THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 18, 2011

RINTIHAN KALBU

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu” [Riwayat Muslim]

Assalamualaikum salam pertemuan moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya. Apa khabar IMAN kita hari ini? Rintihan Kalbu karya Saudara Hitler Zami amat menyentuh kalbu sekali gus mengajak penonton-penonton terus berfikir dan bermuhasabah. Sebuah karya yang mungkin dianggap santai tetapi membawa sebuah isu yang amat berat dan harus dihadam oleh setiap peringkat umur, bangsa dan agama. Cerita yang berkisar tentang isu kekeluargaan. Azri anak sulung pasangan Puan Azizah, merupakan seorang graduan luar negara yang tewas di ranjau kehidupan kota yang akhirnya mengambil dadah manakala Adi berjaya menempatkan diri disebuah firma yang ditugaskan sebagai seorang draft man. Masing-masing menerima ujian dan tarbiyah daripada Allah dengan bahagian masing-masing. Azri dipinggirkan keluarga selepas selesai menjalani pemulihan di Pusat Serenti akibat daripada kekilafannya manakala Adi lupa diri apabila mengecap nikmat dunia akhirnya menyesali dengan langkah yang diciptanya. Apakah kita sebagai masyarakat hanya tahu menghukum dan menunding jari kepada mereka yang mengalami masalah ini dialam reality? Bagi mereka yang mengalami permasalahan sebegini adakah anda merasakan ianya MUSIBAH atau TARBIAH? Renung fikir bersama…

Apabila bergelar seorang menantu seharusnya yang wanita lebih faham dan mengerti akan apa yang ditakrifkan sebagai PERKAHWINAN, tidak perlulah kita menghuraikan dengan lebih lanjut kerana ini telahpun dibincangkan semasa kita menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Yang lelaki pula jangan apabila sudah berumahtangga lupa asal usul dan hanya mengikut telunjuk. Maaf andai berlaku keterlanjuran, tetapi realitinya begitu. Andai perkahwinan hanya untuk bersuka ria tanpa memikirkan apakah matlamat utama perkahwinan, tidak mustahil apa yang berlaku pada watak Adi mungkin menimpa mereka di luar sana yang masih berpegang teguh kepada PRINSIP CINTA PANDANG PERTAMA. Bukankah daripada CINTA kita bakal mengundang Zina Hati almaklumlah sentiasa memuja dan merindui? Zina anggota yang senentiasa berusaha memenuhi undangannya untuk sentiasa bersama kononnya DUNIA INI ANA YANG PUNYA? Ya, CINTA itu FITRAH namun mengapa meletakkan CINTA SESAMA MANUSIA yang UTAMA? Bukankah CINTA ALLAH DAN RASUL yang didamba? Tepuk dada Tanya IMAN…

Azri yang dahulunya tersasar jauh dan menyimpang daripada jalan Allah Alhamdulillah kembali menemui JALAN LURUS. Namun mengapa kita lebih banyak menghukum daripada menilai? Mungkin kita akan kata “Alahai cakap bolehlah tak kena batang hidung sendiri” Namun peranan kita sebagai KHALIFAH di mana? Paling mengecewakan apakah apabila kita mempunyai PENDIDIKAN YANG TINGGI kita merasakan KITA yang TERHEBAT, TERBAIK mahupun PALING POPULAR dalam keluarga (ANAK EMAS)? Adakah cukup dengan ILMU yang kita TIMBA menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat? Adakah ILMU yang kita peroleh itu adalah HASIL USAHA KITA BERSENGKANG MATA SIANG MALAM SEMATA? Andai kita hidup tanpa RAHMAT dan NAUNGAN ALLAH bisakah kita BERJAYA DUNIA dan AKHIRAT? Tanpa SIFAT AR-RAHMAN AR-RAHIMNYA agaknya apalah yang jadi pada kita gamaknya? Renung fikirkan selagi PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA…Apa yang kita nak buat? Sekali lagi tepuk dada Tanya IMAN…

p/s: Sekadar mengajak kita bersama MEMIKIRKAN di mana ISLAM di dalam DIRI kita...andai sudah tersasar Pulanglah selagi masih Terbuka Pintu Taubat andai kurang berilmu CARIlah GURU yang benar-benar BERILMU jangan dicari GURU JADI-JADIAN ataupun PARA ULAMA’ bukannya ALAMAK…banyakkan MEMBACA buku berunsur AGAMA…andai kita nampak apa yang berlaku di akhirat sana pastinya kita tidak mampu KETAWA dan mungkin juga kita bakal menghabiskan sisa hidup ini dengan tangisan kekesalan….Renungan bersama dan teguran buat diri ini yang senentiasa ALPA dalam mencari dan mendamba REDHA ILLAHI…Doakan agar aku cepat dipertemukan dengan Zauj yang mampu mendidik, mengajar dan menasuhku menjadi Isteri Solehah, Keluarga yang mengamalkan Bi’ah Solehah akhirnya menyumbang kepada pembentukan Daulah Islamiyyah…Insyaallah…Ameen….

0 ulasan: