THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, June 2, 2012

SIRI 2: "CINTA DICENGKAM SENGSARA...NAMUN AKU MASIH DI SINI"

Assalamualaikum Alhamdulillah Syukur Kerana Allah SWT Mengurniakan Kesihatan Kepada PENULIS, ANDA BAGAIMANA? Jom kita sambung untuk SIRI ke 2 pula. Moga memberikan manfaat kepada kita bersama, Insyaallah.  

Apakah pendapat panel mengenai bercinta menurut pandangan Islam?

Secara peribadinya apa yang mampu saya nyatakan apabila ditanya soalan ini adalah cinta hanya akan terbit dan hadir kepada seseorang kerana cintanya kepada Allah SWT. Saya yakin cinta hanya akan terbit apabila kita membulatkan tekad dan meletakkan cinta yang utama hanya pada Allah dan Rasul. Namun harus ditegaskan di sini bahawa, Islam tidak melarang kita untuk bercinta namun jangan sampai bercinta hanya berpaksikan cinta sesama insan semata, tetapi yang paling utama dan selayaknya disandarkan kepada agama dan sunnah. Cinta Allah dan Rasulullah harus didahulukan kemudian cinta kepada insan akan menyusul. Implikasinya apabila meletakkan cinta yang teragung sebagai yang utama kita dapat lihat bahawa melalui bunga cinta yang berputik ini ia akan menjadikan kita lebih mengenali dan mendekatkan diri pada Allah SWT dengan bimbingan dan ajarannya. Rasulullah SAW telah bersabda,"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya" (Al-Hadith) dan Sabda baginda lagi; "Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya: Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya" [Al-Hadith].

Jelas bahawa bercinta itu fitrah namun apabila disalurkan pada medium yang salah pasti akan membinasakan. Suka saya menyentuh tentang isu bercinta sebelum kahwin, sama sekali tidak terlintas untuk menyalahkan sesiapa sekadar menasihatkan diri ini serta sekadar perkongsian ilmu yang tidaklah seberapa ini. Merujuk kepada Surah al-Isra' ayat ke 32 "Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" Dalam konteks bercinta sebelum kahwin dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di temapt sunyi atau di tempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat seperti muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, selepas itu hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua. Justeru, ada pertanyaaan seperti “Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? Maka istilah bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada istilah berkenalan sebelum kahwin.

Merujuk kepada sirah nabawiyyah pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin berkahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya. Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu, kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami atau isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak. Bagaimana? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpa berdua sahaja. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insyaallah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina. Selain itu, di zaman cyber ni al-maklum sahajalah. Pelbagai teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat bersamalah kita rujuk pada surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.  
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Friday, June 1, 2012

SIRI 1: "CINTA DICENGKAM SENGSARA...NAMUN AKU MASIH DI SINI"

Assalamualaikum Salam Satu Ummah moga sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah Allah memberikan ketenangan pada hati ini yang pada mulanya sedih dan nestapa namun Alhamdulillah dengan KUASA YANG MAHA ESA hempedu ini mula ditelan walaupun pahit namun itulah rencah perjuangan. Nak berjuang bukan mudah pastinya banyak MEHNAH yang mewarnai kanvas musafir ilmu YA adakalanya gundah, rawan, merana, mengomel sendiri jadinya. Mungkin ada yang bertanya apa yang cuba di sampaikan dengan "CINTA DICENGKAM SENGSARA...NAMUN AKU MASIH DI SINI"? Bersiri pula tu...1 sampai 3...apahal ni? Putus CINTA ke? Ke nak bagi tau kat umum apa yang PENULIS rasa? Ha dah ada yang mula kerut-kerut kening, ada yang dah mula julur lidah, ada yang nak korek tekak macam-macam ekspresi...NAMUN TUNGGU DULU...Biar saya jelaskan (ANDAI nak sediakan TISU silakan).

