THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 29, 2011

DAKWAH SEORANG MUSAFIR

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi bersama di dimensi pemikiran dan wadah perjuangan berlandaskan asas syahadah. Bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan Islam yang telah dianugerahkan. Hati ini selalu berbisik, jiwa ini selalu memberikan kata semangat serta anggota yang dipinjamkan serta diamanahkan ini merayu untuk dimanfaatkan kejalan Allah SWT. Mendamba RedhaNya demi menagih janjiNya agar mampu bertemu dan duduk di sisi Rasulullah di Syurga nan abadi.

Dalam rangka merealisasikan pengabdian diri kepada Allah SWT, dakwah merupakan agenda yang paling penting serta utama. Ingin menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW bukannya suatu tindak tanduk yang mudah dan enteng. Bukan hanya memerlukan seorang yang petah berbicara dan betah kepada kecanggungan pandangan semata yang berlandaskan LOGIK AKAL tetapi DAKWAH ISLAMIYYAH memerlukan seorang yang BERILMU, MENGGUNAKAN AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai MANUAL KEHIDUPAN, BERBICARA dengan HIKMAH serta PENDEKATAN yang SESUAI dengan keadaan sekeliling. Paling utama pendakwah seharusnya MENGORBANKAN KESELESAAN kita untuk berbakti kepada golongan sasar.

Mengimbas ketika masih di alam kampus, penulis pernah dikejutkan dengan panggilan dan juga sapaan daripada junior penulis. Apa katanya? Ini maklumbalas daripada mereka,PERTAMA:"Assalamualaikum akak, maaf ganggu akak malam-malam begini. Saya bukan nak mengadu tetapi saya tidak selesa dengan askar-askar akak tu...laser mulutnya, saya taulah saya tidak bertudung tetapi selayaknyakah saya dihina dan diherdik?" KEDUA:"Akak...ada seorang senior ni sound saya katanya kau pakai ketat-ketat ni confirm masuk neraka...siapa mereka nak hukum saya?Kenapa dia tak mau bimbing saya?" KETIGA:"Akak saya tau saya salah tapi mengapa Kak Peah(bukan nama sebenar)sound saya katanya baik pegang babi daripada pegang tangan awek saya? Akhlak itukah yang Rasulullah ajar?" Cukup hanya tiga dialog perbualan yang kita bincangkan hari ini serta kita muhasabah bersama.

Secara peribadinya, penulis bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh saudaraku Abd Halim Ahmad melalui blognya berkaitan dengan dakwah yang menyatakan kita hanya selesa dengan kelompok kita dengan laras bahasa ana-enta, sempurna menutup auratnya, sentiasa menjaga ikhtiladnya dan mudah kita simpulkan bahawa kita lebih mudah untuk mendekati INSAN yang SEFITRAH dengan kita. Persoalannya BAGAIMANA dengan YANG KURANG SEMPURNA MENUTUP AURATNYA, BUTA AL-QURAN, TIDAK KENAL APA ITU SOLAT dan MASALAH BERKAITAN FARDHU AIN? Apakah kita dengan mudah menyatakan LANTAKLAH...MALAS NAK LAYAN?Renung Fikir Bersama...

Suka penulis mengajak sahabat sahabiah untuk kita sama-sama muhasabah dengan apa yang Allah pinjamkan buat kita. Firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran melalui ayat ke 19 jelas menyatakan bahawa"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai)di sisi Allah adalah ISLAM. Jadinya kita yang MUSLIM ini boleh duduk saja ke bila tengok MAKSIAT di SANA-SINI? Sedangkan Allah AMANAHkan KITA untuk BERPESAN-PESAN kepada KEBENARAN? AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR? Tapi kita di mana? Mata kita adakalanya MENJELING apabila bila melihat SITUASI yang kurang sempurna di mata kita...adakalanya kita pula melabel itu dan ini kepada golongan itu tanpa cuba mendekatinya...KITA SIBUK mencanang ke sana sini KITA NAK BERDAKWAH tetapi apa yang kita dah buat? Apa SOLUSInya apabila TENGOK KEMUNGKARAN? Kita nak ISLAH tetapi kita tak buat apa pun...kita hanya mampu CAKAP BELAKANG...jadinya? Ada pula dikalangan adik-adik di PMI menyatakan pada penulis bahawa "Akak kami CUBA nak tegur tapi kena sound...malaslah nak layan" Malas nak LAYAN jawapan dia Allahhuakhbar.Tepuk dada tanya IMAN.

Ingatlah FIRMAN ALLAH yang boleh dijadikan pencetus semangat buat kita hambanya yang kerdil dan selalu meminta agar Allah mudahkan urusan kita. Allah befirman melalui Surah Muhammad ayat 7,"Wahai orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan)dan meneguhkan tapak pendirian kamu". Firman Allah dari Surah Ali-Imran ayat 120, "Dan jika kamu sabar dan bertaqwa,(maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan." Akhir kalam, RENUNG FIKIR BERSAMA...JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH...Masih belum terlewat untuk berubah kerana PINTU TAUBAT masih TERBUKA. Andai kita hendak berdakwah untuk MENCIPTA GLAMOUR atau MENCARI KEUNTUNGAN maka ini bukan tempatnya kerana ISLAM bukan PERTARUHAN ataupun PERJUDIAN. Marilah bersama kita perbetulkan niat agar segalanya terarah kepada Redha Allah.

P/S:"kalau niat baik dan ikhlas kerana Allah, insyaAllah persepsi orang akan baik.... kalau mereka masih dengan cemuh,cerca,umpat,fitnah dll... bermaksud, mereka bukanlah dari golongan yang baik dan masih belum menerima hidayah. Hal ini kerana, hati yg bersih akan tertarik kpd perkara yg baik. hati yang kotor akan taksub kepada perkara yg kotor juga sebagai makanan hariannya....."Pesan daripada mentorku Ahmad Fedtri Yahya

Wednesday, October 19, 2011

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA

Assalamualaikum Salam Pembuka Bicara moga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah dengan izinNya pada tanggal 16/10/11 secara rasminya penulis bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kepujian). Alhamdulillah kegembiraan ini dikongsi bersama sahabat yang akrab Zharudin Narudin, Khairul Hafiz Rusli, Mohd Najib Mat Hashim, Zainatul Yushaniza Mohamed Yusoff.

Segulung Ijazah tidak menjanjikan apa-apa andai kita ini menjadi HAMBA yang EGO dan BONGKAK. Mengapa? Apalah maknanya andai KITA BERJAYA hanya menempel pada NIKMAT dan HIKMAH Allah SWT sedangkan perintahnya kita abaikan? Renung Fikir Bersama...

p/s: Mohon doa sahabat sahabiah agar dipermudahkan segalanya