THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 6, 2009

TANGISAN SEORANG DAI'E

Ya Allah, meraung jiwa ini, menangis hati ini bila melihat
kemungkaran menjadi sanjungan. Urusan dengan Tuhan diketepikan.
Perintah dan larangan Tuhan diringan-ringankan malahan
dikesampingkan. Dunia menjadi utama. Nafsu menjadi raja. Perkara
yang melalaikan tak terkira banyaknya. Ini berlaku. sungguh inilah
realiti kita.

Allah Ta'ala berfirman maksudnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

Dalam menjelaskan ayat ini, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan
dalam kitab tafsir karangan beliau, Tafsir Al-Muneer: "Pengkhususan
terhadap satu golongan dalam ayat ini tidak mengubah kewajipan amar
ma'ruf nahi mungkar bagi setiap individu dalam masyarakat,
berdasarkan hadith dari Abi Hurairah r.a., bersabda Rasulullah
S.A.W maksudnya: "Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah
dia mencegah dengan tangannya (kuasanya), dan jika dia tidak mampu,
(hendaklah dia mengubah) dengan lidahnya, dan jika dia tidak mampu,
(hendaklah ia mengubah - membenci dan tidak mempersetujui) di dalam
hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"-Hadith riwayat Muslim"

Ini bermakna ia tetap satu kewajipan bagi setiap individu. sekarang
saya rasa pelik, dalam hati ini terdetik: tidak adakah sesiapa yang
hendak membetulkan kesongsangan yang sedang berlaku ini? kenapa
semua seolah-olah tak nampak? ataukah sengaja membutakan mata dari
melihat?

Saya menulis artikel ini adalah kerana saya bimbang kalau-kalau
nanti terkeluar daripada manhaj khairuummah (ummah yang terbaik).
Firman Allah Ta'ala:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada Allah" (Ali Imran : 110)

Bila ditanya apa yang saya lakukan untuk mencegah kemungkaran di
depan mata, saya takut tak mampu menjawab depan Allah nanti.
Dan sesungguhnya, kita semua punyai tanggungjawab menyampaikn
kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam
rasa kasih dan sayang sesama saudara dalam Aqidah Kebenaran. Jangan
dipandang ringan perkara mencegah kemungkaran ini. Kalau tidak
dipupuk dan dilatih dari sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti
kita melihat ibu bapa yang Islam, namun generasi anak-anaknya
Kristian, Hindu, ataupun Buddha!! Cukuplah apa yang telah berlaku
sebagai bukti.

Kita mengidamkan sebuah daulah islam yg merdeka, di mana Syariat
Islam tertegak dan kita selalu mendakwa kita 'perjuangkan' nya. Namun
ingatlah, kalau dalam diri dan kalangan kawan-kawan pun kita tidak
mampu tegakkan kebenaran, jangan harap nak tegakkan daulah.

Semakin hari, hati kita semakin kering dari mengingati Allah. hati
tidak lagi sensitif pada kemungkaran yang berlaku. Perkara yang
mulanya kita rasakan sungguh berdosa, lama-lama jadi budaya.
Kemaksiatan jadi budaya. KEMAKSIATAN JADI BUDAYA!! Ingatlah firman
Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan
Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan
kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menguasai hati
manusia dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. Dan
peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-
orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah
amat keras siksaan-Nya. " (al-Anfal:24- 25)

Seksaan yang pedih adalah akibat bagi masyarakat yang tidak
melaksanakan perintah allah, kemungkaran berleluasa dan amar makruf
nahi mungkar tidak ditegakkan. Ia tidak hanya menimpa ahli-ahli
maksiat, tetapi seluruh komuniti masyarakat itu, kerana tidak
berusaha mencegah kemungkaran yang berlaku. ini diperteguh dengan
hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud quot;Jikalau ada seorang lelaki
yang berada dalam suatu kaum yang melakukan maksiat, dia mampu
mengubahnya tetapi dia tidak berbuat demikian, maka Allah akan
menurunkan azab kepada seluruh kaum itu sebelum matinya mereka." -
Hadith Riwayat Abu Daud.

Saya tidak mahu sebut secara terperinci perkara-perkara kemungkaran
yang kita lakukan. Itu bukan matlamat saya. Apa yang saya nak
sampaikan di sini ialah, di mana sensitiviti kita bila berdepan
dengan kemungkaran? ? Ini bukan soal siapa alim siapa tidak.
Persoalannya adalah, adakah kita cukup kuat untuk menanggung
kemurkaan dan azab Allah nanti seperti yang Allah nyatakan dalam
ayat a-Quran dan hadith di atas?

Ada yang bagi alasan, biarlah pimpinan yg tegur... baiklah, andai
kata minta pimpinan tegur, sudahkah kita sampaikan berita
kemungkaran yang kita lihat itu pada pimpinan? Kalau itu pun gagal,
perlulah kita perbaiki diri. Itu sekurang2nya. Paling baik, kita
sendiri cuba tegur dengan hikmah.
tidak menjadi pemimpin bukan alasan utk tidak mencegah kemungkaran.
Itu alasan orang yang penakut dan lemah. Ingat, mencegah kemungkaran
adalah WAJIB BAGI SEMUA MUSLIM, seperti yg dinyatakan dalam hadith
Rasulullah S.A.W dari Abi Hurairah Riwayat Muslim di atas.

Daripada hadith ini, sering juga didengar alasan: "aku tak mampu
tegur dengan lidah, tangan apatah lagi. benci dalam hati pun sudah
cukup". Ingatlah, Allah Maha Tahu apa yang terbuku dalam hati kita.
kalaulah itu semata-mata alasan, sedangkan kita mampu, bersedialah
menjawab di hadapan Allah nanti.



Janganlah begitu. Tidak semestinya
kita perlu jumpa si pelaku itu dan tegur depan-depan. Banyak cara
yang boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, Syukur pada Allah dan
syabas saya ucapkan pada yang telah melaksanakan tanggungjawab
dakwahnya dengan baik. Di sini saya cadangkan beberapa langkah yang
boleh diambil demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba
yang mengaku Muslim dalam mencegah kemungkaran:

i- Pastikn kita tahu dengan pasti bahawa apa yg dilakukn oleh si
pelaku itu adalah suatu kemungkaran. Sesungguhnya asas agama adalah
ilmu.

ii- Pastikn si pelaku tahu bahawa apa yg dilakukan itu salah dan
dimurkai Allah. Ini yang paling penting. Berusahalah dgn cara yg
bijak utk menyampaikn kepadanya:


a- Berdepan dan berbincang dengan si pelaku dengan cara yang sesuai.


b- ataupun, sampaikan secara umum dan tidak langsung- melalui
penulisan, dalam ucapan-ucapan atau apa sahaja media dan peluang
yang boleh digunakn.


c- ataupun, beritahulah pada sesiapa yg dirasakan mampu menegur
kesalahan si pelaku (kawan rapat, guru, senior, pimpinan dsb).

iii- Berdoalah agar si pelaku dan kita semua selamat dari bencana
kemungkaran. Kemudian bertawakkal dan ingatlah bahawa kita berusaha
sedaya mungkin, namun natijahnya terpulang kepada Allah. sama ada si
pelaku bertaubat daripada kesalahannya @ tidak, itu adalah urusan
Allah. yg penting kita perlu sentiasa berusaha dengan sehabis baik
untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

Saya ini hamba yg lemah, jauh skali yang terbaik. Ilmu pun
tersangatlah cetek. Tapi inilah yang saya mampu. mudah-mudahan Allah
terima...

Biah solehah (suasana yang baik) dalam naungan Allah menjadi impian
kita semua. Namun janganlah mimpi hanya tinggal mimpi. Kita harus
mulakan usaha kita ke arah itu. Kita mulakan sekarang. Kita tidak
mahu fitnah datang melanda kita. Fitnah yang mungkin melanda dalam
pelbagai bentuk dan cara. Mungkin dari sudut kebejatan akhlaknya,
bencana kecurian dan rompakannya, pelajaran merosot, berpecah-belah
dan macam-macam lagi. Wal3iyazubillah.

Ini bukan tanggungjawab presiden seorang, bukan hanya ustaz-ustaz
mahupun pelajar-pelajar syariah, bukan hanya senior-senior, tapi
tanggungjawab semua dalam peringkat yg berbeza-beza. 2 persiapan
yang saya cadangkan:

a- Himpunkanlah kekuatan dan keberanian dengan mengukuhkan hubungan
dengan Allah dan banyakkan bersabar. Orang yang intim hubungannya
dgn Allah pasti ditolong. Bukankah Allah pelindung orang-orang yang
beriman, orang-orang yang bertaqwa dan Allah bersama dengan orang-
orang yang bersabar? Sentiasalah juga berusaha memperbaiki diri
dengan menghindari kemungkaran agar kita beriman dan bertaqawa,
supaya mendapat perlindungan Allah. Berqiamullail selalu kerana
itulah syarat kemuliaan mukmin.
b- Tambahkn ilmu dalam semua bidang, khasnya ilmu2 langsung mengenai
dakwah dan agama Allah S.W.T.

Mudah-mudahan kita semua akan lebih sensitif dalam mencegah
kemungkaran demi mencapai biah solehah dan membina ummah yang
cemerlang, agar sampailah kita kepada Keredhaan Allah.

Moga-moga juga selepas ini kita akan melihat ramai para daie yang
berani tampil menegakkan agama Allah di kalangan komuniti kita ini.
Menegakkan agama allah setiap masa, di mana jua. Namun INGAT,
biarlah 'ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus,
tepung jangan berselerak.'
Berdakwahlah dalam kemanisan Hablumminallah dan keindahan
Hablumminannaas. Yakinilah, hidup kita pasti lebih syok dengan
tawa9i bilhaq (berpesan-pesan dgn kebenaran) dalam kasih sayang.

Selamat menjadi ahli golongan ahsanu-qaulan. ..
Wassini selalu.

0 ulasan: