THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 17, 2009

NAK REWARD BANYAK TAK DARI ALLAH...CUBALAH

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya -Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

BACALAH...RUGI TAK BACA

7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah
kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: ” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Wednesday, May 6, 2009

HAAAAA BUKAN SENANG TAU!

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

kiranya kau ditanya

Sekiranya engkau ditanya... ..


Sungguh,sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau hafaz??


Katakanlah : WALLAHI... sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah berapakah ayat sucinya yang masih aku ingat... ..


Sekiranya engkau ditanya,sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau ingat??


Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah sudah berapakah ayat suciNya yang aku tadabburkan. .. .


Sekiranya engkau ditanya,sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau tadabburkan? ?


Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah sudah berapakah ayat suciNya yang aku benar2 patuhi,amal dan praktikkan.. . .


Sekiranya engkau ditanya,sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci Tuhanmu yang engkau benar2 patuhi,amal dan praktikkan??


Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang demikian itu AMAT SEDIKIT BERBANDING DOSA DAN MAKSIATKU... ...



Buat insan-insan yang sering menadah tangan ke lanit mohon rahmatNYA... ..


"Ya Allah,Engkau turunkan Al Quran membawa kebenaran.Bahkan kerana kebenaran jugalah ia turun.


Ya Allah,tingkatkanlah kecenderunagnku untuk membacanya.Jadikan Al Quran bagiku penyerlah pandangan,penyembuh jiwa,pengubat duka lara yang menghapus kesedihan dan dukacita.


Ya Allah,jadikan Al Quran basahan lidahku,penyeri wajahku,penyege jasmaniku.Beratkn timbangan amal solehku denagn Al Quran.Kurniakan padaku kudrat membaca dan mematuhi suruhanMu sepanjang malam dan siang.Himpunkan diriku bersama RasulMu Nabi Muhammmad SAW dan keluarga baginda yang mulia."


Rendahkanlah diri dan hatiMu kepadaNya... ..sesungguhnya betapa penting peranan doa dalam kehidupan mukmin.


"Hai manusia!! Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat. Jika tidak, akan tiba suatu hari tatkala kamu berdoa kepadaNYa, DIa tidak akan mendengari doammu,kamu memohon keperluan dari Nya tetapi Dia tidak akan memberinya,kamu memohon bantuanNYa terhadap musuh-musuhmu tetapi Dia tidak akn membantuMu."


DI MANA SILAPNYA...AURAT WANITA

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari
ini ?. Jawabnya seperti berikut

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber?T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah
kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan
nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ?menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan
jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat
sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang
leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis
sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup
rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah
dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan
JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG
TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai
untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ?juyub' kata jama'
(bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka,
tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan
bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat
yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan
dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan
perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias
dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti
wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian,
perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan
supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-
nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang
terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat
tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam
menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru,
harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga
kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan.
Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin
Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain
menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan
demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan
adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari
pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di
jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan
cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang
untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini
semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak
boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan
sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik
perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-
sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu
sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan
banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau
perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat
dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan
perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara
sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-
perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau
menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya:
perhiasan telinga (anting-anting) , perhiasan rambut (sanggul);
perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan
perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh
dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka
dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam
mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis
sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang
dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat
yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah
s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang
mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-
perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada
perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh
masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau
syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan
pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak
berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang,
karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit
tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal
Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

?Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai
kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk
unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang
terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk
dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon
kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja
di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti
Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang
sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan
mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh
(cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan
ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan
hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan
ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada
wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan
dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal
Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil
menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith /font>

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar
panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-?Uqayli, Dar Qutni dari
Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang
wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan
Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan
wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar.
Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di
atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no
1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita
yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik
kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu
Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat
tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan
lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai
buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas
pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang
memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang.
Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan
dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu
ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-
perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh
harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu
aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam
katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu
dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana,
dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain
seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri
akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga
dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini
sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari
firman Allah ertinya

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk
menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu
auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan
wanita untuk menutup aurat adalah /font>

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh
menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa
sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru
barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia
menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup
kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan
firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah
SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar
dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga
adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : «
Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda
ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat
memerhati bagaimana ?trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat
hari ini pasti meletakkan ?dress code' tertentu bagi kakitangannya
dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas
bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh,
kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah
Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan
kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua
menjaga ?standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak
beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional
pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut
kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam
tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam
tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru,
sudah tentu ?standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak
membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang
sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka
kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan
hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik
amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap
mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang
sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian
seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina,
khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat
benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai
di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ?advance' hujahnya
lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan
harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat
Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang
sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya
digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ?game'
semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih
tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak
cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ?game' boss,
tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?.
Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik
dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut
neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-
mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda
ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging,
yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk,
buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat
Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang
boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya.
Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang
diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan
luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus
ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang
ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya
bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk
sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu
apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ?that cover
is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa
kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian
kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah
memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja.
Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil
hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam
berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal
menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-
lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan
membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan.
Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah
tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati
begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap
lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia
memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu
dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki
yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi
hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi
SAW

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke
atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit
kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu
mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki
melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa
tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang
sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan
hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah
mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang
berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa
Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar.
Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

TANGISAN SEORANG DAI'E

Ya Allah, meraung jiwa ini, menangis hati ini bila melihat
kemungkaran menjadi sanjungan. Urusan dengan Tuhan diketepikan.
Perintah dan larangan Tuhan diringan-ringankan malahan
dikesampingkan. Dunia menjadi utama. Nafsu menjadi raja. Perkara
yang melalaikan tak terkira banyaknya. Ini berlaku. sungguh inilah
realiti kita.

Allah Ta'ala berfirman maksudnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

Dalam menjelaskan ayat ini, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan
dalam kitab tafsir karangan beliau, Tafsir Al-Muneer: "Pengkhususan
terhadap satu golongan dalam ayat ini tidak mengubah kewajipan amar
ma'ruf nahi mungkar bagi setiap individu dalam masyarakat,
berdasarkan hadith dari Abi Hurairah r.a., bersabda Rasulullah
S.A.W maksudnya: "Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah
dia mencegah dengan tangannya (kuasanya), dan jika dia tidak mampu,
(hendaklah dia mengubah) dengan lidahnya, dan jika dia tidak mampu,
(hendaklah ia mengubah - membenci dan tidak mempersetujui) di dalam
hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"-Hadith riwayat Muslim"

Ini bermakna ia tetap satu kewajipan bagi setiap individu. sekarang
saya rasa pelik, dalam hati ini terdetik: tidak adakah sesiapa yang
hendak membetulkan kesongsangan yang sedang berlaku ini? kenapa
semua seolah-olah tak nampak? ataukah sengaja membutakan mata dari
melihat?

Saya menulis artikel ini adalah kerana saya bimbang kalau-kalau
nanti terkeluar daripada manhaj khairuummah (ummah yang terbaik).
Firman Allah Ta'ala:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada Allah" (Ali Imran : 110)

Bila ditanya apa yang saya lakukan untuk mencegah kemungkaran di
depan mata, saya takut tak mampu menjawab depan Allah nanti.
Dan sesungguhnya, kita semua punyai tanggungjawab menyampaikn
kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam
rasa kasih dan sayang sesama saudara dalam Aqidah Kebenaran. Jangan
dipandang ringan perkara mencegah kemungkaran ini. Kalau tidak
dipupuk dan dilatih dari sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti
kita melihat ibu bapa yang Islam, namun generasi anak-anaknya
Kristian, Hindu, ataupun Buddha!! Cukuplah apa yang telah berlaku
sebagai bukti.

Kita mengidamkan sebuah daulah islam yg merdeka, di mana Syariat
Islam tertegak dan kita selalu mendakwa kita 'perjuangkan' nya. Namun
ingatlah, kalau dalam diri dan kalangan kawan-kawan pun kita tidak
mampu tegakkan kebenaran, jangan harap nak tegakkan daulah.

Semakin hari, hati kita semakin kering dari mengingati Allah. hati
tidak lagi sensitif pada kemungkaran yang berlaku. Perkara yang
mulanya kita rasakan sungguh berdosa, lama-lama jadi budaya.
Kemaksiatan jadi budaya. KEMAKSIATAN JADI BUDAYA!! Ingatlah firman
Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan
Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan
kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menguasai hati
manusia dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. Dan
peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-
orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah
amat keras siksaan-Nya. " (al-Anfal:24- 25)

Seksaan yang pedih adalah akibat bagi masyarakat yang tidak
melaksanakan perintah allah, kemungkaran berleluasa dan amar makruf
nahi mungkar tidak ditegakkan. Ia tidak hanya menimpa ahli-ahli
maksiat, tetapi seluruh komuniti masyarakat itu, kerana tidak
berusaha mencegah kemungkaran yang berlaku. ini diperteguh dengan
hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud quot;Jikalau ada seorang lelaki
yang berada dalam suatu kaum yang melakukan maksiat, dia mampu
mengubahnya tetapi dia tidak berbuat demikian, maka Allah akan
menurunkan azab kepada seluruh kaum itu sebelum matinya mereka." -
Hadith Riwayat Abu Daud.

Saya tidak mahu sebut secara terperinci perkara-perkara kemungkaran
yang kita lakukan. Itu bukan matlamat saya. Apa yang saya nak
sampaikan di sini ialah, di mana sensitiviti kita bila berdepan
dengan kemungkaran? ? Ini bukan soal siapa alim siapa tidak.
Persoalannya adalah, adakah kita cukup kuat untuk menanggung
kemurkaan dan azab Allah nanti seperti yang Allah nyatakan dalam
ayat a-Quran dan hadith di atas?

Ada yang bagi alasan, biarlah pimpinan yg tegur... baiklah, andai
kata minta pimpinan tegur, sudahkah kita sampaikan berita
kemungkaran yang kita lihat itu pada pimpinan? Kalau itu pun gagal,
perlulah kita perbaiki diri. Itu sekurang2nya. Paling baik, kita
sendiri cuba tegur dengan hikmah.
tidak menjadi pemimpin bukan alasan utk tidak mencegah kemungkaran.
Itu alasan orang yang penakut dan lemah. Ingat, mencegah kemungkaran
adalah WAJIB BAGI SEMUA MUSLIM, seperti yg dinyatakan dalam hadith
Rasulullah S.A.W dari Abi Hurairah Riwayat Muslim di atas.

Daripada hadith ini, sering juga didengar alasan: "aku tak mampu
tegur dengan lidah, tangan apatah lagi. benci dalam hati pun sudah
cukup". Ingatlah, Allah Maha Tahu apa yang terbuku dalam hati kita.
kalaulah itu semata-mata alasan, sedangkan kita mampu, bersedialah
menjawab di hadapan Allah nanti.



Janganlah begitu. Tidak semestinya
kita perlu jumpa si pelaku itu dan tegur depan-depan. Banyak cara
yang boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, Syukur pada Allah dan
syabas saya ucapkan pada yang telah melaksanakan tanggungjawab
dakwahnya dengan baik. Di sini saya cadangkan beberapa langkah yang
boleh diambil demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba
yang mengaku Muslim dalam mencegah kemungkaran:

i- Pastikn kita tahu dengan pasti bahawa apa yg dilakukn oleh si
pelaku itu adalah suatu kemungkaran. Sesungguhnya asas agama adalah
ilmu.

ii- Pastikn si pelaku tahu bahawa apa yg dilakukan itu salah dan
dimurkai Allah. Ini yang paling penting. Berusahalah dgn cara yg
bijak utk menyampaikn kepadanya:


a- Berdepan dan berbincang dengan si pelaku dengan cara yang sesuai.


b- ataupun, sampaikan secara umum dan tidak langsung- melalui
penulisan, dalam ucapan-ucapan atau apa sahaja media dan peluang
yang boleh digunakn.


c- ataupun, beritahulah pada sesiapa yg dirasakan mampu menegur
kesalahan si pelaku (kawan rapat, guru, senior, pimpinan dsb).

iii- Berdoalah agar si pelaku dan kita semua selamat dari bencana
kemungkaran. Kemudian bertawakkal dan ingatlah bahawa kita berusaha
sedaya mungkin, namun natijahnya terpulang kepada Allah. sama ada si
pelaku bertaubat daripada kesalahannya @ tidak, itu adalah urusan
Allah. yg penting kita perlu sentiasa berusaha dengan sehabis baik
untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

Saya ini hamba yg lemah, jauh skali yang terbaik. Ilmu pun
tersangatlah cetek. Tapi inilah yang saya mampu. mudah-mudahan Allah
terima...

Biah solehah (suasana yang baik) dalam naungan Allah menjadi impian
kita semua. Namun janganlah mimpi hanya tinggal mimpi. Kita harus
mulakan usaha kita ke arah itu. Kita mulakan sekarang. Kita tidak
mahu fitnah datang melanda kita. Fitnah yang mungkin melanda dalam
pelbagai bentuk dan cara. Mungkin dari sudut kebejatan akhlaknya,
bencana kecurian dan rompakannya, pelajaran merosot, berpecah-belah
dan macam-macam lagi. Wal3iyazubillah.

Ini bukan tanggungjawab presiden seorang, bukan hanya ustaz-ustaz
mahupun pelajar-pelajar syariah, bukan hanya senior-senior, tapi
tanggungjawab semua dalam peringkat yg berbeza-beza. 2 persiapan
yang saya cadangkan:

a- Himpunkanlah kekuatan dan keberanian dengan mengukuhkan hubungan
dengan Allah dan banyakkan bersabar. Orang yang intim hubungannya
dgn Allah pasti ditolong. Bukankah Allah pelindung orang-orang yang
beriman, orang-orang yang bertaqwa dan Allah bersama dengan orang-
orang yang bersabar? Sentiasalah juga berusaha memperbaiki diri
dengan menghindari kemungkaran agar kita beriman dan bertaqawa,
supaya mendapat perlindungan Allah. Berqiamullail selalu kerana
itulah syarat kemuliaan mukmin.
b- Tambahkn ilmu dalam semua bidang, khasnya ilmu2 langsung mengenai
dakwah dan agama Allah S.W.T.

Mudah-mudahan kita semua akan lebih sensitif dalam mencegah
kemungkaran demi mencapai biah solehah dan membina ummah yang
cemerlang, agar sampailah kita kepada Keredhaan Allah.

Moga-moga juga selepas ini kita akan melihat ramai para daie yang
berani tampil menegakkan agama Allah di kalangan komuniti kita ini.
Menegakkan agama allah setiap masa, di mana jua. Namun INGAT,
biarlah 'ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus,
tepung jangan berselerak.'
Berdakwahlah dalam kemanisan Hablumminallah dan keindahan
Hablumminannaas. Yakinilah, hidup kita pasti lebih syok dengan
tawa9i bilhaq (berpesan-pesan dgn kebenaran) dalam kasih sayang.

Selamat menjadi ahli golongan ahsanu-qaulan. ..
Wassini selalu.

BILA AIR MATA MULA BERBICARA

Waktu terus berlalu silih berganti, zaman demi zaman berubah.Begitu pantas masa beredar. Tanpa terasa, umur ini makin bertambah. Tapi... ..usia hidup amkin berkurang... . hari demi hari, minggu demi minggu, bula demi bulan, tahun demi tahun, setapak demi setapak, tempat yang dituju oleh setiap insan semakin hampir. Tempat yang pasti akan kita pergi... .itulah alam barzakh! Alam yang baru akan dihuni selepas kematian kita.

Siapakah yang tahu : Berapa lamakah lagi tersisa usia hidup kita didunia? Tak siapa yang boleh menjawabnya. Yang pasti... .semakin lama... semakin singkat dan dekat. Tapi, adakah kita telah bersedia? Apa kata jika masanya sudah telalu hampir? Bagaiman? Ah... . berfikir dan membayangkannya pun sudah terasa cemas, takut dan bimbang. Namun, kebanyakkan daripada kita masih lupa dan lalai...

Sampai bila wahai jiwa? Sampai bila? Sampai bila engkau akan lupa tentang hakikatpenciptaanmu ?

Sampai bila engkau akan membelakangkan perintah rabbmu?
Demi menurut selera hawa nafsumu... terlena dek khayalan-khayalan yang kosong?
Sampai bila ?
Sampai ajal menjempumu?

Telah banyak arahan, nasihat, dan peringatan disampaikan!
Tetapi masih terasa kurang.
Tahukah negkau harta yang kau banggakan dan tompok-tompok itu akan membelit lehermu di akhirat nanti?

Berapa banyak pula masa yang kau habiskan dengan sia-sia?
Tidak tahukah engkau masa-masa ini juga akan dipertanggungjawabk an di hadapan Rabbmu
Tahukah kau tentang sebuah syair mengungkapkan :
tidak patutlah hidup, seseorang yang berfikir, kecuali hijrah dari sautu keadaan kesatu keadaan yang lebih baik. Janganlah engkau biarkan dirimu dipermainkan oleh dunia, sedangkan engkau melihat segala ibrah didalamnya.

Engkau tinggalkan al-Quran, sebaliknya engkau dengari lagu-lagu hina yang mempesona.
Bukankah engkau juga tahu kesenangan hidup didunia hanya sementara, hanyalah sedikit cuma... berbanding dengan apa yang akan diperolehi di akhirat.
Sanggup kau menggadai kesenangan dan kemewahan di sana untuk bersantai senang dengan hidup yang sementara di sini?

Mengenangkan keadaan yang sedemikian, tidak disedari air mata meminitis membasahi pipiku. Aku menangis kerana terlalu sedikitnya amalan kebaikan, dan banyaknya dosa yang manyaluti tubuhku. Tiba-tiba, serasa titisan air mata bersuara :
Gerangan apa yang etrjadi wahai hamba Allah?.
Siapa engkau? tanyaku.
Aku titisan air matamu! jawab suara itu.
Lalu, apa yang menyebabkan engaku keluar?
Gelojak panas hatimu!
Panasnya hatiku..? lalu apa yang meyalakan api di dalam hatiku, sehingga engkau merasa panas?
Dosa-dosamu, dan maksiat yang telah engkau kerjakan.
Apa... .? Dosa... ..? Apakah dosa mempengaruhi panas di dalam hati?
Ya... tidakkah dikau pernah mendengar doa rasul yang dibacanya terus menerus?

Ya allah ya tuhanku, bersihkanlah segala dosaku dengan air salji yang dingin.

Aku tertunduk diam. Berbagai pertanyaan terlintas dalam benakku tidak menentu, sampai pada satu ketika aku bertanya: Mengapa Rasulullah berdoa seperti itu, padahal kita tahu air yang panas mempunyai kesan yang kuat untuk menghilangkannya? .

Oh... .pertanyaan itu telah mengingatkan aku tentang pertanyaan ibnu Qayyim al-Jauzi kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Jawapan beliau; sesungguhnya maksiat dan kesalahan itu akan mendatangkan panas dan najis di dalam hati, sehingga hati menjadi lemah dan tidak berdaya menghadapi api syahwat. Sesungguhnya maksiat dan dosa seperti kayu bakar yang akan memarakkan kobaran api tadi, sebab itu semakin banyak maksiat dan dosa yang dikerjakan, semakin besarlah kobaran api tadi. Sednagkan air pula membersihkan kotoran dan menghentikan kobaran api. Apabila air itu bertambah dingin, maka daya penyejukkannya akan bertambah kuat, dan mampu membersihkan kotoran secara sempurna. Hurai air mata.

Engkau benar wahai air mata. Aku merasa gelisah, dan perasaanku tidak menentu di dalam hatiku. Aku kira ini merupakan dosa dan kealpaanku terhadap Rabbku.

Ya, benar apa yang negkau katakan, kerana sesungguhnya maksiat itu mendatangkan kesialan bagi pelakunya. Oleh itu, cepatlah engkau bertaubat sebelum ajal menjemputmu.

Sebelum berpisah, bolehkah aku bertanya satu pertanyaan?

Silakan,

Aku merasakan hati ini terasa keras bagai batu karang. Berapa banyak nasihat yang masuk tetapi aku tetap lalai terhadap hak-hak Rabbku. Yang anehnya, mengapa engkau tetap keluar?

Wahai hamba Alla, itulah panggilan fitrah. Jika engkau perhatikan pada masa-masa seperti sekarang ini, engkau menemui hati yang membatu, keras bagai batu karang lautan yang tidakkan goyang diterpa hempasan-hempasan gelombang dakwah dan suara hati nurani sendiri. Engkau akan sulit menemui hati yang sentiasa beriltizm untuk zikrullah, kecuali meraka yang mandapat taufik dan hidayah Nya.

Apa yang menyebabkan perkara ini?

Cinta dunia, dan tertipu oleh fatamorgana di dalamnya. Manusia sekarang ini telah terlena dan tertipu oleh kemewahan yang palsu dan fana. Dunia tidak ubah seperti ular yang dikagumi kerana kehalusan kulit dan keindahannya. Namun, disebalik itu meraka tidak sedar dia membawa malapetaka yang besar, dan berupaya untuk mematikan.
Apa yang dimaksudkan dengan racun itu?

Dosa-dosa dan maksiat, kerana sesungguhnya noda-noda dosa itu adalah racun di dalam hatimu. Maka, kita harus sucikan dan keluarkannya dari dalam. Jika tidak, maka akan matilah hati kita.

Lalu bagaimanakah caranya bagi kita untuk memebrsihkannya dari racun itu?

Dengan taubat yang terus menerus, dan hijrah ke perkampungan orang-orang yang kembali ke jalan yang benar melalui kereta orang-orang yang beristighfar, dan memohon ampun daripada Rabbnya. Dengan itu, engkau akan mengetahui segala sesuatu yang akan membersihkan hatimu dari benih-benih dosa yang akan tumbuh!

MAKAN DAGING BANYAK2

DIRIWAYATKAN oleh ar-Rafi'i: "Jika engkau mahu menyebut cacat cela orang lain maka kenang terlebih dulu cacat cela dirimu sendiri".

Setiap manusia ada titik kelemahan dan cacat cela tersendiri dan
untuk menjadi seorang Muslim yang adil, tidak seharusnya ia membilang cacat cela dan kelemahan orang lain dengan melupakan cacat celadirinya sendiri.

Apabila berbalah, manusia selalu condong kepada memperbesarkan cacat cela dan kesalahan orang lain untuk meletakkan dirinya sebagai seorang bersih, baik, tidak salah dan jujur.

Begitu juga dengan kebiasaan mengumpat dan mengeji, manusia selalu lupa kepada cacat cela atau kelemahan diri sendiri.

Rasulullah memberi satu garis panduan yang adil apabila kita bernafsu untuk mengkritik, mengumpat dan menyalahkan orang lain, maka hendaklah lebih dulu kita mengambil cermin melihat cacat cela muka dan diri sendiri.

Menurut pakar psikologi, kecenderungan mengumpat atau menyebut cacat cela orang lain didorong oleh perasaan dendam kesumat, perasaan benci dan hasad dengki yang terpendam sekian lama dalam jiwa seseorang.

Umat Islam tidak dilarang memberi kritikan membina atau pandangan jujur terhadap mana-mana tindakan yang dianggap menyinggung kepentingan umum, melanggar prinsip agama dan perkara yang benar.

Malah, mereka digalakkan memperbetul kesilapan tetapi perlu dilakukan dengan cara yang baik agar kritikan tidak menyentuh maruah atau kecacatan semula jadi yang terdapat pada seseorang.

BILA KAMI BERBICARA

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi
martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri
tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka "

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu
bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari
rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti.. . amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya.. epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya. .. Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya. .. tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah
penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.

SIAPA LATHIFAH

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi dokter. Dan Halah sebagai dosen kedokteran anak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya, tentu.

Wanita di belakang Hasan Al Bana

Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah.

Tidak mudah menjadi istri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulai berdakwah dan kembali pulang di gelap malam. Bisa dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang bisa mengisi kekosongan-kekosong an yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.

Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia butuh seorang muslimah yang kokoh, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah. Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekedar dakwah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun rumah kardus. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.

Maka siapapun itu-pendampingnya- harus menyadari bahwa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan yang di emban oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa kapital disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.

Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak geregap. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa ia harus siap jika sewaktu-waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta resiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa menjadi konsekuensi logis, yang sewaktu-waktu siap menyapanya.

Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang dai.

Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari terkasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya gamang adalah, ketika salah satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,"Bagaimana jika ia meninggal?". Imam Syahid hanya menarik napas panjang, ia kemudian berujar "Kakeknya lebih tau bagaimana mengurusnya. "

Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.

Lathifah sangat menyadari peran dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh mendiang suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidahk meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. LAthifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari menyepelekan masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih predikat formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai sekjen advokat di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai dosen di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi dokter. Dan Halah sebagai dosen kedokteran anak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya.

KOSMETIK

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar.

Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.


Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
1. Selawat 3 X
2. Bismillahirahmanira him segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan

1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai

Baca Bismillahirahmanira him

Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X
Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke

1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu

RINTIHAN KU

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum" , seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam" , sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu
tempat.

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah" , jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum" , seru Subuh.

"Waalaikumsalam" , jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap
langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya.. . tersirat dalam diri.

JOM DAKWAH

Melaksanakan dakwah adalah satu tuntutan agama. Tanpa diteruskan usaha dakwah menyebabkan Islam semakin terpinggir dan tidak dihayati di kalangan penganutnya.

Usaha dakwah perlu dipertingkatkan bagi menghalang penyebar agama lain mencuri penganut Islam. Selain itu dakyah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam perlu diperjelaskan bagi mengelak umat Islam diperdaya.

Dakwah dari segi bahasa bererti menyeru atau mengajak kepada sesuatu. Manakala menurut istilah, dakwah bermakna menggalakkan masyarakat berbuat kebaikan dan mengikut petunjuk, menyeru mereka membuat kebajikan dan melarang mereka daripada kemungkaran.

Kepentingan usaha dakwah sebagai nadi memperkasakan iman dan takwa di kalangan orang Islam sendiri dan sebagai petunjuk yang membawa orang bukan Islam berminat terhadap Islam.



Rasulullah melakukan dakwah berterusan secara ikhlas, bijaksana dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjinakkan masyarakat Arab jahiliah di Makkah untuk menghayati Islam. Sedangkan sebelum itu masyarakat Arab jahiliah begitu berpegang kuat kepada kepercayaan datuk moyang dan sanggup berbunuh-bunuhan demi mempertahankan kepercayaan itu.

Kejayaan dakwah Rasulullah bergantung kepada tiga kaedah yang dilakukan iaitu secara lisan (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal). Rasulullah menggunakan kaedah itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Kaedah lisan dilakukan apabila Rasulullah menyampaikan dakwah secara berdepan dengan sasaran yang dituju.

Kaedah lisan berkesan kerana ia adalah cara berkomunikasi paling meluas dan mudah dilakukan. Selain mulut, manusia juga menggunakan bahasa isyarat dan bahasa badan (gaya dan tindakbalas badan) untuk berkomunikasi, tetapi agak terbatas.

Seruan dakwah perlu dilakukan secara komunikasi berkesan, yakni meliputi segenap aspek yang boleh menarik orang apa yang disampaikan itu. Untuk melahirkan komunikasi berkesan memerlukan kebijaksanaan pendakwah bagaimana menguasai keadaan.

Dengan itu amatlah perlu setiap pendakwah mempelajari selok belok teknik atau metode (uslub) berdakwah. Cara berdakwah ada seninya. Silap pendekatan berdakwah menyebabkan golongan sasaran semakin menjauhkan diri.

Hakikatnya, tugas dakwah perlu dilakukan oleh orang yang mempunyai kefahaman dalam tugas dakwah. Paling penting orang itu sendiri adalah orang yang terpimpin peribadi dan ilmunya. Inilah yang dikatakan dakwah bil hal (dengan amal soleh) seperti yang dilakukan oleh Rasulullah.

Rasulullah menunjukkan contoh tauladan terbaik dalam kehidupan seharian. Rasulullah digelarkan al-amin yang bermaksud mempunyai peribadi mulia, amanah dan disukai semua orang.

Konsep komunikasi berkesan amat penting diamalkan ketika berdakwah. Komunikasi berkesan bermaksud, seseorang yang memperkatakan sesuatu yang benar; pada masa yang tepat dan dengan cara yang sesuai untuk didengari dan difahami bagi menghasilkan tindakbalas yang dihajati.

Firman Allah bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad). Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang yang mengikutiku, menyeru manusia kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang nyata. (Surah Yusof, ayat 108).

Pendakwah perlu mendalami tugas-tugas berdakwah. Memperkatakan sesuatu yang benar adalah kejayaan dakwah. Dakwah mengajak ke jalan kebenaran, sudah tentu bertentangan jika dilakukan dengan perkara-perkara tidak benar. Menyatakan perkataan benar merupakan satu perintah yang perlu dipatuhi setiap Muslim.

Firman Allah bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan benar. (Surah al-Ahzab, ayat 70).

Berkata perkataan benar dan tepat memerlukan kepakaran. Seorang pendakwah perlu bijak dan mahir dalam apa yang diperkatakan. Bagaimanapun, seseorang tidak dihalang daripada menyampaikan apa-apa diketahui biarpun sedikit.

Sabda Rasulullah bermaksud: Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat. (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi).

Hadis itu memerintahkan agar setiap Muslim menyebarkan dakwah biarpun hanya ringkas. Pengetahuan yang sedikit jika ditambah sedikit-sedikit akan banyak juga akhirnya.

Bentuk komunikasi berkesan juga mengambil kira keberkesanan penerimaan. Pendakwah perlu menilai tahap penerimaan orang didakwah. Setiap orang mempunyai tahap penerimaan dan kefahaman berbeza-beza.

Sebab itu pendakwah perlu mengetahui sasaran dakwah tersebut. Berbicaralah mengikut tahap apa yang mampu diterima oleh orang ditujukan dakwah itu. Fikirkan apakah yang sepatutnya disampaikan, bukannya apa yang ingin disampaikan.

Sabda Rasulullah bermaksud: Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing. (Hadis riwayat Muslim).

Seorang pendakwah adalah contoh kepada orang didakwah. Justeru, apa yang disebarkan oleh pendakwah perlulah menepati apa yang diamalkan. Pendakwah yang gagal menunjukkan contoh tauladan tidak akan menghasilkan tindakbalas yang dihajati. Hal ini tidak menepati konsep komunikasi berkesan.

Allah amat murka kepada mereka melakukan sesuatu tidak sama seperti dikatakan. Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Surah ash-Shaff, ayat 2-3).

Dakwah Rasulullah mendapat perhatian dan ikutan para sahabat kerana apa diperkatakan Baginda terlebih dahulu dilakukannya. Apa yang dilakukan Rasulullah tidak sedikitpun bertentangan dengan apa yang diucapkan. Setiap apa diucapkan dan dilakukan Rasulullah merupakan contoh tauladan yang baik.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 bermaksud: Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari kiamat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu.

Pendakwah juga perlu bijak dalam mengendalikan bantahan ketika berdakwah. Pendakwah tidak boleh terlalu mendesak. Orang didakwah mungkin memerlukan masa yang lama sebelum dapat menerima hakikat apa yang didakwahkan kepdanya.

Firman Allah bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka dengan baik. Tuhan tahu siapa yang menyimpang dari jalan Allah dan siapa yang berjalan menurut perintah-Nya. (Surah an-Nahl, ayat 125).

Setiap sesi perbincangan perlu dalam situasi kondusif, harmonis, positif dan saling menghormati. Ketika perbincangan mesti berpegang kepada adab al-ikhtilaf (etika perselisihan pendapat) agar yang kusut tidak bertambah kusut.

Bantah membantah bukan cara terbaik ketika berdakwah. Cara itu akan menimbulkan suasana tegang dan mungkin berterusan dengan keadaan tidak diingini. Keadaan itu hendaklah dihentikan segera dan carilah pendektan lain.

Firman Allah bermaksud: Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik, kecuali dengan orang zalim dalam kalangan mereka. (Surah al-Ankabut, ayat 46).

Manakala itu hadis diriwayatkan Tabrani bermaksud: Tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak akan mengamankan daripada fitnah.

Menggunakan perkataan yang baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang didakwah adalah satu pendekatan yang baik. Pendakwah perlu sentisa berlapang dada dan tidak berdendam. biarpun golongan yang didakwah itu agak biadab dan keras.

Firman Allah dalam surah Fushshilat ayat 33 memberi panduan bagi mereka ingin melakukan kerja-kerja dakwah yang bermaksud: Dan siapakah yang lebih baik perkatannya daripada orang yang menyeru kepada Allah serta berbaik-baik dan mengaku aku seorang Muslim.



Percakapan dengan nada keras dan menekan agar orang didakwah menerima secara bulat-bulat apa diperkatakan adalah antara faktor kegagalan dakwah. Pendakwah perlu berhemah dan tidak gelojoh menjalankan kerja-kerja dakwah.

Tugas dakwah secara mutlaknya terletak di atas bahu setiap Muslim. Tugas ini bukan sekadar menjadi tugas guru agama, ustaz, imam dan pendakwah sepenuh masa. Islam mementingkan amalan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah bermaksud: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, dan beriman kepada Allah. (Surah Ali Imran, ayat 110).

Mencegah kemugkaran dilakukan berdasarkan kepada tahap-tahap keupayaan masing-masing. Justeru, jangan keterlaluan dalam mencapai matlamat. Bersabar dalam dakwah merupakan sifat Rasulullah ketika melakukannya pada awal menyebar syiar Islam di kota Makkah.

Sabda Rasulullah bermaksud: Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran dia hendaklah mengubahnya dengan tanganya, jika tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan hatinya dan yang demikian itu adalah iman yang paling rendah. (Hadis riwayat Muslim).

Pendakwah sejati hanya mengharapkan keredaan Allah di atas tugas-tugas dilakukan. Dia menyebarkan kebenaran kepada orang lain dan melakukan kebenaran itu untuk dirinya sendiri.

KAEDAH BERSAUDARA

CARA MEMPERKUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang
positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam
memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang
teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin
kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara
persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA -
Rasulullah SAW bersabda
ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia
memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA -
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah
bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari
kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga
seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU -
Seperti yang disebutkan dalam hadis
yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang
dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia
senyuman kegembiraan. " (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU -
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat
tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari
Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan
melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA -
Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik
meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah
berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling
memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT -
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan
selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan
nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam
hal-hal sebagai berikut:
Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas
pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari
kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein
bin Ali RA)
Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu,
mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari
Ibnu Umar RA)
Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan
keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR
Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)
Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita,
membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah
memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas
kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling
memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani
meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda
ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan
saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra.
Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban
penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang
dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia
dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah
akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu
menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR
Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN -
Untuk memperkukuhkan ukhwah maka
adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika
bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).
Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang
muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan
mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa
dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa,
mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari
semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali
gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah
betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.

JANGAN BUAT HAL YONG

Tajuk : Hukum Meninggalkan Solat Wajib
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
Riwayat al-Bukhari
Huraian :
1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke
atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah
menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah
meruntuhkan agamanya.
3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik
dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa
keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti
dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar
tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’
solatnya yang tertinggal itu.

Tuesday, May 5, 2009

WAHAI UKHTI

Tajuk : Perempuan
Hadith :
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Huraian :
1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Saturday, May 2, 2009

JANGAN CEPAT MELATAH WAHAI UKHTI

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

Islam sangat cermat dalam sebarang usaha dakwah. Jelas pada Ayat tersebut Allah S.W.T telah menekankan perihal mustahaknya perkara hikmah itu didahului oleh para da’i. Dakwah wajib membawa roh bimbingan dengan memberikan pelajaran dan pengajaran yang baik. Jika perlu berbantah-bantah sekalipun kerana ada perselisihan pendapat maka ia hendaklah dipilih dalam kaedah yang terbaik. Ayat ini seterusnya mengingatkan kita tentang tidak siapa yang tahu siapa yang tersesat atau yang mendapat petunjuk selain daripada Allah S.W.T. Demikian, betapa cermatnya Islam dalam memerlihara adab dan akhlak sewaktu berkomunikasi ketika berdakwah.

MARILAH KITA MERENUNG BERSAMA DENGAN BEBERAPA PERSOALAN YANG CUBA MERUNGKAIAKAN PERMASALAHAN YANG MEMBUNGKAM DI BENAK AKAL MANUSIA:

1) “Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang seorang hamba ketika dia mengerjakan solat.”

2) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang (iaitu Rasulullah S.A.W. itu berada diatas kebenaran atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah)?

3) “Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya.”

(Surah Al-Alaq : Ayat 9 – 14).

Kesemua persoalan ini memulakan pertanyaan “bagaimana pendapatmu” sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membangkang Rasulullah S.A.W. Semua ini membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya bermusyawarah, berwacana, berbincang dan berforum. Semuanya ini adalah untuk mengembangkan fitrah manusia untuk bersoal jawab. Proses inilah yang melahirkan daya intelektualisme dan dinamisme dalam kehidupan intelektual rakyat seluruhnya.

MAKANYA?TEPUK DADA TANYA IMAN....

Friday, May 1, 2009

ANGGUN BERTUDUNG

BAGI umat Islam memelihara aurat adalah satu kewajipan, malah dalam aspek hubungan sosial dan pembangunan insaniah, kepatuhan itu menjadi tanggungjawab bersama yang tidak boleh ditinggalkan. Kepatuhan terhadap etika berpakaian mengikut Islam tidak hanya melambangkan ketaatan kepada perintah Allah, malah mewujudkan perasaan saling menghormati, menjamin ke harmonian masyarakat, sekali gus mencerminkan keindahan Islam.

Jika aurat lelaki secara umumnya dari pusat hingga lutut, perempuan pula seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Mereka juga dilarang memperagakan perhiasan serta berpakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Ini sesuai dengan ayat 31 daripada Surah An-Nur, maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka meng hentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka meng hentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Tetapi apakah yang patut dilakukan sekiranya anak atau isteri sendiri yang enggan mematuhi etika berpakaian seperti digariskan syariat? Apakah suami patut memaksa isteri sedemikian atau mengambil sikap tidak peduli tanpa sebarang teguran, sekali gus membuka ruang kebebasan seluas-luas nya?

“Anak dan isteri yang enggan menutup aurat tidak boleh dipaksa, sebaliknya perlu diberikan nasihat kepada mereka selagi masih tidak berubah,” kata penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar.

Menurutnya, keutamaan penggunaan kaedah nasihat adalah sangat sesuai dengan slogan yang diguna pakai dalam Islam iaitu ‘agama itu nasihat menasihati’.

Beliau berkata, suami yang mempunyai isteri tidak me melihara aurat tidak boleh ‘berpeluk tubuh’ dengan hanya membiarkan isteri berpakaian sesuka hati.

“Dalam soal ini, suami turut bertanggungjawab, jangan berdiam diri kerana membiarkan isteri atau anak-anak berpakaian menjolok mata, mendedahkan aurat turut berdosa,” katanya.

Dalam al-Quran, Allah ada berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang di perintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (at-Tahriim:6)

Bagi wanita Islam, satu cara menutup aurat ialah dengan berhijab atau bertudung. Amalan itu bukannya atas ‘keterpaksaan’, sebaliknya dilakukan dengan penuh keikhlasan bagi mematuhi perintah Allah.

“Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan ke putusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka se sungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab: 36)

Mohd Rani berkata, walaupun suami mempunyai hak ke atas isteri, sangat tidak patut menggunakan unsur paksaan terhadap isteri dan anak-anak kerana ia menggambarkan tindakan negatif.

Malah katanya, dalam perkara itu, suami perlu banyak bersabar menggunakan pendekatan nasihat dan memberikan kata-kata perangsang bagi menarik kecenderungan isteri dan anak-anak.

“Berdepan dengan isteri atau anak-anak perempuan yang tidak mematuhi cara berpakaian Islam jangan cepat berputus asa, teruskan memberi nasihat, cuba memenangi hati mereka, gunakan kaedah penceritaan dan contoh yang baik,” ka tanya.

Dalam Islam, pendidikan dan disiplin langkah permulaan bagi membimbing seseorang manakala penggunaan unsur paksaan atau undang-undang adalah langkah terakhir.

Mohd Rani berkata, bagi seorang suami, mereka perlu memahami aspek pendidikan Islam supaya dapat mem bimbing dan memberi tunjuk ajar.

“Soal aurat memang terletak pada bahu individu untuk mematuhinya, tetapi ia bukan hak individu.

“Akhir-akhir ini, semakin ramai kanak-kanak berpakaian menutup aurat dan menjadi harapan mereka akan terus mengamalkan etika pakaian menutup aurat sehingga dewasa,” katanya.

Beliau berkata, wanita Islam tidak dilarang untuk mengenakan pakaian atau tudung mengikut gaya fesyen, asalkan tidak terkeluar daripada batasannya.

Dalam hubungan ini, seorang cendekiawan Islam yang juga pensyarah kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty ada menyatakan:

“Dalam Islam bagi kedua-dua suami dan isteri mesti bekerjasama nasihat menasihati kepada kebenaran dengan kesabaran.

“Ini adalah kewajipan bersama. Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kita, Allah merahmati suami atau isteri yang mengejutkan seorang daripadanya bangun dan menunaikan solat bersama. Kita juga mesti menjaga adab apabila mahu mengingatkan kewajipan seseorang.”

MAKANYA...APA TUNGGU LAGI WAHAI MUSLIMAT TERSAYANG...LINDUNGILAH AURAT MU KERANA ITU ADALAH HUKUM ALLAH...BUKAN HUKUM MANUSIA...TUTUPLAH AURATMU MENURUT SYARIAT YANG DIGARISKAN DIDALAM AL-QURAN...BUKAN SEKADAR MENUTUP KULIT...ATAUPUN MENGIKUT FESYEN TERKINI YANG DIFIKIRKAN KONTEMPERORI...FIKIR2LAH MOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YANG MULIA DI SISINYA...SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRI YANG ALPA DAN BUAT MUSLIMAH TERSAYANG