THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 5, 2012

ISTANA CINTA

Assalamualaikum moga dipermudahkan segala urusan. Didoakan agar kita bersama berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dinaungi lembayung rahmatnya. "ISTANA CINTA" apa yang terlintas difikiran anda? Ada yang menyatakan pada saya apabila ditanya secara spontan:

1. Mahligai Bahagia setelah disatukan
2. Tempat teratas dalam meluahkan CINTA
3. Tempat berlindung

ermmm...mungkin boleh diterima namun bukan itu yang hendak diterjemahkan melalui penulisan saya pada kali ini. TAK SALAH...HARUS BETUL...

"CINTA" ungkapan yang cukup ABSTRAK untuk diterjemahkan melalui kata-kata...
"CINTA" juga mampu disalah ertikan oleh mereka yang gagal menilai apa itu CINTA
"CINTA" adakalanya membuatkan kita begitu teruja dan mungkin sirna...
"CINTA" adalah segala-galanya
"CINTA" punya kuasa tarikan tersendiri...
Bagaimana hendak meluahkan rasa "CINTA kepada RASULULLAH SAW"?
Apakah hanya bergema TIKA RABIULAWWAL tiba?
Mungkinkah KITA berjaya membalas CINTA yang diberikan oleh Rasulullah SAW?
Segalanya hanya MUNGKIN dan MUNGKIN dan MUNGKIN...Realitinya?

Saya melontarkan beberapa persoalan agar bersama kita bermuhasabah, bermujahadah bagi menjadi hamba serta ummat yang benar-benar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan Insyaallah...Boleh semua? Insyaallah KITA BUAT KITA DAPAT...INSYAALLAH....Sahabat Sahabiah sekalian JOM kita baca serta hayati sama-sama apa yang ingin disampaikan melalui penulisan ISTANA CINTA

Redup mata merenung ke arah lautan pasir nan meluas. Nun kelihatan di sana dua buah bukit yang memayungi sebuah lembah yang subur. Baginda Rasulullah SAW melihat suatu peluang yang tampaknya cerah. Mungkin inilah saat yang sentiasa dinanti-nantikan oleh Srikandi Islam. Barangkali destinasi ini bakal mengurai seksaan yang tidak pernah kunjung lepas dari pundak muslimin. Kaum Quraisy makin mengganas dan makin liar dalam usaha menghancurkan Dinullah. Agama Allah ini perlu diselamatkan. Jalannya, hanya satu, langkah hijrah perlu diatur. Hendak diperangi, bilangan masih sedikit. Hendak kata tidak berani, ramai sudah puak muslimin yang siapsiaga menghayun senjata. Namun, perintah Allah tetap dijunjung agung. Rasul ditaati sepenuhnya. Mungkin ini belum masanya lagi. Di kala bulan Syawal, langkah kaki dihayun menuju ke bumi Taif, ditemani Zaid Bin Harithah. Kedua-duanya berjalan dengan hati yang penuh pengharapan. Tidak alpa kepada peluang yang ada, baginda menyeru kabilah yang disinggahi dan dilewati dalam perjalan ke Taif. Namun, tiada yang menyambut baik seruan baginda. Semuanya ditolak mentah-mentah. Ini tidak melunturkan semangat baginda, malah memarakkan semangat untuk terus melangkah ke arah tempat yang ingin dituju.

Setibanya baginda di sana, baginda mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan bani Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas’ud dan Habib, putera-putera kepada Umair al-Thaqafi. Baginda didatangi dengan persoalan yang bertubi-tubi tanpa sempat memberikan jawapan lengkap bagi setiap persoalan. Pinta lelaki pertama,

“Jika benar Allah telah mengutuskan Engkau…”

soalan itu telah dipintas oleh lelaki kedua,

“Demi Allah! Saya tidak akan berbicara dengan engkau kerana engkau adalah Rasul dari Allah sebagaimana yang engkau dakwakan. Kalau saya mendustakan engkau beerti saya mengundang bala’ dari Allah. Tetapi sekiranya engkau seorang pendusta, saya tidak layak untuk berbicara dengan seorang pendusta.”

dan lelaki terakhir menuturkan,
“Apakah Allah tidak menjumpai orang lain selain dari engkau untuk diutuskan sebagai Rasul kepada manusia?”

Walaupun Nabi SAW dihina, diherdik,dicerca, dikeji dan seumpamanya, baginda masih lagi boleh tersenyum dan membalas segala persoalan dengan penuh hikmah.

“Jika tuan-tuan tidak sudi menerima kedatangan saya ke sini tidak mengapa. Tetapi janganlah dengan kedatangan saya kemari ini tuan-tuan hebahkan pula kepada seluruh penduduk di kota ini dan juga kepada Kaum Quraisy di Mekah.”

Selama 10 hari lamanya baginda mengajak penduduk Taif untuk memeluk Islam. Hasilnya memang menghampakan. Tiada seorang pembesar pun yang berjaya disuntik nafas dakwah, sebaliknya mereka memperguna golongan yang lemah, hamba-hamba dan orang yang kurang akalnya untuk memaki hamun Rasulullah. Golongan pembesar turut menghalau Rasulullah dengan kasar apabila baginda berusaha mendekati mereka: “Ayuh, nyahlah kau dari bumi ini.” Betapa peritnya kata-kata yang diungkapkan tetapi bukan hanya cemuhan, hinaan atau pekikan lolongan yang kasar dan kesat. Baginda dihina dengan begitu tragik di mana golongan yang diperalatkan tadi diperintah untuk berbaris di sepanjang jalan keluar Taif dengan arahan untuk menghujani baginda dengan batu-batu. Batu-batu, kelikir dan pasir dilontarkan kearah kaki, tumit serta betis. Lontaran demi lontaran yang ditujukan disertai dengan maki hamun sehingga Zaid membentengkan badannya untuk melindungi Rasulullah, namun baginda merana luka yang teruk sehingga darah melumuri kasut baginda. Walaupun pakaian mulai kotor , betis dan tumit berlumuran darah namun hujanan batu masih tetap belum berhenti sehinggalah baginda berjaya berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabi’ah yang jaraknya 3 batu dari Taif. Setelah berlindung di situ, akhirnya golongan budak nakal dan hamba tadi berpatah balik.

Baginda akhirnya bersandar di bawah pohon anggur dan memanjat munajat kepada Allah. Tertera rasa duka baginda dan rasa kesal kerana tiada siapa yang menyahut seruan dakwahnya,

“Wahai Tuhanku! Kepadamu aku mengadu kelemahan diriku, lemahnya kekuatanku, kecilnya ikhtiar dan dayaku di dalam menghadapi manusia. Wahai Tuhan yang Maha Penyayang, engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah. Engkaulah tuhanku, kepada siapakah engkau mahu serahkan diriku? Kepada orang jauh yang akan mensia-siakanku?Atau kepada musuh yang akan engkau serahkan nasibku?Kalau sekiranya engkau tidak marah kepadaku, tentu aku tidak akan pedulikan lagi. Tetapi kemaafan lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya wajah engkau yang menerangi sekalian kegelapan. Yang akan menjadi baik segala urusan dunia dan akhirat daripada turun atasku kemurkaan dan kemarahan engkau. Engkau yang mempunyai keredhaan, segala kepujian hanya bagi engkau sehingga segalanya dalam redhaMu dan tiada daya dan upaya melainkan bagi engkau wahai Allah.”

Mendengar rintihan kekasihnya, lalu Allah SWT memerintahkan seorang malaikat penjaga gunung pergi menghadap nabi dan meminta kebenaran daripada baginda SAW untuk menimpakan sebuah bukit di Taif ke atas Kaum Thaqif yang menghina jejak perjuangan baginda. Lantas Baginda SAW bersabda,

“Janganlah membinasakan mereka itu. Sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui. Apa yang aku harapkan ialah suatu hari nanti akan lahir dari Sulbi mereka itu anak-anak yang akan menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun.”

Lihat bertapa Rasulullah menyintai ummatnya. Andai kita mengalami situasi sebegini agaknya apa kita nak buat ya? Muhasabah kita bersama...Renung Fikir Buat Diri Yang Tidak Punya Apa....

MODE: Bersama kita berusaha untuk menjadi UMMAT Rasulullah SAW yang terbaik agar mampu kita bertemu dengannya...Salam Maulidur Rasul 1433H...Sollu Ala' Nabi

0 ulasan: