THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 2, 2009

JANGAN CEPAT MELATAH WAHAI UKHTI

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

Islam sangat cermat dalam sebarang usaha dakwah. Jelas pada Ayat tersebut Allah S.W.T telah menekankan perihal mustahaknya perkara hikmah itu didahului oleh para da’i. Dakwah wajib membawa roh bimbingan dengan memberikan pelajaran dan pengajaran yang baik. Jika perlu berbantah-bantah sekalipun kerana ada perselisihan pendapat maka ia hendaklah dipilih dalam kaedah yang terbaik. Ayat ini seterusnya mengingatkan kita tentang tidak siapa yang tahu siapa yang tersesat atau yang mendapat petunjuk selain daripada Allah S.W.T. Demikian, betapa cermatnya Islam dalam memerlihara adab dan akhlak sewaktu berkomunikasi ketika berdakwah.

MARILAH KITA MERENUNG BERSAMA DENGAN BEBERAPA PERSOALAN YANG CUBA MERUNGKAIAKAN PERMASALAHAN YANG MEMBUNGKAM DI BENAK AKAL MANUSIA:

1) “Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia mengerjakan solat.”

2) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang (iaitu Rasulullah S.A.W. itu berada diatas kebenaran atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah)?

3) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya.”

(Surah Al-Alaq : Ayat 9 – 14).

Kesemua persoalan ini memulakan pertanyaan “bagaimana pendapatmu” sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membangkang Rasulullah S.A.W. Semua ini membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya bermusyawarah, berwacana, berbincang dan berforum. Semuanya ini adalah untuk mengembangkan fitrah manusia untuk bersoal jawab. Proses inilah yang melahirkan daya intelektualisme dan dinamisme dalam kehidupan intelektual rakyat seluruhnya.

MAKANYA?TEPUK DADA TANYA IMAN....

0 ulasan: