THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 20, 2011

LEDAKAN TRANSFORMASI KINI BERMULA

Assalamualaikum salam satu ummah buat sekalian sahabat dan sahabiah yang sudi menjengah dan bersua muka dialam maya. Didoakan agar kalian sihat dan sentiasa memburu redha Allah di dunia dan akhirat Insyaallah. Alhamdulillah dengan kesempatan dan keizinan Allah jualah penulis berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Imam Muda 2 yang telahpun belangsung di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, JAWI pada 18 April 2011 yang lalu. Bukan sekadar memanjatkan doa kepada 10 Peserta Imam Muda musim ke-2 tetapi penulis mengharapkan lebih daripada itu. Lebih? Aik, macam mana tu? Lain macam je bunyinya?

Mengimbas sejenak Majlis Pelancaran IM2 yang penuh gilang gemilang yang diselang selikan dengan SELAWAT membesarkan junjungan besar Muhammad SAW hati penulis berasa tenang berada di sana. Hilang rasanya sakit yang dialami dan seolah-olah bertemu penawar bagi penyakit yang dihidapi. Alhamdulillah walaupun hanya seketika tetapi hati ini tenang, segala masalah lenyap di kotak fikiran dan rindu rasanya untuk ke Madinah dan Makkah. Rasanya mahu sahaja bermastautin di sana tetapi apakan daya tanggungjawab yang digalas masih belum selesai. Memang benar, bertebarlah kemana sahaja dalam usaha mengembangkan Seruan Islamiyyah namun hakikatnya MUDAH DI LAFAZ tetapi SUKAR DILAKSANA kerana kita selalu diuji dengan masalah LAIN di HATI dan MUNGKIR apabila DILAFAZ. Renung Fikir Bersama….

Membela ISLAM merupakan satu kewajipan kepada setiap MUSLIMIN tidak ketinggalan juga yang MUSLIMAH. Segala pokok persoalan dan penyelesaian bagi penghuraian permasalahan ini telah dirungkaikan dengan JELAS di dalam AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Muslim yang sejati akan terpanggil bagi membela agamanya tanpa ada agenda yang tersirat mahupun tersurat tetapi yang pasti hanya mengharap REDHA ALLAH, menjadi PENYAMBUNG MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH SAW dan memastikan tertegaknya DAULAH ISLAMIYYAH. Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya selepas ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(di syurga)” Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi. Jiwa yang bersih akan bersemangat untuk menegakkan ISLAM namun bersemangat sahaja TIDAK MENCUKUPI…Dalam melaksanakan tugas yang SUCI ini setiap daripada kita yang bergelar khalifah seharusnya memerlukan PERATURAN dan DISIPLIN. Ingatlah bahawa TANPA ILMU berkaitan PERATURAN SYARAK dan DISIPLIN pasti ada yang terbatas.

SEMANGAT itu perlu dibimbing dengan ILMU PENGETAHUAN berkaitan AL-QURAN dan AS-SUNNAH. SEMANGAT TANPA ILMU akan terSASAR dari LANDASAN. ILMU TANPA SEMANGAT akan KAKU dan LESU. Nah pilihan sudah diberi, makanya bergantung kepada kita selaku kalifah memilih bagi BERGURU DENGAN SIAPA, MEMILIH BAHAN BACAAN BERUNSUR BAGAIMANA, MEMILIH GAYA HIDUP YANG BAGAIMANA dan MEMILIH REDHA ALLAH ataupun MENGUNDANG MURKA ALLAH SWT…TEPUK DADA TANYA IMAN….Sekali lagi AYUH kita RENUNG FIKIR BERSAMA….Jesteru itu, di dalam diri SETIAP DIRI MUSLIM seharusnya dilengkapkan dengan SEMANGAT dan ILMU secara SERENTAK. Jiwa yang bertanggungjawab dan tindakan yang berperaturan perlu dibentuk. Jika tidak mungkin kita tergolong di dalam senarai MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI….Tepuk dada Tanya IMAN….

Tersenyum dibuatnya apabila mendengar perbualan antara salah seorang daripada ibu kepada peserta IM2 serta ibu penulis, “Assalamualaikum, awak sokong siapa? Anak saya yang tu?” Lalu ibu menjawab, “Saya pastinya menyokong anak angkat saya” dalam hati penulis terdetik “Memang bersifat KRONISM betul mereka ni” Bagi penulis semuanya sama sahaja, selagi mereka mendukung PANJI ISLAM, berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH, Mematuhi Syariah ISLAM seharusnya mereka di sokong dan dibantu sedaya mampu. Ini hanya pandangan penulis…mungkin kalian para pembaca mempunyai PERSPEKTIF PEMIKIRAN yang BERBEZA apapun silakan mencurah idea dan berbakti. Jangan hanya menunding kepada mereka yang tersingkir sekurang-kurangnya mereka telah melaksanakan tanggungjawab dan melakasanakan segala tugasan dengan sedaya mampu, ANDA BAGAIMANA? IM dan IM2 bagi penulis merupakan asset kepada PEMBENTUKAN DAULAH ISLAMIYYAH lebih cantik lagi andai digabung jalinkan setiap peserta yang telah menyertai AQ, AQ2,AQ3,AQ4, AQ5, IM dan IM2 dalam mencorakkan method dakwah yang lebih kontemperori yang boleh meresap masuk ke jiwa-jiwa yang ketandusan ILMU ISLAM…mana tahu, KITA HANYA BERUSAHA SEDAYA MAMPU dan MENGHARAP PETUNJUK DARI ALLAH manakala HIDAYAH datang daripada ALLAH. Jangan kita lupa juga MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA…jadi mari kita fikirkan bersama bagaimana kita ingin menarik lebih ramai MANUSIA di MALAYSIA mengamalkan AMAL ISLAMI…

Akhir kalam, MABRUK kepada 10 peserta IM2 teruskan berjuang, bersedialah untuk DIAJAR, MENGAJAR dan BELAJAR, berlapang dada serta jadilah diri anda seadanya, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Bersama kita mengorak langkah dan bertindak agar DAULAH ISLAMIYYAH akan tertegak berpaksikan ILMU bukan sekadar canangan KOSONG. Ampun maaf andai ada yang tercuit dan bergurulah dengan ULAMA’ dan AHLI….Insyaallah jumpa dan jumpa lagi selagi di izin ALLAH SWT dan dikurniakan kesihatan. Ma’assalamah…

p/s : Ya Allah kau temukanlah aku dengan pasangan yang mampu memperteguhkan langkahku dalam mencari redhaMu. Ya Allah Rabbul Izzati, aku mohon padaMu Ya Allah agar dia bersamaku di dalam apa jua keadaan dalam suka mahupun duka dalam menegakkan KALIMAH SYAHADAH yang kau amanahkan ini. Aku mohon agar dialah zaujku yang mampu mendidik, membimbing serta mengasuhku dalam mendamba syurgaMu yang hakiki. Kau kurniakanlah kami zuriat yang bakal meneruskan perjuangan SUCI ini Ya Allah. Aku mohon Ya Allah kau perkenankanlah doa hambamu ini agar menjadi zaujah yang solehah dan mampu berganding tenaga dalam membantu usaha dakwah zaujku kelak. Kepada bakal Zaujku bersabarlah…kerana aku masih lagi mencari dan mendamba CINTA HAKIKI dan aku masih lagi berteka-teki apakah kau yang terbaik buatku? Maka bersamalah kita persiapkan diri dan mempertingkatkan amalan kita agar dekat kepada Allah…Buat kalian pembacaku bersamalah kita berteka-teki siapakah bakal pelengkap hidupku kerana aku tidak mampu memberikan jawapannya sekarang kerana semuanya masih samar-samar…doakan yang terbaik buatku….

0 ulasan: