THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 21, 2011

Mungkinkah aku

MUNGKINKAH AKU…

Assalamualaikum dan Salam Satu Ummah buat sahabat dan sahabiah. Maaf telah lama tidak mencoretkan apa-apa buat tatapan kalian. Alhamdulillah, baru sahaja sihat daripada demam panas dan lelah mungkin ini ujian Allah bagi membezakan antara sabar mahupun mengeluh mungkin kifarah dari Allah yang menjelang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tiada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut” Riwayat Al-Hakim.

Mungkinkah Aku...ini persoalan yang berlegar di benak fikiran penulis ketika ini. Apakah perbezaan yang nyata antara SABAR dan MENGELUH? Saya lontarkan persoalan itu buat sidang pembaca sekalian. Mungkin kita punya rona dan perspektif pemikiran yang berbeza dalam menterjemahkan pokoknya, tepuk dada tanyalah IMAN. Ramai dikalangan kita akan menyatakan “Arghhh! Kau cakap senangkan SABAR...SABAR tak kena batang hidung kau bolehlah. Cuba dah kena baru padan muka” ataupun yang lebih terkesan dihati kita “Ya Allah, mungkin ini ujian dari-Mu, aku redha Ya Allah dan aku bersyukur kerana engkau memilih aku untuk diuji”. Maka sidang pembaca sekalian kita dikategori yang mana? Tepuk dada tanya IMAN.

Terfikir juga mengapa Umat Islam di Malaysia begini, apakah kurang didikan agama? Ataupun ISLAM hanya pada rupa dan kulit? atau hanya ikutan dan TRADISI? Cuma anda yang mempunyai jawapan bagi setiap persoalan MENGAPA ANDA SANGGUP MEMAPARKAN STATUS “ISLAM” DI KAD PENGENALAN ANDA tetapi apa yang telah anda lakukan demi DAULAH ISLAMIYYAH. Renung Fikir Bersama. Antara Sabar dan Mengeluh, mungkin kita sebagai Umat Islam terkesan dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, Indonesia, Mesir dan terbaru Jepun. Pelbagai ujian yang Allah turunkan kepada mereka umpamanya serangan zionis, genjatan senjata, penunjuk perasaan akibat ditindas pemimpin sekular, gempa bumi, tsunami, kebejatan akhlak dan sebagainya. Tidak keterlaluan saya boleh katakan di sini bahawa ISU UMMAT ISLAM adalah ISU GLOBAL. Tapi mengapa kita di MALAYSIA langsung tak kisah sehinggakan ada yang menyatakan “Yang kau duk sibuk bincang isu tu buat apa?Dah nasib mereka nak buat macam mana? Di Malaysia ni pun banyak yang compang-campingnya, tak kisah pula?” Allahhuakbar, macam mana nak jawab? Kita di sini boleh bersenang lenang, selesa menuntut ilmu, mendengar ceramah dan kuliah, berjemaah di masjid mahupun surau dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan tanpa perlu memikirkan keselamatan yang teramat sangat. Maksudnya kita tidak perlu memikirkan “Kalau aku keluar rumah nanti kena tangkap dengan zionis” atau “Kalau aku keluar nanti aku diberdil peluru” atau “Kalau aku pi kuliah nanti tak pasal-pasal ditangkap kerana berhimpun dengan penunjuk perasaan” yang hanya kita fikirkan “Kalau aku ke surau, apa aku dapat?” atau “Alahai buat apa nak bertaubat awal lagi, belum sampai JTM (Jangka Tarikh Mati) aku” atau “Eish, kang tak pasal-pasal kena ragut” alahai inilah umat ISLAM kita.

Ada dikalangan kita yang cukup sabar dengan ujian yang melanda. Kisah Nabi Allah Ayub A.S yang cukup sabar setelah diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. Namun Ayub A.S tetap beriman dan yakin dengan janji Allah. Sehinggakan ulat yang ada pada tokaknya sanggup diletakkan kembali setelah baginda selesai berwudhu apa katanya, “Kesian kau ulat, kalau aku tinggalkan kau di sini apa agaknya makanan kau? Tak mengapalah kau duduklah kembali di kulit ku ini” Subhanallah, itu kisah Nabi Ayub A.S. Kita? Apabila ditimpa ujian mula rasa resah dan gelisah. Naknya pula ada pula ODAH PROPA yang menyocok kita. Penulis sendiri adakalanya agak goyah dengan cubaan ini, terkadang tergelincir juga dari landasan sabar dan akhirnya terjerumus kelembah keluh kesah. Ketika ini penulis diuji oleh Allah dengan kesukaran mendapatkan kerja. Ada tetangga yang mengata dan mengumpat keji tak kurang juga yang melaga-lagakan penulis dengan sanak saudara penulis apa katanya “Eh, untungnya sepupu kau tu ya. Dah kahwin eish dapat kerja lagi. Kau?” adakalanya penulis cuba mengelak daripada berjumpa mereka kerana bagi penulis ianya akan menggoyahkan keyakinan penulis pada JANJI ALLAH sekaligus meletakkan penulis dikalangan orang yang berkeluh kesah dan merungut. Tidak ketinggalan golongan yang bermain perang psikologi dengan penulis, “Buat habis duit je kau ni, kerja tak dapat juga temuduga dah banyak tapi satu pun tak sangkut” dan tambahnya lagi “Beria-ianya kau ke pameran kerjaya tapi dia dah panggil ke masuk kerja?” ini yang membuatkan penulis risau andai kesabaran yang diukir bertukar menjadi keluh kesah.

Mungkinkah Aku…adakalanya penulis risau tersalah langkah dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba dan khalifah. Bekerja di dalam badan dakwah bukan suatu perkara yang mudah. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa “Eleh, pendakwah tu kejar duit semata, becerita lempung lempang tapi ada dia menolong kita” ataupun disebabkan gaya pemikiran yang outdated ada yang menyatakan “Yang kau sibuk join Badan Dakwah kenapa? Kau belajar KEJURUTERAAN bukan DAKWAH…SYARIAH…USULUDDIN…USUL FIQH, biarlah budak PENGAJIAN ISLAM yang buat, yang kau pening-pening memikir masalah UMMAT kenapa?” Tidakkah mereka ini sedar tentang NILAI SEORANG MANUSIA di sisi ALLAH SWT? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu” Riwayat Muslim.

Kita lebih banyak mengeluh jika nak dibandingkan dengan bersyukur. Manakan tidak mari kita muhasabah bersama, andai kita pulang daripada kampus perut berkeroncong. Tandanya kenalah berhenti di Medan Selera untuk mengalas perut. Setibanya di Medan Selera, “Ai, ini je lauk yang ada?” atau kita selalu dengar “Dahlah mahal taksedap” kita mencaci, maki hamun dan pelbagai ungkapan negatif yang kita hamburkan di hadapan rezeki. Lagi, kita lihat realiti masyarakat kita di Malaysia. Apabila ditimpa penyakit seperti demam contohnya, kita akan ke Klinik untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Apabila pulang kerumah kita pun makanlah bekalan ubat yang diberikan sesuai dengan jumlah yang kita bayar dan indikasi yang kita alami. Selepas 3 hari makan ubat yang diberikan namun tidak berkesan apa kata kita “Tak guna betul, bukan makin sihat sakit lagi ada!” atau “Makan ubat dah berkati-kati tapi sakit juga” nak lagi? Bagi Mahasiswa yang kita anggap sebagai Intelektual lagi kuat keluh kesahnya. Baru sahaja menerima keputusan peperiksaan “Aduh! Matilah aku, result tak cantik. Nak jadi apa aku ni” atau “Aku belajar nak duit je” Masya-Allah...harap-harap bukan kita tergolong di dalam kelompok yang dipaparkan tadi. Kalau ya, maka muhasabahlah diri agar kita bertaubat dan terus mencari redha Allah dan mencari kunci ke syurga. Bagaimana caranya? Tepuk dada tanya iman, kerana dengan IMAN sahaja yang mampu memandu kita bertemu REDHA ALLAH.

Analoginya begini, kalau kita nak berjaya dalam peperiksaan dengan dinobatkan sebagai PELAJAR CEMERLANG adakah dengan mudah kita hanya coretkan huruf A sebesarnya sebagai poster tanpa ada langkah susulan yang menyulami jajak cita kita? Begitu jugalah dengan persoalan BAGAIMANA KITA NAK MENJADI AHLI SYURGA...pastinya banyak bekalan yang harus dipersiapkan dan amalan-amalan kerohanian yang harus dilaksanakan. Susah? Tepuk dada tanyalah IMAN. Akhir kalam penutup tinta saya tinggalkan anda dengan PERSOALAN “MUNGKINKAH AKU...GOLONGAN YANG SABAR ATAU MENGELUH” pilihan terletak ditangan anda sama ada MENAGIH REDHA ALLAH mahupun MENGUNDANG MURKA ALLAH. Renung fikir bersama, ma’assalamah. Jazakallah Jazzak.

p/s : Aku kini mendamba Cinta Hakiki disamping bimbingan daripada golongan Soleh
dan Solehah. Aku impikan persekitaran yang tenang dan membawa aku dekat pada-Nya. Adakalanya bingung menanti bilakan tiba INSAN BERNAMA KEKASIH dalam memacu setiap inci LANGKAH TERCIPTA.

0 ulasan: