THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 23, 2011

SANAH HELWA SHAMSEDAH

SANAH HELWA SHAMSEDAH

Assalamualaikum moga kalian sihat dan terus berjuang. Alhamdulillah tanggal 22 April 2011 genaplah usia ku 27 tahun. Alhamdulillah masih lagi “Single and Available” dan masih lagi bernyawa untuk meneruskan perjuangan mendamba redha Allah serta berkesempatan untuk bertaubat kepada-Nya. Syukran Jazilan buat semua yang mendoakan ku di usia 27 tahun ini. Terima kasih kepada Saudaraku Abd Halim Ahmad, Pensyarah ku En. Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Sahabatku Zharudin Narudin, Permata hati ku Sumaryanny Ani, Nurfarahin Abd Aziz, Ifdal Faliq Zainuddin, Fatimah Abdul Rahman, Adik tersayang Mohd Khairi Mohd Jais yang sudi menghantar bingkisan pesanan ringkas melalui talian CELCOM ku, moga doa kalian dimakbulkan Allah untuk kesejahteraan kita bersama Insyaallah, aku juga mengharapkan kalian juga begitu. Tak dilupa kepada mereka yang sudi mendoakan ku dilaman sosial ku terima kasih yang teramat yang mampu aku balas.

Kekecewaan, kepedihan, kesedihan serta kedukaan yang aku alami selama 27 tahun akan ku cuba lemparkan jauh dari hidup ku walau aku tahu segalanya merupakan medan tarbiyyah buat ku sehingga aku mampu berada di tahap ini dengan Ihsan Zat Allah SWT Alhamdulillah. Adakalanya aku merasakan amat terasing di dalam kelompok ku sendiri, terpaksa menongkah arus kehidupan dan sememangnya sejak aku kecil lagi aku sudah biasa meminggir diri. Tekanan hidup membuatkan aku terpaksa keluar daripada zon selesa yang dicipta oleh keluarga ku. Lebih memeritkan ibuku langsung tidak mengungkap sebarang ucapan buatku usahkan memberikan hadiah buatku. Aku cukup terkilan dengan perbuatan ibu ku itu. Bagi ku mereka yang aku menumpang kasih lebih sedar akan kehadiran ku jika dibandingkan dengan keluarga ku sendiri. Walaupun Insan bernama Nor Bin Ahmad masih hidup namun dia sendiri jijik untuk mencari darah dagingnya. Ibu ku mungkin malu mengaku aku anaknya kerana aku tidak pernah memberikan kesenangan seperti mana yang dicurahkan oleh anak angkat kesayangannya, punya kereta, berpendapatan dan yang paling utama mampu bekerja bertungkus lumus walaupun tidak berpendidikan tinggi. Tapi aku? Aku senentiasa membebankan hidupnya sehingga kini. Mungkin aku Useless di matanya. Sudahlah tidak sesempurna di mata ibu ku dan tidaklah secantik keturunan Arifin Ayob yang lain. Jika nak dibandingkan dengan sepupu ku yang lain semuanya cantik-cantik belaka, pandai bergaya, bekerjaya, di sayangi sepenuhnya dan mempunyai kelebihan yang lebih jauh jika dibandingkan dengan aku. Aku hanya jauh panggang daripada api.

Terima kasih buat Pak Khairul Napisham dan Abah Pian yang sudi menghulur kasih memberi sejalur pengharapan untuk terus hidup. Insan yang senentiasa mendoakan ku untuk terus belajar di Universiti Kehidupan Ciptaan Allah ini sebelum bergraduasi menanti Jannah Firdausi serta dikurniakan Senarai Pingat Wildan. Terima kasih Pak dan Abah yang sudi merawat duka ku yang hampir merana jiwa dan sengsara fizikal ini dalam menjawab segala tomahan dan cercaan daripada mereka yang tidak mengerti. Mereka hanya tahu menghukum tetapi langsung tidak memberi sebarang SOLUSI, itulah silibus yang paling payah untuk LULUS CEMERLANG sebelum bergraduasi di Universiti ini. Meruntun sabar dan tekad. Hanya IMAN dan TAQWA kunci kejayaan disamping formula yang selalu dihafal dan diaplikasikan dalam menyelesaikan soalan ini adalah f(x)=DOA+∑_(n=1)^∞▒(DOA cos⁡〖USAHA/L〗+TAWAKAL sin⁡〖IKHTIAR/L〗 ) atau mudahnya REDHA ALLAH = DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL.

p/s: bukan meluah perasaan ataupun meraih simpati hanya berkongsi agar menjadi pedoman dimasa mendatang

Wednesday, April 20, 2011

LEDAKAN TRANSFORMASI KINI BERMULA

Assalamualaikum salam satu ummah buat sekalian sahabat dan sahabiah yang sudi menjengah dan bersua muka dialam maya. Didoakan agar kalian sihat dan sentiasa memburu redha Allah di dunia dan akhirat Insyaallah. Alhamdulillah dengan kesempatan dan keizinan Allah jualah penulis berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Imam Muda 2 yang telahpun belangsung di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, JAWI pada 18 April 2011 yang lalu. Bukan sekadar memanjatkan doa kepada 10 Peserta Imam Muda musim ke-2 tetapi penulis mengharapkan lebih daripada itu. Lebih? Aik, macam mana tu? Lain macam je bunyinya?

Mengimbas sejenak Majlis Pelancaran IM2 yang penuh gilang gemilang yang diselang selikan dengan SELAWAT membesarkan junjungan besar Muhammad SAW hati penulis berasa tenang berada di sana. Hilang rasanya sakit yang dialami dan seolah-olah bertemu penawar bagi penyakit yang dihidapi. Alhamdulillah walaupun hanya seketika tetapi hati ini tenang, segala masalah lenyap di kotak fikiran dan rindu rasanya untuk ke Madinah dan Makkah. Rasanya mahu sahaja bermastautin di sana tetapi apakan daya tanggungjawab yang digalas masih belum selesai. Memang benar, bertebarlah kemana sahaja dalam usaha mengembangkan Seruan Islamiyyah namun hakikatnya MUDAH DI LAFAZ tetapi SUKAR DILAKSANA kerana kita selalu diuji dengan masalah LAIN di HATI dan MUNGKIR apabila DILAFAZ. Renung Fikir Bersama….

Membela ISLAM merupakan satu kewajipan kepada setiap MUSLIMIN tidak ketinggalan juga yang MUSLIMAH. Segala pokok persoalan dan penyelesaian bagi penghuraian permasalahan ini telah dirungkaikan dengan JELAS di dalam AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Muslim yang sejati akan terpanggil bagi membela agamanya tanpa ada agenda yang tersirat mahupun tersurat tetapi yang pasti hanya mengharap REDHA ALLAH, menjadi PENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH SAW dan memastikan tertegaknya DAULAH ISLAMIYYAH. Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya selepas ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(di syurga)” Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi. Jiwa yang bersih akan bersemangat untuk menegakkan ISLAM namun bersemangat sahaja TIDAK MENCUKUPI…Dalam melaksanakan tugas yang SUCI ini setiap daripada kita yang bergelar khalifah seharusnya memerlukan PERATURAN dan DISIPLIN. Ingatlah bahawa TANPA ILMU berkaitan PERATURAN SYARAK dan DISIPLIN pasti ada yang terbatas.

SEMANGAT itu perlu dibimbing dengan ILMU PENGETAHUAN berkaitan AL-QURAN dan AS-SUNNAH. SEMANGAT TANPA ILMU akan terSASAR dari LANDASAN. ILMU TANPA SEMANGAT akan KAKU dan LESU. Nah pilihan sudah diberi, makanya bergantung kepada kita selaku kalifah memilih bagi BERGURU DENGAN SIAPA, MEMILIH BAHAN BACAAN BERUNSUR BAGAIMANA, MEMILIH GAYA HIDUP YANG BAGAIMANA dan MEMILIH REDHA ALLAH ataupun MENGUNDANG MURKA ALLAH SWT…TEPUK DADA TANYA IMAN….Sekali lagi AYUH kita RENUNG FIKIR BERSAMA….Jesteru itu, di dalam diri SETIAP DIRI MUSLIM seharusnya dilengkapkan dengan SEMANGAT dan ILMU secara SERENTAK. Jiwa yang bertanggungjawab dan tindakan yang berperaturan perlu dibentuk. Jika tidak mungkin kita tergolong di dalam senarai MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI….Tepuk dada Tanya IMAN….

Tersenyum dibuatnya apabila mendengar perbualan antara salah seorang daripada ibu kepada peserta IM2 serta ibu penulis, “Assalamualaikum, awak sokong siapa? Anak saya yang tu?” Lalu ibu menjawab, “Saya pastinya menyokong anak angkat saya” dalam hati penulis terdetik “Memang bersifat KRONISM betul mereka ni” Bagi penulis semuanya sama sahaja, selagi mereka mendukung PANJI ISLAM, berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH, Mematuhi Syariah ISLAM seharusnya mereka di sokong dan dibantu sedaya mampu. Ini hanya pandangan penulis…mungkin kalian para pembaca mempunyai PERSPEKTIF PEMIKIRAN yang BERBEZA apapun silakan mencurah idea dan berbakti. Jangan hanya menunding kepada mereka yang tersingkir sekurang-kurangnya mereka telah melaksanakan tanggungjawab dan melakasanakan segala tugasan dengan sedaya mampu, ANDA BAGAIMANA? IM dan IM2 bagi penulis merupakan asset kepada PEMBENTUKAN DAULAH ISLAMIYYAH lebih cantik lagi andai digabung jalinkan setiap peserta yang telah menyertai AQ, AQ2,AQ3,AQ4, AQ5, IM dan IM2 dalam mencorakkan method dakwah yang lebih kontemperori yang boleh meresap masuk ke jiwa-jiwa yang ketandusan ILMU ISLAM…mana tahu, KITA HANYA BERUSAHA SEDAYA MAMPU dan MENGHARAP PETUNJUK DARI ALLAH manakala HIDAYAH datang daripada ALLAH. Jangan kita lupa juga MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA…jadi mari kita fikirkan bersama bagaimana kita ingin menarik lebih ramai MANUSIA di MALAYSIA mengamalkan AMAL ISLAMI…

Akhir kalam, MABRUK kepada 10 peserta IM2 teruskan berjuang, bersedialah untuk DIAJAR, MENGAJAR dan BELAJAR, berlapang dada serta jadilah diri anda seadanya, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Bersama kita mengorak langkah dan bertindak agar DAULAH ISLAMIYYAH akan tertegak berpaksikan ILMU bukan sekadar canangan KOSONG. Ampun maaf andai ada yang tercuit dan bergurulah dengan ULAMA’ dan AHLI….Insyaallah jumpa dan jumpa lagi selagi di izin ALLAH SWT dan dikurniakan kesihatan. Ma’assalamah…

p/s : Ya Allah kau temukanlah aku dengan pasangan yang mampu memperteguhkan langkahku dalam mencari redhaMu. Ya Allah Rabbul Izzati, aku mohon padaMu Ya Allah agar dia bersamaku di dalam apa jua keadaan dalam suka mahupun duka dalam menegakkan KALIMAH SYAHADAH yang kau amanahkan ini. Aku mohon agar dialah zaujku yang mampu mendidik, membimbing serta mengasuhku dalam mendamba syurgaMu yang hakiki. Kau kurniakanlah kami zuriat yang bakal meneruskan perjuangan SUCI ini Ya Allah. Aku mohon Ya Allah kau perkenankanlah doa hambamu ini agar menjadi zaujah yang solehah dan mampu berganding tenaga dalam membantu usaha dakwah zaujku kelak. Kepada bakal Zaujku bersabarlah…kerana aku masih lagi mencari dan mendamba CINTA HAKIKI dan aku masih lagi berteka-teki apakah kau yang terbaik buatku? Maka bersamalah kita persiapkan diri dan mempertingkatkan amalan kita agar dekat kepada Allah…Buat kalian pembacaku bersamalah kita berteka-teki siapakah bakal pelengkap hidupku kerana aku tidak mampu memberikan jawapannya sekarang kerana semuanya masih samar-samar…doakan yang terbaik buatku….

Monday, April 18, 2011

RINTIHAN KALBU

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu” [Riwayat Muslim]

Assalamualaikum salam pertemuan moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya. Apa khabar IMAN kita hari ini? Rintihan Kalbu karya Saudara Hitler Zami amat menyentuh kalbu sekali gus mengajak penonton-penonton terus berfikir dan bermuhasabah. Sebuah karya yang mungkin dianggap santai tetapi membawa sebuah isu yang amat berat dan harus dihadam oleh setiap peringkat umur, bangsa dan agama. Cerita yang berkisar tentang isu kekeluargaan. Azri anak sulung pasangan Puan Azizah, merupakan seorang graduan luar negara yang tewas di ranjau kehidupan kota yang akhirnya mengambil dadah manakala Adi berjaya menempatkan diri disebuah firma yang ditugaskan sebagai seorang draft man. Masing-masing menerima ujian dan tarbiyah daripada Allah dengan bahagian masing-masing. Azri dipinggirkan keluarga selepas selesai menjalani pemulihan di Pusat Serenti akibat daripada kekilafannya manakala Adi lupa diri apabila mengecap nikmat dunia akhirnya menyesali dengan langkah yang diciptanya. Apakah kita sebagai masyarakat hanya tahu menghukum dan menunding jari kepada mereka yang mengalami masalah ini dialam reality? Bagi mereka yang mengalami permasalahan sebegini adakah anda merasakan ianya MUSIBAH atau TARBIAH? Renung fikir bersama…

Apabila bergelar seorang menantu seharusnya yang wanita lebih faham dan mengerti akan apa yang ditakrifkan sebagai PERKAHWINAN, tidak perlulah kita menghuraikan dengan lebih lanjut kerana ini telahpun dibincangkan semasa kita menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Yang lelaki pula jangan apabila sudah berumahtangga lupa asal usul dan hanya mengikut telunjuk. Maaf andai berlaku keterlanjuran, tetapi realitinya begitu. Andai perkahwinan hanya untuk bersuka ria tanpa memikirkan apakah matlamat utama perkahwinan, tidak mustahil apa yang berlaku pada watak Adi mungkin menimpa mereka di luar sana yang masih berpegang teguh kepada PRINSIP CINTA PANDANG PERTAMA. Bukankah daripada CINTA kita bakal mengundang Zina Hati almaklumlah sentiasa memuja dan merindui? Zina anggota yang senentiasa berusaha memenuhi undangannya untuk sentiasa bersama kononnya DUNIA INI ANA YANG PUNYA? Ya, CINTA itu FITRAH namun mengapa meletakkan CINTA SESAMA MANUSIA yang UTAMA? Bukankah CINTA ALLAH DAN RASUL yang didamba? Tepuk dada Tanya IMAN…

Azri yang dahulunya tersasar jauh dan menyimpang daripada jalan Allah Alhamdulillah kembali menemui JALAN LURUS. Namun mengapa kita lebih banyak menghukum daripada menilai? Mungkin kita akan kata “Alahai cakap bolehlah tak kena batang hidung sendiri” Namun peranan kita sebagai KHALIFAH di mana? Paling mengecewakan apakah apabila kita mempunyai PENDIDIKAN YANG TINGGI kita merasakan KITA yang TERHEBAT, TERBAIK mahupun PALING POPULAR dalam keluarga (ANAK EMAS)? Adakah cukup dengan ILMU yang kita TIMBA menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat? Adakah ILMU yang kita peroleh itu adalah HASIL USAHA KITA BERSENGKANG MATA SIANG MALAM SEMATA? Andai kita hidup tanpa RAHMAT dan NAUNGAN ALLAH bisakah kita BERJAYA DUNIA dan AKHIRAT? Tanpa SIFAT AR-RAHMAN AR-RAHIMNYA agaknya apalah yang jadi pada kita gamaknya? Renung fikirkan selagi PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA…Apa yang kita nak buat? Sekali lagi tepuk dada Tanya IMAN…

p/s: Sekadar mengajak kita bersama MEMIKIRKAN di mana ISLAM di dalam DIRI kita...andai sudah tersasar Pulanglah selagi masih Terbuka Pintu Taubat andai kurang berilmu CARIlah GURU yang benar-benar BERILMU jangan dicari GURU JADI-JADIAN ataupun PARA ULAMA’ bukannya ALAMAK…banyakkan MEMBACA buku berunsur AGAMA…andai kita nampak apa yang berlaku di akhirat sana pastinya kita tidak mampu KETAWA dan mungkin juga kita bakal menghabiskan sisa hidup ini dengan tangisan kekesalan….Renungan bersama dan teguran buat diri ini yang senentiasa ALPA dalam mencari dan mendamba REDHA ILLAHI…Doakan agar aku cepat dipertemukan dengan Zauj yang mampu mendidik, mengajar dan menasuhku menjadi Isteri Solehah, Keluarga yang mengamalkan Bi’ah Solehah akhirnya menyumbang kepada pembentukan Daulah Islamiyyah…Insyaallah…Ameen….

Monday, April 4, 2011

DI MANA HILANGNYA….

Assalamualaikum, sekadar menyapa saudara-saudaraku yang sudi menjengah dan sudi jua memberikan teguran dan tunjuk ajar dalam mendamba Redha Allah SWT. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan, idea dan terus dikurniakan kekuatan bagi meneruskan perjuangan, Insyaallah. Agar segalanya disandarkan hanya untuk Allah SWT.

Memetik kata-kata hukama “Ilmu itu cahaya, Jahil itu bahaya” namun malangnya apa yang menggusarkan kini adalah GENERASI ISLAM yang mengaku mereka ISLAM tidak langsung mengamalkan ISLAM di dalam kehidupan. KETERIKATAN ISLAM ITU BERSANDAR PADA KALIMAH SYAHADAHNYA, AKIDAH, IBADAH dan AKHLAKNYA. Namun yang menyedihkan generasi kini hanya memandang BERJAYA di bidang AKADEMIK hanya untuk memenuhi keperluan dan mendapat segala yang terbaik DI DUNIA. Namun masih ada segolongan KECIL yang TAHU dan SEDAR akan AMANAH yang diberikan. Menuntut ILMU kerana ALLAH dan bakal disalurkan ke JALAN ALLAH bagi menjaga UKHUWAH SESAMA ISLAM dan mengamalkan AMAL ISLAMI itu sendiri. Alhamdulillah, masih ada lagi golongan yang ingin menyambung mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh RASULULLAH SAW. Alhamdulillah…

“Katakanlah adakah sama antara orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan. Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang-orang yang berakal” Surah Az-Zumar ayat 9. Berbekalkan kalimah suci Kalamullah itulah penulis ingin menarik perhatian para pembaca untuk memahami dan menyelusuri apa yang ingin disampaikan….RENUNG FIKIR BERSAMA….

Adajuga dikalangan kita berilmu namun tidak pula diamalkan ilmu agama tersebut. Katanya itu hanya ritual….benarkah? Bukankah ISLAM itu SYUMUL? Tidak ada sedikit pun yang tercicir ataupun ….TEPUK DADA TANYA IMAN. Ramai dikalangan REMAJA ISLAM hanya mementingkan HIBURAN dan FESYEN di tangga PERTAMA bukannya AL-QURAN dan AS-SUNNAH….mengapa? Ada yang menyapa penulis dengan kata-kata yang menyebabkan cuping telinga MERAH dan PANAS “Alah, kau dulu pun bukan macam ni….dah ada ilmu pula nak tunjuk bagus. Kau ingat NGO kau tu boleh bagi kau makan ke? Sibuk hal orang buat apa?” Bagi penulis kalau nak dibalas pun tak guna kerana MANUSIA seperti ini hanya TIN KOSONG…biarkan dia dengan DUNIA BAWAH GELAS KACAnya.

Begitu RAMAI yang memenuhi ruangan PERSADA HIBURAN. Andai disebut ABPBH, AJL dan banyak lagi PENTAS HIBURAN BEPRESTIJ katanya pasti kita dapat lihat dengan jelas dengan lambakan manusia yang mejoritinya ISLAM memenuhi segenap ruang bagi menjayakan program tersebut sehinggakan ada yang sanggup berdiri ataupun duduk ditangga. Yang lebih menyedihkan mereka sanggup berasak-asak, menjerit-jerit, PAKAIAN yang HANYA MENUTUP KULIT bukannya MENUTUP AURAT dan pelbagai gaya yang MEMALUKAN ISLAM. Inikah WARIS ISLAM yang ditatang sejak kecil? Kita bandingkan pula dengan yang menghadiri Peringkat Akhir AQ 5, Pertandingan Akhir Adik-Adikku ataupun mana-mana program yang berunsurkan ISLAMIC, ILMUWAN dan TARBIYAH. Kita dapat lihat sambutan yang HAMBAR, banyak kerusi daripada penonton, kurang wartawan yang ingin membuat liputan berkaitan program tersebut dan PROMOSINYA juga agak SUAM-SUAM KUKU. Mengapa program sebegini langsung tidak mendapat SAMBUTAN GENERASI ISLAM? Adakah mereka merasakan itu hanya untuk mereka yang bergelar USTAZ, USTAZAH, MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM, AHLI PMI ataupun NGO ISLAMIC? Bagaimana caranya ingin MEMARTABATKAN AL-QURAN sehingga BERTAKHTA DI HATI dan LEKAT PADA AKAL MANUSIA? Sampai bila kita yang ISLAM ini hanya mampu menyebarkan keburukan dan hanya tahu menunding jari kepada saudara seISLAM tentang kepincangan global? Tidak nampakkah kita BAHAWA GENERASI kita menganggap PENDIDIKAN ISLAM hanya untuk lulus PAFA, UPSR, PMR, SPM, STPM ataupun TITAS di UNIVERSITI? Jadinya apa sumbangan kita tentang kebejatan masalah ini? Selesakah kita? Mengapa kita boleh diam dan hanya bertindak andai diprovokasi dengan ISU SENSITIVITI PERKAUMAN dan beberapa KALIMAH? Mengapa kita bangga sangat dengan KUASA yang kita ada? Kita juga selalu TERHANTUK tapi tak mengapa….tapi mengapa? RENUNG FIKIRKAN BERSAMA….

p/s: Sampai bila kita NAK TERMANGGU dalam SEPI….ISLAM IS THE WAY OF LIFE…ALAMIYYAH, SYUMULIYYAH,WAQI’IYYAH, INQILABIYAH, RABBANIYAH, THABAT WA MURUNAH….Renung Fikir bersama dan bertidak MENUJU SYURGA dan REDHA ALLAH….Ya Allah bantulah aku dan Sahabat-Sahabatku bagi menyampaikan WADAH utusan Mu Ya Allah….

JAWATANKUASA PENGGERAK

JAWATANKUASA PENGGERAK KEMBARA JEJAK CITA DAN KARNIVAL 1 UMMAH…MUNGKINKAH ANDA YANG KAMI CARI?

Assalamualaikum salam satu ummah, didoakan agar kalian sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah berkat doa kalian juga penulis kini kembali menjalankan rutin seharian selepas seminggu diberikan kifarah oleh Allah SWT. Selama seminggu penulis mengalami masalah kesihatan.

Ramai dikalangan remaja, graduan, mahasiswa dan sesiapa sahaja yang bergelar khalifah ingin menjadi PENDAKWAH. Tetapi malangnya ramai dikalangan kita memilih bulu maksudnya di sini ingin memilih program yang bersifat entertainment semata ataupun program itu mestilah dianjurkan oleh badan koperat yang mempunyai nama besar dan berpengaruh atau mungkin dijalankan oleh consultant yang ternama yang mana namanya gah dipersada motivasi. Adakah kita begitu? Kalau jawapannya YA maka buka mata dan BETULKAN NIAT anda. Jangan mata celik tetapi akal masih lagi enak dibuai mimpi yang panjang. Mengapa itu yang terjadi? Adakah kita lebih senang bergerak dengan label atau kelompok yang kita suka sahaja atau kita lebih gemar berada di zon yang selesa? Tepuk Dada Tanya Iman….Kecundang dikala BERDAKWAH adalah asam garam dalam usaha menyampaikan ajaran ALLAH dalam memastikan Al-Quran terus bertakhta di hati. Bukan mudah untuk menyampaikan ajaran ALLAH, ini memerlukan SEJUTA PENGORBANAN dan pelbagai jerih perih harus kita tempuh dengan sabar dalam memastikan MESEJ yang ingin kita sampaikan itu tersemat di sanubari dan berjaya menggerakkan akal bagi mencerna dan mencari gali makna disebalik penciptaan serta tanggungjawab sebagaai khalifah.

Jesteru dengan itu, besarlah harapan penulis agar ada dikalangan sahabat dan sahabiah sudi berganding tenaga dan berpadu idea dalam usaha menjayakan dua program yang bagi penulis sebagai satu pentas dalam memacu GENERASI PELAPIS mengenal dan mengamalkan ISLAM di dalam pelbagai aspek. Di harapkan generasi pelapis ini mampu mengaitkan segala yang dipelajari atau apa sahaja yang mereka pandang, dengar dan sebagainya mampu di kaitkan dengan ISLAM dan akhirnya MENGESAkan ALLAH SWT. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas bolehlah diajukan pada email: norshamsedah_nor@yahoo.com, facebook: Salsabila Humairah Safwatullah Waliuddin atau No. 20 Lorong Kemajuan 3, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Akhirkalam, diharapkan dengan usaha yang sedikit ini mampu menjadi saham kita di akhirat kelak INSYAALLAH.

p/s: Aku mengharapkan INSAN yang benar-benar ikhlas dalam merencanakan USAHA ini agar IMPAKnya mampu terkesan di hati-hati INSAN yang mendambakan CAHAYA HIDAYAH dan REDHA ALLAH SWT.