THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 23, 2011

RANCANGAN REALITI SOLEHAH TV ALHIJRAH

Assalamualaikum salam ukhuwah muhibbufillah kepada sahabat sahabiah yang senentiasa menanti dan terus menyokong dan tidak putus-putus memberikan idea kepada penulis untuk terus menghasilkan karya buat tatapan kita bersama dalam usaha memperbaiki diri, Insyaallah. Kalau ingin menagih syurga Allah pastinya meruntun sejuta pengorbanan di dunia kerana SYURGA itu indah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT pada 18 Jun 2011 penulis berkesempatan menghadiri Sesi Ujibakat Solehah yang di adakan di Stesen Penyiaran Digital AlHijrah Jalan Perdana. Pada mulanya penulis sendiri hilang keyakinan diri apabila diterjah dengan tomahan dan kejian yang melemahkan semangat. Tak sangka stigma pemikiran yang kolot di kalangan umat islam itu sendiri semakin menular dan semakin membarah. Ada yang berkata, “Eh, ko biar betul nak join program REALITI SOLEHA! Kau bukan aliran PENGAJIAN ISLAM pun?” nak dengar lagi apa kata mereka yang masih lagi meraba di dalam terang? “Ko bior bebenor, mana ada professional join program ni. Eish nanti ko kena duk masjid bagi ceramah…banyak musuh” lagi “Alahai belajar sampai dapat degree elektronik tapi nak jadi pendakwah je?” dan lagi “Eish ko tak malu ke kalau ko dapat TOP 10 nanti kalau ada soalan yang orang bagi, panel bagi ke sesape jelah bagi ko tak dapat jawab?” persoalannya HINAkah pekerjaan itu? HINAkah andai SEORANG MUSLIM berusaha menyampaikan serta menegakkan kalimah SYAHADAH? HINAkah SEORANG PENDAKWAH andai dia lahir daripada GOLONGAN PROFESIONAL (JURUTERA, DOKTOR, ARKITEK, AKAUNTANT dan sebagainya)? SALAHKAH andai JALAN DAKWAH yang dipilih?

Soalan kritikal yang harus kita renung fikir bersama adalah Mengapa kita di MALAYSIA ini tidak pernah terfikir untuk MELAHIRKAN GENERASI MUKMIN SUPER yang PROFESIONAL? Mengapa kita selalu mengasingkan ISLAM di dalam kehidupan kita seakan ISLAM hanya layak dibincangkan di MADRASAH, MASJID mahupun di kawasan yang TERHAD? Mengapa kita yang ISLAM ini tidak pernah MEMAHAMI apa yang di MAKSUDKAN dengan RABBANIYYAH, ALAMIYYAH, SYUMULIYYAH, WAQI’IYAH, THABAT WA MURUNAH, INQILABIYYAH? Apakah kita telah dicorakkan dengan IDENTITI BARAT yang hanya tertumpu pada aktiviti SOSIAL dan HIBURAN melampau? Mengapa tergamak kita memaparkan status agama ISLAM di dada MYKAD kita sedangkan kita sendiri tidak terpunya dan terpanggil untuk ISLAM? Akhirnnya tidak malukah kita kepada ALLAH SWT yang selama ini melimpahkan RAHMAN dan RAHIMNYA kepada kita yang senentiasa MELAWAN tanpa SEDAR? Tepuk dada Tanya iman…MUHASABAH BUAT KITA BERSAMA (andai ada yang terasa MAAF SEADANYA bukan merasakan diri ini hebat cumanya kecewa dengan SIKAP UMAT ISLAM MALAYSIA kini) Ayuh BANGKIT WAHAI SYABAB dan AKHWAT sekalian.

TAMADUN ISLAM bukan satu MENIFESTO yang dicanang untuk meraih UNDI mahupun SLOGAN yang harus diagungkan serta dilaungkan setiap kali perhimpunan rasmi tetapi ISLAM pernah GEMILANG dengan pembukaan KOTA ANDALUS, siapa tidak kenal dengan Sultan Muhammad Al Fateh, Umar Abdul Aziz, Khalid Al Walid, PEMIKIR ISLAM, kebangkitan SARJANA ISLAM, TOKOH-TOKOH ISLAM yang MASYUR segalanya bukan sekadar LIPATAN SEJARAH tetapi sewajarnya menjadi wadah buat kita generasi kini untuk berfikir dan mencari method serta pendekatan yang sesuai bagi memastikan NUKLEUS yang kecil ini mampu di SEBAR BIAKKAN agar terbentuknya SEL yang bukan satu tapi berbilion,trillion dan dalam kapisiti yang maksimum untuk memastikan kita berjaya MEMBINA JATI DIRI ISLAM dengan lahirnya INDIVIDU MUSLIM, KELUARGA MUSLIM, MASYARAKAT MUSLIM dan akhirnya menyumbang kearah pembentukan NEGARA MUSLIM (DAULAH ISLAMIYYAH) di MALAYSIA. Tak terfikirkah kita di MALAYSIA ini akan wujud sebuah NEGARA ISLAM sedangkan secara logik akalnya kita mampu membina negara ISLAM kerana ISLAM adalah AGAMA RASMI di MALAYSIA? Sampai bila kita duk bangga menyatakan pada seluruh dunia kita adalah negara ORANG ISLAM sebab AGAMA rasmi adalah ISLAM? Renung fikir bersama… JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH….ANDAI CANGGUNG MAAF SEADANYA…

Alhamdulillah berkat sokongan daripada Pak Khairul Napisham, Acik Ujie, Natrah dan Ustaz Hafiz Alias akhirnya langkah yang di hayun sampai juga ke sana. Mari kita sorot bersama apa yang tersirat melalui bait-bait lirik Selagi Hayatmu Di Sini dendangan Devotees. Lagu ini juga secara tidak langsung membuatkan penulis bangkit daripada kegelapan yang mungkin memusnahkan masa hadapan penulis. Terima kasih kepada sahabat Devotees yang menyampaikan mesej ini melalui Album Berjalan Tanpa Henti (bagi yang belum mendapatkan album original Devotees dapatkan segera….banyak kata peransang terselit di setiap bait lirik serta alunan lagu di dalam album Berjalan Tanpa Henti_(sempat lagi mempromosi hasil karya saudara ku Insyaallah)) Jujurnya sebelum melangkah ke luar rumah, cuping telinga ini dicuit oleh bait-bait lirik yang secara tidak langsung dan hikmahnya memberikan penulis semangat baru (power booster) dan menguatkan tekad untuk ke ALHIJRAH TV. Masyaallah…Subhanallah bertapa hebatnya kuasa Allah yang mencampakkan ilham di hati-hati mereka yang benar-benar berjuang menggapai redha Allah. Akhirkalam, moga kita bersama bangkit meletakkan HAQ ISLAM sewajarnya.

Selagi Hayatmu Di Sini
Artis : Devotees
Lagu : Adi Akmal
Lirik : Salleh (Brotherz), Adi Akmal

Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerpa
Bukan alasan untuk kau memendam duka
Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam dilubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita
Namun ku percaya satu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu
Mengharungi hidup ini
Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan dari-Nya
Tabahkan hatimu cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu padanya Yang Satu
Akan tiba waktu mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu

p/s : Terima Kasih buat sahabat yang baru ku kenali di Audition Program Realiti Solehah Amy dan Kak Azah, Alhamdulillah Allah temukan kita disuatu pagi yang cukup indah dan bening, kepada Ardi Herman Mohd Mardzi terima kasih kerana sudi menemu bual untuk slot in di dalam Berita AlHijrah (don’t forget the tagline SEBAR BIAK =D) seluruh warga kerja Solehah yang menjayakan Proses audition Solehah, Panel Bilik 1, Pak Khairul yang banyak mendidik, mengasuh serta mengajar. Halim, Muhammad, Adi, Shauqi, Firdausz thank’s a lot for support me in this area. Tidak lupa juga kepada
sahabat yang banyak membantu Ustaz Azlizad Sulaiman, Ustaz Syafiq Suhaimi, Ustaz Azuan Sulaiman, Zharudin Narudin terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan. Insyaallah doakan saya untuk menjadi sebahagian daripada penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Insyaallah. Terima Kasih Semua. Saya sayang kalian dan menghargai kalian seadanya kalian. Kalian inspirasi saya. Special Thank’s dedicated to AlHijrah TV for this opportunity. Alhamdulillah I’ve gained something from this audition session Alhamdulillah. Terima Kasih seadanya.

0 ulasan: