THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 28, 2011

1 Syawal…Mungkinkah Akan….


Assalamualaikum Salam Satu Ummah. Moga Sihat seadanya. Mungkin dikala ini Umat Islam sibuk menghitung hari menanti datangnya Syawal. Kebarangkalian masih ada lagi HAMBA ALLAH yang mengharap LAILATUL QADAR. Tepuk Dada Tanya Iman di mana kondisi kita…

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi mereka yang berjaya bergraduasi di Universiti Ramadhan, CEMERLANG dalam konteks PESTA IBADAH bukannya PESTA JUADAH. Bagi penulis secara peribadinya, bermula 27 Ramadhan hinggalah 1 Syawal merupakan detik-detik yang amat menggusarkan, menyedihkan, memilukan dan terasa diri ini terpinggir. Manakan tidak berpisah dengan Ramadhan membuatkan penulis berasa , “Mungkinkah ada Ramadhan lagi bagi ku?” Mungkin bagi sanak saudara yang lain 1 Syawal merupakan titik pertemuan dan bermulanya REUNION bagi seluruh kaum kerabat. Namun bagi penulis 1 Syawal membuatkan penulis sentiasa menghitung, menanti dan mengharap jawapan yang pasti. Tidak cukup dengan keadaan keluarga yang tidak sempurna implikasi perceraian kedua ibu dan ayah menyebabkan penulis mengharap agar dapat bertemu dengan insan yang digelar AYAH KANDUNG yang senentiasa di nanti kunjungannya namun HAMPA…27 tahun penantian disapa khabar duka.

Tersisih di kelompok keluarga sendiri dek kekurangan diri, kurang serba-serbi hasil nilaian mata yang menghukum. “Kau tak cantik, gemuk, tak kerja, malas, tak ada gunanya …..” panjang hujahnya yang adakalanya menyebabkan penulis berasa asing di kelompok sendiri. Yang lebih mengerikan, “Dah ada yang istimewa? Bila nak nikah? Tak laku ke? Jangan memilih sangat kau pun bukan bagus sangat…Nak kahwin ke? Market ke?” Ini yang harus ditelan setiap kali menjelang Syawal dan 11 bulan seterusnya. Tapi mengapa aku? Mungkin coretan kali ini bersifat luahan yang lama membungkam. Apapun buat mereka yang bakal bergraduasi di Syawal, Eid Mubarak, Kullu’am Wa Antum Bikhair.Taqabalallahu Minna Wa Minkum…Jazakallah Jaza’…

p/s: Mungkin aku bukan yang terbaik buat kalian di dunia ini…Mungkin disebabkan itu aku selalu disisihkan. Ampun Maaf Seadanya kerana Aku Bukan Yang Terbaik dan mungkin aku juga BUKAN TERCIPTA UNTUK KALIAN….

0 ulasan: