Assalamualaikum...salam muafakat
salam muafakat pun kadang-kadang ada mudaratnya juga...bukan kita tak yakin dengan kawan kita ni cuma agak curiga kotlah menjadi teman je...yelah TEMAN kenapa terkejut ke?TEMAN ni bagi saya cuma menempel bila senang je...bila susah dialah yang blah dulu...
Pening kepala ni, memikir masalah yang mengundang mudarat ni. Haaaaaaa dah ada dah yang mula start menganyam ketupat, eh apa nih? Ada ke katanya kita sibuk memikir kurang berwirid kurang solat lemah rohani jasmani....ewah-ewah senangnyalah nak perlekeh orang apa kata bahasa keju "under estimate"? Macam tulah lebih kurang. Kita suka sangat menunding kat orang, ingat tak masa kat sekolah kita nyanyi lagu bangau oh bangau? Alah lagu yang cari salah orang je...salah dia kalau boleh kambus dia kambus dalam-dalam....kalau bau taik tu sebatu dah bau di cover dengan ambi pur...kononnya nak tunjuk dia perfect tapi bagi saya just forget it. Haaa apa dia angah? Betullah memang kita tak mampu nak puaskan hati semua orang dan memang takkan dapat pun tapi sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan kotak fikiran mahasiswa yang nak berkembang yang baru nak belajar explore manisnya MENJADI MAHASISWA ni...Jangan kita buat satu pagar dawai elektrik yang cantik tapi akhirnya menjerat pemiliknya....silap cara boleh mati wooooo....
Sama jugalah dengan kawan-kawan kita ni kekadang cakap gelegor bedebor bak kata orang kampung den...tapi pasior je...kalau jadi nyor dapat juga kukor dapat le buat pengat tak pun putu...Orang kita tak kiralah melayu ke jawa ke banjar ke bugis ke melanau ke apa-apa kaumlah kat Malaysia ni pantang terusik sikit melentingnya bukan main...tapi cuba renung fikir mulanya masalah dari siapa?diri sendirikan?Eh tak mengaku pulo dio...tak percaya?nak bukti?maleh den nak cito kan...pikir lah daro pikirlah jang oiiiii...duduk siko....ambil cangkir pi minam....
Peliklah saya sampai sekarang dibelengguu dengan kelompok yang cakap tak serupa bikin ni.Rimas pun ada kekadang rasa lemas dah dalam lautan kepura-puraan....bila ditegur mulalah melenting pastu tunding katkita pulo...yelah kita ni siapa je...yang lain yang tak tau hujung pangkal ada yang menyalak...ada yang menyondol...ada yang berkok...apa yang signifikan dengan perbuatan macam ni...maknanya tabiat macam ni? Ermmm betullah tu....saya tak cakap tapi anda yang analize sendiri....
Tolonglah jangan SEKAT PEMIKIRAN orang yang paling SADIS jangan harap orang nak ikut telunjuk kita kalau PERANGAI macam PEKAN DAN MELOR ... eh siapa ini dua orang budak?LAWYER_BUROK, DOKTOR_SAKIT MENTAL, AHLI_MESYUARAT TINGKAP?Ntah...yang terasa tu bawa-bawalah berubah...Kita sama-sama berubah JADI BAIK BUKAN MENYUSAHKAN...Eish ni nak habaq mai jangan dok menyusahkan orang dengan apa yang hangpa dah buat DULU ei ni nak bagi tau DULU dan SEKARANG tak sama....bila nak maju kalau memanjang sibuk pikir idea yang dah lapuk tu....
SENDIRI CAKAP SENDIRI PIKIR....PIKIR DULU SEBELUM CAKAP...JANGAN SAMPAI BANYAK PIKIR TAKLEH CAKAP ATAU BANYAK CAKAP TAKLEH PIKIR....apa tak paham?TERUK...TERUK...TERUK
Thursday, August 27, 2009
LAIN KALI....CAKAP BIARLAH SERUPA BIKIN
EPILOG BUAT INSAN YANG TIDAK PERNAH KU KENALI...TAPI DIALAH AYAHKU
BUAT MU AYAH
Pada siapalah ingin kucurahkan segalanya
Tidak tertanggung lagi penderitaan ini
Semakin lama kian membarah
Aku gugur di dalam khayal ku
Aku tewas dalam dunia ku
Aku seakan mencari sesuatu
Sesuatu yang bukan milik ku
Masih terbungkam di lubuk jiwa ku
Apakah harus aku luahkan kepadanya
Tak sanggup…Aku tidak tegar melakukannya
Biarlah aku terus menerus merana
Menagih suatu yang tidak terjangkau dek akal manusia
Aku masih lagi di sini
Menanti saat bertaut kembali dua kasih
Yang selama ini ku tagih
Yang ingin ku raih
Namun mengundang sepi
Ayah di mana kau?
Bertapa lompongnya hidup ku
Menagih kasih pada yang sudi
Semata-mata ingin merasakan manisnya kasih seorang ayah
Tersentap jantung ku
Hati ku tertutup mati mendambakan kasih mu
Penantian ku mengundang sia
Namun jauh di sudut hati kecil ini
Aku masih lagi mengharap agar diberikan satu lagi peluang
Untuk ku tatap wajah mu
Berikan aku ruang untuk mengenalimu
Biar sedetik cuma
Ayah apa dosa ku?
Sehingga kau tergamak biarkan ku begini?
Hidup dalam kepura-puraan
Mengemis kasih yang abadi
Aku mengemis kasih seorang ayah
Pernahkah kau merasakan itu?
Pernahkah kau terfikir bertapa seksanya hidup ku?
Aku benci insan yang bernama ayah
Aku semakin bingung
Aku penat dibuai keresahan
Aku bosan menanti kehadiran mu
Pergilah kau jauh disudut hati ku
Biar ku lontarkan rasa sayang ku pada mu jauh di lubuk jiwa
Moga derita tidak berulang
Pergilah jauh dari jiwaku……
Agar ku temu ketengan yang abadi……
Salsabila Humairah 3 April 2009
Bilik Gerakan i Rakan
Tuesday, August 18, 2009
SEMALU VS DURI
Assalamualaikum salam muhasabah...
Sedih menyelubungi diri lantas emosi bermain sendiri menyelubungi kekilafan yang sedang berlegar dalam sedar mahupun ilusi. Begitu banyak bala bencana yang telah Allah turunkan, namun manusia terus dibuai alpa, mengapa ini berlaku? Berkali-kali penulis ingin berpesan bahawasanya semua ini berpunca daripada KETIDAKFAHAMAN dan INDAH KHABAR DARI RUPA.
Dalam sedar mahupun tidak sebenarnya, kita lebih banyak bercakap dan lebih gemar mencari salah orang dan menunding ke arah orang lain,MENGAPA?Mengapa perlu merasakan hebat? Ya, benar jika ada yang menjawab menggunakan dalil daripada SURAH ALI-IMRAN ayat 110...lantas anda perlu mengkaji ayat tersebut sehingga keakhirnya bukan sedar dapat pangkal hujung lesap mahupun sebaliknya.
Manusia amat gemar berfikir menggunakan logik akal namun adakah pernah walau sekalipun kita merujuk kepada AL-QURAN dan As-SUNNAH? Adakah kita benar-benar faham? Ataupun sekadar berguru dengan buku-buku yang begitu banyak percanggahan dan yang amat menggusarkan daripada mana sumber yang diambil? Adakah benar dalil-dalil yang digunakan? Atau sekadar mengaburi mata pembaca untuk terus membaca dan menganuti suatu ajaran yang akhirnya merosakkan?
Cuba bayangkan andai beginilah perangai masyarakat ISLAM yang suka mecari salah orang, apa akan jadi pada ISLAM itu sendiri? Sudahlah menfitnah ISLAM ditambah lagi dengan menyusahkan UMAT ISLAM dalam urusan penyebaran DAKWAH.Disebarkan tomahan kononnya ada SESETENGAH PIHAK YANG MEMBAWA ISLAM MEMPUNYAI AGENDA JAHAT, MEMBAWA AJARAN SESAT DAN YANG AMAT MELUCUKAN ADA KEINGINAN UNTUK MENJATUHKAN SESETENGAH INDIVIDU YANG TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI. Mengapa perlu mengkasta-kastakan ISLAM sedangkan RASULULLAH sendiri tidak pernah mengkasta-kastakan mana-mana puak malahan RASULULLAH cuba menyatukan semua PUAK serta KAUM yang ada bagi memperkukuhkan kedudukan ISLAM.
Tetapi kita sekarang, lebih cepat melatah bila diusik tentang isu yang remeh. Suka mensysdidkan keadaan yang labih teruk mengaku sebagai pemimpin tetapi pengikutnya hanya kekasih yang setia mengikut telunjuk kekasihnya yang ibarat harimau tidak berkuku.Golongan ini yang bakal melahirkan WARIS TAK BERJARI. Saya pasti akan ada yang melabel saya ini tergolong dalam golongan extremist. Itu terpulang kerana bagi saya, saya harus menyuarakan apa yang sewajarnya sebagai seorang manusia dan melaksanakan AMANAH yang telah ALLAH pertanggungjawabkan sejak pertama kali benih disenyawakan. Saya tidak mahu dipersalahkan dan diheret ke NERAKA kelak akibat kelalaian saya ataupun tergolong di dalam golongan INSAN YANG BERILMU TAPI TIDAK BERAMAL.
Buat tatapan untuk direnung fikirkan bersama...
Monday, August 17, 2009
SEKADAR SOGOKAN MINDA BUAT MEREKA YANG SELAYAKNYA DI PANGGIL MANUSIA YANG BERAKAL
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH........AMIN.....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.....' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail :
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir .'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: ' Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor Ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta Mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua...... Wallahua'lam .
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk..
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 ParaAhli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :
' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
Monday, August 10, 2009
SEPI SEORANG PENUNGGU
Assalamaualaikum Salam Ukhuwah Salam Perkenalan....
Rejab telah lama melabuhkan tirainya...Sya'ban berlalu pantas kini tinggal giliran RAMADHAN AL-MUBARAQ yang bakal menyapa setiap insan yang bergelar hamba di muka bumi ALLAH yang faham tentang apa itu ISLAM yang bukan sekadar menganutinya secara warisan tetapi FAHAM dalam erti kata sebenar serta menghayati apa itu yang difahami. Jangan tiru gaya ayam patuk bila perlu...itik pula sudu tak menentu...manakala babi sondol melulu..Mengapa manusia sering dikaitkan dengan binatang sedangkan binatang itu jika hendak dilihat nilaiannya lebih rendah martabatnya daripada manusia. Namun manusia yang selalu meminta untuk dinilai sebegitu...mengapa?TEPUK DADA TANYA IMAN....
Kesian nasib manusia zaman ini...kalaulah binatang tahu senario sebenar yang berlaku pasti ia pun turut gembira...eish mana tidaknya binatang bukan tambah hairan tetapi haiwan bertambah kuantitinya...dari sudut apa...nilai apa...timbang fikirlah buat semua yang membacanya...dari situ anda dapat jawapan di mana letaknya ketinggian seorang yang bergelar manusia...
Ramadhan bakal menjelang jua tidak lama lagi.Namun adakah kita telah bersedia? Cukup sekadar amalan ikut-ikutan sahaja?Atau sekadar....saya tinggalkan anda semua dengan petikan tergantung moga kita sama-sama renung dan fikir
Monday, July 20, 2009
KELIBAT MUSUH DICELAH LIPATAN
Assalamualaikum...
Mungkin sekadar hebat dipentas yang dicaturkan...itu pandangan yang telah dilemparkan kepada saya tidak lama dulu.Bukan mendabik dada dengan apa yang dianugerahkan namun disalh tafsirkan...Bila sebut tentang kepimpinan ramai dikalangan kita memandang sinis seterusnya memandang sepi dengan kebolehan sesetengah individu...Bangkitlah dari lena yang panjang...adakalanya orang yang nampak lekeh tapi lebih geniusnya...orang yang pendiam adakalanya mampu menjadi semalu yang bisa...jangan jadi pemimpin TIN KOSONG sibuk mencanang serata alam...tapi...
Monday, July 13, 2009
MUNGKINKAH AKU PENERAJU DAULAH ISLAMIYYAH?RENUNG FIKIR BUAT KITA BERSAMA
DAULAH ISLAMIYYAH 2011…MAMPUKAH NUQABA’ MERIALISASIKANNYA?
Kepimpinan melalui tauladan merupakan slogan yang sering meniti dibibir masyarakat di Malaysia, namun ungkapan ini hanya tinggal kenangan jika tidak ada tindakan susulan mahupun gerak kerja yang menjurus kepada pembentukan perkara tersebut. Adakah pimpinan yang sedia ada cukup bagi meneruskan harapan Timbalan Naib Canselor HEP? Apakah akan lahirnya kelompok pimpinan yang telah digariskan seperti yang termaktub di dalam Ciri-Ciri Pemimpin Islam? Hassan al-Banna barangkali adalah batu asas pertama yang memberikan nafas, penunjuk arah kepada bagaimana seharusnya gerakan dakwah Islamiyyah itu harus memainkan peranannya. Pada zaman moden, tidak keterlaluan penulis menukilkan bahawa mujahid dakwah ini telah meletakkan asas-asas kepada Gerakan Islam. Buah fikir dakwahnya benar-benar jauh menjelajah di setiap belahan dunia Islam dan mempengaruhi gerakan Islam yang tumbuh kemudiannya ibarat cendawan selepas hujan. Berdiri daripada hakikat ini, maka kita boleh mengiktiraf kedudukan dahwah dan tarbiyyah Ikhwan Muslimin pimpinan beliau sebagai induk kepada dakwah di seluruh dunia ketika Rasulullah tiada lagi di sisi kita. Keunikan Hasan al-Banna menurut tanggapan peribadi saya, terletak kepada kekuatan dan kesungguhan beliau melihat potensi mahasiswa di universiti sehingga wujud suatu acara yang benar-benar menumpukan kepada usaha membangun potensi mahasiswa itu sehingga berada pada tempatnya yang sebenar.Selain al-Banna, Al-Maududi juga adalah antara mujahid dakwah yang tersohor serta menyatakan keprihatinannya berhubung gerakan mahasiswa ini. Sehingga kini, Umat Islam masih tercari-cari adakah Al-Banna, Al-Maududi pernah mengarang kepada pensyarah universiti, menyusun saranan-saranan dan langkah-langkah yang menuju ke arah pembangunan intelektual para pensyarah? Renung fikirkan bersama...
Disini suka saya nukilkan beberapa perkongsian,petua yang diadaptasi daripada watak yang dipratontonkan di dalam KUNGFU PANDA bagi mereka yang ingin memperbaiki potensi
NUQABA'...kartun pun boleh jadi panduan juga...tapi ambil yang positif sahaja yer
“Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift.” Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :
1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah “special”, unik, berharga pastinya kita pun akan punyai “burning desire” untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.
2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe”
3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri
Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya “false perception” dan “judgement” kepada “mad’u” (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang “dianugerahkan” Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).
Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad’u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia “bermasalah” kepada manusia “luar biasa” yang melakar sejarah.
Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.
4. Kenalpasti “suis” mad’u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad’u ada “suis” yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad’u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang “memukulrata” potensi-potensi mereka.
Hanya “burning desire” untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup merubah Panda melalui “tarbiyah” secara short-cut lalu menjadi mahaguru luarbiasa
Setiap mad’u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.Janganlah “pukulrata” sahaja tarbiyah kita kepada mereka.
5. Jangan “melepas pandang” pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad’u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.
Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.
6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa
Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya “cermin”…