Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya hampir tamat pengajian di peringkat sepatutnya...tetapi qada dan qadar Allah tak siapa tahu ketentuannya...manalah tau ajal menjemput sebelum tamat semester...bercerita tentang qada dan qadar teringat penulis dengan sepotong hadith...hadith yang berkisar tentang mengekalkan akhlak yang baik.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
( Riwayat at-Tarmizi )
Maksud di sebali hadith ini adalah:
1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.
Mungkin penulis bukan orang yang selayakknya berbicara tentang hadith ini,al-maklumlah penulis bukan ahli yang menuntut di dalam jurusan pengajian islam...selayaknya penulis hanyalah seorang islam yang ingin mendalami,memahami,mengaplikasi seterusnya berkongsi ilmu dengan setiap insan yang sudi berkongsi ilmu...
Adab dan Akhlak suatu benda yang adakalanya masyarakat kita ambil remeh...ada yang membuat andaian ini benda yang sama...tapi adakah ianya benda yang sama? Ideologi dan Akidah? Disiplin dan Cara Hidup? Penulis tinggalkan kalian agar sama-sama kita selusuri sesuatu yang dikatakan AKHLAK
PESANAN KEPADA PENGUNDI MELAYU YANG TAK SUKA UMDAP
-
(𝑃𝑒𝑛𝑦𝑜𝑘𝑜𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑔𝑎𝑟 𝑃𝑁 𝑡𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑏𝑎𝑐𝑎.
𝑇𝑢𝑙𝑖𝑠𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑖 𝑘ℎ𝑢𝑠𝑢𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑢𝑛𝑑𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑠
𝑝𝑎𝑔𝑎𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 ...
3 days ago
0 ulasan:
Post a Comment