THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 29, 2011

! Syawal Menjelang


Assalamualaikum bertemu di Pagi Syawal, moga lebur segala dosa dan diterima amalan insyaallah. Salam Aidilfitri buat semua yang saya sayangi. Mari kita bersama bermuhasabah. Jika kita sebut Syawal pastinya kita inginkan semuanya yang baru namun pernahkah kita terfikir akhlak dan adab kita dengan Allah? Adakah kita beradab sebagai seorang hamba kepada pencipta? Adakah kita mengalami peningkatan disetiap kali bergraduasi di Madrasah Ramadhan? Renung Fikir bersama.

Jangan hanya disebabkan runtunan nafsu kita terpedaya
Jangan dek kerana sirnanya hidayah kita lupa
Jangan kerana ego kita leka
Kenali Diri...Hayati INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

p/s: sekadar pesanan buat diri yang alpa dan lupa...takut hanyut dibuai suka yang membara sehingga lebur apa yang diperjuangkan di madrasah Ramadhan...akhirkalam Eid Mubarak

Sunday, August 28, 2011

1 Syawal…Mungkinkah Akan….


Assalamualaikum Salam Satu Ummah. Moga Sihat seadanya. Mungkin dikala ini Umat Islam sibuk menghitung hari menanti datangnya Syawal. Kebarangkalian masih ada lagi HAMBA ALLAH yang mengharap LAILATUL QADAR. Tepuk Dada Tanya Iman di mana kondisi kita…

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi mereka yang berjaya bergraduasi di Universiti Ramadhan, CEMERLANG dalam konteks PESTA IBADAH bukannya PESTA JUADAH. Bagi penulis secara peribadinya, bermula 27 Ramadhan hinggalah 1 Syawal merupakan detik-detik yang amat menggusarkan, menyedihkan, memilukan dan terasa diri ini terpinggir. Manakan tidak berpisah dengan Ramadhan membuatkan penulis berasa , “Mungkinkah ada Ramadhan lagi bagi ku?” Mungkin bagi sanak saudara yang lain 1 Syawal merupakan titik pertemuan dan bermulanya REUNION bagi seluruh kaum kerabat. Namun bagi penulis 1 Syawal membuatkan penulis sentiasa menghitung, menanti dan mengharap jawapan yang pasti. Tidak cukup dengan keadaan keluarga yang tidak sempurna implikasi perceraian kedua ibu dan ayah menyebabkan penulis mengharap agar dapat bertemu dengan insan yang digelar AYAH KANDUNG yang senentiasa di nanti kunjungannya namun HAMPA…27 tahun penantian disapa khabar duka.

Tersisih di kelompok keluarga sendiri dek kekurangan diri, kurang serba-serbi hasil nilaian mata yang menghukum. “Kau tak cantik, gemuk, tak kerja, malas, tak ada gunanya …..” panjang hujahnya yang adakalanya menyebabkan penulis berasa asing di kelompok sendiri. Yang lebih mengerikan, “Dah ada yang istimewa? Bila nak nikah? Tak laku ke? Jangan memilih sangat kau pun bukan bagus sangat…Nak kahwin ke? Market ke?” Ini yang harus ditelan setiap kali menjelang Syawal dan 11 bulan seterusnya. Tapi mengapa aku? Mungkin coretan kali ini bersifat luahan yang lama membungkam. Apapun buat mereka yang bakal bergraduasi di Syawal, Eid Mubarak, Kullu’am Wa Antum Bikhair.Taqabalallahu Minna Wa Minkum…Jazakallah Jaza’…

p/s: Mungkin aku bukan yang terbaik buat kalian di dunia ini…Mungkin disebabkan itu aku selalu disisihkan. Ampun Maaf Seadanya kerana Aku Bukan Yang Terbaik dan mungkin aku juga BUKAN TERCIPTA UNTUK KALIAN….

Wanita Penjalin Perpaduan, Dewan Merdeka PWTC

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan diberikan ilham oleh Allah SWT melahirkan serta meluahkan kebitaraan di dalam pemikiran. Sekadar sedikit perkongsian dan luahan rasa daripada insan yang kerdil ini, mohon diperbetulkan andai berlaku kekhilafan atau keterlanjuran di Medan Tinta, andai ada yang canggung MAAF SEADANYA…Alhamdulillah dengan kesempatan yang ada serta ruang masa yang berbaki penulis berkesempatan menghadiri Majlis Hari Wanita Yang Ke-10 Peringkat Kebangsaan yang telah di adakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2011. Ya dalam kesibukan memenuhi rutin harian sebagai SISWAZAH MENGANGGUR yang menjadi surirumah sepenuh masa dan masih lagi menuntut di Madrasah Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari lagi yang bersisa sebelum bergraduasi di Syawal akhirnya dengan izinnya sampai juga ke sana tanpa sedikit pun mengganggu rutin harian. Alhamdulillah sungguh cantik percaturan yang telah ditetapkan. Di sana penulis berkesempatan bertemu dengan sahabatku Ardi Herman Mohd Mardzi dari TV Alhijrah walaupun dari kejauhan. Mari kita bersama koreksi diri dengan menak’ul potongan ayat Al-Quran di dalam Surah An-Nisa’ ayat ke 49 yang berkisar tentang Larangan Menganggap Dirinya Paling Baik yang bermaksud, “Tidakkah engkau memerhatikan orang-orang yang menganggap dirinya suci (Orang Yahudi dan Nasrani)? Sebenarnya Allah menyucikan siapa yang Dia kehendaki dan mereka tidak dizalimi sedikitpun.”

Semua sedia maklum di Malaysia ini apabila di sebut tentang WANITA…pastinya wanita diluar sana akan merasakan bahawa “KAMI ADALAH GOLONGAN YANG TINGGI MARTABATNYA KINI…ANDAI DAHULU TEMPAT KAMI HANYA DI DAPUR SERTA MEMBESARKAN ANAK-ANAK…NAMUN KINI KAMI HEBAT DI PERSADA ANTARABANGSA. KAMI JUGA MAMPU BERSAING DENGAN KAUM ADAM… BUKTINYA RAMAI WANITA MENCEBURI BIDANG PROFESIONAL YANG DIPELOPORI OLEH LELAKI”…Namun persoalannya sejauh mana kita merasakan kita ini (golongan wanita) merasa terpunya di kelompok masyarakat andai kita hanya STATIK mengharapkan nilai yang kita ada? Apakah cukup dengan kredibiliti yang sedia ada untuk dijadikan modal di akhirat kelak? TEPUK DADA TANYA IMAN…ANDAI TERSASAR MARI BERSAMA KITA BERTAUBAT MENDAMBA REDHANYA…Bukannya melemahkan kaum sendiri namun mengajak agar kita sama-sama memikirkan serta bertindak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah jangan sampai kita tersasar menjadi HAMBA yang MELAMPAUI BATAS.

Walaupun penulis seorang Wanita (Remaja Perempuan a.k.a BUJANG) bukanlah niat di hati ini untuk melemahkan kaum sendiri namun sedarkah kita bahawa selama ini kita hanya dikobarkan dengan semangat? Namun dimana gerak kerjanya? Adakah cukup dengan KRONISM? Apakah kita ini gemar dengan perkara yang dimomokkan? Bangkit wahai Wanita di Malaysia. Tidak dinafikan PERPADUAN itu penting namun ada aset yang lebih penting yang kini makin dipinggirkan iaitu NIKMAT IMAN dan ISLAM yang makin menyisih jauh daripada gaya hidup seorang Muslimah yang Solehah. Kemana GOLONGAN WANITA yang merasakan dirinya MUSLIM? Mengapa kita tidak berusaha sedaya mampu memasakkan kefahaman berkaitan AKIDAH, IBADAH serta AKHLAK, mengembangkan EKONOMI mengikut kaedah SYARIAH, mengamalkan GAYA HIDUP ISLAM? Mungkin ada yang mula mengata, namun ini pandangan peribadi penulis. Bukankah ISLAM ITU INDAH? Segala manual berkaitan PERPADUAN ada di dalam Al-Quran? Apalah makna perpaduan andai ISLAM ditolak mentah-mentah?

Memetik kata-kata Perdana Menteri yang mengharapkan agar Wanita menjadi sebahagian daripada agen Transformasi Negara sedikit mencetuskan ketidakpuasan hati penulis. Dari sudut pandang penulis Wanita di Malaysia haruslah lebih rasional dan bertindak menggunakan akal dan berhikmah bukannya nafsu dan emosi. Betul kita memang tidak selayaknya meletakkan JANJI dan MIMPI INDAH yang MENGGUNUNG sehingga menjerat diri namun itulah realitinya. Sedarkah kita dengan apa yang kita tuturkan andai GAGAL dilunaskan akan mengundang PADAH? Oleh itu buat WANITA di luar sana UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI…jangan gemar menunding jari apabila berlaku kepincangan dan jangan suka menempelak mereka yang difikirkan tidak wajar bersama kita…disebabkan apa…disebabkan kita merasakan “Yeahhh, aku hebat. Kau ikut telunjuk aku…” Apakah itu akhlak yang di ajar Rasulullah?

Tidak dinafikan diperingkat IPT ramai Mahasiswi kita begitu giat berpesatuan, selepas itu melangkah ke gerbang pekerjaan dan baru mula bertatih, mengorak langkah seterusnya melalui NGO dan sebagainya namun untuk apa? Menuntut hak FEMINISMA? Mengapa ISU GLOBAL yang sibuk diratah sedangkan ISU UMAT ISLAM dari aspek FARDHU AINnya MASIH BELUM SELESAI? Bagaimana dengan SOLAT kita…PUASA kita…ZAKAT kita…Akhlak kita? Mengapa kita kata WANITA harus keluar dari kepompong kesempitan sedangkan kita yang mencipta benteng itu? Mengapa kita meletakkan tanggungjawab MENYEBARKAN SYIAR ISLAM hanya di bahu ALIM ULAMA semata atau mereka yang menuntut didalam Jurusan Pengajian Islam semata? Dimana kita yang beragama ISLAM? Sedangkan kita juga berperanan SEBAGAI MEDIUM MENYEBARKAN DAKWAH…mengapa jadi begini? Jangan Terhantuk Baru Terngadah…Mungkin agak sensitive namun itu reality kehidupan…JANGAN BIARKAN DIRI TERUS HANYUT DEK PESONA DUNIA…

Sekadar itu sahaja perkongsian buat kali ini, agar jangan bertemu retak. Jangan ada juga RETAK MANANTI BELAH. Mari bersama kita ikat seluruh muslimat dengan ikatan yang kukuh dan tersusun rapi iaitu AKIDAH dalam memastikan MISI Satu Ummah Satu Akidah dapat direalisasikan. Selamat Hari Wanita buat seluruh Wanita…Ampun maaf seadanya…tidak terniat untuk mencetuskan provokasi namun sekadar mengajak kita berfikir kemana haluan kita kalau masih asyik dibuai lena. Jangan sibuk MENAGIH SIMPATI ANDAI KITA MEMPERJUDIKAN NILAI SEORANG MANUSIA MERDEKA…Bukan sekadar merdeka bebas dari dijajah namun seluruhnya harus disiapsiagakan agar tidak lagi tangisnya sendiri dan merintih di bumi sendiri. Akhir kalam, maaf seadanya…Moga Wanita terus berusaha membantu Lelaki dalam menambah-baikkan KUALITI UMMAH dari aspek Fiqh Wanita dan sebagainya. Jadilah antara WANITA yang bakal MENGHUNI SYURGA Insyaallah. Barakallah Tabarakallah…Ma’assalamah…Jazakallah Jaza’…

p/s: Maaf andai ada yang tersinggung. Bukannya apa cuma sebagai pencetus motivasi
“JANGAN BERPUTUS ASA”…BERJALAN TANPA HENTI kerana REZEKI Allah Bukan
disandarkan pada wang ringgit namun lebih dari itu…

Friday, August 19, 2011

Apa Nak Buat Ye? Nak Jawab Apa ni?

Assalamualaikum sekadar mengisi masa yang terluang sambil menanti bermulanya Kuliah di Madrasah AlHijrah di TVAlhijrah. Teringat dengan pertanyaan seorang insan, “Eh apa nak makan ek? Apa yang sesuai untuk ibu mengandung? Buah apa ek yang best?” Ermmmm sambil terkedu dan hampir tersedak selepas tegukan yang seterusnya apabila selesai menjamah hidangan berbuka puasa. Dibenak pemikiran ini terlintas satu persoalan yang penulis sendiri kurang pasti akan jawapannya. Nak tau apa dia? “Aku ni dahlah BUJANG, CALON SUAMI pun takdak lagi. Kawan ramailah tapi tak buat shortlist lagi. Tanya pasal mengandung pulak dah…jenuh-jenuh.” Itulah persoalan yang terlintas apabila diterjah dengan soalan membunuh bagi penulis.

Tapi disebabkan tak nak ada yang terguris dengan jawapan penulis, maka usahakan jugalah tak nak biarkan persoalan dia terkontang-kanting. “Entah, aku pun tak tau sangat. Cuma apa yang aku tahu nenas, limau alah pendek kata yang berasid tak boleh makan. Selebihnya aku manalah tau.” Lantas dia menjawab, “Eh, lupa pulak ko belum kahwin hehehe maaf ye.” Tau takpelah, adakah soalan macam tu yang ditanyanya…jenuh juga nak bagi jawapan tu… Jadi pesanan penulis pada anda yang diluar sana TOLONG PEKA pada KEADAAN SEKELILING agar apa yang kita persoalkan tidak memerangkap orang yang ditanya. Ya, memang tak salah bertanya…tapi kalau bertanya pada orang yang memang takde jawapan bagi persoalan anda kan sia-sia namanya…betul tak? “Eh kenapa nak peka pula?” Yelah haruslah PEKA adakalanya insan disekeliling kita ni mudah terguris, sensetif dan mungkin rasa tercabar dengan soalan yang kita lontarkan. Mungkin bagi kita itu persoalan biasa namun bagi individu yang kita tanyakan mungkin agak canggung. Jadi berhati-hati sebelum sebarang objek ataupun perlakuan luar kawal menimpa anda. Seolahnya IBARAT MALANG MEMANG DAH BERBAU buat anda. Jadi Renung Fikir Bersama…Jangan Terhantuk Baru Terngadah….

p/s : Tiba-tiba terfikir kenapa dia tanya aku pasal isu mengandung pula ye? Yang peliknya bertanya pada yang bujang…ke sindir aku sebab masih belum bertemu jodoh? Hanya Allah yang tahu hikmah disebalik peristiwa…apapun terima kasih di atas soalan tu…..

Ma’ahad Tarbiyyah Ramadhan…Menuju Jalan Taqwa

Assalamualaikum Salam Satu Ummah, Satu Akidah Satu Ummah. Moga terus berjuang bagi memperoleh keputusan Jayyid Jiddan di Madrasah Ramadhan kerana Ramadhan Satu Perjuangan. “Apa? Perjuangan? Kena angkat senjata ke? Allah macam Badar Al-Qubra pula” celah seorang hamba yang terdengar sayup suaranya menerpa ke cuping telingaku. Aku hanya mampu senyum dan membalas, “Sabar, tenang, bagi saya huraikan apa yang ada dibenak fikiran ini. Insyaallah selepas selesai kupasan topic ini, Insyaallah kita akan buka sesi perkongsian ilmu. Boleh? Insyaallah Terima Kasih.” Hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” Nampak ringkas tapi sarat dengan mesej-mesej penting buat kita yang tanpa kita sedar kita telah menjalani Kuliah di Madrasah Ramadhan pengkhususan Ibadah Puasa kurang lebih 17 hari. Alhamdulillah.

Sedar ataupun tidak, sebenarnya kita telah, bakal dan akan melalui beberapa fasa penting di Madrasah Ramadhan sebelum bergraduasi di Dewan Dektar Syawal? Erm, tak perasan? Mari sama-sama kita check dan balance kembali. Muhasabah dan koreksi diri kita agar Ibadah Puasa ini dilaksanakan semata-mata kerana Allah bukannya sebagai Pesta Makanan ataupun Trend. Ayuh sahabat sahabiah sekalian, kita mulakan kembara ilmu melalui kapsul masa yang telah dikawal selia oleh system.

Sedar atau tidak sebenarnya kita telahpun melalui Minggu Orientasi di Bulan Syaaban sebelum berjaya meneruskan sesi akademik di lembaran Ramadhan kini? Tak percaya? Renung Fikir apa yang telah dilaporkan oleh Usamah Bin Zaid. Beliau berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sunat di dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Syaaban. Lalu Rasulullah berkata: Bulan ini adalah bulan yang sering diabaikan oleh manusia iaitu bulan di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan dimana amalan diangkat mengadap Allah. Aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa.”(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan Nasaie). “Assalamualaikum maaf mencelah, kenapa perlu ada minggu orientasi pula? Puasa jelah…” betah seorang insan yang mendesak untuk segera mendapat jawapan. Begini ya Puan, analogi yang mudah untuk kita adaptasi. Sebagai contoh Puan baru sahaja pindah ke sebuah kawasan perumahan. Adakah Puan telah tahu semua tentang tempat itu? Puan kenal seluruh tetangga? Puan tahu siapa qariah masjidnya? Berapa ramai Imam, Bilal dan Siaknya? Adakah Puan tahu tentang bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal baru Puan? Saya yakin jawapan Puan adalah “Manalah nak tau, kita baru jejak.” Betulkan? Jadi begitu jugalah dengan Komposisi Sistem Manusia. Bulan Syaaban dijadikan medium untuk kita mempersiapkan diri, memperkasakan amalan yang ada seterusnya menambahbaik nilaian diri sebelum kita berjaya digelar Hamba Super. Ok, Puan? Boleh Insyaallah. Opsss…jangan salah faham bukan kita kata baki 10 bulan yang lain kita duk rehat, buat mungkar atau sebagainya…tidak…jangan salah tafsir. Setiap detik yang masih berbaki yang Allah pinjamkan kepada kita seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya agar apa…AGAR KITA SENENTIASA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMATNYA DALAM MENGEJAR REDHANYA DUNIA DAN AKHIRAT…jelas? Insyaallah Selesai bahagian pertama. Kita teruskan pengembaraan kita untuk FASA KEDUA iaitu MINGGU PENGAJIAN.

“Chu, pengajian pa dia lagi nih? Mak Tok tua dah ni. Nak blajaq pun tak brapa nak masuk la chu?” Sedar atau tidak sebenarnya HAYAT yang dipinjamkan ALLAH ini adalah tempoh PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT kita? Orang kampung saya kata “Long Life Learning” Perasan daq? Kalau tak la ni sapa yang terbaca mungkin akan terasa sedikit jentikan yang mampu menggerakkan seluruh denai sarai agar kembali aktif dan akhirnya menjana kekuatan untuk akal terus memproses maklumat Insyaallah.

Biasalah bila SESI AKADEMIK BERMULA pastinya akan ada SUBJEK TERAS dan SUBJEK ELEKTIF. Samalah kondisinya dengan meneruskan pengajian di Madrasah Ramadhan. Tahukah anda bahawa menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit FAJAR SIDDIQ hingga TERBENAM MATAHARI merupakan SUBJEK TERAS di Aliran Ibadah Puasa? Bukan sekadar terhenti di perut sahaja sebaliknya seluruh anggota fizikal kita seperti mata, tangan, lidah, kaki, hati dan sewaktu dengannya juga berpuasa. Itu barulah menepati konteks MENAHAN DIRI. Mudahnya kalau kita inginkan Anugerah Hamba Cemerlang di sisi ALLAH SWT kenalah bersungguh-sungguh barulah layak meneyelusuri masuk ke dalam pintu Ar-Rayyan menuju ke Syurga. Jom sama-sama kita usaha untuk mendapat GANJARAN SYURGA ALLAH. Insyaallah mulai hari ini kita orak langkah seiring wahai semua yang saya sayang. Anda bukan seorang tetapi anda ada saya dan semua yang menyayangi anda. La Tahzan.

Sedar atau tidak di Madrasah Ramadhan ini ada banyak SUBJEK ELEKTIF yang di tawarkan. Setiap semester pengajian ada ditawarkan malahan tenaga pengajarnya juga bertambah. “Eh, kau biar betul? Jangan banyak main tau!” Eh betul saya tak tipu. SOLAT TARAWIKH, BERSAHUR serta MELEWATKAN Sahur, Memperbanyakkan SEDEKAH, TADARUS AL-QURAN, Menjamu orang berbuka puasa, IKTIKAF pada 10 malam terakhir dan BERBUKA PUASA dengan RUTAB, TAMAR, AIR. Itulah SUBJEK ELEKTIF bagi Aliran Ibadah Puasa. Banyakkan? Kenapa kita tak rebut peluang sebegini? Extra Baganza, Mega Sale Allahuakhbar banyaknya NIKMAT yang Allah KURNIAKAN tapi kita? Renung Fikir Bersama…terus melaksanakan anjakan paradigma menuju mahmudah. Kita doa sama-sama agar taubat serta munajat kita diterima. Sebelum bergraduasi, Allah telah sediakan Anugerah Khas buat seluruh hambanya. Apa dia? Lailatul Qadar “Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan” Maka intailah Lailatul Qadar di SEPULUH MALAM TERAKHIR. Insyaallah kita sama-sama usaha untuk hidupkan Ramadhan ya sahabat sahabiah, agar sama-sama kita bertemu di Jannah. Tapi INGAT! JANGAN CUBA-CUBA melanggar PERATURAN yang DILARANG di Madrasah Ramadhan ya! Apa dia? PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA dan segala yang DILARANG sepanjang RAMADHAN. Buat masa ni masih bertenaga untuk melangkah ke fasa terakhir? Ayuh sahabat sahabiah, Aiwahhh!!!

Selepas berjaya menamatkan TRIMESTER PENGAJIAN maka pastinya kita akan bergraduasi di SYAWAL. Tapi soalannya SEMPATKAH KITA JUMPA RAMADHAN AKAN DATANG? Pesan saya buat diri ini juga dan sahabat sahabiah, BUATLAH yang TERBAIK agar apabila kita pulang di NEGARA ABADI dengan bekalan AMALAN yang mencukupi dan dapat berteduh dibawah lembayung sayap malaikat serta mendapat tiket Syafaat Rasulullah. Akhirkalam, TERUSKAN DOA, USAHA, IKHTIAT dan TAWAKAL agar kita senentiasa ditunjukkan JALAN YANG LURUS dan BENAR. Insyaallah sampai jumpa lagi. Terima Kasih Sayang….

p/s : Ya Allah, aku mohon padamu kau berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menyusuri denai kehidupan ini dengan ketenangan, memperoleh keredhaanMu akhirnya menjadi hambaMu yang taat pada seluruh perintahMu. Ya Allah sampaikanlah pada dia yang ku cinta agar terus bersabar menanti saat bertautnya dua kasih. Kerana aku sendiri tidak mengetahui siapakah pemilik hati ini. Moga kau temukan hambamu ini dengan seseorang yang meletakkan cintanya yang UTAMA kepada Mu Ya Allah dan RasulMu. Ameen…Moga dipermudahkan segalanya. Ramadhan Kareem…Jazakallah…

Friday, August 12, 2011

“SEBAR BIAK? ADA KE ISTILAH TU…”

Assalamualaikum Salam Satu Ummah buat semua sahabat sahabiah yang senentiasa terbayang di kotak pemikiran. Alhamdulillah kita hampir menghabiskan Fasa Pertama di Madrasah Ramadhan. Harapannya agar kita terus bersemangat, bersabar serta menambahbaikkan nilai positif di dalam diri Insyaallah. Bersama kita doakan agar berada di landasan yang benar serta bernaung di dalam RahmatNya.

Teringat tentang persoalan seorang sahabat yang baru penulis kenali, Saudara Ardi Herman Mohd Mardzi. Mungkin di luar sana menyatakan “Eleh kawan dengan lelaki aje ko ni, gatal!” Saya minta jasa baik kalian agar jangan terus memfitnah ataupun bersangka buruk kepada saya. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk menjadi sahabat saya dalam apa keadaan sekalipun. Mungkin saya bukan yang terbaik mahupun sempurna buat kalian, namun kehadiran saya adalah sebagai seorang musafir yang ingin berkelana mencari ilmu serta RedhaNya akhirnya menyediakan medium yang sesuai agar mampu saya berkongsi dengan kalian semua. Saya tahu anda semua insan hebat namun jangan LUPA serta EGO, INGAT kita masih lagi di bawah kekuasaan ALLAH SWT. Jadi, ALLAH MAHA BERKUASA MENTADBIR SEGALA…Renung Fikir Bersama…

Berbalik kepada persoalan pokok kita tentang persoalan yang diutarakan olah saudara Ardi Herman kepada saya, “Sebar biak? Baru first time saya dengar istilah itu. Sebelum ni saya selalau dengar orang sebut gabung jalin dan sebar luas. Tapi tadi awak sebut sebar biak…erm unik” Ardi Herman menutup bicaranya dan saya meninggalkannya tanpa memberikan penjelasan berkaitan istilah yang saya gunakan, reaksi yang mampu saya berikan adalah melemparkan senyuman dan mengharapkan Ardi Herman menganalisis frasa yang digunakan Insyaallah.

SEBAR BIAK mungkin itu adalah frasa yang saya cipta sendiri bagi menggambarkan peranan seorang pendakwah dalam merencanakan gerak kerja dakwahnya. Sekali lagi saya ingatkan ini hanyalah ISTILAH yang dicipta untuk menggambarkan bertapa pentingnya peranan kita sebagai KHALIFAH dalam menjadi mata rantai penerus perjuangan RASULULLAH S.A.W. Akhirnya, Allah memberikan kekuatan dan ilham buat saya untuk memberikan jawapan kepada Ardi Herman Mohd Mardzi menerusi alam maya Insyaallah. Peringatan seterusnya, ISTILAH ini diterjemah melalui pengamatan serta penelitian yang saya lakukan menurut kaca mata saya sendiri. Andai ada yang terguris maaf seadanya. Mungkin disitu kelemahan saya dalam meraikan seluruh pandangan dan adakalanya tidak seperti yang direalisasikan.

Sebar luas menurut saya adalah perbuatan yang menjurus kearah menyebarkan maklumat ataupun apa sahaja bahan menggunakan method yang sesuai agar diketahui umum. Manakala SEBAR BIAK bagi saya ianya mencerminkan suatu proses menyediakan generasi pelapis disamping menyebarkan maklumat, mesej, pengajaran serta perkongsian dipentas yang lebih terbuka dan akhirnya melahirkan suasana berlapang dada dan sentiasa meraikan semua pendapat. Bukan bermakna kita membiarkan sesiapa sahaja menindas kita dan kita hanya bersetuju dengan segala apa yang diberikan atau bahasa mudahnya SPOON FEEDING atau digula-gulakan. Matlamat utama penggunaan SEBAR BIAK didalam konteks saya adalah agar kita sebagai seorang MUSLIM sedar akan tanggungjawab sebenar kita diutuskan dimuka bumi. Bukan sekadar lembaran sejarah tentang apa yang telah berlaku pada ADAM A.S dan SITI HAWA namun mesejnya lebih daripada itu. Ya, memang FITRAH MANUSIA yang GEMAR menghukum insan lain yang dirasakan canggung perbuatannya atau mungkin kita katakana sebagai segala tindak-tanduknya tidak serasi dengan kita ataupun ASOBIYYAH telah menjalar kesegenap denai saraf kita yang pengakhirannya kita merasakan kitalah milik segalanya. Ingat JANGAN TERLALU EGO dan akhirnya menyeret anda kelembah KEKUFURAN.

SEBAR merupakan perbuatan memperluaskan, melangkau sempadan apa lagi yang menggambarkan frasa itu. Jelas di dalam konteks dakwah kita ketahui bahawa itu merupakan misi para Rasul yang telah diutus oleh ALLAH SWT. Firman Allah di dalam Surah Fussilat Ayat ke 33 yang bermaksud “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam.” Kalimah ini merupakan kata peransang atau kaedah memotivasikan UMAT ISLAM agar terus menyebarkan dakwah. Ini telah diriwayatkan oleh Abdul Razzaaq dari Ma’moor dari Hassan Al-Basree R.A menyatakan bahawa golongan inilah yang dicintai oleh Allah menjadi wali Allah, merupakan golongan elit di sisi Allah SWT serta yang paling dicintai Allah daripada semua manusia di muka bumi. Fokus utama dalam melaksanakan dakwah adalah untuk membawa manusia keluar daripada kegelapan dan akhirnya bertemu cahaya keimanan yang sebenarnya.“Eh, tu bukan kerja kitalah, ko bukan ustazah…ko banyak masa sangat ke? Ko ke yang bagi hidayah?” Jawapannya ada tersirat di dalam Surah Al-Baqarah Ayat ke 257 yang bermaksud “Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. Ia menegeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)” Jadi persolannya MENGAPA KITA HARUS RAGU DENGAN JANJI ALLAH SWT? TEPUK DADA TANYA IMAN…

BIAK adalah proses memperluaskan sesuatu melalui benih. Secara logiknya jika tidak ada induk mahupun tidak berlaku sebarang proses biologi mana mungkin proses pembiakan berlaku. Begitu juga dengan berdakwah. Menurut perspektif pemikiran saya, saya merasakan proses mendidik, mengasuh serta mengajar TUNAS MUDA adalah suatu langkah bijak bagi melahirkan generasi pelapis. Maka melalui proses SEBAR BIAK kita mampu bersiap siaga dalam menyediakan modal insan yang berkredebiliti membangun ummah.

Akhir kalam, hanya itu yang mampu diterjemahkan daripada istilah yang telah saya ciptakan. Moga jawapan itu sedikit sebanyak menghuraikan persoalan yang diutarakan oleh sahabatku Ardi Herman Mohd Mardzi. Insyaallah jumpa lagi. Jazakallah Jaza’.

p/s:
Maaf seadanya andai tidak serasi dengan apa yang diimiginasi. Tegurlah andai
berlaku kelancangan di dalam bidang penulisan.