THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 20, 2009

SYURGA CINTA 2009…MENDAMBA CINTA HAKIKI

Assalamualaikum…Salam pertemuan…Salam Perkongsiaan.
Syurga Cinta menjadi bahan bualan topik kali ini. 2 watak yang berbeza IRHAM dan SYUHADA yang boleh kita konklusikan sebagai CINTA SI CANTIK DAN SI HODOH…Bukan daripada fizikal yang menjadi ukuran tetapi cuma analogi kepada ketidak sekufuan 2 individu ini, memetik kepada salah satu dialog yang terkandung di dalam filem ini adalah “Manusia acap kali ingin menjadi yang sempurna di mata manusia sekeliling namun buruk di sisi Allah” frasa ini menyentap jantung penulis yang menyebabkan rasa denyut nadi terhenti seketika, ibarat terhantuk baru terngadah…menghentikan penulis daripada lena yang panjang…Wanita ibarat sesuatu yang nilaiannya tiada tolok banding sehinggakan atuk Syuhada menyatakan jadilah sesuatu yang berharga yang disimpan di dalam geluk kaca, cuma yang terbaik yang akan memperolehinya…maknanya apa? Maknanya ISLAM mengajar apa yang kita dok sibuk bincang IKHTILAD. Bayangkan wahai sahabat sampai kesitu tafsirannya…mungkin penulis bukan yang terbaik…sekadar menganalisis apa yang tersurat disebalik cerita yang pada pandangan penulis mempunyai mesej yang amat berguna…IKHTILAD bukan sekadar menjaga batasan semasa bertemu dengan mereka yang boleh dinikahi tetapi dalam konteks hari ni lebih meluas…alah yang macam dipromosikan oleh BERITA HARIAN…LEBIH TRAMPIL….MACAM TU JUGA IKHTILAD…bukan masa jumpa je kita menjaga batas…sebab kononnya nak jaga adat…bukan AKHLAK…kononnya biar perfect di mata orang keliling…macam dialog yang dinyatakan oleh Fizz Fairuz di dalam cerita ini,nak isteri yang bertudung biar elok di mata orang….tapi kalau dah sumbing dan copek sebelum halal nak buat apa?Maksud penulis jangalah alim kucing tapi fahami konsep ikhtilad ni…SMS…YM…MUKA BUKU (facebook) apa lagi…kena jaga juga ikhtiladnya…ye memang semua tak perfect tapi jagalah satu bahagian dalam tubuh manusia ni,sampai ada hadith khusus yang menerangkan bertapa pentingnya komponen ni,baik buruk manusia bersandar padanya.
Ermmm…apa alang, hadith tu apa bunyinya?Mana nak berbunyi…kita taip jer…baca elok-elok ye…ambil intipatinya…jangan kutuk belakang kata kita ni cakap lempang lempong tapi….pernah dengar hadith ni?Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” Jelas,sudah terang lagi bersuluh…IZHAR HALQI…natijahnya diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati. Untuk pengetahuan kalian semua wahai sahabat bahawasanya hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah. Jelaskan? Itu dalam ISLAM…tapi dalam SAINS semua tingkahlaku dipusatkan di OTAK…tapi bila di kaji rupanya UNITED MUSYRIKIN sembunyikan ini daripada kita…dia TIPU KITA HIDUP-HIDUP ( tapi tak sedar juga…si buta meraba dalam terang)…MALANG…beruntunglah mereka yang menggunakan MATI HATI yang mendorong kepada cinta hakiki. Tengok tu…IKHTILAD ni masa kita dok layan jiwang tu macam-macam maksiat dok bersarang…eh memang kita tak jemput tapi dapat reward…bak kata orang kampong, kau tak nak tapi aku nak bagi...dah tu bila jadi yang pelik-pelik semua salahkan PEREMPUAN…yang PEREMPUAN salahkan LELAKI…akhirnya? Nun, penuhlah TANDAS…MASJID…LONGKANG dok menadah WAJAH SUCI yang tak berdosa akibat keterlanjuran MANUSIA yang PERFECT di mata HAMBA…tapi HINA di sisi ALLAH.
Irham yang sebelum ini mudah kita gambarkan sebagai seorang yang kurang faham tentang ISLAM (ISLAM KETURUNAN) akhirnya terlorong mempelajari ISLAM bukan kerana PEREMPUAN tetapi ingin memahami sebenar-benar ISLAM. Menundukkan EGO SEORANG LELAKI demi mempelajari apa yang dikatakan ISLAM dengan seorang PEREMPUAN yang sentiasa bermunajat agar dikurniakan seorang LELAKI YANG MAMPU MEMBIMBINGNYA. Jelas, tiada system KASTA di dalam ISLAM…semuanya bersifat perkongsiaan, menambah baik, saling melengkapi antara setiap kejadiaan. Bukan menimbulkan ketidakseimbangan gander tapi tengok, kaji dan fahami setiap kejadiaan…ALLAH dah susun CANTIK…Lelaki dan Perempuan mempunyai corak berfikir yang berbeza, tetapi bila diharmonikan mampu menjadi RIMA yang menenteramkan JIWA…barulah tak bergesel bila dah berumah tangga…mana taknya masa BERCINTA semuanya WANGI…BETUL…SUPER tapi bila dah kahwin semua tak kena…ada je yang tempang…cakap sikit pinggan terbang…pelampang melayang…yelah semua dah dapat sebelum kahwin…jadi rumah tangga jadi hambar ( Perghhhhhhhh…DR.CINTA pula…KAUNSELOR RUMAH TANGGA…PEGUAM SYARIAH…arghhhh mana-manalah)
Unik kejadian ALAM ni…Iqmal seorang anak kecil yang mampu menjadi IKON…tengok sahaja plot wataknya yang menggambarkan anak-anak kita nanti lagi bijak…sebab apa?Sebab mereka lebih terdedah dengan persekitaran yang lebih canggih…bayangkan anak buah penulis yang berumur 3 tahun pun pandai berhujah pasal hukum alam pelbagai persoalan yang dilontarkan, adakalanya terkedu seketika…tu baru anak buah…insyaallah kalau anak sendiri(lu pikirlah bro)…tu yang sampai sekarang masih single sekadar mampu berusaha dan bertawakal moga dijodohkan dengan seorang yang mampu menyejukkan hati…penenang jiwa…pembimbing…doakan yang terbaik untuk penulis. Bijaknya si Iqmal ni pemikiran dia sangat matang dan seorang yang bagi penulis anak yang independent dan self driven…Berlapang dada untuk BELAJAR..DI AJAR dan MENGAJAR….pencetus titik tolak motivasi, I’m only 8 years old Abg Am…kagum penulis dengan watak Iqmal.
Watak Mak dan Ayah Irham yang mencampur adukkan Haq dan Batil…ini calture di Malaysia…tidak keterlaluan rasanya kerana apa…kita sentiasa memandang enteng tentang isu ini. Ibadah dianggap kerja-kerja amal. Gambaran watak ini, pasangan hartawan yang suka ke CLUB…MABUK…BERZINA…BERPOYA-POYA boleh menebus dosanya dengan sedekah jariah dan menjaga anak yatim…CONFIRM TAK MASUK NERAKA ( kata Mustafa Kamal dalam dialognya…terperanjat penulis dengar) amboi mudahnya…HAQ dan BATIL ni ibarat AIR dan MINYAK…tak mungkin akan bercampur…Dari mana sumber pendapatan tu…semuanya jadi darah daging…YA ALLAH….kalau Allah turunkan bala bukan kena kat yang jahat je…yang baik yang atas pagar sekali kena balun tau. Jangan dok happy sangat…SEMUA DAPAT SAHAM HASIL DARIPADA KEBODOHAN SESETENGAH INDIVIDU YANG MENGANGGAP ISLAM SEBAGAI DOUBLE STANDARD…MASALAH…PITAM dibuatnya… Nak buat macam mana ni? Takkan kita dok pikir masalah tapi tiada penyelesaian?kita tak nak menyumbang ke? Amal Ma’ruf je tak jadi…Nahi Mungkar pun kena juga…WASATIAH…ISTIQOMAH(pesan sahabat penulis….katanya biar sikit tapi ada perubahan)…Ini tidak, mula pun tidak tapi sibuk perlekeh orang,perlekeh JEMAAH,perlekeh GERAKAN…bila KHULAFAK Ar-RASHIDIN nak tertegak? Penulis menasihatkan diri sendiri(SEDAR DIRI…BIAR JADI TAK FAHAM BAHASA semata-mata nak sedarkan orang yang berlagak bagus dan PANDAI tapi BIASA JE(IKLAN RIBENA RAYA)...
Susah kat MALAYSIA ni kita nak jumpa SEBUAH FILEM yang nak cerita tentang ISLAM…daripada ZAMAN GELAP kepada ZAMAN TERANG…MENDAMBAKAN CINTA HAKIKI…Apa yang PENTING? Ini RAHSIANYA SEBAGAI SEORANG ISLAM, D.U.I.T = DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL…TAPI JANGAN BERDOA INGAT ALLAH BILA SUSAH JE PULA….
Muhasabah buat diri yang adakalanya tersasar dari titik pusat kehidupan sebagai seorang hamba.

0 ulasan: