THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 24, 2009

Mencari Makna Kehidupan

Assalamualaikum Salam Perkenalan
Kebelakangan ini kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang lahir daripada tindak tanduk individu itu sendiri. Kekecewaan, Kesedihan, Tekanan Hidup itu adalah alasan biasa yang diutarakan bagi melepaskan diri daripada terkena serpihan tomahan masyarakat. Adakah ini yang dikatakan sebagai PEWARIS yang bakal menerajui kepimpinan?Adakah golongan ini yang kita harus pertontonkan pada generasi akan datang?TEPUK DADA TANYA IMAN nah masakan tidak kalau ditanya pada SELERA salah besarlah. Fitrah kejadian manusia selalu mengejar kesempurnaan namun tidak pernah terfikir MENCARI REDHA YANG MAHA SATU. Jangan hanya sibuk dengan urusan sendiri namun tidak ada usaha membantu orang lain. HIDUP KITA BUKAN PANJANG manapun. Kenapa terlalu lokek? Saya tinggalkan anda dengan 3 Soalan Mudah moga-moga membuatakan anda berfikir siapa anda sebenarnya. Sama-sama kita renungkan :
1. SIAPA DIRI ANDA
2. DARI MANA ANDA DATANG
3. KEMANA MATLAMAT AKHIR ANDA.
Moga perkongsian seterusnya dapat membina MINDA CEMERLANG dalam usaha MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN

0 ulasan: