THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 12, 2011

“SEBAR BIAK? ADA KE ISTILAH TU…”

Assalamualaikum Salam Satu Ummah buat semua sahabat sahabiah yang senentiasa terbayang di kotak pemikiran. Alhamdulillah kita hampir menghabiskan Fasa Pertama di Madrasah Ramadhan. Harapannya agar kita terus bersemangat, bersabar serta menambahbaikkan nilai positif di dalam diri Insyaallah. Bersama kita doakan agar berada di landasan yang benar serta bernaung di dalam RahmatNya.

Teringat tentang persoalan seorang sahabat yang baru penulis kenali, Saudara Ardi Herman Mohd Mardzi. Mungkin di luar sana menyatakan “Eleh kawan dengan lelaki aje ko ni, gatal!” Saya minta jasa baik kalian agar jangan terus memfitnah ataupun bersangka buruk kepada saya. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk menjadi sahabat saya dalam apa keadaan sekalipun. Mungkin saya bukan yang terbaik mahupun sempurna buat kalian, namun kehadiran saya adalah sebagai seorang musafir yang ingin berkelana mencari ilmu serta RedhaNya akhirnya menyediakan medium yang sesuai agar mampu saya berkongsi dengan kalian semua. Saya tahu anda semua insan hebat namun jangan LUPA serta EGO, INGAT kita masih lagi di bawah kekuasaan ALLAH SWT. Jadi, ALLAH MAHA BERKUASA MENTADBIR SEGALA…Renung Fikir Bersama…

Berbalik kepada persoalan pokok kita tentang persoalan yang diutarakan olah saudara Ardi Herman kepada saya, “Sebar biak? Baru first time saya dengar istilah itu. Sebelum ni saya selalau dengar orang sebut gabung jalin dan sebar luas. Tapi tadi awak sebut sebar biak…erm unik” Ardi Herman menutup bicaranya dan saya meninggalkannya tanpa memberikan penjelasan berkaitan istilah yang saya gunakan, reaksi yang mampu saya berikan adalah melemparkan senyuman dan mengharapkan Ardi Herman menganalisis frasa yang digunakan Insyaallah.

SEBAR BIAK mungkin itu adalah frasa yang saya cipta sendiri bagi menggambarkan peranan seorang pendakwah dalam merencanakan gerak kerja dakwahnya. Sekali lagi saya ingatkan ini hanyalah ISTILAH yang dicipta untuk menggambarkan bertapa pentingnya peranan kita sebagai KHALIFAH dalam menjadi mata rantai penerus perjuangan RASULULLAH S.A.W. Akhirnya, Allah memberikan kekuatan dan ilham buat saya untuk memberikan jawapan kepada Ardi Herman Mohd Mardzi menerusi alam maya Insyaallah. Peringatan seterusnya, ISTILAH ini diterjemah melalui pengamatan serta penelitian yang saya lakukan menurut kaca mata saya sendiri. Andai ada yang terguris maaf seadanya. Mungkin disitu kelemahan saya dalam meraikan seluruh pandangan dan adakalanya tidak seperti yang direalisasikan.

Sebar luas menurut saya adalah perbuatan yang menjurus kearah menyebarkan maklumat ataupun apa sahaja bahan menggunakan method yang sesuai agar diketahui umum. Manakala SEBAR BIAK bagi saya ianya mencerminkan suatu proses menyediakan generasi pelapis disamping menyebarkan maklumat, mesej, pengajaran serta perkongsian dipentas yang lebih terbuka dan akhirnya melahirkan suasana berlapang dada dan sentiasa meraikan semua pendapat. Bukan bermakna kita membiarkan sesiapa sahaja menindas kita dan kita hanya bersetuju dengan segala apa yang diberikan atau bahasa mudahnya SPOON FEEDING atau digula-gulakan. Matlamat utama penggunaan SEBAR BIAK didalam konteks saya adalah agar kita sebagai seorang MUSLIM sedar akan tanggungjawab sebenar kita diutuskan dimuka bumi. Bukan sekadar lembaran sejarah tentang apa yang telah berlaku pada ADAM A.S dan SITI HAWA namun mesejnya lebih daripada itu. Ya, memang FITRAH MANUSIA yang GEMAR menghukum insan lain yang dirasakan canggung perbuatannya atau mungkin kita katakana sebagai segala tindak-tanduknya tidak serasi dengan kita ataupun ASOBIYYAH telah menjalar kesegenap denai saraf kita yang pengakhirannya kita merasakan kitalah milik segalanya. Ingat JANGAN TERLALU EGO dan akhirnya menyeret anda kelembah KEKUFURAN.

SEBAR merupakan perbuatan memperluaskan, melangkau sempadan apa lagi yang menggambarkan frasa itu. Jelas di dalam konteks dakwah kita ketahui bahawa itu merupakan misi para Rasul yang telah diutus oleh ALLAH SWT. Firman Allah di dalam Surah Fussilat Ayat ke 33 yang bermaksud “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam.” Kalimah ini merupakan kata peransang atau kaedah memotivasikan UMAT ISLAM agar terus menyebarkan dakwah. Ini telah diriwayatkan oleh Abdul Razzaaq dari Ma’moor dari Hassan Al-Basree R.A menyatakan bahawa golongan inilah yang dicintai oleh Allah menjadi wali Allah, merupakan golongan elit di sisi Allah SWT serta yang paling dicintai Allah daripada semua manusia di muka bumi. Fokus utama dalam melaksanakan dakwah adalah untuk membawa manusia keluar daripada kegelapan dan akhirnya bertemu cahaya keimanan yang sebenarnya.“Eh, tu bukan kerja kitalah, ko bukan ustazah…ko banyak masa sangat ke? Ko ke yang bagi hidayah?” Jawapannya ada tersirat di dalam Surah Al-Baqarah Ayat ke 257 yang bermaksud “Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. Ia menegeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)” Jadi persolannya MENGAPA KITA HARUS RAGU DENGAN JANJI ALLAH SWT? TEPUK DADA TANYA IMAN…

BIAK adalah proses memperluaskan sesuatu melalui benih. Secara logiknya jika tidak ada induk mahupun tidak berlaku sebarang proses biologi mana mungkin proses pembiakan berlaku. Begitu juga dengan berdakwah. Menurut perspektif pemikiran saya, saya merasakan proses mendidik, mengasuh serta mengajar TUNAS MUDA adalah suatu langkah bijak bagi melahirkan generasi pelapis. Maka melalui proses SEBAR BIAK kita mampu bersiap siaga dalam menyediakan modal insan yang berkredebiliti membangun ummah.

Akhir kalam, hanya itu yang mampu diterjemahkan daripada istilah yang telah saya ciptakan. Moga jawapan itu sedikit sebanyak menghuraikan persoalan yang diutarakan oleh sahabatku Ardi Herman Mohd Mardzi. Insyaallah jumpa lagi. Jazakallah Jaza’.

p/s:
Maaf seadanya andai tidak serasi dengan apa yang diimiginasi. Tegurlah andai
berlaku kelancangan di dalam bidang penulisan.

0 ulasan: