THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 2, 2009

WANITA SEJATI

"Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung". Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

ASSALAMUALAIKUM...AIK...MENGAPA SIBUK CERITA PASAL WANITA JER? AURA WACANA INTELEKTUAL WANITA TAK HABIS LAGI KE AURANYA? ATAU NAK HEBAH KAT SELURUH PELUSUK ALAM NAK BAGI TAU SIAPA HEBAT SIAPA JAHIL? EISH....BURUK SANGKANYA LAH KITA...REALITINYA MEMANG MACAM TU...KITA TAK SENANG TENGOK ORANG BUAT KERJA ISLAM...ADA YANG SAMPAI KATA PADA SAYA SEMALAM..."AKAK UDAHLAH TU, SAYA TENGOK AKAK NI MACAM TAKDE LIFE...SIBUK KEHULU KEHILIR AJAK ORANG KENAL ISLAM...UDAHLAH YANG MUSLIMIN KAN ADA...LEBIH BAIK AKAK PIKIR PASAL STATUS AKAK YANG AGAK MENGGUSARKAN...KANG TAK LAKU-LAKU BARU TAU" PERGH....SEDAPNYA MULUT DIA KATA MACAM TU...EIIIII TAK SEDAR DIRI BETUL...DAHLAH HIRUP UDARA FREE TAK PAYAH BAYAR PULAK TU...ALLAH BAGI FREE JE...TAPI BILA SUH BUAT KERJA YANG ALLAH BAGI SIKIT MAK AI BUKAN MAIN MERUNGUT...MUNCUNG SAMPAI BOLEH BUAT PENYAKUT ATAU AMPAIAN BAJU.... TULAH WANITA...PEREMPUAN DAN APA JUA ISTILAH YANG SEWAKTU DENGANNYA....

SUKA SANGAT UNDER ESTIMATE DIRI....DUNIA SEKARANG NI TAK KIRALAH AWAK TU LELAKI KE PEREMPUAN KE....MASING-MASING ADA PERANAN YANG JANGAN SESEKALI DIABAIKAN....MASAK NAK MENJAWAB KAT SANA NANTI....RENUNGKANLAH APA YANG TELAH DI NUKILKAN MOGA MENJADI PANDUAN KITA BERSAMA.....

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. "

P/S : KUASA DI TANGAN ALLAH....KITA SEBAGAI HAMBA? RENUNG FIKIR BERSAMA...AGAR TIDAK TERHANTUK BARU TERNGADAH

0 ulasan: