THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, November 23, 2009

SALAM PERJUANGAN

ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEJAHTERA...SALAM PERJUANGAN

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SELURUH WARGA KAMPUS YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN...INGAT!!!!!!BUKAN DUDUK SAHAJA...TAPI JAWABLAH SOALAN FINAL TU...KALAU DUK PANDANG JE...NAK BUAT APA?

KITA SANGGUP BERJAGA MALAM UNTUK EXAM...TETAPI KENAPA SUSAH PULA BILA KITA NAK MELAHIRKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH?


RENUNG FIKIRKAN BERSAMA...KITA MUDAH SANGAT NAK SALAHKAN TAKDIR BILA KITA GAGAL CEMERLANG...KENAPA YE? KITA TAK PERNAK NAK LAFAZ HAMDALLAH BILA KITA DIBERIKAN NIKMAT...KENAPA YE? LOKEKNYA KITA...TAK BRERTEMPAT...

MUHASABAH BUAT KITA BERSAMA YANG MENGAKU ISLAM...

KITA BERPEGANG PADA AKIDAH BUKAN IDEOLOGI...

KITA DIBEKALKAN IMAN BUKANNYA LOGIK...

KITA ADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH...KENAPA TIDAK SEDIKIT PUN NAK DI KAJI?

BANGKIT...JANGAN SAMPAI KITA MENJADI PEMFITNAH DISEBABKAN KEGAGALAN KITA SENDIRI

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...

JANGAN BUANG MASA...SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH?

KITA ADA ALLAH MAHA KUASA...

KITA PUNYA KUASA TENAGA...

DOA SEBAGAI SENJATA...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER...MOGA REDHA ALLAH SENTIASA MENGIRINGI SETIAP KEPUTUSAN YANG DIRENCANA...MOGA MEMPEROLAH BERKATNYA...

Thursday, November 19, 2009

E.X.A.M a.k.a D.I.Y (DO IT YOURSELF)

Assalamualaikum....
Terkesima...Teruja...Kaget...semua lengkap...
Menyelubungi lantas menyelinap di dalam hati aku...
Adakalanya tak sabar nak menamatkan pengajian di peringkat ini...tak sabar nak keluar bekerja...tapi apa nak buat...PENYAKIT ORANG ISLAM sedikit sebanyak terlempias pada aku...PENYAKIT APA? pernah dengar penyakit TAK SABAR? tulah penyakit yang mengundang kurang rasa SYUKUR dan REDHA pada pencipta...kan besar implikasinya tu....

Punca sikit je...TAK RETI NAK BERSABAR....
Kita selalu anggap remeh...sama juga macam MUSIM exam...ADIK SEPUPU aku SPM...yang kecik-kecik sibuk main sungai al-maklumlah istihat tutup buku sampai JANUARI...aku pula menghitung hari EXAM...cuak juga...beberapa subjek KILLER...dengan LECTUREnya bersepah tak mengajar...tapi aku yakin kalau ALLAH izinkan tak mustahil aku akan BERJAYA mendapat segulung ijazah...

Tapi sekadar segulung ijazah sahaja ke perjuangan ISLAM?Kita nak belajar untuk apa sebenarnya? aku amat sedih dan terperanjat apabila membaca email yang dihantar oleh mamat seperjuangan semasa disekolah dulu...ORANG ISLAM SENDIRI MENJADI PENGEDAR BIBLE...BUKU DAN VCD...perawakan ikut sunnah rasulullah...tapi...hmmmmmmmmmmm...
Ada ILMU tapi tak FAHAM nilah jadinya...

renung FIKIR bersama

BUAT SAHABAT SAHABIAH YANG AKAN MEMDUDUKI PEPERIKSAAN SELAMAT MAJU JAYA DAN JANGAN LUPA BAWA DUIT...BUKAN DUIT MATAWANG TU TAPI

REDHA ALLAH = DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL

MOGA PERJUANG KITA DALAM MENUNTUT ILMU DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH...MOGA MEMBERI MANFAAT PADA UMMAH...INSYAALLAH

Wednesday, November 18, 2009

DI MANA KAN KU CARI GANTI

Assalamualaikum

Moga sihat sejahtera...ceria bersama tugasan harian...insyaallah tidak beberapa lama lagi lembaran seorang mahasiswa akan berlabuh buat kesekian kalinya....lembaran demi lembaran diukir penuh onak duri...dusta dan nista tetapi berkat redha Allah akhirnya...aku kembali...kembali di alam realiti...

lembaran suci...namun di mana hilangnya pewaris perjuangan?masih lena diulit mimpi? ilmu dipandang sepi...namun kerjaya sebagai idola masyarakat yang utama...di mana silapnya? Ya ini petanda akhir zaman...tetapi mengapa sekelumit usaha membendung tidak dilaksanakan? Nak tunding ke arah mana lagi? suka benar kita menunding kepada orang...tanpa kita mencermin kelemahan yang ada pada diri kita sendiri....suka sangat menggunakan perkataan tarbiyyah dan islah hakikatnya hanya tinggal omongan kosong...seolah-olah irama tanpa jedanya...tak memberikan nilai dan impak pada pendengar.

Risau...gusar...apa nak jadi dengan ISLAM di MALAYSIA....semuanya hendak dipolitikkan atas dasar kepentingan individu yang sanggup menggadai maruah agamanya sendiri...

AYUH BANGKIT....YAHUDI MENYELINAP TANPA KITA SEDARI

KEMANA HILANGNYA PEJUANG ISLAM

Assalamualaikum...
Bila tiba musim exam...maka akan syahidlah mereka yang mengaku dan mempromosikan diri sebagai pendakwah...mereka ni bercuti...hmmm bercuti?dalam dakwah ada istilah cuti ke? mana taknya...ada udang sebalik mee...tulah jadinya...mengaku bawa islam tapi semata-mata nak nama...nak sempurna dimata orang...

jadi renung fikirlah buat mereka yang suka membangga diri dan menganggap keSENIORITIAN sebagai ranking pertama untuk mengaburkan pandangan orang.....

cermin diri...muhasabah diri...belajar terima teguran....

Wednesday, November 11, 2009

KEMANA HILANGNYA MUSLIMAH?

Assalamualaikum Salam Ukhuwah...
Kesekian kalinya, persoalan yang acap kali dipersoalkan, kemana muslimah kita? Adakah cukup dengan berpakaian lagak muslimah cukup menggambarkan yang kita ini sempurna? Ataupun berpakaian lagak alim ulama tetapi natijahnya kosong? Atau pakaian hanya sebagai suatu medium untuk mengelirukan identiti sebebnar? Kemana muslimah kita? Adakalanya jawapan yang penulis terima adalah, "Alah, kita perempuan tok sahlah sibuk buat kerja lelaki, kita belajar tinggi pun akhirnya masuk dapur juga" Alahai KOLOTNYAlah...saya pemagang DIPLOMA KEJURUTERAAN ni hari-hari masuk dapur tapi taklah sampai mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat...nak jadi apa kita kalau tak nak jadi sebahagian daripada masyarakat? Mati nanti nak tanam sendiri ke?Nak urus sendiri?Yelah semasa hayat langsung tak nak ambil tau pasal masyarakat?

Mana muslimah kita? ISLAM tapi berpeleseran mengalah yang tak beragama...(JANGAN MARAH PULA...DAH REALITINYA MACAM TU)...NUN SIBUK MENCARI PASANGAN...KONONNYA NAK WUJUDKAN BAITUL MUSLIM BERPASAKKAN BIAH SOLEHAH...alah-alah geletek mendengar...oits jangalah guna istilah ARAB yang menampakkan CINTA SUCI antum semua...jangan bertopengkan manusialah...HAQ dan BATIL takkan bercampur...jangan nak kaburi mata masyarakat dengan istilah yang kita create agar nampak lebih suci nilai per"couple"an awak tu...udahlah...IPT bukan medan mencari jodoh yang akhirnya memusnahkan masa depan ( faham-fahamlah ye...bila karam di lautan maksiat hati apa yang bakal jadi).

Muslimah kat mana? Alahai cukuplah berlakon...penat nak menengok...ada pula perasan cantik...tonyohlah segala warna kat muka tak cukup kat bibir tambah bawah mata...alah kan susah tu...nak solat payah...nak kena hilangkan dulu...awak belum bersuami...nak buat apa MAKE-UP macam simen putih nak tampal CRAKING BANGUNAN? Bukan cantik pun...(tu ada yang dah berbunyi...mengumpat2)Betul apa, pakai make-up banyak-banyak buat kena kanser kulit jer...nak ke?

Muslimah ke? Alahai, kalau nampak lelaki bukan main menggesel kat tepi...kucing ke? yang dok terhegeh-hegeh...mengimpit...orang tak nak dah lah...dok tagih cinta tak pasti pasai pa? Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita."Eh kita kita kena usaha,kalau tak...alamatnya tak laku-laku lah kita...umur dah banyak tak kahwin juga" ewah-ewah sedapnya mulut tak ada insuran ni bercakap yer...yelah usaha tapi janganlah mengendeng sakan...kan ada banyak medium lagi BERDOA PADA ALLAH KERANA HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI SIAPA YANG TERBAIK UNTUK PEMILIK HATI KITA...TAK PAYAH BAYAR PUN...TAK PAYAH NAK BAGI INSENTIF PUN...KALAU MINTA TOLONG KAWAN-KAWAN BELUM APA LAGI DAH SIBUK MENABUR FITNAH...TULAH YANG KITA KATA HARAP PAGAR...PAGAR ROBOH...LAGI SAKIT HATI DIA PULA YANG SEBAT KITA PUNYA...PERGH HANGIN SATU BADAN...

Ye ke kita MUSLIMAH? Janganlah perasan sangat...pakai tudung sampai ketumit tapi akhlak hermmm....alahai cukuplah berlakon...yang lebih memalukan...akhlak kita dah buruk kenapa nak tunding kat orang lain pula?Kata semua berpunca daripada individu tertentu....STOP IT...jangan MENCAPAB(MENCARI PUBLISITI MURAHAN) lebih...

Buka mata...buka hati....JANGAN DIBIARKAN TERUS MATI....

RENUNGKAN SENARAI HADITH-HADITH INI MOGA INI SEBAGAI MUHASABAH BUAT SI ALPA YANG LENA DIBUAI MIMPI:

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Bukhari & Muslim)



Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
( Riwayat at-Tarmizi )

Thursday, November 5, 2009

AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!PENULARAN VIRUS BARU

Assalamualaikum Salam Ukhuwahfillah...

Menulis bukan untuk mencari kesempurnaan di mata makhluk tetapi sekadar meperingatkan diri serta sahabat-sahabat tentang peripenting dan juga tanggungjawab dan amanah yang digalas....sebagai KHALIFAH

Pelik tapi benar...tertarik saya dengan ucapan YB. Dr. Halimah yang banyak memberikan semangat dan dorongan kepada penulis yang baru setahun jangung. Laras bahasa seorang ibu yang lembut tapi tegas di dalam pelaksanaan.

Mana tidaknya, VIRUS INFLUENZA A sibuk kita tangani..pelbagai usaha dipergiatkan bagi mengelakkan penularan virus ini. Tetapi virus yang lebih kronik sikit pun tak dihiraukan...VIRUS???HIV??bukan...salah-salah..virus ni lagi teruk...simpton-simptom nya lebih dahsyat adakalanya langsung tidak bertemu penawar...sedangkan penawarnya mudah tak perlu sibuk nak labur jutaan ringgit untuk mencari ubat yang sesuai. Uishhh...VIRUS apa ni????VIRUS ni serang ORANG ISLAM yang mengaku ISLAM tetapi ISLAMNYA bukan untuk di fahami...diaplikasi tetapi sekadar ISLAM KETURUNAN....jadinya kita boleh reka persamaan yang mudah :

UMAT ISLAM + IKUT-IKUTAN BUDAYA ASING = VIRUS JAHILIYYAH

PENAWAR YANG PALING MUDAH DAN MURAH ADALAH TAUBAT NASUHA...METHOD ALLAH DAH BAGI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DAN PALING BEST NIKMAT ISLAM DAN IMAN pun Allah dah bagi...tapi kenapa kita tak nak guna ye? SOMBONGKAN KITA YANG BERGELAR MANUSIA...LANGSUNG TAK SUJUD...TUNDUK...PATUH PADA PENCIPTANYA...ibaratnya kita takkan MATI...nak jadi FIRAUN ke kita? Nauzubillah...

YANG ADA ILMU LOKEK...YANG TAK DAK ILMU SOMBONG... YANG TAK TAU NAK KEMANA SESAT SAMPAI MATI...KESIAN-KESIAN...tapi duk sibuk canang ORANG ISLAM adalah bersaudara...ni apa kes ni? Nak jadi KAUM NABI NUH ke kita? Allah turun bala bukan pada satu kelompok je tapi semua kena...habis nak jadi macam tu?

Amal Ma'ruf memanjang tak jadi juga...

Renung Fikir mana lebih Bijak Manusia ke Lembu?
Pilih ingin jadi yang mana????????
A : MANUSIA
B : LEMBU
C : KHALIFAH
D : SAMPAH MASYARAKAT