THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, July 20, 2009

KELIBAT MUSUH DICELAH LIPATAN

Assalamualaikum...
Mungkin sekadar hebat dipentas yang dicaturkan...itu pandangan yang telah dilemparkan kepada saya tidak lama dulu.Bukan mendabik dada dengan apa yang dianugerahkan namun disalh tafsirkan...Bila sebut tentang kepimpinan ramai dikalangan kita memandang sinis seterusnya memandang sepi dengan kebolehan sesetengah individu...Bangkitlah dari lena yang panjang...adakalanya orang yang nampak lekeh tapi lebih geniusnya...orang yang pendiam adakalanya mampu menjadi semalu yang bisa...jangan jadi pemimpin TIN KOSONG sibuk mencanang serata alam...tapi...

Monday, July 13, 2009

MUNGKINKAH AKU PENERAJU DAULAH ISLAMIYYAH?RENUNG FIKIR BUAT KITA BERSAMA

DAULAH ISLAMIYYAH 2011…MAMPUKAH NUQABA’ MERIALISASIKANNYA?
Kepimpinan melalui tauladan merupakan slogan yang sering meniti dibibir masyarakat di Malaysia, namun ungkapan ini hanya tinggal kenangan jika tidak ada tindakan susulan mahupun gerak kerja yang menjurus kepada pembentukan perkara tersebut. Adakah pimpinan yang sedia ada cukup bagi meneruskan harapan Timbalan Naib Canselor HEP? Apakah akan lahirnya kelompok pimpinan yang telah digariskan seperti yang termaktub di dalam Ciri-Ciri Pemimpin Islam? Hassan al-Banna barangkali adalah batu asas pertama yang memberikan nafas, penunjuk arah kepada bagaimana seharusnya gerakan dakwah Islamiyyah itu harus memainkan peranannya. Pada zaman moden, tidak keterlaluan penulis menukilkan bahawa mujahid dakwah ini telah meletakkan asas-asas kepada Gerakan Islam. Buah fikir dakwahnya benar-benar jauh menjelajah di setiap belahan dunia Islam dan mempengaruhi gerakan Islam yang tumbuh kemudiannya ibarat cendawan selepas hujan. Berdiri daripada hakikat ini, maka kita boleh mengiktiraf kedudukan dahwah dan tarbiyyah Ikhwan Muslimin pimpinan beliau sebagai induk kepada dakwah di seluruh dunia ketika Rasulullah tiada lagi di sisi kita. Keunikan Hasan al-Banna menurut tanggapan peribadi saya, terletak kepada kekuatan dan kesungguhan beliau melihat potensi mahasiswa di universiti sehingga wujud suatu acara yang benar-benar menumpukan kepada usaha membangun potensi mahasiswa itu sehingga berada pada tempatnya yang sebenar.Selain al-Banna, Al-Maududi juga adalah antara mujahid dakwah yang tersohor serta menyatakan keprihatinannya berhubung gerakan mahasiswa ini. Sehingga kini, Umat Islam masih tercari-cari adakah Al-Banna, Al-Maududi pernah mengarang kepada pensyarah universiti, menyusun saranan-saranan dan langkah-langkah yang menuju ke arah pembangunan intelektual para pensyarah? Renung fikirkan bersama...
Disini suka saya nukilkan beberapa perkongsian,petua yang diadaptasi daripada watak yang dipratontonkan di dalam KUNGFU PANDA bagi mereka yang ingin memperbaiki potensi
NUQABA'...kartun pun boleh jadi panduan juga...tapi ambil yang positif sahaja yer

“Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift.” Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :
1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah “special”, unik, berharga pastinya kita pun akan punyai “burning desire” untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.
2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe”
3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri

Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya “false perception” dan “judgement” kepada “mad’u” (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang “dianugerahkan” Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).
Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad’u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia “bermasalah” kepada manusia “luar biasa” yang melakar sejarah.

Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.
4. Kenalpasti “suis” mad’u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad’u ada “suis” yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad’u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang “memukulrata” potensi-potensi mereka.

Hanya “burning desire” untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup merubah Panda melalui “tarbiyah” secara short-cut lalu menjadi mahaguru luarbiasa

Setiap mad’u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.Janganlah “pukulrata” sahaja tarbiyah kita kepada mereka.
5. Jangan “melepas pandang” pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad’u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.
Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.

6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa
Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya “cermin”…

Monday, July 6, 2009

DIMANAKAH NOKHTAHNYA

Assalamualaikum...Salam Perpaduan...Buat kesekian Kalinya...
Apa yang berlaku kini amat menggusarkan UMAT ISLAM seluruhnya...
Sekadar memberikan response kepada persoalan yang hangat dibincangkan di salah satu laman sesawang...agenda yahudi telah kian lama disogokkan kepada semua umat islam secara halus mahupun terang-terangan...cuma kita yang selalu terhantuk baru terngadah...mujur terngadah kalau hanya menyondol tanpa kajian bagaimana pula...amboi lancangnya bersuara...bukan apa...ada kalanya minda masyarakat kita masih lagi di tahap yang lama...SING...SPORT...SHOW itu agenda yahudi...bukan saya kata saya yang terhebat...namun cuba kita lihat perancangan yang begitu teliti yang telah dilaksanakan yang akhirnya menyumbang padah kepada ummah akhir zaman yang hanya inginkan kemewahan,pangkat,darjat dan juga keseronokkan yang akhirnya mengundang padah dan fitnah kepada ISLAM....Paling mudah, mengapa nyawa yang tidak berdosa menjadi korban?mengapa wajah suci itu di tindas sehebatnya?mengapa kelahiran mereka dikecam?mengapa tiada siapa yang sanggup datang kedepan membela nasib bayi yang comel,sempurna fizikalnya dan bukankah mereka ini pewaris AGAMA,NUSA DAN BANGSA...Janganlah dok bangga CANANG SERATA....PAA DIA?ONE MALAYSIA?Malu kita kalau pemimpin luar tahu kita ni hanya kulit je cantik isinya...ibarat.....fikir-fikirkan...Adakalanya malu menerpa dan saya merasakan saya menumpang di tanah air sendiri...man tidaknya...yang muslimat lagi memalukan bukan saya kata saya adalah muslimah yang terbaik...tapi mari kita renung fikir sejenak...mana letaknya tudung?ADAKAH SEKADAR DILETAKKAN DI BAHU?MENUTUP JAMBUL?ATAU ASAL ADA...TAKUT DIUMPEK DEK ORANG...MALU KITO?CUKUP SEKADAR ITU?Lihat....sewenangnya tuntutan berhijab yang disyariatkan oleh ISLAM arahan yang digubal oleh ALLAH SWT kita leh buat don't know je? Sedihkan?Itu tak masuk yang muslimin lagi...dengan merempitnya...memekak kat hujung jalan...menjaja diri( the only man will win)pergh... bukan main lagi...macam mana dengan bekalan akhirat kita?cukup ker?kita kata kita nak jadi golongan yang bijak iaitu golongan yang sentiasa ingan MATI...tapi maslahnya dah sedia ke nak berjumpa dengan tuan empunya zat?dah sedia nak bertentang mata dengan malaikat maut?tertarik saya dengan kisah yang saya baca dalam sebuah majalah...katanya sedangkan orang alim yang senentiasa tunduk...patuh...sujud kepada penciptanya masih merasakan sakitnya mati hatta 100 tahun berlalu...bayangkan sahabat sekali...itu masa zaman khalifah...kita yang jauhnya hampir 1430 ni agaknya macam mana pula?Ni nak habaq mai kat semua...hampa ingat mati tu macam teh o ka?Boleh pakat nak jelang ka apa ka?Hang tau dak KIAMAT tu nak digambarkan cepatnya berlalu ibarat penjual roti yang tak sempat nak tunggu roti masak...hampa bayanglah...nak lagi mudah buat ayak tapi tak dan minum....masa tu nak habaq mai...nak menyesal pun tak guna...PINTU TAUBAT DAH TUTUP...ditayangkan segala amal perhitungan kita...malulah kat orang...pasai pa kalau result cokia kita segan nak bagi tau keluarga?tapi yang buruk ni dok galak nak tunjuk pada semua umat MUHAMMAD?Bak kata kawan saya...makna kata akai ada ka?Manalah pi akal manusia zaman la?Bak kata sifu saya...hang pi tukaq dengan otak lembu lagi baguih...orang minang akan jawab macam ni pulo...apa yang sakit mak...otak...pastinya pimpinan terdahulu kesal jika melihat kepincangan yang melanda....ponek den ke baroh...ke pokan...nak biar anak.. cucu.. cicit den sonang...tapi ni yang den dapek...dipalit ee pulo ntah papo kat muko den ni haaa.Tepuk air di dalam dulang bukan kena pada muka sendiri jer tapi semua mendapek....SELAGI TIADA KESEDARAN DALAM DIRI INDIVIDU PASTINYA KITA HANYA MENANGGUK DI AIR YANG TENANG...TAK PUN MELUKUT YO...CAKAP LEBIH KENA LABEL...ORANG KITAKAN SUKA MELABEL...MACAM PRICE TAG PUN ADA JUGA...APA YANG SERONOK KUMPUL REWARD NTAH...BUAT YANG SUKA MENUNDING KAT MUKA ORANG TU CE TENGOK BERAPA BANYAK BAKI JARI YANG MENGADAP KE MUKA AWAK?1:4 TAU...JADINYA BETULKAN DIRI AWAK TU DULU...BERSEDIA UNTUK DITARBIYAH JUGA...JANGAN SIBUK NAK TARBIYAH ORANG JER...AWAK PUN JALAN PENGKA...MANOLAH...YANG PALING LUCU SIBUK NAK PERLEKEH KEMAMPUAN DAN KELEBIHAN ORANG?APASAL NIH?ALLAH DAH BAGI SAMA ADILKAN...NAK APA LAGI?JANGAN BUAT POYO...YANG PENTING MACAM MANA NAK BERAMAL KALAU TAKDAK ILMUYANG PALING KAKU TAKDAK ILMU TAKNAK AMAL TAPI LAGAK ADA...kononnya serba tau...sudahlah hentikan hipokrit anda...buanglah perangai anda yang cantik tu sampai semua orang jijik nak dekat...SEKADAR PERKONGSIAN YANG INGIN MENYEDARKAN DIRI HAMBA YANG SERING HANYUT DIBUAI NIKMAT DUNIA