THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 6, 2009

DI MANA SILAPNYA...AURAT WANITA

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari
ini ?. Jawabnya seperti berikut

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber?T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah
kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan
nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ?menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan
jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat
sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang
leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis
sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup
rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah
dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG
TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai
untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ?juyub' kata jama'
(bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka,
tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan
bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat
yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan
dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan
perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias
dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti
wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian,
perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan
supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-
nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang
terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat
tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam
menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru,
harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga
kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan.
Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin
Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain
menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan
demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan
adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari
pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di
jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan
cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang
untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini
semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak
boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan
sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik
perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-
sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu
sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan
banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau
perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat
dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan
perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara
sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-
perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya:
perhiasan telinga (anting-anting) , perhiasan rambut (sanggul);
perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan
perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh
dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka
dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam
mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis
sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang
dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat
yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah
s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-
perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada
perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh
masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau
syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan
pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak
berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang,
karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit
tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal
Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

?Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai
kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk
unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang
terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk
dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon
kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja
di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti
Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang
sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan
mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh
(cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan
ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan
hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan
ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada
wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan
dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal
Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil
menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith /font>

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar
panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-?Uqayli, Dar Qutni dari
Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang
wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan
Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan
wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar.
Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di
atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no
1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita
yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik
kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu
Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat
tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan
lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai
buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas
pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang
memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang.
Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan
dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu
ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-
perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh
harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu
aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam
katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu
dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana,
dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain
seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri
akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga
dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini
sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari
firman Allah ertinya

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk
menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu
auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan
wanita untuk menutup aurat adalah /font>

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh
menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa
sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru
barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia
menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup
kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan
firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah
SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar
dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga
adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : «
Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda
ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat
memerhati bagaimana ?trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat
hari ini pasti meletakkan ?dress code' tertentu bagi kakitangannya
dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas
bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh,
kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah
Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan
kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua
menjaga ?standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak
beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional
pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut
kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam
tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam
tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru,
sudah tentu ?standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak
membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang
sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka
kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan
hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik
amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap
mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang
sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian
seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina,
khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat
benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai
di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ?advance' hujahnya
lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan
harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat
Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang
sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya
digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ?game'
semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih
tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak
cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ?game' boss,
tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?.
Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik
dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut
neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-
mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda
ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging,
yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk,
buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat
Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang
boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya.
Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang
diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan
luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus
ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang
ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya
bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk
sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu
apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ?that cover
is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa
kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian
kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah
memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja.
Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil
hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam
berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal
menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-
lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan
membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan.
Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah
tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati
begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap
lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia
memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu
dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki
yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi
hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi
SAW

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke
atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit
kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu
mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki
melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa
tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang
sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan
hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah
mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang
berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa
Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar.
Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

0 ulasan: