THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 22, 2011

Pesanan Daripada Kekasihku Buat Kalian

“Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tiada lagi NABI atau RASUL yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu”

Begitulah di antara maksud kandungan KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH yang disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Itulah Pesanan dari KEKASIH buat seluruh UMATNYA yang amat Baginda KASIHI. Namun kita sebagai UMAT Muhammad SAW adakalanya SOMBONG, ANGKUH, BONGKAK mudah cerita banyak MAZMUMAH daripada MAHMUDAHNYA. Manakan tidak UMAT ISLAM kini teramatlah KIKIR pada Rasulullah SAW.

“Ewah-ewah awak ni, makan boleh sebarang makan….tapi cakap….amboi-amboi sukanya ayat awak label saya ni bakhil ye?” “Eh, kenapa melantun-lantun meradang tak tentu pasal ni? Salah ke apa yang saya kata?” Itu merupakan dialog biasa yang kita dengar. Manakan tidak, terkadang kita ni sibuk duk menjaja cerita orang sana sini, tak cukup dengan itu bagi yang duduk di rumah suka bersadai di pagar rumah orang mencanang cerita kehebatan ahli keluarga kononnya dialah yang paling hebat tapi tak sedar ada yang lebih hebat. Kan dah kena tu…tak pasal-pasal je kan? Apalah salahnya duduk kat rumah sendiri banyakkan berzikir…bak kata Ustaz Pahrol UMAT ISLAM ni KURANG FIKIR dan KURANG ZIKIR…tepuk dada Tanya iman…

Berbalik kita pada sifat KIKIR umat islam sekarang, mana taknya nak berselawat pada RASULULLAH tu payah. Mana taknya, kita TENGOK REMAJA ISLAM KITA SEKARANG…macam mana REMAJA ISLAM KITA? DI MANA MEREKA YA? TEMPAT YANG GEMAR DIKUNJUNGI DI MANA YA? PAKAIANNYA? Allahhuakhbar, pendek kata bila kita nak cerita ibarat tepuk air dalam dulang tak kena muka kita mungkin kena pada semua tempiasnya. Sedih melihat kebejatan akhlak yang melanda PEWARIS ISLAM KINI...Nak disuruh selawat MALU katanya…bila disebut SAW haram kot nak disambutnya. APA DAH JADI? Kenapa adik-adik kita sampai jadi macam ni? Bukan kurang MOTIVASI mahupun ILMU cumanya EGO dan BERLAGAK itu sahaja. Bagi mereka segalanya MILIK MEREKA sehinggakan mereka ini lupa SIAPA MEREKA…ABID sahaja pun HAMBA sahajapun mengapa nak berlebih-lebihan?

Analogi yang mudah saya petik daripada pasanan Ustaz Don Danial Don Biyajid di Slot Muhasabah katanya apa, “Mana mungkin seorang pekerja mampu mengarah majikannya dalam apa keadaan sekalipun. Mana mungkin seorang pembantu rumah mengarahkan majikannya untuk masak NASI AYAM untuk santapan seisi keluarga” Jelas analogi yang diberikan bahawasanya MANA MUNGKIN SEORANG HAMBA MELAMAPAUI ZAT PENCIPTANYA…ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA LUAS PENGETAHUANNYA….Begitu juga kita kenapa kita TAK CINTAKAN ALLAH DAN RASUL melebihi segalanya? Ada masalah ke? Boleh berikan maklumbalas di Laman Sosial saya kemudian…habiskan pembacaan dahulu baru kita bincang insyaallah lebih harmoni daripada mengata tak semena-mena…

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ibubapanya, anak cucunya dan manusia keseluruhannya” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Jelas, maksud hadith tersebut agar kita meletakkan CINTA ALLAH dan RASULULLAH adalah yang UTAMA berbanding dengan yang lain. Tapi UMAT ISLAM KINI? TEPUK DADA TANYA IMAN…JANGAN TERHANTUK BARU TERNGADAH ataupun bila dah tak bernyawa baru nak mengaku…nampaknya SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT.

Akhir kalam buat renungan kita bersama bersempena Maulidur Rasul ini, bersamalah kita berfikir, memahami dan menyelusuri Sejarah Baginda Rasulullah SAW. Bawalah HATI jangan hanya SIBUK berparti…RENUNG FIKIR BERSAMA

0 ulasan: