THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, November 19, 2011

Saya Muslim?

Assalamualaikum…Apa Khabar Gamaknya kita hari ini? Penulis doakan agar sekelian yang membaca coretan tinta ini dapat mengambil iktibar daripada pengkisahan penulis pada kali ini Insyaallah. Bersamalah kita manfaatkan ilmu yang sedikit ini agar menjadi pedoman buat sekalian UMAT ISLAM. Andai tersasar mohon tunjuk ajar, andai terkasar ampun maaf seadanya. Ayuh kita buka komentar dengan mengamati sepotong Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, “Islam itu tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” Ada yang mungkin bertanya ataupun berbisik sesama sendiri…apa katanya, “Eh, apahal pulak kau ni? Asing-asing, daganglah apalah kau nak mula berniaga ke?…aku tak fahamlah” atau “Eh, jangan nak tunjuk hebatlah…kau pun dulu jahil macam kami” mungkin “Sudahlah, jangan nak tunjuk lagak ilmu tak seberapa tapi macam bagus sangat.” Jadi kongklusinya, biar apa tanggapan orang kepada kita…abaikan andai dia merosakkan kita dan akhirnya menjurus kearah PERSONALITI yang MENYESATKAN. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tajuknya mungkin agak mudah dan ada dikalangan kita merasakan NORMAL. Terpulang apa yang diterjemahkan namun pokok persoalan adalah berkisar di sekitar PERSONALITI seorang MUSLIM. “Kau dah kenapa? Tiba-tiba cerita pasal personality? Kau bergaya sangat ke?” Isu bergaya atau tidak yang itu kita tangguh dulu…yang penting hari ini kita nak berbincang berkisar tentang PAKAIAN yang melambangkan seorang MUSLIM. Opsss, sebelum terlupa…sebelum bercerita tentang PAKAIAN ada satu tajuk yang amat penting di dalam ISLAM. KEBERSIHAN…TAHARAH…CLEANLINESS…HYGIENE…PURITY dan pelbagai istilah yang menggambarkan bertapa BERSUCI itu PENTING. Barulah ISLAM itu INDAH. Bayangkan wahai saudaraku yang amat ku sayangi andai kalian perlu berurusan dengan insan yang tidak MENGGOSOK GIGI…apa perasaan anda? Sedangkan Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Andai tidak keberatan bagi umatku, hendaklah ia bersiwak sebelum menunaikan solat.” Andai manusia yang harus kita jumpa itu tidak mandi? Bagaimana reaksi anda? Pastinya kita akan tidak selesa dan pastinya kita akan melahirkan ekspresi yang kurang baik. Mungkin ada yang dah mula KEMBANG TEKAK membayangkan situasi tersebut, namun realitinya ramai yang menipu dari aspek taharah ini. Mandinya tidak seberapa (MANDI KERBAU a.k.a COWBOY) tapi wanginya…Masyaallah menyengat hingga tidak menyelesakan. Pesan penulis adalah, “Agak-agaklah kalau nak COVER pun biarlah BIJAKSANA…Dah kalau awak buat macam tu LAGILAH orang disekeliling CURIGA.” Renung Fikir Bersama….

Selayaknya bagi SEORANG MUSLIM yang berAKIDAH ISLAM itu sewajarnya MEMPAMERKAN PERSONALITI, PENAMPILAN DIRI, GAYA BERFIKIR dan MENJAWAB sejajar dengan SYARIAH ISLAMIYYAH bukan sebaliknya. Berapa ramai dikalangan kita mengaku “Ya, saya ISLAM tapi pakaian ni…aduyai KOLOT.” Atau “Saya taulah HALAL HARAM ni..bab TUDUNG ni hold dulu boleh?..Belum sampai SERU” ada juga “Alah, yang bekelubung tu baik sangat ke? Kami yang macam ni jahat ke? Kadang-kadang yang kelubung tu lagi teruk dari kami” Bagaimanalah yang BUKAN ISLAM ni nak respect pada UMAT ISLAM? Sedangkan apa yang kita tonjolkan kepada mereka bukan yang diajar oleh Rasulullah SAW? Akhlak kita bagaimana? Apakah kita ni benar-benar faham dan mengamalkan apa yang diajar oleh Al-Quran dan dididik oleh Rasulullah SAW? Tidak malukah kita mengaku ISLAM sedangkan kita JAUH dari apa yang dinyatakan sebagai JALAN YANG LURUS? Ayuh pulanglah ke pangkal jalan wahai sahabat, PINTU TAUBAT MASIH LAGI TERBUKA…MASIH BELUM TERLAMBAT…KITA MULAKAN DENGAN MENUNTUT ILMU dan MENCARI GURU yang AHLI (Alim Ulama’) berkawanlah dengan golongan SOLEH agar kita mampu mentauladani gaya hidupnya. Moga Allah merahmati usaha kita yang sedetik cuma…

Renung fikir bersama kita hari ini, Apakah benar kita berpakaian mengikut apa yang disyariatkan oleh ISLAM? Apakah kita sekadar MENUTUP KULIT? Apakah kita mengenakan pakaian itu untuk MENUNJUK-NUNJUK? Apakah nilai PAKAIAN itu andai diBELI hasil daripada menindas kaum yang tidak berdaya? Tepuk dada tanya iman…Moga bertemu di coretan tinta seterusnya Insyaallah…

p/s: Bukan menunding pada sesiapa cumanya sebagai nasihat kepada diri yang senentiasa tersasar. Ya Allah kurniakan aku kekuatan

0 ulasan: