Assalamualaikum ini merupakan SIRI ke 3...moga memberikan manfaat kepada semua.
Isu terhangat
diperkatakan dalam kalangan generasi muda kini ialah kahwin muda apakah
pandangn penal mengenai isu tersebut?
• Bagaimanakah generasi muda dapat bertangungungjawa atau memepersiapkan diri untuk belajar dan mencari pasangan?
• Dan bagaimanakah untuk mengharungi hidup selepas berkahwin diusia muda.
• Bagaimanakah generasi muda dapat bertangungungjawa atau memepersiapkan diri untuk belajar dan mencari pasangan?
• Dan bagaimanakah untuk mengharungi hidup selepas berkahwin diusia muda.
Sebelum
mengupas persoalan ini dengan lebih mendalam, mari bersama kita hayati apa yang
ingin disampaikan melalui Surah An-Nur ayat ke 32,
Dan nikahkanlah orang-orang yang
masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah
dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah
akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas
(Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui.
Dari Surah An-Nur ayat 32
menjelaskan tentang perintah Allah SWT agar segera menikahkan mereka yang masih
bujang. Realitinya isu kahwin muda bukanlah perkara baru di dalam kelompok
masyarakat sebenarnya. Mungkin ada yang bertanya bagaimana kaedah mereka untuk
mendapatkan sejumlah wang untuk mendirikan rumahtangga seterusnya melayari
rumahtangga dengan usia yang muda serta pendapatan yang tidak tetap? Bahkan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Carilah oleh kalian rezeki dalam
pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)” (Hadith riwayat Imam Ad
Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus. Bahkan seandainya kita termasuk golongan
yang tidak mampu, jangan bimbang Allah SWT sendiri akan memampukannya.
Menjawab persoalan berkaitan
kahwin muda, secara peribadinya saya bersetuju kerana melalui kaedah ini kita
dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah kebejatan akhlak, keruntuhan
nilai moral dan sahsiah serta yang paling utama kita dapat membendung masalah
zina yang semakin hari semakin meningkat statistiknya. Kahwin muda adalah
digalakkan bukannya bercinta diusia muda. Namun beberapa perkara haruslah
dititik beratkan sebelum mengambil keputusan bagi kedua-dua belah pihak
bersetuju untuk mendirikan rumahtangga kerana perkahwinan adalah tanggungjawab
dan amanah dan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Dalam konteks
mahasiswa, tiga perkara ini haruslah dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum
mengambil keputusan untuk bernikah iaitu:
·
Sumber kewangan
·
Pengurusan akademik
·
Persediaan mental
Suka
saya nyatakan di sini bahawa, cinta itu harus wujud di dalam setiap perhubungan
tetapi jika mekanisme cinta serta kesanggupan itu tidak seimbang maka tidak
perlulah memikirkan untuk berumahtangga andai cinta diletakkan sebagai yang
terulung. Mengapa saya nyatakan sebegitu adalah, jika kita lihat daripada
maksud perkahwinan itu sendiri membawa makna dari segi bahasa iaitu bercampur
dan berkumpul manakala dari sudut istilah syara ianya merujuk kepada Ijab
dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki
dan perempuan
yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam.
Bagi seoarang lelaki yang bakal bergelar suami serta selaku ketua rumah tangga
seharusnya elemen utama yang harus diutamakan adalah akhlak. Akhlak merupakan
kunci kejayaan bagi sebuah rumahtangga, manakan tidak melalui akhlak inilah
suami mampu mendidik isteri dan juga keturunannya. Disamping tiga elemen yang
dinyatakan tadi segalanya harus digarapkan secara selari agar akhirnya mampu
dihadam secara kemas dan tersusun. Jangan sesekali diabaikan tentang akademik,
kewangan dan persediaan mental untuk mendirikan rumahtangga. Pastikan segalanya
tidak terabai dan lebih tersusun apabila telah mendirikan rumahtangga kelak
kerana amanah besar menanti anda. Manakan tidak andai dulu hidup sendiri tapi
kini tanggungjawab bertambah dan segalanya harus dilipat gandakan.
Di
sini saya sertakan beberapa kaedah yang mungkin berguna untuk meyakinkan ibubapa
mahupun keluarga anda jika anda ingin berkahwin muda:
·
Anda
perlulah memiliki akhlak
dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau
berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan
anda.
·
Pamerkan
sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan
membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya
memikirkan diri anda seorang sahaja.
·
Sangat-sangat
penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin
membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
·
Matlamat
anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari
keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
·
Mempunyai
simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh
mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara separuh masa
beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu
prestasi pelajaran anda!
·
Jika
anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1.
Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar,
barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan
anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah
berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
·
Tanggungjawab
sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan
berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
·
Nyatakan
secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk
menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
·
Bawalah
pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia
kepada mereka.
·
Akhir
sekali berbincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan
perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang
mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut
dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
Wallahua’lam
MODE: Maaf seadanya andai ada yang terguris dan mengguris...Sampai Jumpa Lagi...Buat semua yang disayangi RENUNG FIKIR BERSAMA...JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH
0 ulasan:
Post a Comment