Ini bukan CINTA BIASA namun ianya CINTA LUAR biasa. Pada sekitar bulan Mac 2012 selepas penulis terlibat secara langsung dengan sebuah Karnival di sebuah kampus di Malaysia, penulis di pelawa untuk menjadi salah seorang daripada penalis sebuah program bual bicara di suatu kawasan yang belum sempat keluar dari PETA Malaysia. Alhamdulillah, pihak penganjur memberikan kerjasama yang amat baik kepada penulis dengan menyediakan soalan sebagai persiapan menjelang tarikh program menjelang...pada mulanya program ini dirancang pada tarikh 180512 dan akhirnya ditunda pada 250512 dan makluman terakhir yang penulis dapat adalah program ini akan ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Jadinya penulis pun tunggulah bila agaknya perkongsiaan ilmu ini dapat direalisasikan. Bukan nak tunjuk siapa yang lancar percakapan atau hebat di medan debat tetapi yelah kita ORANG MISKIN ilmu pun tak banyak...tapi seronok nak SHARE...jadinya disebabkan AMANAH yang diberikan oleh pihak penganjur penulis pun mulalah menjalankan sedikit kajian kes, temuramah orang sana-sini tentang topik yang diberikan, tanya ustaz-ustaz (sampai ada yang kata, "Awak nak NIKAH dah ke? Beria-ria...selama ni bila sebut CINTA sesama MANUSIA awak mcm tak ambil PUSING je), beli BUKU (tapi buku ni bagus untuk rujukan mendatang...tak membazir tak mengapa) dan macam-macam lagilah agar penyampaian penulis pada malam itu dapat menyantuni segenap LAPISAN UMUR yang bakal berkunjung (sekali lagi BUKAN penulis NAK TUNJUK HEBAT...cuma nak meraikan semua yang ada...motifnya bila habis program UKHUWAH sesama MUSLIM lebih RAPAT dan dapat KURANGKAN PERBALAHAN...tu apa yang terdetik di dalam hati seorang HAMBA YANG TAK PUNYA APA).

260512 pada mulanya hati ni berbunga-bunga kerana mendapat makluman daripada apart of team members program ni yang kata pada penulis, "Kertas Kerja Program dah lulus dan akan dilaksanakan pada bulan September". Hati melonjak riang masa tu kiranya menghitung harilah konon tak sabar nak jumpa crowd malam tu dan dalam masa yang sama dapatlah kenal dengan komiti program (nak bina keluarga besarlah katakan...nak sampai tahap AHLI POLITIK tu taklah). Alih-alih pada 310512 jantung ini bagai disentap oleh MANUSIA yang tidak punya RASA (mungkin ada diabetis tu yang tak rasa tu...rasa syukur, terima kasih sesama manusia dan sebagainyalah) mata yang tadinya terpaku pada bait lirik di skrin tiba-tiba terpaku pada satu AMARAN di mailbox..."Saya dan dia telah decide nak sipolan bin sipolan untuk menjadi panel dan moderator program bla...bla...bla...jangan perlekeh kradebiliti kami". Meminjam ISTILAH kini "Sentap AKU" tu je yang terlintas buat pertama kalainya apabila membaca TULISAN berbaur BIADAP itu...penulis secara peribadinya memang SEDIH dengan apa yang berlaku...pada mulanya memang tak menitis air mata...namun selepas berdoa padaNya air mata ini mengalir tanpa henti..."Yakinlah HATI Allah nak bagi yang terbaik" itu je yang terlintas di hati selepas berkongsi rasa dengan adik-adik yang sentiasa memahami dan sentiasa dekat dalam apa jua keadaan.

Dipendekkan cerita, memandangkan PENULIS bukan lagi PENALIS bagi program tersebut tak salah rasanya andai penulis berkongsi apa yang bakal penulis KONGSI pada malam tersebut berdasarkan PERSOALAN yang diberikan. Mungkin ramai yang tak nak tau atau merasakan POYO dia ni...tu pun nak KECOH...itu terpulang pada kalian kerana bagi penulis selagi masih BERNYAWA apa yang memberikan manfaat harus dikongsi bersama...Moga terjawablah persoalan kepada yang mengarang SOALAN dan memberikan kepada penulis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam...inilah hasil kajian ku...Maaf andai tidak menjawab persoalan kalian...kalau tak sampai ke JIWA tu adalah something wrong somewhere...Moga memberi MANFAAT kepada semua yang sudi membaca.  

Apakah pandangan panel berkaitan fenomena “BERCINTA” dikalangan generasi muda khususnya Mahasiswa IPT?

 “Kuntuman cinta nan luar biasa, mekar indah dalam hati para insan, yang saling merindui. Antara diriku dan juga dirimu” Sang Roman Pencinta Agung. 

BERCINTA adalah istilah bagi mereka yang merasai wujudnya perasaan yang tanpa diduga dan adakalanya kita sendiri tidak sedar akan kewujudannya. Tidak keterlaluan andai kita nyatakan bercinta adalah keterikatan dan tanggungjawab. Secara peribadinya ramai dikalangan kita yang salah menterjemahkan cinta dengan mencipta satu lagi istilah baru bagi mengekspresikan CINTA dengan COUPLE. Apabila bercouple, ramai yang tersasar dan terjebak dengan maksiat. Apabila menyebut maksiat hati, mungkin ramai dikalangan kita tidak menyedarinya. Pada mulanya hanya berutus khabar, kemudian selalu bermesej-mesej tanpa urusan yang munasabah, kemudian bergayut di telefon sehingga adakalanya sampai habis bateri, tak cukup bermesej dan bergayut ditambah lagi berdating kononnya untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta mencari keserasian untuk dijadikan pasangan hidup. Apabila sudah mengenali antara satu sama lain mulalah ingin berpegangan tangan, berpelukan dan bercumbuan dikhalayak umum walaupun pada hakikatnya kita tahu menyentuh yang bukan mahram adalah haram. Akhirnya, untuk membuktikan rasa cinta yang sejati ada yang sanggup membuktikan cinta dengan menghiburkan pasangan yang belum dinikahi dengan berkunjung ke Pusat Karaoke, Hotel Murah dan sebagainya semata-mata untuk membuktikan cintanya yang akhirnya mencalar maruah diri. Akhirnya, daripada maksiat hati yang dipandang remeh boleh menjurus kepada penzinaan dan implikasinya ramai nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Apabila berlaku kes pembuangan bayi, pengguguran janin, pembunuhan secara kejam dan sebagainya siapa yang harus dipersalahkan? Apakah kita sebagai masyarakat hanya mampu menuding kesana kemari? Renung Fikir bersama…

CINTA merupakan fitrah yang dianugerakan oleh Allah SWT yang tidak boleh dinafikan. “Cinta itu boleh buta namun jangan biarkan hati itu buta kerana cinta.” Cinta mungkin dilihat remeh namun realitinya cinta banyak mengubah sejarah dunia kerana cinta yang bersahut sentiasa mendamaikan dan memberi semangat untuk melalui hidup yang lebih bermakna. Tafsiran cinta dapat dikenal pasti samada dari sudut bahasa ataupun pemerhatian. Namun ilmu agama yang mampu membezakan cinta sesama manusia itu menjurus kearah kebaikan atau sebaliknya. Dari Abu Hamzah Anas Bin Malik R.A pelayan Rasulullah SAW dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri. (HR Bukhari dan Muslim). Apa yang cuba disampaikan melalaui hadith ini adalah, cintailah seseorang itu sepertimana kita menyintai diri kita sendiri. Menyintai sesama muslim bukan bermaksud kita boleh menghalalkan sewenang-wenangnya segala perkara yang haram kerana segalanya telah termaktub di dalam syariah. Secara peribadinya, perasaan ingin bercinta ini mungkin terbit apabila kita merasakan kita ini keseorangan, kosong dan perlukan teman untuk berkogsi segalanya. Mungkin ciri-ciri yang kita idamkan ada pada individu tersebut dan kita merasakan kita mempunyai keserasian. Pada saya apabila ada dua elemen ini mungkin akan terbit rasa cinta itu. Namun suka saya tegaskan di sini, andai cinta tidak diurus tadbir dengan panduan wahyu yang betul maka dengan sekelip mata ia akan bertukar menjadi fitnah. Segalanya bergantung kepada intipati ataupun hakikat serta kaedah mengurusnya.

Memetik kata-kata Pak Hamka,
“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada diri setiap manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ketanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.” 

Sebelum berundur untuk sesi pertama renung fikir bersama bait pantun ini; Maksiat itu khayalan syaitan, Dosa bertambah diri merana, Usah terjebak segala hasutan, Kuatkan diri perteguh agama. Wallahhua’lam…

MODE: Renung Fikir Bersama...Andai Tersasar Tegurlah Dengan Berhemah...Sampai Jumpa Lagi Maa'ssalamah

Friday, May 18, 2012

UJIAN...REDHA ATAU SEBALIKNYA?

Assalamualaikum Alhamdulillah masih bernyawa...moga sihat seadanya,buat adikku yang tak sihat Mohd Zuhair Syafakallah dik...buat yang membaca kali ini doakan adik saya cepat sembuh ya. Adakalanya kita merasakan UJIAN itu menyakitkan...ya memang setiap ujian itu ada hikmahnya,siapa kita untuk mempersoalkan apa yang telah Allah SWT tetapkan untuk kita? INGAT wahai diri bahawa KITA ADALAH HAMBA YANG TIDAK PUNYA APA...janganlah semudahnya kita menyalahkan takdir sedangkan kita TIDAK TAHU apa yang TERBAIK buat kita seperti apa yang telah DIRENCANAKAN oleh Allah SWT...Ingatlah wahai diri...berusahalah melahirkan rasa REDHA dan SABAR...Insyaallah HATI akan tenang...Memang saya tidak nafi adakalanya SAKIT untuk menerima setiap TOMAHAN dan KEJIAN namun REALITINYA itulah MANUSIA yang HIDUP DI MALAYSIA....suka membanding-bandingkan....HIDUP ITU ADALAH PILIHAN...pilihlah JALAN yang TERBAIK,TERPANDU menurut SUNNAH dan AL-QURAN moga JANNAH menanti sebagai balasan. Biarlah orang nak mengata...sampai berapa lama dia nak mengata biarkan...Mengadulah pada ALLAH dan RASUL, banyakkan selawat dan istighfar Insyaallah kita tidak sendiri.... Sekian dahulu pesanan buat diri dan semua yang menyayangi,mengasihi,merindui,mengenali dan semua yang menanti...Sampai jumpa lagi Renung Fikir Bersama...Jangan Terhantuk Baru Terngadah...Barakallah...Wassalam MODE: Tiba-tiba hati ini rasa gelisah...

Saturday, March 10, 2012

ANDAI DIA PERGI DAHULU SEBELUM MU

Assalamualaikum Moga Kalian Sihat Sejahtera hendaknya. Sekadar berkonsi tentang RASA SUNYI, SEPI adakalanya hilang punca. Namun PERCAYALAH setiap KESEDIHAN itu PASTI punya MAKNA dan HIKMAH. Dikongsikan bersama tentang TAHUN KESEDIHAN yang dilalui RASULULLAH SAW selepas perginya INSAN YANG AMAT DIKASIHINYA... Bersamalah KITA menghayati SIRAH NABAWIYYAH INI agar kita menjadi UMAT MUHAMMAD SAW yang mengamalkan segala SUNNAHNYA,Insyaallah SOLLU ALA NABI...JOM KITA HAYATI BERSAMA....

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikkan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserahkan kembali. Jangan ada rasa dimiliki dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi…tapi katakan bagiku sentiasa ada penjaga, juga pemerhati. Muhammad Bin Abdullah kekasih Allah juga tidak terlepas dengan ujian perginya insan yang amat dicintai. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf menyusuli menemui Kekasih Agung. Pemergian demi pemergian silih berganti, tatkala masih dahagakan perhatian serta kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib kemudiannya pergi buat selamanya. Tinggallah baginda dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Alangkah indahnya ketika itu mengecap nikmat bahagia bersama insan yang begitu di sayangi, tempat meluah gundah dan resah dikala menyampaikan dakwah, peneman dan penguat dikala jejak perjuangan hampir sahaja tersungkur dilembah derita. Namun segalanya hanya seketika, akhirnya di suatu pagi yang begitu hening, kedengaran gemersik suara Rasulullah SAW sambil duduk di kepala Abu Talib,

“Wahai bapa saudaraku yang ku cintai, ucapkanlah kalimah Lailaha Illallah, kerana dengan kalimah ini nanti aku akan meminta syafaat untukmu daripada Tuhanku di hari kiamat nanti.”

Segalanya musnah apabila di akhir hayat Abu Talib hanya sempat melafazkan,

“Aku tetap di atas agama Abdul Mutalib”

bercucuran air mata baginda SAW manakala Abu Jahal dan Abdullah Bin Abu Umayyah tertawa riang kerana berjaya mematahkan dakwah terakhir Rasulullah SAW terhadap insan yang amat dikasihinya.

Masih terngiang-ngiang lagi lembut tutur Siti Khadijah Binti Khuwailid. Kedatangan utusan Jibril A.S di Gua Hira’ disambut baginda dengan kegelisahan serta keresahan tidak bertepi.Ungkapan “Bacalah” dituturkan dengan penuh ketakutan. Sekembalinya Rasululullah bersama kebimbangan yang jelas di raut wajah dan badan bermandikan peluh, gementar seluruh tubuh baginda, seraya menyeru untuk diselimutkan, datang Khadijah menyapa lembut kepada suami tercinta dengan ungkapan,

“Tidak sama sekali, suamiku. Allah SWT tidak mensia-siakan kamu. Kamu sentiasa menyambung silaturrahim, berkata benar dan membantu mereka yang susah. Selain itu, kamu juga menghormati tetamu dan membantu orang yang ditimpa bencana.”

Khadijah merupakan insan yang banyak berkorban, menyokong serta mendamaikan hati Rasulullah SAW seawal menerima utusan wahyu pertama lagi. Sungguh besar ujian yang menimpa Nabi SAW sehinggakan tahun itu digelar tahun dukacita, Amul Huzun. Rasulullah merasakan kehilangan yang teramat besar. Kesepian dirasai Baginda dengan pudarnya kegembiraan pada wajahnya untuk terus mengatur langkah dakwah. Pada saat itulah penderitaan yang teramat sangat menyelubungi Baginda lantas Kaum Quraisy turut menggandakan tentangan terhadap Baginda selepas kematian dua pembela dan pelindung terkuat Rasulullah. Dua peristiwa terpenting di dalam sejarah Islam yang cukup mengharukan, menggoncang iman serta kesabaran, seharusnya dijadikan landasan sebagai panduan mendidik jiwa menerima qada dan qadar Allah Azza wa Jalla.

Lalu Allah berfirman melalui Surah At-Takwir ayat ke 29,
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Saturday, February 25, 2012

MENANTI SOLEHAH

Assalamualaikum salam ukhuwah, penulis rindu kalian semua…Apa Khabar? Moga sihat seadanya, bagi yang mengalami masalah kesihatan “Syafakallah”. Jom kita amati apa yang cuba disampaikan melalui bait lirik ini.

MENANTI SOLEHAH By Aiman
Tak perlu ada dirimu
Andainya menambah luka
Tak perlu kau tabur dendammu
Mencipta sengketa lara
Kau noda cinta yang setia
Cinta yang membara
Apa kau terlupa
Kau bakar resah yang ku bendung
Sabar yang ku rindu
Jenuh ku bertahan
Jangan berhenti jangan terhenti
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu
Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia
Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhala ketentuan ini
Tak usah diamuk resah
Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti…

“Menanti Solehah”istilah yang boleh dihurai dalam pelbagai maksud dan Insyaallah pastinya membawa makna dalam kehidupan INSAN yang bergelar PEREMPUAN, WANITA dan pelbagai istilah yang menjurus kepada WANITA pastinya. Namun persoalan yang berlegar apakah kita layak untuk digelar SOLEHAH andai hanya berpakaian litup seperti yang disyariatkan namun apabila berjumpa dengan lelaki yang bukan MAHRAM bukan main geletis lagi kita…atau mungkin segalanya telah dijaga namun AKHLAKNYA pula tak manis dipandang mata…duduk terkangkang, gelak membelahak, makan gelojoh, cakap terjerit-jerit…itukah nilaian MUSLIMAH di kaca pemikiran kita? Penulis tidak menunding kepada sesiapa sekadar menyeru dan mengajak diri serta seluruh wanita, perempuan, girl dan pelbagai ISTILAH YANG DICIPTA MEH KITA KOREKSI kembali…mana yang rompong kita kambus…mana yang compang-camping kita baiki…teringat penulis kepada pesanan Prof. Dr Muhaya apa katanya, “Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dengen isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu untuk didik isteri. Suami yang biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga ...solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hantar suami keneraka dengan kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dengan Allah dan suami dan mula keluh kesah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaja. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia-sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini”……Moga menjadi pedoman buat kita bersama…

Rugikan kita wahai saudaraku…apalah nilaiannya andai PAKAIAN ITU NIKMAT DARIPADA ALLAH tetapi kita CALARI nikmat itu dengan AKSESORI AKHLAK yang dok brape molek (bak kata orang ganu) “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” Surah Al-A’Raf:26 bukan saya yang kata Allah yang berFIRMAN…so no more argument…just obey the rules and regulation (fuhh speaking pula). Mohon sangat-sangat pada MUSLIMAH yang BERTUDUNG LABUH, T-SHIRT MUSLIMAH, JUBAH, BERSARUNG LENGAN dan KAKI TOLONGLAH kalau JUMPA LELAKI YANG MAHRAM janganlah TERKINJA-KINJA (pesanan buat diri ini juga) malu penulis melihat aksi-aksi yang tidak sepatutnya ditunjukkan dikhalayak…MELAINKAN kalau dia SUAMI kamu SILAKAN…tapi bila BUKAN SIAPA-SIAPA dalam hidup kamu dia adalah AJNABI bagi kamu jadi TOLONGLAH penulis MERAYU ni JANGANLAH MELEBIH SANGAT…Kita ni BERAGAMA ISLAM bukan hanya terletak pada PAKAIAN tapi semuanya terutamanya AKHLAK…JANGANLAH CALARKAN AGAMA ISLAM dek sebab AKHLAK kita yang tidak mengikut seperti apa yang Allah SURUH tolonglah…Yang membuatkan penulis terkedu seketika ada seorang Ukhti ni siap tanya pada muslimin ni…kalau kalian apa yang kalian rasa apabila berada di tempat penulis? “Eh awak kenapa awak ubah posisi?Kita nak ambil gambar je?” Tiba-tiba rasa macam darah tu tersekat di otak…menahan marah punya pasal maklumlah di tempat RIADAH yang tiada salahnya tetapi dicalari dengan FRASA itu dan pertanyaan yang agak tak masuk akal…BAYANGKAN kalau anda bertudung litup tapi duk kepung muslimin apahal pula? MUSLIMAT 8 MUSLIMIN tu terkontang kanting kat tengah apa kes ni? TAK BOLEH JARAK ke? Atau UKHTI tu ada masalah KALAU NAK AMBIL GAMBAR DENGAN MUSLIMIN KENA RAPAT baru boleh TUNJUK kat KAWAN…”Aku kenal SIPOLAN BIN SIPOLAN…kau ada?”tapi UNTUK APA? Renung Fikir Bersama…TEPUK DADA TANYA IMAN…

Penulis menyeru pada sekalian MUSLIMAH JAGA AKHLAK kita…semsa BUJANG kalau dah biasa TERKINJA-KINJA sangat dengan bukan MAHRAM takut bila dah BERSUAMI hubungan itu HAMBAR…maklumlah sebelum KAHWIN dah biasa BERSOSIAL…jangan sampai ada ISTERI yang bakal cakap “SUAMI say bla…bla,,, tak sama macam kawan saya…best je” Renung Fikir apa yang ANDA AKAN DAPAT daripada PERKATAAN anda..INGAT ALLAH boleh TIMPA MUSIBAH PADA KITA bila-bila sahaja…JADI WATCH OUT YOUR STATEMENT jangan sampai tergolong dalam golongan yang KUFUR…Sampai Jumpa lagi…Terlebih terkurang ampun maaf andai yang terasa bersama kita berubah menjadi SOLEHAH…Insyaallah sampai JUMPA LAGI…Ma’assalamah…

p/s: Bukan MARAH Cuma terkilan dengan SIKAP yang dipertontonkan….Tabahlah hati apabila melihat insiden tersebut…Ya Allah kau lindungilah aku daripada melakukan perkara yang kau tidak suka….

Thursday, February 16, 2012

HADIRLAH PEMILIK JIWA

Pertama kali…terpana terpaku
Melihat indahnya ciptaanMu
Hanya kau di hatiku
Adakah kau kekuatanku
Peneguh langkahku
Pengharapan yang membingungkan
Mungkin bukan aku selayaknya
Menjadi suri dihatimu
Aku tahu siapa aku
Kau …aku
Punyai perawakan tersendiri
Mungkinkah kau ku miliki
Manik jernih peneman syahdu
Menanti kau pemilik jiwa
Mungkinkah bertaut dua hati

MODE: Aku mohon padaMU Ya Allah agar kau temukan aku dengan yang sepadan denganku, yang punya akhlak dan agama yang baik untuk mendidikku serta generasi kami....

Wednesday, February 15, 2012

Adakah Kita Pemimpin Yang Dikasihi?

Assalamualaikum Salam Ukhuwahfillah Abdan Abada’. Alhamdulillah selesai tugasan yang telah diamanahkan oleh Pihak Pusat Islam UNISEL Kampus BJ. Sebagai Alumni saya hanya mampu membantu sekadarnya (Tidak Mahu Menyusahkan Tidak Mampu Menyenangkan). Insyaallah moga ada jaringan komunikasi yang lebih utuh dan jitu untuk kesekian kalinya Insyaallah….(Andai ada yang sudi)….Adakah Kita Pemimpin Yang Dikasihi? Anda YAKIN dengan jawapan anda? Jawapan yang terlintas pastinya YA…TIDAK…MUNGKINLAH…betul tak?Mungkin ada yang menjawab dengan yakin “YA itu SEMESTINYA” atau mungkin ada yang bakal menyatakan “TAK pun biasa je…bukan dengar aku cakap apa pun…hurmmm” atau “MUNGKIN kot…JUNIOR SENIOR kenal aku kot…”Walau SIAPA anda dan DI MANA anda itu hanya nilaian di KACAMATA MANUSIA…Manusia selalu ALPA dan LEKA mudah hanyut dengan PUJIAN…Jadi AWAS wahai DIRI dan TEMAN…..

Teringat saya tentang kisah dihujung hayat Rasulullah SAW nak menggambarkan bertapa Rasulullah AMAT di SAYANGI dan DIKASIHI oleh semua ummatnya…Pada suatu ketika sebelum Rasulullah SAW pergi buat selamanya Rasulullah menyatakan kepada sahabat sekelian yang ada dengan menyapa lembut yang dialognya lebih kurang begini, “Aku minta maaf andai ada yang aku terpukul atau terlibas sewaktu aku melaksanakan amanahku…Aku harapkan kalian ampunkanlah perbuatan aku ni…tapi andai ada yang ingin membalas kembali silakan.”Lalu ada seorang daripada jemaah itu menjawab “Ada” terperanjat seluruh sahabat yang lain…lalu pemuda itu maju menuju Rasulullah SAW seraya menyatakan “Ya Aku nak membalas dendam seperti apa yang pernah kau lakukan.”Rasulullah dengan tenang menjawab “Silakan” sedangkan para sahabat menyatakan “Takkan kamu nak perlakukan sebegitu kepada Muhammad dia Kekasih Allah?” namun Nabi SAW tetap tenang dan membiarkan pemuda tersebut…Pemuda itu berkata lagi “Semasa Muhammad melibas belakang aku ketika itu aku tidak berbaju…jadi aku nak Muhammad juga tidak berbaju baru adil….” Para sahabat bertambah berang dan marah dengan tindakan pemuda tersebut…Namun Rasulullah tetap tenang dan mengikut seperti apa yang diminta….Lalu lelaki itu terus mengambil cemeti seolah-olah bersedia untuk melakukan libasan pertama…Namun sahabat sahabiah tahu apa yang dilakukan oleh pemuda itu?Bertapa Rasulullah SAW amat dikasihi dan di sayangi nak tau apa pemuda tu buat? Ke dah tau? Alangkah terperanjatnya Sahabat Nabi ketika itu apabila melihat pemuda itu mencampakkan cemeti lalu meluru lari menuju Rasulullah SAW dan terus memeluk erat Rasulullah SAW…Apa katanya sambil memeluk Nabi SAW “Aku ingin kulit ku bersentuh dengan kulit mu Ya Rasulullah agar kulitku ini tidak dijilat api neraka…” Tengok bertapa pemuda itu sanggup berbuat helah semata-mata ingin memeluk Nabi SAW….Nabi INSAN ULUNG…

Kita UMMATNYA sepatutnya MENUMPAHKAN RASA KASIH dan CINTA kepada BAGINDA MUHAMMAD SAW…MENCONTOHI AKHLAK MUHAMMAD SAW…Persoalannya dimana kita?Kepada PEMIMPIN apakah KITA melaksanakan AMANAH yang telah diperTANGGUNGJAWABKAN?Apakah kita benar-benar disayangi dan diredhai oleh Allah? Tepuk Dada Tanya Iman…Akhirkalam JOM BERUBAH dan TERUS ISTIQOMAH dalam menDAMBA REDHA dan SYURGA ALLAH SWT….

p/s: Andai tersalah perbetulkan…Andai keterlaluan tegurlah moga beroleh manfaat bersama…