THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, April 26, 2009

NAFSU OH NAFSU....

Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia
takutkan
kesusahan dan ujian. Mereka takut
miskin. Mereka
takut jadi susah. Mereka takut jatuh
sakit. Mereka
takut kehilangan harta benda. Mereka
takut turun pangkat atau
hilang jawatan. Mereka takut dihina.
Mereka takut dipulaukan
dan sebagainya. Kalau boleh, manusia
ingin selalu senang, kaya,
sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan
sentiasa hidup dalam
keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi
dari ujian dan kesusahan.
Selagi dunia bernama dunia, ujian dan
kesusahan akan
tetap ada. Ia adalah adat dan resam
hidup. Hadith ada menyebut:

Maksudnya: “Dunia itu negara bala’ dan
ujian”.

Sebenarnya, yang benci dan takutkan
kesusahan dan ujian
itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada
kesusahan. Nafsu tidak
suka pada ujian, pada lapar dan dahaga,
pada kemiskinan, pada
kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah,
dan pada apa sahaja
yang tidak sesuai dengan kehendak dan
keinginannya.

Nafsu sebenarnya lebih jahat dan
berbahaya dari syaitan.
Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu
berada dalam diri kita. Nafsu
adalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu
kita terdidik, maka sempitlah
jalan syaitan untuk menggoda dan menipu
kita. Tetapi
kalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah
jalan syaitan.

Hendak mendidik nafsu bukan mudah. Nafsu
pernah angkuh
dan sombong dengan Tuhan. Dia pernah
berkata pada Tuhan:

“Engkau-engkau, aku-aku.” Dia pernah
direjam seribu tahun
dalam neraka. Nafsu hanya takut dengan
Tuhan. Dia tidak takut
dengan makhluk.

Oleh itu, hendak mendidik nafsu, kita
perlu ada rasa cinta
dan takut dengan Tuhan. Kita perlu
bersandar kepada kehebatan
dan kekuasaan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini
tidak ada, maka tidak
ada apa yang akan dapat mendorong dan
menahan atau menghalang
nafsu. Rasa cinta pada Tuhan itu akan
mendorong nafsu
supaya menjadi tenang dan jinak. Rasa
takut dengan Tuhan pula
akan menahan nafsu dari menjadi terlalu
rakus, liar dan tidak
terkawal.

Untuk mendidik nafsu, hendaklah kita
berbicara dengannya.
Katakan pada nafsu begini: “Hai nafsu!
Aku tahu engkau itu jahat.
Tapi kalau Allah tolong aku, engkau pun
aku boleh hadapi.
Walaupun aku ini tidak tahan diuji, tapi
kalau aku diuji aku akan
berserah sahaja kepada Tuhan.”

Nafsu kalau tidak dididik, diuji,
ditekan, dikekang dan disakitkan,
dia akan berbunga. Kemudian dia akan
berbuah. Buah
nafsu ialah segala sifat-sifat keji dan
mazmumah seperti sombong,
angkuh, megah, riak, pemarah, jahat
sangka, tamak, hasad
dengki, panas baran, bakhil dan
lain-lain lagi.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu
akan jadi subur
dan iman akan jadi lemah. Iman hanya
akan meningkat dan nafsu
hanya akan tunduk melalui ujian dan
kesusahan. Itulah hikmah
Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan
iman dan melemahkan
nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah
tanda kasih sayang
Tuhan.
Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: “Apakah manusia itu mengira
bahawa
mereka dibiarkan berkata: ‘Kami telah
beriman,’ sedang
kamu tidak diuji lagi.” (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena
membaiki diri. Cara untuk
membaiki diri ialah dengan bermujahadah
dan dengan melalui
berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang
berat ataupun ringan.
Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya
hubungan kita dengan
Tuhan. Orang yang kuat hubungannya
dengan Tuhan, ujian yang
berat dirasakan ringan. Orang yang lemah
hubungannya dengan
Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.

Ujian adalah untuk orang baik dan juga
orang jahat. Untuk
orang beriman dan tidak beriman atau
lemah iman. Malahan
orang baik dan beriman lebih banyak
diuji dan lebih berat pula
ujiannya. Para nabi dan rasul adalah
mereka yang paling berat
diuji. Kemudian para wali dan
orang-orang soleh. Kemudian
orang-orang awam lain mengikut peringkat
iman yang ada pada
mereka. Orang baik diuji untuk
meningkatkan darjat mereka.

Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan
menghapuskan dosa-dosa
mereka. Kalau pun mereka bertaubat,
belum tentu diterima
taubat mereka itu tetapi ujian dan
mehnah boleh menghapuskan
dosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar
dan redha.

Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian,
kesusahan dan penderitaan.
Jalan ke neraka pula penuh dengan
kesenangan dan
nikmat. Justeru itu, menempuh dan
menjalani ujian dan kesusahan
dari Allah menjadi syarat untuk ke
syurga. Ada riwayat di
dalam hadis seperti berikut:

Setelah Allah mencipta syurga dan
neraka, maka Allah perintahkan
para malaikat pergi melihatnya.
Sekembali para malaikat,
Allah bertanya apa pendapat mereka.
Malaikat menjawab: “Tidak
akan ada manusia yang akan masuk neraka
kerana siksaannya
sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia
akan masuk syurga
kerana nikmat di dalamnya sungguh indah”.

Allah Taala kemudian memerintah para
malaikat untuk
melihat untuk kali kedua. Sekembalinya
para malaikat, Allah
bertanya sekali lagi apa pendapat
mereka. Kali ini malaikat
menjawab: “Tidak akan ramai manusia yang
dapat masuk ke
syurga. Ramai manusia akan masuk neraka.
Kerana syurga itu
dikelilingi oleh perkara-perkara yang
sungguh menyakitkan dan
menyusahkan; dan neraka itu dikelilingi
oleh perkara-perkara
yang seronok, indah dan mengasyikkan.”

Oleh itu, kalau kita diuji, itu tanda
Tuhan telah meletakkan
kita di atas jalan menuju ke syurga.
Kita patut banyak-banyak
bersyukur. Kalau Tuhan biarkan kita
lalai dan berfoya-foya dan
bergelumang dengan dosa dan noda, itu
tanda kita sedang berada
di atas jalan menuju ke neraka. Kita
patut cepat-cepat sedar dan
bertaubat.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan
kesusahan, fitrah
pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin
rasa bertuhan dan suka bersusah-
susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas
kalau disusahkan
atau disakitkan asal ia dapat rasa
hampir dan dekat dengan
Tuhan.

Apabila nafsu dapat ditundukkan dan
dijinakkan, maka fitrah
kita akan menjadi lebih berperanan. Bila
fitrah sudah berperanan
dan jiwa telah hidup, maka dia akan
terhibur dan merasa bahagia
dengan ujian dan kesusahan. Bila diuji,
dia terasa Tuhan itu dekat
dan hampir dan kuat pergantungannya
dengan Tuhan. Roh jadi
meriah dan penuh dengan zikrullah. Bila
tidak diuji, rasa bimbang
dan cemas takut-takut Allah telah
melupakan dia.

Ini berlaku kepada para sahabat. Kalau
sehari mereka tidak
diuji oleh Tuhan, mereka mula bimbang.
Kalau dua hari tidak
diuji, mereka mula takut. Kalau tiga
hari tidak diuji, mereka mula
cemas takut-takut Tuhan telah melupakan
dan tidak peduli
kepada mereka lagi.

Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh
tahu dalam diri kita
nafsu atau fitrah kitakah yang lebih
berperanan. Nafsu kitakah
atau fitrah kitakah yang lebih kuat.
Kalau kita sangat terdorong
dan terangsang dengan perkara-perkara
yang seronok, yang
mengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya,
seronok dengan dunia
dan takut dan benci kepada ujian dan
kesusahan, maka kita
sebenarnya kuat nafsu. Tetapi kalau kita
banyak terdorong kepada
akhirat, rela bersusah-payah dan
menderita kerana Allah,
tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa
manis dan indah pula
dengan ujian, maka fitrah kita sudah
berperanan. Oleh itu bermujahadah,
menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidik
nafsu sangat penting. Nafsu itu mesti
dilawan, jangan dilayan.

Baru dia akan tunduk. Kalau nafsu
dilayan, dia akan subur dan
melonjak-lonjak. Jangan beri nafsu apa
yang dia mahu (yang
haram). Beri dia apa yang dia benci
(yang baik).

Orang-orang soleh, kalau diuji, mereka
sabar dan tidak
mengadu. Sabar itu sudah tentu ada
sakitnya. Orang-orang
muqorrobbin (yang hampir dengan Tuhan),
kalau diuji mereka
redha. Redha itu kurang sakitnya kerana
ada rasa kerelaan dan
kepuasan. Orang-orang siddiqin (yang
benar) pula merasa bahagia
dan terhibur dengan ujian. Itulah
makanan bagi jiwa
mereka.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan
kesusahan, fitrah pula sebaliknya.
Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan
suka bersusah-susah kerana
Tuhan".

sama2lah kita cuba sedaya-upaya
mempertingkatkan kualiti diri kita dr
masa ke semasa......

0 ulasan: