THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 20, 2011

SISA UMUR YANG BERBAKI

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, moga ceria dan senentiasa memperbaiki kelemahan diri dalam mendamba Redha serta Kasih Allah SWT, Insyaallah. Apabila berlakunya peristiwa kelahiran semuanya bergembira manakala apabila menerima berita kematian pastinya suasana yang suka akan menjadi suram dan tiada lagi kedengaran hilai tawa yang ada hanyalah sendu dan tangis insan yang meratapi pemergian insan yang disayangi. Namun persoalan yang timbul adalah UNTUK APA kita lakukan segalanya? Semasa hayatnya kita langsung tidak menghargainya mengapa apabila dia pergi meninggalkan kita baru kita terasa akan kehilangannya, kelibatnya dan sebagainya? Tepuk dada tanya iman. Sedarkah kita bahawa saban tahun UMUR kita semakin MENINGKAT? Tahukah kita bahawa SISA PERJUANGAN di BUMI ALLAH SWT semakin SINGKAT apabila umur kita beranjak ke tahun yang seterusnya? Sebenarnya kita menghampiri Jangka Tarikh Mati, namun PERSOALAN BILA, DIMANA dan BAGAIMANA PENGAKHIRAN kita segalanya RAHSIA ALLAH. Maka tugasan kita sebagai seorang yang mengaku ISLAM (Status Yang Tertera di Kad Pengenalan) haruslah melaksanakan GAYA HIDUP ISLAM, MENGAMALKAN AKHLAK ISLAMIYYAH, MENJADIKAN AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH sebagai MANUAL KEHIDUPAN, MENJAGA BATAS PERGAULAN ANTARA MUSLIMIN dan MUSLIMAT (IKHTILAD) dan PALING UTAMA melaksanakan TUGAS dan TANGGUNGJAWAB sebagai KHALIFAH. Ingat wahai sahabat, SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI. Jadi apa persiapan kita jika inginkan KESUDAHAN YANG BAIK (Khusnul Khatimah)?

Mari kita Renung Fikir daripada Surah Al-A’Raf : 34 yang bermaksud, “Dan setiap ummat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” Daripada peringatan yang Allah telah berikan apakah kita masih lagi boleh hidup bersenang lenang sambil berpeluk tubuh, ataupun menangguhkan proses taubat atas dasar USIA MASIH MUDA atau mungkin kita merasakan kita memiliki segalanya di atas TITIK PELUH SENDIRI dan segalanya boleh ditukarkan dengan WANG RINGGIT dan mungkin kita merasakan SEMUANYA MILIK KITA? Sisa usia yang berbaki harus dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan bila sudah tiba dihari perhitungan disitu kita curahkan rasa kekesalan dengan menyatakan kalimah “Andai Ku Tahu Begini Jadinya” segalanya tidak lagi bermakna kerana segala PROMOSI serta GANJARAN HEBAT yang diberikan oleh ALLAH telah luput tarikh promosinya. Jangan Terhantuk Baru Terngadah, peringatan demi peringatan,amaran demi amaran, lipatan sejarah juga telah dirakamkan di dalam Al-Quran apakah itu tidak cukup untuk dijadikan panduan? Ingatlah bahawa USIA KITA SUDAH HAMPIR SAMPAI PENGHUJUNG NYAWA, namun apa persiapan kita?

“Ya Allah, sesungguhnya usiaku makin hampir ke penghujungnya. Kau terimalah taubat hambamu ini, sesungguhnya hanya padaMu kami mohon pertolongan. Ya Allah andai kau tolak taubat hambamu ini, kemanalah hendak kami adukan kesedihan, pengharapan serta pergantungan hambamu ini. Sesungguhnya hanya padaMu kami bermohon pertolongan dan padaMu segala hikmah” Lihat bertapa kerdilnya kita disisi Allah SWT, kita ini hanya hamba yang sangat lemah dan selalu meminta-minta namun mengapa kita masih lagi EGO? Mengapa sukar untuk melafazkan Alhamdulillah apabila diberikan NIKMAT oleh Allah SWT? Mengapa kita begitu KIKIR melafazkan TERIMA KASIH kepada mereka yang banyak membantu? Lebih menyedihkan apabila kita CUKUP BERKIRA-KIRA untuk BERSEDEKAH? Bila sebut tentang SEDEKAH pastinya ramai yang memikirkan bahawa SEDEKAH memerlukan DUIT yang banyak. Mengapa SEDEKAH begitu SIGNIFIKAN dengan DUIT sedangkan banyak elemen lain juga yang mampu menjadi ASET kepada ibadah ini? Renung Fikir Bersama…

Penutup tinta mari kita sama-sama renungkan, “Masa begitu SINGKAT, namun banyak lagi perkara yang belum USAI, TANGGUNGJAWAB belum telaksana walau hanya setapak langkah di hayun, secubit KASIH masih belum terluah, kelibat SANG ABID belum teserlah.”

p/s: Aku juga merasakan hela nafas ini begitu kencang, sebak menusuk jiwa. Namun apakan daya suatu hari aku pasti akan kesana jua. Aku mengharapkan penghidupan yang baik dan pengakhiran yang baik juga agar Jannah dan Wildan menanti pasti. Aku masih mengharap dan mendamba Redha Illahi dan mengharapkan tarbiyyah daripada sebuah pengharapan dari seorang hamba yang mampu bersabar dengan dugaan dan hikmah

0 ulasan: