THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 16, 2011

LAWATAN KE MUZIUM KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum salam satu ummah moga kalian sihat seadanya. Bagaimana keadaan iman kita hari ini? Andai semakin dekat kecintaan kepada Allah SWT Alhamdulillah andai makin meminggir usahakanlah agar cahaya keimanan dan hidayah dapat menerobos masuk ke dalam hati kita, Insyaallah. Maaf seadanya kerana penulis terpaksa membiarkan sahabat sahabiah menanti dalam kadar masa yang agak panjang bagi menantikan perkongsian ilmu seterusnya mungkin kerana hambatan waktu dan lambakan kerja yang tidak kunjung selesai selagi hayat di kandung badan.

Alhamdulillah dengan izinNya pada 8 Jun 2011 penulis berkesempatan menyertai rombongan ke Muzium Kesenian Islam di Jalan Perdana Kuala Lumpur anjuran Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur. Terima Kasih kepada Ustaz Hafiz, Ustaz Hakim dan Ustaz Syakimi yang menjadi master piece bagi Program Rehlah ini. Jika sebelum ini mungkin apabila kita kata berkunjung maka istilah lain yang akan menyusul adalah jalan-jalan. Tetapi pendekatan yang diberikan pada program yang dilaksanakan oleh YSAQKL adalah LAWATAN SAMBIL BELAJAR. Walaupun disertai oleh pelajar YSAQKL yang berumur dalam lingkungan 35-55 tahun namun mereka tetap bersemangat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh YSAQKL.

Kesungguhan mereka amat penulis kagumi. Walaupun ada dikalangan mereka yang lebih suka meniru tidak kurang juga yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memeperolehi ilmu. Bayangkan jika golongan yang boleh kita panggil sebagai makcik mampu berusaha sedaya mungkin untuk mencapai matlamat di dalam misi YSAQKL inikan pula kita yang digelar MUDA-MUDI, MAHASISWA, GOLONGAN INTELEKTUAL mahupun TUNAS HARAPAN. Mengapa kita yang masih muda belia ini sanggup membazirkan masa dengan melepak tanpa hala tuju? “Alah, yang kau sibuk kenapa?” terjahan soalan yang singgah di cuping telinga penulis. “Wei! Ko dengar sini, masa muda nilah nak beseronok. Dah tua nanti ko buatlah amal banyak-banyak. Sekarang ni kita kena berseronok-seronok kalau tak nanti orang kata kita kolot” bagi pandangan penulis sampai bila kita nak takut dengan apa orang nak kata dan sampai bila kita sanggup jaga hati manusia dan akhirnya kita mengundang MURKA Allah? Sedikit pun kita tak pernah rasa bersalah dengan Allah SWT adakalanya kita sanggup melawan Allah tanpa kita sedar? Renung Fikir bersama…

Semperna lawatan tersebut penulis sempat mengembara di galeri Muzium Kesenian Islam yang memaparkan tentang ILMU (Al-Ilm’). “Wei, ko hebat sangatkan macam mana nak dapat ilmu? Kalau aku kata ko bodoh ko marah, jadi cherciter” Apabila memikirkan persoalan yang diberikan mengikut hati dan emosi mahu sahaja diberikan penampar namun apabila difikirkan dalam konteks dakwah bukan itu caranya walaupun di dalam hati ini meronta dengan gelojak amarah. “Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan” maksudnya apa? IQRA’ yakni membaca. Kita kalau di ajak membaca buku ILMIAH, buku MOTIVASI, buku TANDA KEBESARAN PENCIPTA, buku AGAMA fuhhh pitam kita cuba kalau ada yang suakan MAJALAH PORNO, LAMAN WEB LUCAH, MAJALAH HIBURAN fuhhh sikit pun kita tak tolak, makin bersemangat kita. Kita lebih rela mata yang dikurniakan Allah ini diperjudikan kelembah maksiat berbanding dengan menggunakannya pada kadar selayaknya. Tak malu ke kita, MATA ini KURNIAAN ALLAH (PINJAM je kot, tak payah nak LEBIH sangatlah!) “Oh kalau macam tu rugilah kita” Rugi katanya bila tak buat maksiat. Jadi bertapa pentingnya ILMU kepada MANUSIA yang dilengkapkan dengan sikap terburu-buru dan tamak lagi pelupa? Selain membaca apa lagi, adaaaa nak sambunglah ni…

Ni nak Tanya, bila kita nak membaca pastinya perlulah ada bahan bacaan betul? Tapi persoalannya apakah medium atau pancaindera yang diperlukan? “Alah apalah tanya soalan macam budak umur 3 tahun, mudah sangat jawapannya matalah. Itupun tak tau” Nah, tau pun jawapannya maka perkara KEDUA untuk mendapat ILMU adalah MELIHAT bertepatan dengan apa yang di sampaikan di dalam SURAH AL-MULK ayat 3 yang kira-kira bermaksud “Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?” moral of the verse, GUNAKAN MATA PADA HAQNYA…LIHAT KEBESARAN ALLAH melalui CIPTAANNYA (bab akidah ni…kalau sedarlah)

Bila dah lihat yang KETIGA kenalah PERHATI orang kampong den khoba TOLITI elok-elok baru masuk dek akal… bertepatan dengan apa yang terkandung di dalam SURAH AL-AN’AM ayat ke 99 “Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai,dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman” KEEMPAT BELAJAR. “Alahai nak belajar sampai bila, kita ni makin menua. Kau lainlah” Oh malas belajar rupanya UMAT ISLAM di MALAYSIA patutlah senang SANGAT kena TINDAS senang DIGULA-GULAKAN. Bukan saya yang cakap TAPI AL-QURAN ada merakamkan tentang PERIPENTINGNYA BELAJAR di dalam SURAH AL-BAQARAH ayat 66 “Maka Kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang-orang pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa”

“Wei, aku dah BACA, LIHAT, PERHATI dah BELAJAR tapi tak DEAN LIST pun? Ko Tipu ni?” “Allahhuakhbar kalau dah siang malam duk prepare TOYOL mana nak berkat ILMU?” Maka akhirnya macam mana nak berilmu kenalah MENGEMBARA bertepatan dengan dalil daripada SURAH AL-ANKABUT ayat 20 yang bermaksud “Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” Jadi jangan mengharap ILMU masuk dalam OTAK tanpa digunakan semaksima mungkin FUNGSI AKAL, jangan hanya STATIK kawan…DYNAMIK lah. Natijahnya kalau benda pegun kena daya barulah beban tu bertenaga dan akhirnya menghasilkan kerja. “Kak, kalau manusia?” Manusia ada akal, jadinya fikirlah macam mana nak menjadi MANUSIA yang benar-benar MANUSIA bukan MANUSIA yang berjaya DIROBOTKAN…kena ada software pula sebagai panduan….Renung Fikir nak jadi MANUSIA KHALIFAH ALLAH atau nak jadi ROBOT tak berakal? Pilihan di tangan anda….

p/s: BIAQ BESAQ JIWA JANGAN BESAQ KEPALA…(kata-kata daripada Adik Munir_Adik-Adikku Musim Ke 2). Jadinya jangan mudah-mudah melebel diri bahawa kita ini yang terhebat penuh ILMU di dada tapi rupanya hanya balang kaca tidak bernyawa. Renungan buat aku juga jangan menyalahgunakan NIKMAT dan HIKMAH yang ALLAH pinjamkan… Marilah Berjalan Tanpa Henti dalam mencari serta menghayati anugerah pemberian ILLAHI buat kita HAMBANYA yang suka melawan….

0 ulasan: