THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 11, 2009

KEMANA HILANGNYA MUSLIMAH?

Assalamualaikum Salam Ukhuwah...
Kesekian kalinya, persoalan yang acap kali dipersoalkan, kemana muslimah kita? Adakah cukup dengan berpakaian lagak muslimah cukup menggambarkan yang kita ini sempurna? Ataupun berpakaian lagak alim ulama tetapi natijahnya kosong? Atau pakaian hanya sebagai suatu medium untuk mengelirukan identiti sebebnar? Kemana muslimah kita? Adakalanya jawapan yang penulis terima adalah, "Alah, kita perempuan tok sahlah sibuk buat kerja lelaki, kita belajar tinggi pun akhirnya masuk dapur juga" Alahai KOLOTNYAlah...saya pemagang DIPLOMA KEJURUTERAAN ni hari-hari masuk dapur tapi taklah sampai mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat...nak jadi apa kita kalau tak nak jadi sebahagian daripada masyarakat? Mati nanti nak tanam sendiri ke?Nak urus sendiri?Yelah semasa hayat langsung tak nak ambil tau pasal masyarakat?

Mana muslimah kita? ISLAM tapi berpeleseran mengalah yang tak beragama...(JANGAN MARAH PULA...DAH REALITINYA MACAM TU)...NUN SIBUK MENCARI PASANGAN...KONONNYA NAK WUJUDKAN BAITUL MUSLIM BERPASAKKAN BIAH SOLEHAH...alah-alah geletek mendengar...oits jangalah guna istilah ARAB yang menampakkan CINTA SUCI antum semua...jangan bertopengkan manusialah...HAQ dan BATIL takkan bercampur...jangan nak kaburi mata masyarakat dengan istilah yang kita create agar nampak lebih suci nilai per"couple"an awak tu...udahlah...IPT bukan medan mencari jodoh yang akhirnya memusnahkan masa depan ( faham-fahamlah ye...bila karam di lautan maksiat hati apa yang bakal jadi).

Muslimah kat mana? Alahai cukuplah berlakon...penat nak menengok...ada pula perasan cantik...tonyohlah segala warna kat muka tak cukup kat bibir tambah bawah mata...alah kan susah tu...nak solat payah...nak kena hilangkan dulu...awak belum bersuami...nak buat apa MAKE-UP macam simen putih nak tampal CRAKING BANGUNAN? Bukan cantik pun...(tu ada yang dah berbunyi...mengumpat2)Betul apa, pakai make-up banyak-banyak buat kena kanser kulit jer...nak ke?

Muslimah ke? Alahai, kalau nampak lelaki bukan main menggesel kat tepi...kucing ke? yang dok terhegeh-hegeh...mengimpit...orang tak nak dah lah...dok tagih cinta tak pasti pasai pa? Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita."Eh kita kita kena usaha,kalau tak...alamatnya tak laku-laku lah kita...umur dah banyak tak kahwin juga" ewah-ewah sedapnya mulut tak ada insuran ni bercakap yer...yelah usaha tapi janganlah mengendeng sakan...kan ada banyak medium lagi BERDOA PADA ALLAH KERANA HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI SIAPA YANG TERBAIK UNTUK PEMILIK HATI KITA...TAK PAYAH BAYAR PUN...TAK PAYAH NAK BAGI INSENTIF PUN...KALAU MINTA TOLONG KAWAN-KAWAN BELUM APA LAGI DAH SIBUK MENABUR FITNAH...TULAH YANG KITA KATA HARAP PAGAR...PAGAR ROBOH...LAGI SAKIT HATI DIA PULA YANG SEBAT KITA PUNYA...PERGH HANGIN SATU BADAN...

Ye ke kita MUSLIMAH? Janganlah perasan sangat...pakai tudung sampai ketumit tapi akhlak hermmm....alahai cukuplah berlakon...yang lebih memalukan...akhlak kita dah buruk kenapa nak tunding kat orang lain pula?Kata semua berpunca daripada individu tertentu....STOP IT...jangan MENCAPAB(MENCARI PUBLISITI MURAHAN) lebih...

Buka mata...buka hati....JANGAN DIBIARKAN TERUS MATI....

RENUNGKAN SENARAI HADITH-HADITH INI MOGA INI SEBAGAI MUHASABAH BUAT SI ALPA YANG LENA DIBUAI MIMPI:

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Bukhari & Muslim)



Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
( Riwayat at-Tarmizi )

0 ulasan: