Thursday, August 15, 2013
SAHABAT
Assalamualaikum Eid Mubarak, Kullu Am Wa Antum Bikhair
Lama tak bersua...rindu pula bertemu muka....Allah...Allah...Allah
Hanya sembang santai, berkongsi tentang SAHABAT...mungkin ada yang menyatakan "Apa yang unik tentang sahabat ni? Biasa je....ada ke takda hidup harus diteruskan...." Samada sedar atau tidak insan yang bergelar SAHABAT inilah yang banyak membantu kita...Dia sebagai cerminan kita...buruk dia buruklah kita (reflect)....Tapi harus diingat jangan salah pilih SAHABAT....carilah sahabat yang mampu bawa kita ke SYURGA...Jangan bila kata tentang sahabat kita mula tarik muka dan pikir sejuta alasan dan yang lebih teruk jika ada yang mendajal kawan...apa ni? Depan manis belakang kutuk habih...yang ni memang banyak...JADI RENUNG FIKIR BERSAMA
Monday, July 29, 2013
NUKILAN RASA BUAT INSAN YANG BELUM KUNJUNG TIBA
Dari sudut pandang yang berbeza
Dimensi yang berbeza
Segalanya punya citarasa sendiri
Impian yang diimiginasi
Adakalanya gagal direalisasi
Namun aku masih sendiri
Menghitung sisa umur yang berbaki
Sunyi tanpa sebarang perkhabaran
Bukan menagih simpati
Mahupun meraih kasih nan sekelumit
Tidak ada ciri yang aku tetapkan
Untuk insan yang bakal bertakhta di hati
Tidak ku tagih mahar yang tinggi
Tidak juga ku pinta hantaran beribu
Cuma aku damba insan yang sepadan
Wednesday, July 10, 2013
RAMADHAN KAREEM
Assalamualaikum moga dipermudahkan segalanya Insyaallah. Apa khabar? Lama tak menjengah sahabat sahabiah....Sekadar perkongsian bersama, moga memberi manfaat untuk kita bersama....Ramadhan kali ini disambut dengan cukup sederhana, memandangkan kami sekeluarga memang menetap bersama atuk dan wan(datuk dan nenek). Namun, tahun ini sedikit berbeza di mana tiada lagi suara lelaki yang akan mengejutkan kami bersahur, yang akan menyemak bacaan tadarus Al-Quran, yang akan bertanya tentang tarawikh dan ibadah solat dan banyak lagi...Sungguh SUNYI kami rasakan....
Di dalam kesunyian berbuka mak memulakan bicara,"Kau kahwinlah, sunyilah kat rumah ni." Lantas penulis menjawab,"Kenapa?Calon pun takde nak nikah macam mana?"....Mak kata,"Carilah...dah jumpa Cakap...kau tak minta banyak kan?"
Masalahnya nak CARI pun payah nak CAKAP lagi tak gamak (TAKUT SEJARAH LAMA BERULANG KEMBALI)....
MODE: Ya Allah Rahmatilah Atuk Di Sana
Saturday, October 13, 2012
PENDIDIK ATAU PENGAJAR?
Sebagai
seorang guru adakalanya kita sering keliru adakah peranan kita hanya sekadar
mengajar seperti apa yang telah ditetapkan atau melaksanakan lebih daripada apa
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tanpa mengira tentang bayaran yang bakal
diterima dan ganjaran anugerah yang bakal dikalungkan. Istilah mengajar dan
mendidik mungkin boleh disifatkan sama namun natijahnya apabila dikupas
intipatinya tidak sama.
Mengajar
adalah hanya melaksanakan tugasan seperti yang ditetapkan dan mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan. Akhirnya kita hanya akan melahirkan seorang
pelajar yang hanya menghafal tanpa memahami konteks ilmu yang ingin kita
sampaikan. Mengajar disifatkan hanya menyampaikan ilmu secara fakta tanpa
menganalisis mahupun mengkaji sesuatu fakta seterusnya mengaitkannya dengan
keadaan semasa serta persekitaran di sesebuah tempat. Apabila keadaan ini
berlaku, maka lahirlah golongan pelajar yang hanya cemerlang di dalam akademik
namun gagal mengaplikasikan ilmunya di dalam kehidupan seharian. Kita gagal
melahirkan modal insan yang sering dilaung-laungkan dan apakah dengan cara ini
kita dapat melahirkan golongan intelektual yang betul-betul mampu menganalisis
dan memahami sesuatu isu serta menangani permasalahan itu dengan ilmiah dan
berhikmah? Maka implikasi daripada situasi tersebut bakal lahirlah golongan
yang hanya menurut membuta tuli tanpa memikirkan impaknya untuk jangkamasa
panjang.
Berbanding
dengan pendidik, golongan ini amatlah sukar dicari kerana golongan ini
merupakan insan yang bekerja lebih untuk memastikan pelajar menjadi manusia
yang berguna bukan hanya dalam konteks ilmu tetapi mampu berperanan sepenuhnya
dalam proses sumbangsaran idea baru dalam meningkatkan lagi kualiti kehidupan
individu mahupun masyarakat. Pendidik bukan sekadar mengajar namun dalam masa
yang sama mampu menjadi motivator yang berjaya. Golongan ini sentiasa dekat di
hati pelajar keran meraka memandang pelajar sebagai amanah dan tanggungjawab.
Pelajar lebih gemar mendekati guru-guru sebegini kerana bagi mereka golongan
seperti ini mampu memahami mereka dan lebih mudah didekati. Guru sebagai
sahabat bukan sebagai musuh. Namun, sebagai guru walaupun kita menganggap anak
murid kita sebagai sahabat namun kita seharusnya mengingatkan pelajar bahawa
mereka seharusnya mengamalkan adab seorang pelajar terhadap guru. Walaupun
akrab namun perlu ada batasan kerana profesyen perguruaan bukan profesyen yang
boleh dianggap enteng. Akhirnya, apabila pelajar dididik dengan sempurna akan
lahirlah golongan intelektual yang bijak mencatur kehidupan, membangun kesatuan
ummah dan berperanan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan kualiti nilai
komuniti.
Pendidik
dan pengajar merupakan dua kata kerja yang berbeza peranannya. Oleh yang
demikian seharusnya sebagai seorang guru seharusnya kita berusaha mendidik
generasi pelapis negara agar menjadi aset bernilai untuk pembangunan negara.
Monday, October 8, 2012
KAIN CINTA PUTIH
Menyelusuri
denai kehidupan ,
Yang penuh
ranjau berduri,
Adakalanya
tewas dimamah ilusi,
Akhirnya
sepi sendiri.
Aku masih di denai itu,
Mengharapkan sesuatu yang tidak
pasti,
Mungkinkah aku mujahid cinta?
Menagih cinta yang dimeterai sejak
azali.
Kain cinta
putih menjadi saksi,
Kesekian
kalinya…merintih sayu,
Bilakan
damai kemarau di hati,
Ibu...Ayah…cuma
kau yang memahami ku.
Mungkinkah tiada sekelumit bahagia
buat kita?
Kain putih…tanpa sebarang noda,
Akhirnya reput dimamah hari,
Kerinduan…pengharapan…duka
menyelubungi diri.
Merintih
sayu sendiri,
Biar aku
bukan yang terbaik,
Namun
ibu...ayah... masih setia mendampingi ku,
Kain putih
menjadi saksi termeterai cinta hakiki.
Rasanya belum puas aku kecapi nikmat
bahagia,
Lembut belaianmu masih dapat
kurasakan,
Tapi kini…aku hanya menghitung hari,
Mungkin ini kali terakhir kau
meratap permata
hatimu.
Segalanya
tercatat di kanvas kehidupan,
Suratan
mahupun takdir,
Aku redha
dengan ketentuannya,
Namun tubuh
kaku ini masih menghitung hari.
Gusar…resah…gelisah,
Mematikan hati…merumitkan fikiran,
Mengapa aku…aku meratap sayu,
Rahsia disebalik kain putih.
Maafkan aku
wahai ibu...ayah,
Sehingga
akhir nyawaku,
Kau setia
mendampingiku,
Aku tak
berdaya…amanah yang digalas bakal ditinggalkan.
Hanya memori …mengulit rindu,
Mengusap kesedihan yang kau alami,
Kesengsaraan yang tiada bertepi,
Maafkan aku wahai ibu…wahai ayah
Written: NORSHAMSEDAH a.k.a SALSABILA HUMAIRAH
SAFWATULLAH WALIUDDIN
MODE: Muhasabah Buat Diri
Saturday, August 25, 2012
CERITA DUKA
Terdampar
di mamah usia
Lelah
menongkah arus dunia
Secubit
gembira nan pudar
Berakhirlah
lara sekeping hati
Di
mana lagi harus ku himpunkan
Keperitan
hati yang meronta
Acapkali
minta kebebasan
Akhirnya
kelam selimut jiwa
Rintihan
syahdu menjadi teman
Adakala
meraung sendiri
Tak
tertanggung cerita duka
Terpahat
dikanvas kehidupan
Sunatullah
mana mungkin diubah
Jangan
mudah menyalahi takdir
Cerita
duka bersulam hikmah
Mungkin
terselit manisnya iman
Andai
terlupa ingin ku khabarkan
Jiwa
yang lara hanya ujian-Nya
Menguji
teguhnya iman
Dipersada
dunia nan fana
Friday, July 27, 2012
RAMADHAN KAREEM
Ramadhan Kareem...Allahhu Akhram
Sahut-sahutan
Disetiap pelusuk
Rindu tidak tergambar
Akhirnya Ramadhan datang jua
Walau natijahnya tidak serupa
Namun tetap diiringi maghfirah
Ayuh wahai teman
Susun langkah seiring
Sebelum berjalan tanpa henti
Mendamba redha illahi
Moga Ramadhan ini
Menjadi medan perjuangan
Menentang mehnah serta nafsu
Kelak menjadi insan terulung
MODE: Hadiah CINTA dari ALLAH SWT, Ramadhan Kareem buat semua yang dikasihi, disayangi,dicintai,dihormati,diingati,dirindui dan SELURUH KAUM MUSLIMIN dan MUSLIMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

