THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 28, 2011

HADIRNYA CAHAYA MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum Salam Muhibbufillah buat sahabat sahabiah. Renungan kita bersama, Isra’ Mikraj kembali menemui kita. Malam perjalanan dimana naiknya Rasulullah SAW ke langit dan menerima perintah solat 5 waktu. Persoalannya, adakah kita telah melaksanakan perintah ini? Dengan tidak sedikit pun culas dengan tanggungjawab 2,4,4,3,4? Muhasabah buat kita bersama. Mari bersama kita koreksi diri dalam segenap Sujud Cinta kita menghadap Rabbuizzati. Insyaallah.

Bayangkan wahai sahabat dan sahabiah sekalian, dalam kesamaran kehajilan diutuskan oleh Allah seorang Rasul yang diberi nama Muhammad bin Abdullah. Kehadiran Rasulullah SAW sungguh asing bagi Kafir Quraisy. Kita sedia maklum bahawa Rasulullah merupakan anak yatim namun segala halangan bukan satu alasan bagi baginda untuk mengelak daripada menggalas amanah yang diberikan. Peristiwa Isra’ Mikraj memberikan tamparan hebat buat Rasulullah manakan tidak bapa saudaranya sendiri Abu Jahal menyatakan bahawa Muhammad PENIPU, AHLI SIHIR dan sebagainya. Sehingga ketahap MERAPU Muhammad SAW dilabel oleh Abu Jahal, Abu Jahal menggunakan logic akal untuk berfikir tentang kejadian Peristiwa Isra’ Mikraj. Abu Jahal mempersendakan perjalanan Rasulullah katanya mana mungkin Muhammad boleh sampai ke Baitul Maqdis dalam satu malam dengan keadaan malam yang gelap tanpa berbintang di dada langit, mana mungkin Muhammad dapat melihat perkara-perkara di Syurga dan Neraka, mana mungkin ada arahan menunaikan solat sedangkan selama ini kita hanya menyembah berhala akhirnya Abu Jahal hanya mempersendakan dan mentertawakan apa yang disampaikan Rasulullah. Sungguh perit baginya yang jujur bagi menceritakan namun hadirnya memberi makna seluruh semesta. Namun asbab kasihnya yang tidak terperi buat umatnya, Baginda meneruskan perjuangannya. Mujur Allah kurniakan seorang sahabat yang diberi nama Abu Bakar dan menyandang gelaran As-Siddiq. Khalifah Abu Bakar walaupun pada ketika itu belum lagi beriman kepada Allah namun beliau telah melafazkan bahawa setiap tutur kata mahupun kalimat yang keluar daripada insan bergelar Muhammad Bin Abdullah segalanya adalah benar. Abu Bakar jualah yang telah membenarkan apa yang telah diceritakan oleh Rasulullah tentang Peristiwa Isra’ Mikraj. Lantas diketawakan KAFIR QURAISY. Namun mereka lupa dan alpa, SESUNGGUHNYA SEGALANYA BERBALIK KEPADA ZAT ALLAH QUN FAYAQUN.

Dalam konteks kita pada hari ini, kita lebih menyayangi harta benda, kekasih dan segalanya melebihi CINTANYA kita kepada ALLAH SWT dan kekasih kita MUHAMMAD SAW. Mengapa kita jadikan perayaan-perayaan lain sebagai keutamaan sedangkan kita hampir lupa dengan HARI KEBESARAN ISLAM. Mengingati TARIKH HARI KEBESARAN ISLAM juga adakalanya lupa inikan pula ingin mengetahui, mengkaji dan memahami SEJARAH ISLAM. Sedangkan di dalam Al-Quran jelas menyatakan di dalam Surah Al-Alaq, “Bacalah dengan nama TUHANMU yang menciptakan” maknanya apa? Allah pesan kat kita agar kita ini mengkaji segala apa yang di anugerahkan dan akhirnya menyedari segalanya datang daripada Allah dan meletakkan ALLAH di tempat tertinggi “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah”. Tapi realitinya kita hari ini bagaimana ya? TEPUK DADA TANYA IMAN…bagi yang sudah lama tidak dicalibration meter keimanannya baiklah diservis dengan TAUBAT, rapat, cinta, sayang pada ALLAH…TAWARAN TAUBAT HANYA TERBUKA SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN…TAK LAMA LAGI MADRASAH RAMADHAN DATANG LAGI….CEPAT REBUT PELUANG BONANZA PAHALA DARIPADA ALLAH SWT….apa? Tak Sempat? Tak Cukup Masa? Tak Reti? Segalanya BERMULA DI HATI…Tak TAHU BERGURU jangan MALU MELULU tak MENENTU…MASA yang ALLAH peruntukkan untuk semua sama sahaja 24 JAM makanya soalan mudah yang hendak di tanya peruntukan MASA UNTUK ALLAH BERAPA LAMA? Renung Fikir Bersama agar terus bermunajat mendamba redha Allah SWT.

P/S: Andai tergadai maruah pasti parah menanti…Jadilah seorang hamba yang sentiasa ABID dan sentiasa ingin mendamba Redhanya. BUAT TATAPAN DIRI INI DAN DAN SELURUH INSAN YANG KU SAYANGI….

Thursday, June 23, 2011

RANCANGAN REALITI SOLEHAH TV ALHIJRAH

Assalamualaikum salam ukhuwah muhibbufillah kepada sahabat sahabiah yang senentiasa menanti dan terus menyokong dan tidak putus-putus memberikan idea kepada penulis untuk terus menghasilkan karya buat tatapan kita bersama dalam usaha memperbaiki diri, Insyaallah. Kalau ingin menagih syurga Allah pastinya meruntun sejuta pengorbanan di dunia kerana SYURGA itu indah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT pada 18 Jun 2011 penulis berkesempatan menghadiri Sesi Ujibakat Solehah yang di adakan di Stesen Penyiaran Digital AlHijrah Jalan Perdana. Pada mulanya penulis sendiri hilang keyakinan diri apabila diterjah dengan tomahan dan kejian yang melemahkan semangat. Tak sangka stigma pemikiran yang kolot di kalangan umat islam itu sendiri semakin menular dan semakin membarah. Ada yang berkata, “Eh, ko biar betul nak join program REALITI SOLEHA! Kau bukan aliran PENGAJIAN ISLAM pun?” nak dengar lagi apa kata mereka yang masih lagi meraba di dalam terang? “Ko bior bebenor, mana ada professional join program ni. Eish nanti ko kena duk masjid bagi ceramah…banyak musuh” lagi “Alahai belajar sampai dapat degree elektronik tapi nak jadi pendakwah je?” dan lagi “Eish ko tak malu ke kalau ko dapat TOP 10 nanti kalau ada soalan yang orang bagi, panel bagi ke sesape jelah bagi ko tak dapat jawab?” persoalannya HINAkah pekerjaan itu? HINAkah andai SEORANG MUSLIM berusaha menyampaikan serta menegakkan kalimah SYAHADAH? HINAkah SEORANG PENDAKWAH andai dia lahir daripada GOLONGAN PROFESIONAL (JURUTERA, DOKTOR, ARKITEK, AKAUNTANT dan sebagainya)? SALAHKAH andai JALAN DAKWAH yang dipilih?

Soalan kritikal yang harus kita renung fikir bersama adalah Mengapa kita di MALAYSIA ini tidak pernah terfikir untuk MELAHIRKAN GENERASI MUKMIN SUPER yang PROFESIONAL? Mengapa kita selalu mengasingkan ISLAM di dalam kehidupan kita seakan ISLAM hanya layak dibincangkan di MADRASAH, MASJID mahupun di kawasan yang TERHAD? Mengapa kita yang ISLAM ini tidak pernah MEMAHAMI apa yang di MAKSUDKAN dengan RABBANIYYAH, ALAMIYYAH, SYUMULIYYAH, WAQI’IYAH, THABAT WA MURUNAH, INQILABIYYAH? Apakah kita telah dicorakkan dengan IDENTITI BARAT yang hanya tertumpu pada aktiviti SOSIAL dan HIBURAN melampau? Mengapa tergamak kita memaparkan status agama ISLAM di dada MYKAD kita sedangkan kita sendiri tidak terpunya dan terpanggil untuk ISLAM? Akhirnnya tidak malukah kita kepada ALLAH SWT yang selama ini melimpahkan RAHMAN dan RAHIMNYA kepada kita yang senentiasa MELAWAN tanpa SEDAR? Tepuk dada Tanya iman…MUHASABAH BUAT KITA BERSAMA (andai ada yang terasa MAAF SEADANYA bukan merasakan diri ini hebat cumanya kecewa dengan SIKAP UMAT ISLAM MALAYSIA kini) Ayuh BANGKIT WAHAI SYABAB dan AKHWAT sekalian.

TAMADUN ISLAM bukan satu MENIFESTO yang dicanang untuk meraih UNDI mahupun SLOGAN yang harus diagungkan serta dilaungkan setiap kali perhimpunan rasmi tetapi ISLAM pernah GEMILANG dengan pembukaan KOTA ANDALUS, siapa tidak kenal dengan Sultan Muhammad Al Fateh, Umar Abdul Aziz, Khalid Al Walid, PEMIKIR ISLAM, kebangkitan SARJANA ISLAM, TOKOH-TOKOH ISLAM yang MASYUR segalanya bukan sekadar LIPATAN SEJARAH tetapi sewajarnya menjadi wadah buat kita generasi kini untuk berfikir dan mencari method serta pendekatan yang sesuai bagi memastikan NUKLEUS yang kecil ini mampu di SEBAR BIAKKAN agar terbentuknya SEL yang bukan satu tapi berbilion,trillion dan dalam kapisiti yang maksimum untuk memastikan kita berjaya MEMBINA JATI DIRI ISLAM dengan lahirnya INDIVIDU MUSLIM, KELUARGA MUSLIM, MASYARAKAT MUSLIM dan akhirnya menyumbang kearah pembentukan NEGARA MUSLIM (DAULAH ISLAMIYYAH) di MALAYSIA. Tak terfikirkah kita di MALAYSIA ini akan wujud sebuah NEGARA ISLAM sedangkan secara logik akalnya kita mampu membina negara ISLAM kerana ISLAM adalah AGAMA RASMI di MALAYSIA? Sampai bila kita duk bangga menyatakan pada seluruh dunia kita adalah negara ORANG ISLAM sebab AGAMA rasmi adalah ISLAM? Renung fikir bersama… JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH….ANDAI CANGGUNG MAAF SEADANYA…

Alhamdulillah berkat sokongan daripada Pak Khairul Napisham, Acik Ujie, Natrah dan Ustaz Hafiz Alias akhirnya langkah yang di hayun sampai juga ke sana. Mari kita sorot bersama apa yang tersirat melalui bait-bait lirik Selagi Hayatmu Di Sini dendangan Devotees. Lagu ini juga secara tidak langsung membuatkan penulis bangkit daripada kegelapan yang mungkin memusnahkan masa hadapan penulis. Terima kasih kepada sahabat Devotees yang menyampaikan mesej ini melalui Album Berjalan Tanpa Henti (bagi yang belum mendapatkan album original Devotees dapatkan segera….banyak kata peransang terselit di setiap bait lirik serta alunan lagu di dalam album Berjalan Tanpa Henti_(sempat lagi mempromosi hasil karya saudara ku Insyaallah)) Jujurnya sebelum melangkah ke luar rumah, cuping telinga ini dicuit oleh bait-bait lirik yang secara tidak langsung dan hikmahnya memberikan penulis semangat baru (power booster) dan menguatkan tekad untuk ke ALHIJRAH TV. Masyaallah…Subhanallah bertapa hebatnya kuasa Allah yang mencampakkan ilham di hati-hati mereka yang benar-benar berjuang menggapai redha Allah. Akhirkalam, moga kita bersama bangkit meletakkan HAQ ISLAM sewajarnya.

Selagi Hayatmu Di Sini
Artis : Devotees
Lagu : Adi Akmal
Lirik : Salleh (Brotherz), Adi Akmal

Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerpa
Bukan alasan untuk kau memendam duka
Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam dilubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita
Namun ku percaya satu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu
Mengharungi hidup ini
Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan dari-Nya
Tabahkan hatimu cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu padanya Yang Satu
Akan tiba waktu mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

p/s : Terima Kasih buat sahabat yang baru ku kenali di Audition Program Realiti Solehah Amy dan Kak Azah, Alhamdulillah Allah temukan kita disuatu pagi yang cukup indah dan bening, kepada Ardi Herman Mohd Mardzi terima kasih kerana sudi menemu bual untuk slot in di dalam Berita AlHijrah (don’t forget the tagline SEBAR BIAK =D) seluruh warga kerja Solehah yang menjayakan Proses audition Solehah, Panel Bilik 1, Pak Khairul yang banyak mendidik, mengasuh serta mengajar. Halim, Muhammad, Adi, Shauqi, Firdausz thank’s a lot for support me in this area. Tidak lupa juga kepada
sahabat yang banyak membantu Ustaz Azlizad Sulaiman, Ustaz Syafiq Suhaimi, Ustaz Azuan Sulaiman, Zharudin Narudin terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan. Insyaallah doakan saya untuk menjadi sebahagian daripada penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Insyaallah. Terima Kasih Semua. Saya sayang kalian dan menghargai kalian seadanya kalian. Kalian inspirasi saya. Special Thank’s dedicated to AlHijrah TV for this opportunity. Alhamdulillah I’ve gained something from this audition session Alhamdulillah. Terima Kasih seadanya.

Thursday, June 16, 2011

GERHANA BULAN LAMBANG KEBESARAN ALLAH

Assalamualaikum salam pengikat ukhuwah. Menyorot kata-kata Saudara Fedtri Yahya di dalam Rancangan Malaysia Hari Ini, “Andai ramai di kalangan kita sanggup berjaga malam sehinggakan tidak tidur untuk menonton bola apalah sangat andai dikorbankan seluruh malam itu untuk berkunjung ke Masjid Negara bagi menunaikan SOLAT GERHANA BULAN dan MENDENGAR KHUTBAH? Insyaallah ramai jemaah SUBUH pada pagi tu nanti selain membuat cerapan bulan di dada langit”

Penulis secara peribadinya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Saudara Fedtri. Kita sanggup menyediakan skrin besar, menutup jalan-jalan utama semata-mata bagi mengumpulkan seramai mungkin PEMINAT FANATIK BOLA SEPAK bagi melaungkan “GOLLLLLLLLLLLLLLLL” secara berjemaah dan banyak pesta berlaku di sana-sini untuk meraikan kemenangan sesebuah kelab bola sepak. Rasanya tidak keterlaluan andai kita ambil pendekatan yang sama bagi mensyukuri NIKMAT ALLAH ini. Andai yang beragama ISLAM sendiri tidak pernah rasa BERSYUKUR dan lebih malang lagi TIDAK langsung ingin MELIHAT KEBESARAN ALLAH melalui CIPTAANNYA YANG MAHA AGUNG memang amat rugilah kita. Tidak juga keterlaluan bagi PENGUSAHA SYARIKAT PENGANGKUTAN AWAM untuk menyediakan BAS, KERETAPI ataupun TEKSI pada kadar rata bagi memudahkan MASYARAKAT MALAYSIA di SEMENANJUNG KHUSUSNYA untuk pergi ke MASJID NEGARA bagi melihat fenomena ini. Mengapa kita hanya melanjutkan waktu operasi pengangkutan awam kita hanya pada WAKTU-WAKTU tertentu? UNTUK GERHANA BULAN MASAKAN TIDAK BOLEH? Renung Fikir Bersama…Betulkan mana yang pincang…JANGAN SIBUK TUNDING JARI PADA ORANG…AKHIRNYA….

Insyaallah dengan izin Allah andai dikurniakan CUACA yang BAIK kita SELURUH RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira agama mahupun keturunan berkesempatan melihat FENOMENA GERHANA BULAN ini pada 7 Rejab. Bagi yang beragama ISLAM yang sihat, BERAKAL usahakanlah apa cara sekalipun untuk datang ke MASJID NEGARA untuk menunaikan SOLAT SECARA BERJEMAAH. Mungkin ada yang menyatakan, “Eish kau ni sibuk sangat nak suruh kami pi Khamis ni orang khejalah, nanti 10-11/12/2011 ada lagi. Alah nanti-nantilah” Persoalannya MASIH BERNYAWAKAH ANDA KETIKA ITU? Ingat, MATI TAK BOLEH DI TANGGUH… Teringat saya pesanan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid katanya, “Berapa banyak masa yang sudah kita bazirkan semasa kita hidup? Namun BERAPA BANYAK YANG KITA SALURKAN KE JALAN ALLAH? Untuk ingat ALLAH berapa LAMA? Rindu NABI berapa kerap?” Nah, SLOT MUHASABAH agar sama-sama kita berfikir.

Sedikit perkongsian ilmu mengenai SOLAT SUNAT GERHANA BULAN daripada buku Asas-Asas Fardhu Ain karangan Allahyarham Ustaz Sulaiman Bin Endut. Mungkin ramai yang sudah tahu kaedah mengerjakan SOLAT SUNAT tersebut, Alhamdulillah…andai masih ada dikalangan kita yang masih samar-samar JOM kita ulangkaji. Solat Khusufain ialah SOLAT yang dilaksanakan apabila terjadinya GERHANA MATAHARI ataupun GERHANA BULAN (bagi isu kali ini kita focus pada GERHANA BULAN). Hukum melaksanakan SOLAT ini adalah SUNAT MUAKKAD (Sunat yang DITUNTUT). Waktu bagi melaksanakan solat ini adalah apabila MULAI terjadinya gerhana sehingga terbit kembali atau sehingga bulan nampak penuh. Cara mengerjakannya adalah:
Solat 2 rakaat sebagaimana solat biasa (boleh dilakukan secara bersendirian tetapi AULAnya secara BERJEMAAH).
Solat 2 rakaat dengan 4 kali RUKUK dan 4 kali SUJUD. Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal bacalah surah Al-Fatihah lagi, kemudian terus rukuk sekali lagi dan iktidal lagi kemudian terus sujud sebagaimana biasa.
Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti pada rakaat pertama. Maka solat gerhana ini semuanya mempunyai 4 KALI SUJUD, 4 KALI AL-FATIHAH dan 4 KALI RUKUK.
Lafaz Niat Gerhana Bulan “Sahaja aku sembahyang gerhana bulan dua rakaat kerana Allah”
Saya yakin dan percaya sahabat sahabiah di luar sana bukan calang-calang ilmuwan. Mungkin ada kekuranganya daripada hasil perkongsian ini maafkanlah. Maaf seadanya….

Di dalam al-Quran ada menjelaskan beberapa ayat yang mengisarkan tentang ILMU FALAQ anataranya pada SURAH AL-BAQARAH ayat ke 29 yang bermaksud, “Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukkmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” Tak cukup? Dari SURAH YUNUS ayat ke 5 “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahuinya” Nak lagi? Daripada SURAH AL-ISRA’ ayat 12 “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran Kami), kemudian Kami hapuskan tanda malan dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, agar kamu (dapat) mencari kurniaan dari Tuhanmu, dan agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Dan segala sesuatu telah kami terangkan dengan jelas.” Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut JANGAN SEGAN-SEGAN…BACA, BELEK, FAHAM, KAJI serta HAYATI apakah MESEJ yang ingin disampaikan dari AL-QURAN KALAMULLAH…tak faham? BERGURULAH dengan ALIM ULAMA jangan pula jadikan ALIM ULAMA sebagai MUSUH…Renung Fikir bersama…MALU BERTANYA SESAT JALAN…..

Akhir kalam penutup tinta bicara, renung fikir apa yang berlaku disekeliling kita. Andai kita sanggup korbankan masa pada sesuatu yang sia-sia…berubahlah. Janganlah kita asyik dengan DUNIA semata sehinggakan akhirat MATLAMAT ABADI keciciran…Andai SELAMA ini kita merasakan KITA TERHEBAT renung fikir bersama DARI MANA ASAL KITA? Andai kita mengaku segala yang kita KECAPI KINI milik KITA cuba selusuri DARI MANA SUMBER REZEKINYA…Andai kita kata semuanya hasil KUDRAT TULANG 4 KERAT KITA renung FIKIR siapa yang MEMINJAMKAN PANCAINDERA BUAT KITA….SEGALANYA BERMULA DI SINI (HATI)…Tuntasnya MANTAPKAN AKIDAH, PERKEMASKAN IBADAH serta PERHALUSI AKHLAK agar kita sedar akan TANGGUNGJAWAB sebagai KHALIFAH dan sedar akan KEKUASAAN ALLAH kerana segala apa yang ada di langit dan bumi adalah milik-Nya yang MUTLAK. Renung Fikir Bersama Jangan Terhantuk Baru Terngadah Andai Tersadung Bangkit Dari Lena Yang Panjang. Sampai jumpa lagi Insyaallah…. Barakallah Fi’ Kum…

p/s : Renung fikir daripada Surah Al-Anbiya’ ayat 33 “Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya”

MENGAPA KITA SUKA KETAWAKAN ORANG

Assalamualaikum bertemu kesekian kalinya. Alhamdulillah akhirnya kesempatan masa yang ada mampu penulis berkongsi rasa bersama kalian. Sungguh berat ujian yang melanda diri ini. Ya, memang UJIAN itu TARBIYYAH daripada Allah namun adakalanya kita juga mampu hanyut disebabkan kita tidak ada kekuatan untuk menghadapinya. “Macam mana nak dapat kekuatan?” Jawapannya hanya mendekatkan diri pada Allah, kaji sejarah Rasulullah, jinakkan diri dengan Al-Quran dan Sunnah dan paling penting dekat pada ALIM ULAMA’. “Alahai saya dah buat semua tu tapi saya tak kuat juga, kenapa?” Bukankah Allah telah berfirman bahawasanya tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji dan Allah befirman lagi bahawa melalui ujian ini aku dapat mengetahui tahap amalan hamba ku.

“Akak cakap senanglah, keluarga akak supportive. Saya ni, baru nak berubah dah kena gelak” lantas penulis menjawab “Mana kamu tahu keluarga akak supportive? Kamu pernah rasa ke apa yang akak rasa?” Terkedu seketika adik tu, “Ermmm saya jangkakan begitu, saya nampak akak bebas nak kemana sahaja untuk berkongsi ilmu, pakaian akak nampak islamik dan gaya akak tu menggambarkan akak bukan calang-calang manusia dan bukan daripada calang-calang keluarga” Di dalam hati terdetik juga “Allahhuakhbar sungguh hebat kurniaanMu”

Bukan itu pokok pangkal persoalan, persoalannya mengapa kita suka KETAWAKAN ORANG? Bayangkan apabila anda bertemu dengan ibu anda menyatakan hasrat “Mak, saya nak pergi audition Solehah di stesen TVAlHijrah dan mungkin saya akan ke Audition Ustazah Pilihan di ASTRO OASIS, saya minat nak belajar ilmu bagaimana hendak berdakwah, sekurang-kurangnya ada juga saham saya nak di bawa ke sana.” Lantas ibu menjawab “Hermmm oklah tu” perbualan mati di situ sahaja. Keesokan harinya apabila jiran bertandang di laman rumah, “Eh, Tijah anak kau dah kerja ke?” dengan bangganya makcik ni menjawab “Owh, anak aku kerja di PNB, pegawai kau. Diploma je tak pandai mana pun” dengan nada menyindir sinis. “Anak kau Odah?” suasana yang tenang dipecahkan dengan hilai tawa si Odah, “Hahahahahaha, anak aku ada Degree Elektronik tapi nak jadi pendakwah. Apa ke nama program tu Solehah alah rancangan reality TV Islam tulah? Haahaha minat nak jadi pengacara muslimah solehah kononnya tapi layak ke dia?” Cuba kalian bayangkan apalah perasaan anak tu apabila niatnya nak menjadi pendakwah, nak bawa ISLAM serta mewujudkan platform berlandaskan syariat di ketawakan oleh IBUNYA sendiri? Bagaimana hancur luluhnya hati seorang anak yang menaruh harapan yang sangat tinggi pada ibunya sebagai supporter kerjayanya akhirnya memperlekeh impian anaknya? Pelikkan manusia sekarang, MAK AYAH lebih bangga kalau anak masuk RANCANGAN REALITI yang berorientasikan HEDONISMA. Uish bangga dia kalau anak dia berjaya ke rancangan reality macam tu.

Teringat penulis dengan pesanan Pak Khairul, “Sham, kita ini golongan Ghuraba’. Ingat Sham ISLAM itu datangnya asing, ingat Rasulullah lebih besar ujiannya tapi mengapa Rasulullah mampu menghadapinya? Dari situlah dapat dinilai tahap keimanan hambanya” Tiba-tiba semangat yang luntur kembali pulih apabila mengenangkan pesanan Pak Khairul. Kita harus bangkit menentang yang BATIL sampai bila kita nak tunduk kepada mereka yang menindas ISLAM walaupun dia ISLAM. Ramai yang ketawa bila kita nak bawa ISLAM tapi berapa ramai yang menangis apabila tahu NERAKA terbentang luas buat mereka yang JAHIL? Renung fikir bersama. TEPUK DADA TANYA IMAN…JANGAN TERSADUNG BARU MELATAH…BILA TERHANTUK BARU TERNGADAH…

p/s: Buat diri yang sedang berduka lara La Tahzan. Mungkin sudah tiba masanya aku mencari
INSAN yang mampu memperteguhkan lagi langkahku menuju Redha Illahi. Namun masih
terkunci ra

LAWATAN KE MUZIUM KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum salam satu ummah moga kalian sihat seadanya. Bagaimana keadaan iman kita hari ini? Andai semakin dekat kecintaan kepada Allah SWT Alhamdulillah andai makin meminggir usahakanlah agar cahaya keimanan dan hidayah dapat menerobos masuk ke dalam hati kita, Insyaallah. Maaf seadanya kerana penulis terpaksa membiarkan sahabat sahabiah menanti dalam kadar masa yang agak panjang bagi menantikan perkongsian ilmu seterusnya mungkin kerana hambatan waktu dan lambakan kerja yang tidak kunjung selesai selagi hayat di kandung badan.

Alhamdulillah dengan izinNya pada 8 Jun 2011 penulis berkesempatan menyertai rombongan ke Muzium Kesenian Islam di Jalan Perdana Kuala Lumpur anjuran Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur. Terima Kasih kepada Ustaz Hafiz, Ustaz Hakim dan Ustaz Syakimi yang menjadi master piece bagi Program Rehlah ini. Jika sebelum ini mungkin apabila kita kata berkunjung maka istilah lain yang akan menyusul adalah jalan-jalan. Tetapi pendekatan yang diberikan pada program yang dilaksanakan oleh YSAQKL adalah LAWATAN SAMBIL BELAJAR. Walaupun disertai oleh pelajar YSAQKL yang berumur dalam lingkungan 35-55 tahun namun mereka tetap bersemangat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh YSAQKL.

Kesungguhan mereka amat penulis kagumi. Walaupun ada dikalangan mereka yang lebih suka meniru tidak kurang juga yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memeperolehi ilmu. Bayangkan jika golongan yang boleh kita panggil sebagai makcik mampu berusaha sedaya mungkin untuk mencapai matlamat di dalam misi YSAQKL inikan pula kita yang digelar MUDA-MUDI, MAHASISWA, GOLONGAN INTELEKTUAL mahupun TUNAS HARAPAN. Mengapa kita yang masih muda belia ini sanggup membazirkan masa dengan melepak tanpa hala tuju? “Alah, yang kau sibuk kenapa?” terjahan soalan yang singgah di cuping telinga penulis. “Wei! Ko dengar sini, masa muda nilah nak beseronok. Dah tua nanti ko buatlah amal banyak-banyak. Sekarang ni kita kena berseronok-seronok kalau tak nanti orang kata kita kolot” bagi pandangan penulis sampai bila kita nak takut dengan apa orang nak kata dan sampai bila kita sanggup jaga hati manusia dan akhirnya kita mengundang MURKA Allah? Sedikit pun kita tak pernah rasa bersalah dengan Allah SWT adakalanya kita sanggup melawan Allah tanpa kita sedar? Renung Fikir bersama…

Semperna lawatan tersebut penulis sempat mengembara di galeri Muzium Kesenian Islam yang memaparkan tentang ILMU (Al-Ilm’). “Wei, ko hebat sangatkan macam mana nak dapat ilmu? Kalau aku kata ko bodoh ko marah, jadi cherciter” Apabila memikirkan persoalan yang diberikan mengikut hati dan emosi mahu sahaja diberikan penampar namun apabila difikirkan dalam konteks dakwah bukan itu caranya walaupun di dalam hati ini meronta dengan gelojak amarah. “Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan” maksudnya apa? IQRA’ yakni membaca. Kita kalau di ajak membaca buku ILMIAH, buku MOTIVASI, buku TANDA KEBESARAN PENCIPTA, buku AGAMA fuhhh pitam kita cuba kalau ada yang suakan MAJALAH PORNO, LAMAN WEB LUCAH, MAJALAH HIBURAN fuhhh sikit pun kita tak tolak, makin bersemangat kita. Kita lebih rela mata yang dikurniakan Allah ini diperjudikan kelembah maksiat berbanding dengan menggunakannya pada kadar selayaknya. Tak malu ke kita, MATA ini KURNIAAN ALLAH (PINJAM je kot, tak payah nak LEBIH sangatlah!) “Oh kalau macam tu rugilah kita” Rugi katanya bila tak buat maksiat. Jadi bertapa pentingnya ILMU kepada MANUSIA yang dilengkapkan dengan sikap terburu-buru dan tamak lagi pelupa? Selain membaca apa lagi, adaaaa nak sambunglah ni…

Ni nak Tanya, bila kita nak membaca pastinya perlulah ada bahan bacaan betul? Tapi persoalannya apakah medium atau pancaindera yang diperlukan? “Alah apalah tanya soalan macam budak umur 3 tahun, mudah sangat jawapannya matalah. Itupun tak tau” Nah, tau pun jawapannya maka perkara KEDUA untuk mendapat ILMU adalah MELIHAT bertepatan dengan apa yang di sampaikan di dalam SURAH AL-MULK ayat 3 yang kira-kira bermaksud “Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?” moral of the verse, GUNAKAN MATA PADA HAQNYA…LIHAT KEBESARAN ALLAH melalui CIPTAANNYA (bab akidah ni…kalau sedarlah)

Bila dah lihat yang KETIGA kenalah PERHATI orang kampong den khoba TOLITI elok-elok baru masuk dek akal… bertepatan dengan apa yang terkandung di dalam SURAH AL-AN’AM ayat ke 99 “Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai,dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman” KEEMPAT BELAJAR. “Alahai nak belajar sampai bila, kita ni makin menua. Kau lainlah” Oh malas belajar rupanya UMAT ISLAM di MALAYSIA patutlah senang SANGAT kena TINDAS senang DIGULA-GULAKAN. Bukan saya yang cakap TAPI AL-QURAN ada merakamkan tentang PERIPENTINGNYA BELAJAR di dalam SURAH AL-BAQARAH ayat 66 “Maka Kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang-orang pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa”

“Wei, aku dah BACA, LIHAT, PERHATI dah BELAJAR tapi tak DEAN LIST pun? Ko Tipu ni?” “Allahhuakhbar kalau dah siang malam duk prepare TOYOL mana nak berkat ILMU?” Maka akhirnya macam mana nak berilmu kenalah MENGEMBARA bertepatan dengan dalil daripada SURAH AL-ANKABUT ayat 20 yang bermaksud “Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” Jadi jangan mengharap ILMU masuk dalam OTAK tanpa digunakan semaksima mungkin FUNGSI AKAL, jangan hanya STATIK kawan…DYNAMIK lah. Natijahnya kalau benda pegun kena daya barulah beban tu bertenaga dan akhirnya menghasilkan kerja. “Kak, kalau manusia?” Manusia ada akal, jadinya fikirlah macam mana nak menjadi MANUSIA yang benar-benar MANUSIA bukan MANUSIA yang berjaya DIROBOTKAN…kena ada software pula sebagai panduan….Renung Fikir nak jadi MANUSIA KHALIFAH ALLAH atau nak jadi ROBOT tak berakal? Pilihan di tangan anda….

p/s: BIAQ BESAQ JIWA JANGAN BESAQ KEPALA…(kata-kata daripada Adik Munir_Adik-Adikku Musim Ke 2). Jadinya jangan mudah-mudah melebel diri bahawa kita ini yang terhebat penuh ILMU di dada tapi rupanya hanya balang kaca tidak bernyawa. Renungan buat aku juga jangan menyalahgunakan NIKMAT dan HIKMAH yang ALLAH pinjamkan… Marilah Berjalan Tanpa Henti dalam mencari serta menghayati anugerah pemberian ILLAHI buat kita HAMBANYA yang suka melawan….

PERMOHONAN TAMAT PERSARAAN PADA USIA 60 TAHUN TIDAK RELEVEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera moga di bawah payungan keimanan dan redha Allah, Insyaallah. Kegusaran Graduan Menganggur diperingkat Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di setiap jurusan meningkat saban tahun. Lambakan mahasiswa yang telah bergraduasi umpama cendawan tumbuh selepas hujan namun tidak diberi peluang mengisi kekosongan jawatan sebagai penjawat disektor awam mahupun swasta. Alasan yang sering diberikan adalah Graduan Malaysia kurang Fasih Berbahasa Inggeris sedangkan sibuk diwar-warkan di media dengan Kempen Membudayakan Bahasa Kebangsaan namun hasilnya indah khabar dari rupa. Ada juga majikan yang hanya memfokuskan kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja 2 tahun dan ke atas sedangkan Mahasiswa yang telah bergraduasi hanya diberikan pendedahan tentang alam pekerjaan selama kurang lebih 5 bulan di Penempatan Latihan Industri. Renung fikirkan bagaimana Mahasiswa ingin mendapat pengalaman kerja sedangkan langsung tidak diberikan ruang dan peluang? Jika dahulu, Mahasiswa dimomokkan dengan isu bahawa setiap Graduan yang tamat pengajian haruslah aktif bukan hanya di dalam bidang akademik semata tetapi harus mempunyai kelayakan ko-kurikulum. Menjelang tahun berikutnya, Mahasiswa diminta untuk memperolehi pencapaian akademik minima 3.00 dan ke atas dan akhirnya mencari Mahasiswa yang mempunyai “Soft-Skill”. Kini, sekali lagi digemparkan dengan umur pesaraan pada 60 tahun mengapa tidak sepanjang hayat? Lebih mudah bagi kami mempertingkatkan taraf ilmu kami di peringkat tertinggi tanpa payah memikirkan pembayaran HUTANG PENDIDIKAN kerana kami tidak langsung diberikan peluang untuk bekerja? Inikah KEADILAN yang sibuk di canang merata MALAYSIA? Renung Fikir bersama agar kami GENERASI MUDA yang mempunyai IDEA YANG LEBIH BERNAS dan TERKINI bagi membangun negara diberi peluang bagi menerajui kepimpinan firma yang wujud di Malaysia. Berilah kami RUANG dan PELUANG untuk membela nasib keluarga kami yang susah.