THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, January 30, 2012

TENANG DAN SABAR

Assalamualaikum Moga Sihat Hendaknya...

Sungguh sakit rasanya...namun Allah lebih memahami segalanya...
Moga Allah permudahkannya

Tuesday, January 17, 2012

PERGI TAK KEMBALI

Assalamualaikum lama rasanya diri ini menyepi tanpa mengutus sebarang khabar. Tidaklah sesibuk mana hanya yang pasti gagal untuk mengurus masa dengan baik. Apa khabar kalian semua diharapkan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini tepat jam 7.30ptg (18/1/12) telefon bimbit adik sepupuku berbunyi. Mungkin bagi anda semua , "Normallah wei h/p bunyi tu pun nak kecoh?" Kedengaran suaranya agak terperanjat menjawab telefon dan akhirnya pandangan terarah kepada dia. Selesai menjawab telefon aku bertanya, "Kenapa Kak Ngah?" lalu dengan ringkas dia menjawab, "Balik kampung jom?" aku masih lagi terkedu dan membalas, "Balik kampung?Kenapa?Malam kot?" Dengan pantas menjawab "Pak Long Ramli dah takde...ko nak ikut tak?" Lalu aku pun bersiap-siap dan menelefon acik ujie, uteh memberitakan perkhabaran tersebut.

Dalam perjalanan minda ini lingat berputar. Terfikir juga tentang nasib ini...di mana penghujungnya...Perjalanan sekitar 30 minit Kuala Lumpur ke Jenderam Hilir melalui MEX cukup mengajar ku tentang erti kehidupan. Adakalanya kita langsung tidak menghargai apa yang disifatkan sebagai KEHIDUPAN. Kita selalu mensia-siakan peluang yang ada...MENGAPA? Apakah kita rasakan HIDUP ini harus dilaburkan serta diperjudikan kelembah kehinaan? Entah hanya itu yang mampu aku tuturkan ketika ini. Pesananku buat semua, hargailah SISA UMUR yang BERBAKI agar tidak menyesal di SANA nanti.

p/s: Al-Fatihah buat Pak Long Ramli moga ditempatkan bersama orang mukmin yang soleh...

Wednesday, November 30, 2011

SIKAP KITA DI MALAYSIA

Assalamualaikum Salam Satu Akidah Satu Ummah Insyaallah...Moga sihat jualah hendaknya sahabat diluar sana...Sikap? Apa yang terlintas apabila kita sebut SIKAP? Ayuh kita rungkai...

SITUASI 1 : Sepagi di Pavilion dan Time Square
Penjual 1 : Meh Kak Beli beg RM 29 je (bunyinya nak kata indon bukan...cina bukan...)
Penjual 2 : Beg RM 25 tak nak?
Lalu penulis mendekati salah seorang peniaga tersebut. Begnya boleh disifatkan sebagai SEMPOI dan SELESA untuk di pakai kemana-mana sahaja. Penulis memulakan perbualan. "Kamu asal mana?" kerana dialeknya sungguh pelik. "Sabah" jawabnya...sungguh menarik untuk diuji lagi lantas soalan kedua diutarakan "Sabah Bahagian mana?" dengan selamba dia menjawab "Sarawak" lalau dia membalas dengan mengutarakan solan yang sama "Kamu orang mana? Muka macam cina ja?" penulis menjawab tetapi dengan menggunakan sedikit helah untuk memerangkap peniaga dengan jawapan yang diberi, "Saya orang SABAH juga, TAWAU" dia menjawab, "TAWAU? di mana tu?" Kesimpulannya apa?
MASYARAKAT KITA SUKA MENIPU
Segala benda nak MENIPU...kenapa harus MENIPU? TEPUK DADA TANYA IMAN dan BERTAUBATLAH wahai HATI dan INSAN yang TAKUT KEPENTINGANNYA TERGUGAT....

SITUASI 2 : Di Dalam Pengankutan AWAM (RapidKL)
Penumpang 1 :Hallo Abang jangan jadi bodohlah..masuk itu short cut lo!
Pemandu Bas :Jangan BISING...kalau nak CEPAT ambik duit ni naik bas LAIN...
Persoalannya adakah ISLAM mengajar kita dengan AKHLAK yang sedemikian? Adakah ISLAM mengajar kita MENGELUARKAN kata-kata kesat kepada NON-MUSLIM? Apakah kita harus membalas dengan perkataan KESAT juga? Rasulullah SAW diuji lebih berat lagi namun terus menyebarkan dakwah, dikeji, dihina, dicaci, di maki namun baginda TETAP SABAR dan TERUS BERUSAHA melaksanakan AMANAH YANG ALLAH PERINTAHKAN. Kita sebagai UMATNYA adakah ini AKHLAK kita? Bagaimana ingin menarik NON-MUSLIM dekat dengan ISLAM sedangkan kita memberikan GAMBARAN BURUK?

SITUASI 3 : Ketika Perjalanan Pulang
Penumpang : Thank you...
Pemandu : Erm...yelah....
Susah sangat ke kita yang BERAGAMA ISLAM ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH dan SAMA-SAMA? Apakah berbayar untuk setiap huruf dan perkataan yang dituturkan? Renung Fikir Bersama...

SITUASI 3 : UMUM
Kenapa kita suka mencari SALAH orang dan MELEMPARKAN kata-kata KESAT? Macam TIN KOSONG kita ni...Cerita Belakang lebihnya bila JUMPA dengan yang BERWAJIB SENYAP...Kenapa? Kalau pandai menunding sahaja namun tiada SOLUSINYA lebih baik DIAM...BANYAKKAN MENCARI BEKALAN KE AKHIRAT ADA JUGA FAEDAHNYA...

Sekadar renungan kita BERSAMA sebagai UMAT ISLAM...Adakah kita telah BERAKHLAK seperti yang di AJARKAN oleh Rasulullah SAW dan melaksanakan apa yang di gariskan di dalam MANUAL KEHIDUPAN seorang MUKMIN iaitu AL-QURAN dan AS-SUNNAH? Adakah kita KHALIFAH yang AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB, DEDIKASI, TELUS dan CAKNA? Berapa TAHUN kita gunakan UMUR yang BERSISA ini UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM dan MEMBELA nasib SAUDARA kita yang DIKECAM...DITINDAS? Renung Fikir Bersama...Wallahhua'alam

p/s: Tanyalah pada DIRI apa SUMBANGAN kita untuk
AGAMA ISLAM dan APAKAH kita HAMBA yang TAAT pada setiap PERINTAH ALLAH?
Janganlah HANYA Menagih JANJI ALLAH sedangkan KITA tidak pernah LAKUKAN apapun
DEMI MENDAMBA REDHANYA....(Ingatan BUAT DIRI INI dan semua yang ada di dunia
ini)

Saturday, November 19, 2011

Saya Muslim?

Assalamualaikum…Apa Khabar Gamaknya kita hari ini? Penulis doakan agar sekelian yang membaca coretan tinta ini dapat mengambil iktibar daripada pengkisahan penulis pada kali ini Insyaallah. Bersamalah kita manfaatkan ilmu yang sedikit ini agar menjadi pedoman buat sekalian UMAT ISLAM. Andai tersasar mohon tunjuk ajar, andai terkasar ampun maaf seadanya. Ayuh kita buka komentar dengan mengamati sepotong Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, “Islam itu tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” Ada yang mungkin bertanya ataupun berbisik sesama sendiri…apa katanya, “Eh, apahal pulak kau ni? Asing-asing, daganglah apalah kau nak mula berniaga ke?…aku tak fahamlah” atau “Eh, jangan nak tunjuk hebatlah…kau pun dulu jahil macam kami” mungkin “Sudahlah, jangan nak tunjuk lagak ilmu tak seberapa tapi macam bagus sangat.” Jadi kongklusinya, biar apa tanggapan orang kepada kita…abaikan andai dia merosakkan kita dan akhirnya menjurus kearah PERSONALITI yang MENYESATKAN. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tajuknya mungkin agak mudah dan ada dikalangan kita merasakan NORMAL. Terpulang apa yang diterjemahkan namun pokok persoalan adalah berkisar di sekitar PERSONALITI seorang MUSLIM. “Kau dah kenapa? Tiba-tiba cerita pasal personality? Kau bergaya sangat ke?” Isu bergaya atau tidak yang itu kita tangguh dulu…yang penting hari ini kita nak berbincang berkisar tentang PAKAIAN yang melambangkan seorang MUSLIM. Opsss, sebelum terlupa…sebelum bercerita tentang PAKAIAN ada satu tajuk yang amat penting di dalam ISLAM. KEBERSIHAN…TAHARAH…CLEANLINESS…HYGIENE…PURITY dan pelbagai istilah yang menggambarkan bertapa BERSUCI itu PENTING. Barulah ISLAM itu INDAH. Bayangkan wahai saudaraku yang amat ku sayangi andai kalian perlu berurusan dengan insan yang tidak MENGGOSOK GIGI…apa perasaan anda? Sedangkan Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Andai tidak keberatan bagi umatku, hendaklah ia bersiwak sebelum menunaikan solat.” Andai manusia yang harus kita jumpa itu tidak mandi? Bagaimana reaksi anda? Pastinya kita akan tidak selesa dan pastinya kita akan melahirkan ekspresi yang kurang baik. Mungkin ada yang dah mula KEMBANG TEKAK membayangkan situasi tersebut, namun realitinya ramai yang menipu dari aspek taharah ini. Mandinya tidak seberapa (MANDI KERBAU a.k.a COWBOY) tapi wanginya…Masyaallah menyengat hingga tidak menyelesakan. Pesan penulis adalah, “Agak-agaklah kalau nak COVER pun biarlah BIJAKSANA…Dah kalau awak buat macam tu LAGILAH orang disekeliling CURIGA.” Renung Fikir Bersama….

Selayaknya bagi SEORANG MUSLIM yang berAKIDAH ISLAM itu sewajarnya MEMPAMERKAN PERSONALITI, PENAMPILAN DIRI, GAYA BERFIKIR dan MENJAWAB sejajar dengan SYARIAH ISLAMIYYAH bukan sebaliknya. Berapa ramai dikalangan kita mengaku “Ya, saya ISLAM tapi pakaian ni…aduyai KOLOT.” Atau “Saya taulah HALAL HARAM ni..bab TUDUNG ni hold dulu boleh?..Belum sampai SERU” ada juga “Alah, yang bekelubung tu baik sangat ke? Kami yang macam ni jahat ke? Kadang-kadang yang kelubung tu lagi teruk dari kami” Bagaimanalah yang BUKAN ISLAM ni nak respect pada UMAT ISLAM? Sedangkan apa yang kita tonjolkan kepada mereka bukan yang diajar oleh Rasulullah SAW? Akhlak kita bagaimana? Apakah kita ni benar-benar faham dan mengamalkan apa yang diajar oleh Al-Quran dan dididik oleh Rasulullah SAW? Tidak malukah kita mengaku ISLAM sedangkan kita JAUH dari apa yang dinyatakan sebagai JALAN YANG LURUS? Ayuh pulanglah ke pangkal jalan wahai sahabat, PINTU TAUBAT MASIH LAGI TERBUKA…MASIH BELUM TERLAMBAT…KITA MULAKAN DENGAN MENUNTUT ILMU dan MENCARI GURU yang AHLI (Alim Ulama’) berkawanlah dengan golongan SOLEH agar kita mampu mentauladani gaya hidupnya. Moga Allah merahmati usaha kita yang sedetik cuma…

Renung fikir bersama kita hari ini, Apakah benar kita berpakaian mengikut apa yang disyariatkan oleh ISLAM? Apakah kita sekadar MENUTUP KULIT? Apakah kita mengenakan pakaian itu untuk MENUNJUK-NUNJUK? Apakah nilai PAKAIAN itu andai diBELI hasil daripada menindas kaum yang tidak berdaya? Tepuk dada tanya iman…Moga bertemu di coretan tinta seterusnya Insyaallah…

p/s: Bukan menunding pada sesiapa cumanya sebagai nasihat kepada diri yang senentiasa tersasar. Ya Allah kurniakan aku kekuatan

Wednesday, November 9, 2011

Jangan Bersedih…Allah Sentiasa Bersama Kita

Assalamualaikum Moga Sihat Seadanya. Adakalanya hati ini sering terusik, mungkin juga teganggu gugat dek hasutan SYAITAN yang DILAKNAT dan DIREJAM, gusar menghitung percaturan hidup selepas bergelar GRADUAN, terasa lemah apabila jauh dengan INSAN yang BERJUANG bersama dan mungkin dek usikan masyarakat sekeliling tentang STATUS DIRI. Allahhuakhbar besar sungguh ujian dan dugaanMu Ya Allah dan adakalanya aku tersungkur dek tidak berdayanya aku.

“Alahai yang ko pi dengaq tu semua buat pa?” pujuk hati ini dengan menggunakan dialek Pak tersayang dengan harapan mampu memujuk jiwa dan hati tapi jawapannya TIDAK. Arghhh!!! Jiwa ini meronta meminta kepastian. Namun apa yang aku temu adalah “La Tahzan”. Pintu hati ini diketuk dengan kalimat nasihat daripada Kak Ina, Abang Fedtri dan Zhafran apa katanya? “Jangan Bersedih…Allah Sentiasa Bersama Kita” Yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Menguasai Ilmu. “Ko sedang diuji dan ditarbiyyah…sungguh lembut belaian kasihNya…Dia SAYANG ko” pujuk hati ini agar mampu bersabar dengan kebarangkalian yang akan menjengah tiba.

Allahhuakhbar bertapa bersyukurnya aku kerana aku masih lagi ditarbiyyah di jalanMu, kau beri aku peluang untuk DEKAT dengan Mu…Ya Allah berikan aku kekuatan Ya Allah dalam menghadapai kebarangkalian yang menjelang. Doaku sepanjang hari. Hari ini aku rasa aku cukup tidak terdaya dan aku rasa sungguh lemah apabila dihina, dicemuh dan pelbagai anasir negative menyelinap meranapkan FUNGSI HATI dan akhirnya HATI ini berasa sungguh LEMAH…Alhamdulillah aku telah menemui ANTIBIOTIKnya…Apa? Pastinya Al-Quran dan LEMBARAN SIRAH PERJUANGAN RASULULLAH dan UTUSAN ALLAH sebelum ini. Sorotan kisah SEDIH dan KEKURANGAN MASYARAKAT yang TIDAK bernasib baik yang tersebar di dada akhbar dan media tempatan membuatkan aku tersentap di dalam KEPOMPONG KESEDIHANku.

Andai aku HAMBA yang baru diuji dengan KEPINCANGAN KELUARGA dan PERCATURAN yang MEMBINGUNGKAN apalah sangat jika dibandingkan dengan UJIAN yang DITERIMA oleh Rasulullah SAW, DIHINA, DIKEJI, DIKECAM, DICEMUH, DIUSIR PERTUDUHAN DEMI PERTUDUHAN selama 13 TAHUN menyebar DAKWAH namun Rasulullah SAW tidak kenal erti JEMU, BOSAN, MENGALAH dan MENYALAHKAN TAKDIR. Baginda TERUS TERSENYUM dan MENUNJUKKAN AKHLAK MULIA. Subhanallah indahnya TAULADAN yang ditinggalkan.

Akhir Tinta, marilah bermujahadah dan muhasabah kerana kita adalah HAMBA yang LEMAH. Tak PERLU EGO TINGGI MELANGIT kerana kita dijadikan dari TANAH. Kemana REBAHnya JASAD andai tidak pulang ke TANAH? Renung Fikir Bersama…

p/s: Ya Allah Sesungguhnya Aku Sangat lemah Ya Allah, aku mohon Ya Allah kau
kurniakanlah teman yang senentiasa berada bersamaku ketika sendu mahupun suka,
yang setia mendengar luahan rasa ku dan pembimbing aku serta keturunanku agar tunduk, patuh, sujud kepadaMu Ya Allah. Jadikanlah DIA Permata Yang Dicari di dalam hidup ini agar mampu menerajui layar bahtera rumahtangga bersama dan berada di bawah naungan RAHMATMU. Ameen…

Saturday, October 29, 2011

DAKWAH SEORANG MUSAFIR

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi bersama di dimensi pemikiran dan wadah perjuangan berlandaskan asas syahadah. Bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan Islam yang telah dianugerahkan. Hati ini selalu berbisik, jiwa ini selalu memberikan kata semangat serta anggota yang dipinjamkan serta diamanahkan ini merayu untuk dimanfaatkan kejalan Allah SWT. Mendamba RedhaNya demi menagih janjiNya agar mampu bertemu dan duduk di sisi Rasulullah di Syurga nan abadi.

Dalam rangka merealisasikan pengabdian diri kepada Allah SWT, dakwah merupakan agenda yang paling penting serta utama. Ingin menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW bukannya suatu tindak tanduk yang mudah dan enteng. Bukan hanya memerlukan seorang yang petah berbicara dan betah kepada kecanggungan pandangan semata yang berlandaskan LOGIK AKAL tetapi DAKWAH ISLAMIYYAH memerlukan seorang yang BERILMU, MENGGUNAKAN AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai MANUAL KEHIDUPAN, BERBICARA dengan HIKMAH serta PENDEKATAN yang SESUAI dengan keadaan sekeliling. Paling utama pendakwah seharusnya MENGORBANKAN KESELESAAN kita untuk berbakti kepada golongan sasar.

Mengimbas ketika masih di alam kampus, penulis pernah dikejutkan dengan panggilan dan juga sapaan daripada junior penulis. Apa katanya? Ini maklumbalas daripada mereka,PERTAMA:"Assalamualaikum akak, maaf ganggu akak malam-malam begini. Saya bukan nak mengadu tetapi saya tidak selesa dengan askar-askar akak tu...laser mulutnya, saya taulah saya tidak bertudung tetapi selayaknyakah saya dihina dan diherdik?" KEDUA:"Akak...ada seorang senior ni sound saya katanya kau pakai ketat-ketat ni confirm masuk neraka...siapa mereka nak hukum saya?Kenapa dia tak mau bimbing saya?" KETIGA:"Akak saya tau saya salah tapi mengapa Kak Peah(bukan nama sebenar)sound saya katanya baik pegang babi daripada pegang tangan awek saya? Akhlak itukah yang Rasulullah ajar?" Cukup hanya tiga dialog perbualan yang kita bincangkan hari ini serta kita muhasabah bersama.

Secara peribadinya, penulis bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh saudaraku Abd Halim Ahmad melalui blognya berkaitan dengan dakwah yang menyatakan kita hanya selesa dengan kelompok kita dengan laras bahasa ana-enta, sempurna menutup auratnya, sentiasa menjaga ikhtiladnya dan mudah kita simpulkan bahawa kita lebih mudah untuk mendekati INSAN yang SEFITRAH dengan kita. Persoalannya BAGAIMANA dengan YANG KURANG SEMPURNA MENUTUP AURATNYA, BUTA AL-QURAN, TIDAK KENAL APA ITU SOLAT dan MASALAH BERKAITAN FARDHU AIN? Apakah kita dengan mudah menyatakan LANTAKLAH...MALAS NAK LAYAN?Renung Fikir Bersama...

Suka penulis mengajak sahabat sahabiah untuk kita sama-sama muhasabah dengan apa yang Allah pinjamkan buat kita. Firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran melalui ayat ke 19 jelas menyatakan bahawa"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai)di sisi Allah adalah ISLAM. Jadinya kita yang MUSLIM ini boleh duduk saja ke bila tengok MAKSIAT di SANA-SINI? Sedangkan Allah AMANAHkan KITA untuk BERPESAN-PESAN kepada KEBENARAN? AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR? Tapi kita di mana? Mata kita adakalanya MENJELING apabila bila melihat SITUASI yang kurang sempurna di mata kita...adakalanya kita pula melabel itu dan ini kepada golongan itu tanpa cuba mendekatinya...KITA SIBUK mencanang ke sana sini KITA NAK BERDAKWAH tetapi apa yang kita dah buat? Apa SOLUSInya apabila TENGOK KEMUNGKARAN? Kita nak ISLAH tetapi kita tak buat apa pun...kita hanya mampu CAKAP BELAKANG...jadinya? Ada pula dikalangan adik-adik di PMI menyatakan pada penulis bahawa "Akak kami CUBA nak tegur tapi kena sound...malaslah nak layan" Malas nak LAYAN jawapan dia Allahhuakhbar.Tepuk dada tanya IMAN.

Ingatlah FIRMAN ALLAH yang boleh dijadikan pencetus semangat buat kita hambanya yang kerdil dan selalu meminta agar Allah mudahkan urusan kita. Allah befirman melalui Surah Muhammad ayat 7,"Wahai orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan)dan meneguhkan tapak pendirian kamu". Firman Allah dari Surah Ali-Imran ayat 120, "Dan jika kamu sabar dan bertaqwa,(maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan." Akhir kalam, RENUNG FIKIR BERSAMA...JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH...Masih belum terlewat untuk berubah kerana PINTU TAUBAT masih TERBUKA. Andai kita hendak berdakwah untuk MENCIPTA GLAMOUR atau MENCARI KEUNTUNGAN maka ini bukan tempatnya kerana ISLAM bukan PERTARUHAN ataupun PERJUDIAN. Marilah bersama kita perbetulkan niat agar segalanya terarah kepada Redha Allah.

P/S:"kalau niat baik dan ikhlas kerana Allah, insyaAllah persepsi orang akan baik.... kalau mereka masih dengan cemuh,cerca,umpat,fitnah dll... bermaksud, mereka bukanlah dari golongan yang baik dan masih belum menerima hidayah. Hal ini kerana, hati yg bersih akan tertarik kpd perkara yg baik. hati yang kotor akan taksub kepada perkara yg kotor juga sebagai makanan hariannya....."Pesan daripada mentorku Ahmad Fedtri Yahya

Wednesday, October 19, 2011

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA

Assalamualaikum Salam Pembuka Bicara moga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah dengan izinNya pada tanggal 16/10/11 secara rasminya penulis bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kepujian). Alhamdulillah kegembiraan ini dikongsi bersama sahabat yang akrab Zharudin Narudin, Khairul Hafiz Rusli, Mohd Najib Mat Hashim, Zainatul Yushaniza Mohamed Yusoff.

Segulung Ijazah tidak menjanjikan apa-apa andai kita ini menjadi HAMBA yang EGO dan BONGKAK. Mengapa? Apalah maknanya andai KITA BERJAYA hanya menempel pada NIKMAT dan HIKMAH Allah SWT sedangkan perintahnya kita abaikan? Renung Fikir Bersama...

p/s: Mohon doa sahabat sahabiah agar dipermudahkan segalanya