP MERAGAM