THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 26, 2011

NUR KASIH THE MOVIE

Assalamualaikum dan salam satu ummah buat sahabat sahabiah. Alhamdulillah dikesempatan yang sedikit ini akhirnya mampu juga penulis mencoretkan sesuatu buat tatapan kalian yang tidak kunjung jemu mengkritik, mendidik mahupun memberikan idea agar hasil karya lebih matang dan masih tidak tersasar menurut runtunan emosi yang adakalanya bergelojak. Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT akhirnya penulis berkesempatan menonton Nur Kasih The Movie di pawagam yang berhampiran dengan tempat tinggal penulis. Pada awal perancangannya penulis ingin menonton bersama dengan emak namun mungkin bukan rezeki nak menonton bersama akhirnya penulis ditemani oleh sahabat sahabiah baru yang langsung tidak dikenali. Namun mempunyai matlamat yang sama, menonton Nur Kasih The Movie =D. Apa yang dicoretkan adalah berdasarkan sudut pandang penulis. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penulis skrip serta pengarah filem ini yang berjaya menggarapkan seluruh elemen yang akhirnya menghasilkan sebuah karya yang bagi penulis cukup bermakna dan bernilai. Tidak dilupakan kepada semua warga kerja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam usaha penghasilan Nur Kasih The Movie. Tahniah buat kalian, hasilnya begitu terkesan dihati penulis. Terima kasih Encik Khabir Bakhtiar. Watak Nur Amina, Adam dan Aidil cukup membuatkan setiap hati yang menonton merasa bertapa tingginya erti sebuah ikatan kekeluargaan. Andai kalian penonton setia drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 pastinya kalian dapat melihat rentetan plot peristiwa yang mereka lalui sejak zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak dilupakan aliran pengajian yang berbeza. Watak Adam dan Aidil jelas memaparkan dua perwatakan yang berbeza. Aidil yang melanjutkan pengajian di dalam jurusan Perundangan di Universiti Al- Azhar Mesir manakala Adam di dalam jurusan Senibina yang pada mulanya tidak sependapat dan mempunyai latar gaya hidup yang cukup berbeza namun di akhirnya ditarbiyyah dengan Ajaran Islam dan garapan ilmu yang diterjemahkan oleh Ibu mereka yang banyak bekorban rasa demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal yang ingin melihat kedua anaknya berjaya bukan sahaja didunia dan akhirat tetapi dari segenap ruang.

Adam dengan perwatakan yang pada awalnya jauh daripada Islam serta mengamalkan gaya hidup bebas dan suka berfoya-foya akhirnya kembali kepada Islam setelah Nur Aminah muncul sebagai suri dalam hidupnya. Mungkin kehadiran Nur Aminah boleh diklasifikasikan sebagai asbab ataupun wasilah kepada hidayah yang Allah kurniakan pada Adam. Adam pada awalnya cukup keras hati, jauh daripada Allah dan menganggap segalanya tiada kaitan dengan Allah dan Islam namun mula abid pada Rabb-Nya apabila sedikit demi sedikit nikmat kurniaan Allah ditarik demi mendidik jiwa Sang Hamba. Pada awalnya, nyawa ayahnya di ambil tatkala ketika itu Adam langsung tidak tahu mengaji Al-Quran masakan mengetuai bacaan Yassin. Namun di kala itu Adam masih lagi terbelenggu antara cintanya pada Katrina ataupun Nur Amina. Walaupun kita sedia maklum bahawa Adam dijodohkan dengan Nur Amina oleh Pak Hassan semata-mata untuk mendekatkan Adam kepada Allah namun Adam tetap berang dengan segala yang telah diatur oleh keluarganya. Segala perancangan keluarga dianggap kolot dan menyusahkannya sehingga pada suatu ketika Adam bertemu dengan hikmah ikatan suci tersebut. Kemudian, Adam diuji dengan kematian Katrina akibat kesilapan dan kejahilan yang dilaluinya dahulu. Tidak cukup dengan itu Adam terperangkap di dalam peperangan di Mumbai yang menyebabkan nyawanya hampir tergadai. Kesan daripada peristiwa itu akhirnya meragut nyawa Adam dek kerana indikasi di bahagian jantung. Segalanya yang berlaku pada Adam dapat kita simpulkan sebagai tarbiyyah daripada Allah. Sungguh lembut belai sentuhan Rabb sehingga mampu melembutkan hati seorang hamba yang dahulunya jahil dan akhirnya berjaya menyumbang kepada pembangunan Islam. Biar sedikit manapun sumbangan Adam dalam pembentukan Baitul Muslim namun akhirnya dia berjaya mengislahkan dirinya daripada kegelapan dan akhirnya bagi penulis mampu menjadi tonggak keluarga. Remy Ishak bagi penulis berjaya menjiwai watak Adam sehinggakan mampu menyedarkan penulis tentang peranan seorang Khalifah.

Aidil,seorang muslimin yang kental jiwanya. Tidak keterlaluan andai penulis mengklasifikasikan Aidil sebagai seorang anak yang soleh yang mampu menenangkan jiwa ibu dan ayah. Pendek kata penyejuk hati penajam fikiran. Aidil tidak pernah sekali pun menidakkan permintaan orang tuanya jauh sekali menghampakan keluarganya. Aidil banyak bekorban demi memastikan keluarganya aman dan bahagia. Lama membujang akhirnya hatinya dimiliki oleh seorang gadis bernama Alia yang akhirnya dikurniakan dua orang cahaya mata Alias dan Maryam. Namun jodoh mereka di dunia tidak panjang kerana Alia menemui ajalnya apabila dilanggar oleh kenderaan bermotor yang lalu di hadapan rumah mereka. Saat tragis bermula di dalam hidup Aidil apabila isteri yang amat dicintai meninggal dihadapan matanya akibat rempuhan yang amat kuat. Niat asal Alia hanya ingin mengambil layang-layang bewarna merah milik anaknya Alias yang akhirnya meragut nyawanya. Bermulalah kehidupan Aidil sebagai Bapa Tunggal membesarkan kedua orang cahaya matanya hasil perkongsian hidup bersama Alia. Namun Aidil tidak keseorangan dalam menggalas tanggungjawab ini sebaliknya Ibu, Adam dan Nur banyak membantu serta terus memberikan kata-kata peransang sebagai pencetus motivasi kepadanya untuk terus berjuang untuk hidup. Adakalanya Aidil sedikit terusik apabila anak-anaknya lebih banyak menghabiskan masa bersama ahli keluarganya yang lain. Alias anak sulungnya terkadang dapat menghidu rasa terguris di hati walidnya. Aidil lebih banyak bermuhasabah sendiri dan mencari apakah makna yang tersirat daripada Ujian Allah itu. Semakin hari, Aidil lebih tenang dan berjaya melawan godaan yang melandanya.

Penulis sedikit terkesan dengan dialog yang disampaikan oleh Maryam kepada paksunya, “Nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak mesti dah meninggal macam Ummi” kata-kata ini sedikit sebanyak mengguris hati Alias walaupun andai difikir dengan logik akal anak-anak yang berusia lingkungan dua hingga tiga tahun hanya akan melafazkan apa yang terlintas di kotak fikirannya. Adakalanya kita yang dewasa yang lebih berakal daripada kanak-kanak terkadang mempunyai gaya pemikiran lebih teruk daripada itu. Kita sering menganggap bahawa anak kecil tidak mengerti tentang situasi semasa. Sedangkan, andai kita berjaya menggarapkan nilai dengan betul dan hikmah penulis yakin kanak-kanak ini akan cepat matang dan dewasa pemikirannya. Kecekalan Adam, Aidil dan Nur membuatkan penulis berasa alangkah indahnya dunia ini andai semua sahabat sahabiah penulis mempunyai sifat sebegini. Manakan tidak, sama-sama menggembeling tenaga dalam menyebarkan dakwah mengikut method dan pendekatan tersendiri di dalam menyampaikan Islam. Gaya dan pendekatan Adam Nampak bersahaja dan santai sehinggakan ada yang melemparkan kata-kata Matlamat Tidak Manghalalkan Cara kepadanya ketika mengelola Halaqah Ilmu. Andai seluruh umat Islam berfikiran sempit sebegini mungkin Islam tidak akan tersebar. Watak yang dilakonkan oleh seorang ustaz itu realitinya berlaku di Malaysia. Bukan penulis ingin menunding jari kepada sesiapa namun ada segelintir alim ulama memilih untuk berdakwah. Masakan Imam Hassan Al Banna berdakwah disetiap peringkat hatta di kelab malam jua beliau berdakwah. Inikan pula kita, mengapa kita sisihkan golongan yang mempunyai masalah sosial? Tidakkah dengan tindakan kita ini akan lebih menggalakkan Takrabuzzina sebelum berkahwin? Renung fikir bersama.

Plot di mana Mamat mula mendekatkan diri dengan Islam agak menyentuh emosi penulis. Pendekatan yang digunakan oleh Adam amat bersahaja untuk memasakkan Akidah di jiwa Mamat yang sedang mencari sinar keimanan. Memetik sebuah hadith yang berkait dengan kesempurnaan iman iaitu Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang kira-kira bermaksud daripada Abu Hamzah Anas Ibn Malik R.A khadam Rasulullah SAW daripada Nabi SAW baginda bersabda, “Seseorang kamu masih belum benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” Melalui hadith ini jelas Adam dan Aidil telah melunaskan tanggungjawab sosialnya bagi membantu golongan remaja yang liar ini agar kembali ke pangkal jalan. Setidak-tidaknya watak Adam dan Aidil banyak mengajar para daie zaman kini agar terus berdakwah tanpa mengira latar masyarakat. Mamat sanggup mengorbankan nyawanya bagi menyelamatkan Aidil daripada teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Akhirnya, Mamat meninggal di tempat kejadian selepas kepalanya dihentak dengan kuat dengan menggunakan batang paip begalvani. Allahhuakhbar sungguh besar pengorbanan seorang sahabat kepada sahabat yang lain yang hanya disandarkan atas dasar Ukhuwahfillah. Andai kita di tempat Mamat di dunia reality mampukah kita melakukan perkara yang sama andai musibah didepan mata? Adakah kita memiliki semangat setiakawan sekuat Mamat? Renung fikir bersama. Akhir kalam andai tersalah atau tersilap maaf seadanya. Moga jumpa dan jumpa lagi Insyaallah….

p/s : Susah di MALAYSIA ni kita nak jumpa SEBUAH FILEM yang nak cerita tentang ISLAM…daripada ZAMAN GELAP kepada ZAMAN TERANG…MENDAMBAKAN CINTA HAKIKI…Apa yang PENTING? Ini RAHSIANYA SEBAGAI SEORANG ISLAM, D.U.I.T = DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL…TAPI JANGAN BERDOA DAN INGAT ALLAH BILA SUSAH JE PULA….Muhasabah buat diri yang adakalanya tersasar dari titik pusat kehidupan sebagai seorang hamba.

Thursday, May 19, 2011

AURAT MAKHOTA WANITA

Assalamualaikum Alhamdulillah bertemu sekali lagi diruangan maya bagi berkonsi ilmu dan pendapat disamping mendapatkan maklumbalas daripada sahabat sahabiah yang mempunyai misi yang sama iaitu misi membina dan merealisasikan Daulah Islamiyyah di Malaysia, Insyaallah. Moga kalian sihat sejahtera disamping tugasan seharian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi keizinan kepada penulis untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa kali ke 30 yang berlangsung pada 22 April 2011 bersamaan dengan tarikh lahir penulis hingga 1 Mei 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bukan sekali tetapi Alhamdulillah 3 kali (22/4, 24/4 dan 26/4). Banyak juga bahan bacaan yang dibeli dan semuanya bakal menambah lagi koleksi buku dan Insyaallah akan dikongsikan bersama adik-adik ketika usrah kelak Insyaallah. Bukan sekadar perkongsian tapi sebagai pembuka minda agar terus berfikir dan menjana idea baru dalam berdakwah bersesuaian dengan tema pada tahun ini Buku:Dunia Tanpa Sempadan. Maka konteks dakwah juga haruslah kontemperori dan sememangnya harus harmoni dengan Jejak Remaja Kini.

Buat seluruh akhwat yang penulis sayangi, Buku Aurat Mahkota Wanita keluaran MustRead adalah bahan bacaan yang bagus buat kalian semuanya. Mungkin ada yang kata “Apalah buku tu dah lama baru nak baca ke?” atau “Eleh, ingat yang bertudung litup tu sempurna sangat ke akhlak mereka?” Jawapan penulis mudah sahaja, tepuk dada tanya iman. Mungkin ada dikalangan kita ini degilnya tak boleh ditegur tetapi sekadar perkongsian tetang azab wanita yang mendedahkan aurat yang dipetik daripada buku ini;

Ali R.A meriwayatkan: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab “ Pada malam aku di Israkkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, maka bila teringatkan mereka aku menangis” Saya bertanya lagi “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”

Beliau bersabda:-
i. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
ii. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
iii. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang kekerongkongnya.
iv. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
v. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak.
vi. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.
vii. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
viii. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam api neraka sedang darahnya mengalir dari rongga hidung, telingan dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.
ix. Wanita yang berkepala seperti babi dan keldai yang mendapat pelbagai seksaan.
x. Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar daripada duburnya.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata “ Wahai ayahku, ceritakanlah kepada ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu?”
Bagi mengetahui apakah amalan wanita itu maka penulis menyeru kepada seluruh akhwat agar memiliki buku ini. Bukan sekadar dijadikan bahan bacaan, bahan rujukan ataupun bahan pengisiaan atau sebagainya tetapi sewajarnya dicerna dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian selagi nyawa masih di badan. Ketahuilah sesungguhnya ISLAM amat menyayangi serta menghargai WANITA maka sebab itulah ISLAM menggariskan ketetapan serta panduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita senentiasa terpelihara. ISLAM langsung tidak menghalang perkembangan FESYEN tetapi FESYEN HARUSLAH MEMATUHI KEHENDAK SYARAK dan MEMATUHI SETIAP GARIS PANDUAN SYARIAT ISLAM yang akhirnya akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksploitasi. Renung Fikir Bersama… Inagtlah bahawa AURAT adalah kehormatan wanita yang harus dipelihara….jadinya TEPUK DADA TANYA IMAN…JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH…SEGALANYA ADA DIDEPAN MATA…TERPULANG KEPADA ANTUNNA MAHU BERUBAH ATAU TERUS DERHAKA KEPADA ALLAH…Wallahhua’lam….

p/s: Peringatan buat aku juga, jadi marilah bersama-sama MENSOLEHAHKAN diri dan minta dijauhkan daripada 10 KATEGORI WANITA yang menetap di NERAKA…Nau’zubillah…Pesan keluargaku jangan jadi manusia yang BODOH TAK BOLEH DIAJAR…DEGIL TAK BOLEH DITEGUR… Tapi aku YAKIN DENGAN IZIN ALLAH Insyaallah semuanya akan bertemu HIDAYAH-NYA…Sama-sama kita berdoa agar bertemu di Syurga nanti…Ameen