THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 19, 2011

Ma’ahad Tarbiyyah Ramadhan…Menuju Jalan Taqwa

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, Satu Akidah Satu Ummah. Moga terus berjuang bagi memperoleh keputusan Jayyid Jiddan di Madrasah Ramadhan kerana Ramadhan Satu Perjuangan. “Apa? Perjuangan? Kena angkat senjata ke? Allah macam Badar Al-Qubra pula” celah seorang hamba yang terdengar sayup suaranya menerpa ke cuping telingaku. Aku hanya mampu senyum dan membalas, “Sabar, tenang, bagi saya huraikan apa yang ada dibenak fikiran ini. Insyaallah selepas selesai kupasan topic ini, Insyaallah kita akan buka sesi perkongsian ilmu. Boleh? Insyaallah Terima Kasih.” Hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” Nampak ringkas tapi sarat dengan mesej-mesej penting buat kita yang tanpa kita sedar kita telah menjalani Kuliah di Madrasah Ramadhan pengkhususan Ibadah Puasa kurang lebih 17 hari. Alhamdulillah.

Sedar ataupun tidak, sebenarnya kita telah, bakal dan akan melalui beberapa fasa penting di Madrasah Ramadhan sebelum bergraduasi di Dewan Dektar Syawal? Erm, tak perasan? Mari sama-sama kita check dan balance kembali. Muhasabah dan koreksi diri kita agar Ibadah Puasa ini dilaksanakan semata-mata kerana Allah bukannya sebagai Pesta Makanan ataupun Trend. Ayuh sahabat sahabiah sekalian, kita mulakan kembara ilmu melalui kapsul masa yang telah dikawal selia oleh system.

Sedar atau tidak sebenarnya kita telahpun melalui Minggu Orientasi di Bulan Syaaban sebelum berjaya meneruskan sesi akademik di lembaran Ramadhan kini? Tak percaya? Renung Fikir apa yang telah dilaporkan oleh Usamah Bin Zaid. Beliau berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sunat di dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Syaaban. Lalu Rasulullah berkata: Bulan ini adalah bulan yang sering diabaikan oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan dimana amalan diangkat mengadap Allah. Aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa.”(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan Nasaie). “Assalamualaikum maaf mencelah, kenapa perlu ada minggu orientasi pula? Puasa jelah…” betah seorang insan yang mendesak untuk segera mendapat jawapan. Begini ya Puan, analogi yang mudah untuk kita adaptasi. Sebagai contoh Puan baru sahaja pindah ke sebuah kawasan perumahan. Adakah Puan telah tahu semua tentang tempat itu? Puan kenal seluruh tetangga? Puan tahu siapa qariah masjidnya? Berapa ramai Imam, Bilal dan Siaknya? Adakah Puan tahu tentang bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal baru Puan? Saya yakin jawapan Puan adalah “Manalah nak tau, kita baru jejak.” Betulkan? Jadi begitu jugalah dengan Komposisi Sistem Manusia. Bulan Syaaban dijadikan medium untuk kita mempersiapkan diri, memperkasakan amalan yang ada seterusnya menambahbaik nilaian diri sebelum kita berjaya digelar Hamba Super. Ok, Puan? Boleh Insyaallah. Opsss…jangan salah faham bukan kita kata baki 10 bulan yang lain kita duk rehat, buat mungkar atau sebagainya…tidak…jangan salah tafsir. Setiap detik yang masih berbaki yang Allah pinjamkan kepada kita seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya agar apa…AGAR KITA SENENTIASA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMATNYA DALAM MENGEJAR REDHANYA DUNIA DAN AKHIRAT…jelas? Insyaallah Selesai bahagian pertama. Kita teruskan pengembaraan kita untuk FASA KEDUA iaitu MINGGU PENGAJIAN.

“Chu, pengajian pa dia lagi nih? Mak Tok tua dah ni. Nak blajaq pun tak brapa nak masuk la chu?” Sedar atau tidak sebenarnya HAYAT yang dipinjamkan ALLAH ini adalah tempoh PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT kita? Orang kampung saya kata “Long Life Learning” Perasan daq? Kalau tak la ni sapa yang terbaca mungkin akan terasa sedikit jentikan yang mampu menggerakkan seluruh denai sarai agar kembali aktif dan akhirnya menjana kekuatan untuk akal terus memproses maklumat Insyaallah.

Biasalah bila SESI AKADEMIK BERMULA pastinya akan ada SUBJEK TERAS dan SUBJEK ELEKTIF. Samalah kondisinya dengan meneruskan pengajian di Madrasah Ramadhan. Tahukah anda bahawa menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit FAJAR SIDDIQ hingga TERBENAM MATAHARI merupakan SUBJEK TERAS di Aliran Ibadah Puasa? Bukan sekadar terhenti di perut sahaja sebaliknya seluruh anggota fizikal kita seperti mata, tangan, lidah, kaki, hati dan sewaktu dengannya juga berpuasa. Itu barulah menepati konteks MENAHAN DIRI. Mudahnya kalau kita inginkan Anugerah Hamba Cemerlang di sisi ALLAH SWT kenalah bersungguh-sungguh barulah layak meneyelusuri masuk ke dalam pintu Ar-Rayyan menuju ke Syurga. Jom sama-sama kita usaha untuk mendapat GANJARAN SYURGA ALLAH. Insyaallah mulai hari ini kita orak langkah seiring wahai semua yang saya sayang. Anda bukan seorang tetapi anda ada saya dan semua yang menyayangi anda. La Tahzan.

Sedar atau tidak di Madrasah Ramadhan ini ada banyak SUBJEK ELEKTIF yang di tawarkan. Setiap semester pengajian ada ditawarkan malahan tenaga pengajarnya juga bertambah. “Eh, kau biar betul? Jangan banyak main tau!” Eh betul saya tak tipu. SOLAT TARAWIKH, BERSAHUR serta MELEWATKAN Sahur, Memperbanyakkan SEDEKAH, TADARUS AL-QURAN, Menjamu orang berbuka puasa, IKTIKAF pada 10 malam terakhir dan BERBUKA PUASA dengan RUTAB, TAMAR, AIR. Itulah SUBJEK ELEKTIF bagi Aliran Ibadah Puasa. Banyakkan? Kenapa kita tak rebut peluang sebegini? Extra Baganza, Mega Sale Allahuakhbar banyaknya NIKMAT yang Allah KURNIAKAN tapi kita? Renung Fikir Bersama…terus melaksanakan anjakan paradigma menuju mahmudah. Kita doa sama-sama agar taubat serta munajat kita diterima. Sebelum bergraduasi, Allah telah sediakan Anugerah Khas buat seluruh hambanya. Apa dia? Lailatul Qadar “Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan” Maka intailah Lailatul Qadar di SEPULUH MALAM TERAKHIR. Insyaallah kita sama-sama usaha untuk hidupkan Ramadhan ya sahabat sahabiah, agar sama-sama kita bertemu di Jannah. Tapi INGAT! JANGAN CUBA-CUBA melanggar PERATURAN yang DILARANG di Madrasah Ramadhan ya! Apa dia? PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA dan segala yang DILARANG sepanjang RAMADHAN. Buat masa ni masih bertenaga untuk melangkah ke fasa terakhir? Ayuh sahabat sahabiah, Aiwahhh!!!

Selepas berjaya menamatkan TRIMESTER PENGAJIAN maka pastinya kita akan bergraduasi di SYAWAL. Tapi soalannya SEMPATKAH KITA JUMPA RAMADHAN AKAN DATANG? Pesan saya buat diri ini juga dan sahabat sahabiah, BUATLAH yang TERBAIK agar apabila kita pulang di NEGARA ABADI dengan bekalan AMALAN yang mencukupi dan dapat berteduh dibawah lembayung sayap malaikat serta mendapat tiket Syafaat Rasulullah. Akhirkalam, TERUSKAN DOA, USAHA, IKHTIAT dan TAWAKAL agar kita senentiasa ditunjukkan JALAN YANG LURUS dan BENAR. Insyaallah sampai jumpa lagi. Terima Kasih Sayang….

p/s : Ya Allah, aku mohon padamu kau berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menyusuri denai kehidupan ini dengan ketenangan, memperoleh keredhaanMu akhirnya menjadi hambaMu yang taat pada seluruh perintahMu. Ya Allah sampaikanlah pada dia yang ku cinta agar terus bersabar menanti saat bertautnya dua kasih. Kerana aku sendiri tidak mengetahui siapakah pemilik hati ini. Moga kau temukan hambamu ini dengan seseorang yang meletakkan cintanya yang UTAMA kepada Mu Ya Allah dan RasulMu. Ameen…Moga dipermudahkan segalanya. Ramadhan Kareem…Jazakallah…

0 ulasan: