THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA

Assalamualaikum...
moga anda sihat walafiat disamping keluarga tersayang....
Selamat Hari Pekerja buat seluruh pekerja di seantero alam...Tapi yang bekerja untuk ISLAM tiada istilah cuti selagi hayat dikandung badan....Peliklah saya dengan senario umah islam akhir zaman ni....bukan saya kata saya yang terbaik tetapi cuba untuk menjurus kearah kebaikan dalam mencari redha Allah...saya mohon pada sahabat sahabiah...janganlah kita ni menfitnah ISLAM...

Mana tidaknya...pakaian menggambarkan seorang MUSLIM malangnya perbuatan terus menghancurkan lantas mencalarkan ISLAM itu sendiri...SEDIH...dalam SURAH AS-SOFF ada memberikan teguran keras berkait dengan perkara ini...marilah sama-sama kita muhasabah dan memperbaiki diri ini...BIAR JIJIK JELEK DI MATA MANUSIA NAMUN MULIA DI SISI ALLAH SWT...INSYAALLAH

Wednesday, April 29, 2009

AKHIRNYA...KU TEMU CINTA ABADI

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kesekian kalinya...berpesan buat sahabat muslimah yang tersayang...bukan ingin mengaibkan kalian tetapi sekadar memberikan sedikit paduan buat renungan kita bersama....

Jika anda bersedih,mungkin ini dapat membantu:

Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:
jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku
tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya
Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok
dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.

ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;Duraid berkata:
Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian rupa
hingga nampak padaku warna hitam yang pekat
Pukulan seseorang yang membela saudaranya
namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal
Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya
engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku

imam syafie berkata:
Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu
dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan
Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum
maka tidak ada yang sanggup mencegahnya,tidak juga bumi dan langit

Abul atahiyyah berkata:
Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?
Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?
Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?
Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentabgan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan,kebaikan dan khabar baik?

"katakanlah:"Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)

Saat ini,
Amat medebarkan,
Amat mencemaskan,

Seorang demi seorang anak kecil,
Dibunuh.. diseksa.. dizalimi..
Dengan penuh sifat kezaliman dan kekejaman,
Tika epilog itu menghantui dunia,
Tika itu manusia mengalirkan air mata,
Tika itu manusia merintih simpati,

Tapi tak siapa yang dapat menduga,
Perasaan anak kecil Palestin di bumi anbia,
Keseorangan tanpa ibu bapa,
Panggilan walid dan ummi kedengaran,
Teriakan bayi kecil berlumuran darah,
Memecah kesunyian malam,

Seluruh isi dunia ini,
Termasuk kita,
Wahai saudara seIslamku,
Umat junjungan Rasulullah S.A.W,
Masih nyenyak tidur diulit mimpi indah,
Berselimut dan bertilam empuk

Tapi,
Saudara seIslamku,
Umat Rasulullah S.A.W,
Sedang bertarung nyawa,
Bermujahadah di jalan Allah,
Memohon pertolonganNya Yang Maha Kuasa,

Alangkah hinanya kita Umat Islam,
Masih bersuka ria dikala mereka berkelana,
Mengagungkan Barat tanpa penghujungnya,

Pernahkah terlintas di benak fikiran,
Pernahkah terdetik dihati,
Untuk meghulur sedikit pertolongan,
Untuk merasai sedikit penderitaan.. keperitan,

Tika aku terjaga dari tidurku,
Terlintas di hati bertapa lekanya aku,
Lantas aku sucikan diriku dengan wuduk,
Lantas ku mengangkat tadbir untuk mendekatkan diriku kepada Mu,

Tika itu,
Terasa Engkau dekat disisiku Ya Allah,
Meskipun aku tidak berdaya untuk menolong mereka,
Anak–anak kecil berhati waja di bumi anbia,

Namun,
Ku yakin doa yang ku panjatkan buat mereka,
Moga dimakbulkan olehNya,
Amin Ya Rabbal A’lamin..

Terus mengalir air mataku di pipi,
Tanda kesayuan merenung nasib saudaraku,
Saudara itu Saudara SeIslamku!!!

Sunday, April 26, 2009

NAFSU OH NAFSU....

Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia
takutkan
kesusahan dan ujian. Mereka takut
miskin. Mereka
takut jadi susah. Mereka takut jatuh
sakit. Mereka
takut kehilangan harta benda. Mereka
takut turun pangkat atau
hilang jawatan. Mereka takut dihina.
Mereka takut dipulaukan
dan sebagainya. Kalau boleh, manusia
ingin selalu senang, kaya,
sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan
sentiasa hidup dalam
keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi
dari ujian dan kesusahan.
Selagi dunia bernama dunia, ujian dan
kesusahan akan
tetap ada. Ia adalah adat dan resam
hidup. Hadith ada menyebut:

Maksudnya: “Dunia itu negara bala’ dan
ujian”.

Sebenarnya, yang benci dan takutkan
kesusahan dan ujian
itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada
kesusahan. Nafsu tidak
suka pada ujian, pada lapar dan dahaga,
pada kemiskinan, pada
kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah,
dan pada apa sahaja
yang tidak sesuai dengan kehendak dan
keinginannya.

Nafsu sebenarnya lebih jahat dan
berbahaya dari syaitan.
Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu
berada dalam diri kita. Nafsu
adalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu
kita terdidik, maka sempitlah
jalan syaitan untuk menggoda dan menipu
kita. Tetapi
kalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah
jalan syaitan.

Hendak mendidik nafsu bukan mudah. Nafsu
pernah angkuh
dan sombong dengan Tuhan. Dia pernah
berkata pada Tuhan:

“Engkau-engkau, aku-aku.” Dia pernah
direjam seribu tahun
dalam neraka. Nafsu hanya takut dengan
Tuhan. Dia tidak takut
dengan makhluk.

Oleh itu, hendak mendidik nafsu, kita
perlu ada rasa cinta
dan takut dengan Tuhan. Kita perlu
bersandar kepada kehebatan
dan kekuasaan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini
tidak ada, maka tidak
ada apa yang akan dapat mendorong dan
menahan atau menghalang
nafsu. Rasa cinta pada Tuhan itu akan
mendorong nafsu
supaya menjadi tenang dan jinak. Rasa
takut dengan Tuhan pula
akan menahan nafsu dari menjadi terlalu
rakus, liar dan tidak
terkawal.

Untuk mendidik nafsu, hendaklah kita
berbicara dengannya.
Katakan pada nafsu begini: “Hai nafsu!
Aku tahu engkau itu jahat.
Tapi kalau Allah tolong aku, engkau pun
aku boleh hadapi.
Walaupun aku ini tidak tahan diuji, tapi
kalau aku diuji aku akan
berserah sahaja kepada Tuhan.”

Nafsu kalau tidak dididik, diuji,
ditekan, dikekang dan disakitkan,
dia akan berbunga. Kemudian dia akan
berbuah. Buah
nafsu ialah segala sifat-sifat keji dan
mazmumah seperti sombong,
angkuh, megah, riak, pemarah, jahat
sangka, tamak, hasad
dengki, panas baran, bakhil dan
lain-lain lagi.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu
akan jadi subur
dan iman akan jadi lemah. Iman hanya
akan meningkat dan nafsu
hanya akan tunduk melalui ujian dan
kesusahan. Itulah hikmah
Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan
iman dan melemahkan
nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah
tanda kasih sayang
Tuhan.
Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: “Apakah manusia itu mengira
bahawa
mereka dibiarkan berkata: ‘Kami telah
beriman,’ sedang
kamu tidak diuji lagi.” (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena
membaiki diri. Cara untuk
membaiki diri ialah dengan bermujahadah
dan dengan melalui
berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang
berat ataupun ringan.
Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya
hubungan kita dengan
Tuhan. Orang yang kuat hubungannya
dengan Tuhan, ujian yang
berat dirasakan ringan. Orang yang lemah
hubungannya dengan
Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.

Ujian adalah untuk orang baik dan juga
orang jahat. Untuk
orang beriman dan tidak beriman atau
lemah iman. Malahan
orang baik dan beriman lebih banyak
diuji dan lebih berat pula
ujiannya. Para nabi dan rasul adalah
mereka yang paling berat
diuji. Kemudian para wali dan
orang-orang soleh. Kemudian
orang-orang awam lain mengikut peringkat
iman yang ada pada
mereka. Orang baik diuji untuk
meningkatkan darjat mereka.

Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan
menghapuskan dosa-dosa
mereka. Kalau pun mereka bertaubat,
belum tentu diterima
taubat mereka itu tetapi ujian dan
mehnah boleh menghapuskan
dosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar
dan redha.

Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian,
kesusahan dan penderitaan.
Jalan ke neraka pula penuh dengan
kesenangan dan
nikmat. Justeru itu, menempuh dan
menjalani ujian dan kesusahan
dari Allah menjadi syarat untuk ke
syurga. Ada riwayat di
dalam hadis seperti berikut:

Setelah Allah mencipta syurga dan
neraka, maka Allah perintahkan
para malaikat pergi melihatnya.
Sekembali para malaikat,
Allah bertanya apa pendapat mereka.
Malaikat menjawab: “Tidak
akan ada manusia yang akan masuk neraka
kerana siksaannya
sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia
akan masuk syurga
kerana nikmat di dalamnya sungguh indah”.

Allah Taala kemudian memerintah para
malaikat untuk
melihat untuk kali kedua. Sekembalinya
para malaikat, Allah
bertanya sekali lagi apa pendapat
mereka. Kali ini malaikat
menjawab: “Tidak akan ramai manusia yang
dapat masuk ke
syurga. Ramai manusia akan masuk neraka.
Kerana syurga itu
dikelilingi oleh perkara-perkara yang
sungguh menyakitkan dan
menyusahkan; dan neraka itu dikelilingi
oleh perkara-perkara
yang seronok, indah dan mengasyikkan.”

Oleh itu, kalau kita diuji, itu tanda
Tuhan telah meletakkan
kita di atas jalan menuju ke syurga.
Kita patut banyak-banyak
bersyukur. Kalau Tuhan biarkan kita
lalai dan berfoya-foya dan
bergelumang dengan dosa dan noda, itu
tanda kita sedang berada
di atas jalan menuju ke neraka. Kita
patut cepat-cepat sedar dan
bertaubat.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan
kesusahan, fitrah
pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin
rasa bertuhan dan suka bersusah-
susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas
kalau disusahkan
atau disakitkan asal ia dapat rasa
hampir dan dekat dengan
Tuhan.

Apabila nafsu dapat ditundukkan dan
dijinakkan, maka fitrah
kita akan menjadi lebih berperanan. Bila
fitrah sudah berperanan
dan jiwa telah hidup, maka dia akan
terhibur dan merasa bahagia
dengan ujian dan kesusahan. Bila diuji,
dia terasa Tuhan itu dekat
dan hampir dan kuat pergantungannya
dengan Tuhan. Roh jadi
meriah dan penuh dengan zikrullah. Bila
tidak diuji, rasa bimbang
dan cemas takut-takut Allah telah
melupakan dia.

Ini berlaku kepada para sahabat. Kalau
sehari mereka tidak
diuji oleh Tuhan, mereka mula bimbang.
Kalau dua hari tidak
diuji, mereka mula takut. Kalau tiga
hari tidak diuji, mereka mula
cemas takut-takut Tuhan telah melupakan
dan tidak peduli
kepada mereka lagi.

Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh
tahu dalam diri kita
nafsu atau fitrah kitakah yang lebih
berperanan. Nafsu kitakah
atau fitrah kitakah yang lebih kuat.
Kalau kita sangat terdorong
dan terangsang dengan perkara-perkara
yang seronok, yang
mengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya,
seronok dengan dunia
dan takut dan benci kepada ujian dan
kesusahan, maka kita
sebenarnya kuat nafsu. Tetapi kalau kita
banyak terdorong kepada
akhirat, rela bersusah-payah dan
menderita kerana Allah,
tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa
manis dan indah pula
dengan ujian, maka fitrah kita sudah
berperanan. Oleh itu bermujahadah,
menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidik
nafsu sangat penting. Nafsu itu mesti
dilawan, jangan dilayan.

Baru dia akan tunduk. Kalau nafsu
dilayan, dia akan subur dan
melonjak-lonjak. Jangan beri nafsu apa
yang dia mahu (yang
haram). Beri dia apa yang dia benci
(yang baik).

Orang-orang soleh, kalau diuji, mereka
sabar dan tidak
mengadu. Sabar itu sudah tentu ada
sakitnya. Orang-orang
muqorrobbin (yang hampir dengan Tuhan),
kalau diuji mereka
redha. Redha itu kurang sakitnya kerana
ada rasa kerelaan dan
kepuasan. Orang-orang siddiqin (yang
benar) pula merasa bahagia
dan terhibur dengan ujian. Itulah
makanan bagi jiwa
mereka.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan
kesusahan, fitrah pula sebaliknya.
Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan
suka bersusah-susah kerana
Tuhan".

sama2lah kita cuba sedaya-upaya
mempertingkatkan kualiti diri kita dr
masa ke semasa......

BUAT WANITA YANG MELANGGAR FITRAHNYA...INSAFLAH WAHAI SAHABATKU

ASSALAMAUALAIKUM....
APALAH NASIB UMAT ISLAM DI MALAYSIA....DITINDAS....BANGUNLAH UMMAT SEMUA JIHAD SEBAGAI CITA...BUKAN BILA JIHAD HANYA TAU MENGANGKAT SENJATA AJA...BANYAK BENDA YANG BOLEH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI JIHAD.....MARI KITA RENUNG BERSAMA LIRIK LAGU INI...MAHASISWA MERUPAKAN ASET UTAMA MENYUMBANG KEARAH PEMURNIAN UMMAH BUKAN KITA YANG MENYUMBANG KEPADA STSTISTIK MASALAH KEBEJATAN SOSIAL....RENUNG2KAN

MESTICA - Wajah Suci

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

MESTIKA 313

MENCARI KEMANISAN IMAN BUAT MEREKA YANG BERGELAR WANITA....PEREMPUAN...AN-NISA'

"Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung". Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. "

MEMOIR SEORANG MAHASISWA

Telah lama Ku menati saat ini
Akhirnya ku temu juga
Pertemuan demi pertemuan
Bertali arus mengundang kegembiraan
Aku sedar aku hanyalah mahasiswa
Mahasiswa yang bersifat datang dan pergi
Namun hakikatnya adakah pemergianku ini di nanti?
Aku asyik dibuai keresahan,kegusaran
Dibelit rindu yang mendalam
Apakah semua ini akan berakhir buat kesekian kalinya….

Mungkin sudah tiba masanya
Aku keluar dari kepompong kegusaran
Amanah yang ku pikul tidak mampu lagi ku gendong
Pergilah wahai sayang ku
Perjuangan mu baru bermula
Jangan kau khuatir dengan langkah ku
Aku pasti akan kembali
Kembali bertemu kalian
Membawa sejuta makna

Usah kau ratapi pemergian ku ini
Usah kau simpan segala kenangan kita bersama
Ianya akan mengundang duka di dalam diri ku
Lepaskan aku wahai sahabat
Bukan niat ku untuk jauh dalam hati mu
Tapi izinkan aku menumpang seinci dilubuk jiwamu
Merintih kasihmu….Mendamba sayang mu
Biar aku bukan pilihan mu tetapi itu ketentuannya
Kehadiran ku mungkin mengundang derita
Aku tidak mahu menyusahkan tidak mampu menyenangkan

Orak langkah ku semakin terbatas
Hela nafas ku semakin pendek
Denyut nadi ku semakin perlahan
Perpisahan ini merentap seleruh nyawa ku
Ibarat terpisah Jasad dan Roh
Doaku agar pertalian ini tidak terhenti di sini
Perjalanan kita masih jauh
Rencana kehidupan harus diteruskan
Buat seluruh insan yang pernah bertakhta di
hatiku…Terima kasih …Saya SAYANG kamu

pulanglah wahai ayah ku...

Pada siapalah ingin kucurahkan segalanya
Tidak tertanggung lagi penderitaan ini
Semakin lama kian membarah
Aku gugur di dalam khayal ku
Aku tewas dalam dunia ku
Aku seakan mencari sesuatu
Sesuatu yang bukan milik ku
Masih terbungkam di lubuk jiwa ku
Apakah harus aku luahkan kepadanya
Tak sanggup…Aku tidak tegar melakukannya
Biarlah aku terus menerus merana
Menagih suatu yang tidak terjangkau dek akal manusia
Aku masih lagi di sini
Menanti saat bertaut kembali dua kasih
Yang selama ini ku tagih
Yang ingin ku raih
Namun mengundang sepi
Ayah di mana kau?
Bertapa lompongnya hidup ku
Menagih kasih pada yang sudi
Semata-mata ingin merasakan manisnya kasih seorang ayah
Tersentap jantung ku
Hati ku tertutup mati mendambakan kasih mu
Penantian ku mengundang sia
Namun jauh di sudut hati kecil ini
Aku masih lagi mengharap agar diberikan satu lagi peluang
Untuk ku tatap wajah mu
Berikan aku ruang untuk mengenalimu
Biar sedetik Cuma
Ayah apa dosa ku?
Sehingga kau tergamak biarkan ku begini?
Hidup dalam kepura-puraan
Mengemis kasih yang abadi
Aku mengemis kasih seorang ayah
Pernahkah kau merasakan itu?
Pernahkah kau terfikir bertapa seksanya hidup ku?
Aku benci insan yang bernama ayah
Aku semakin bingung
Aku penat dibuai keresahan
Aku bosan menanti kehadiran mu
Pergilah kau jauh disudut hati ku
Biar ku lontarkan rasa sayang ku pada mu jauh di lubuk jiwa
Moga derita tidak berulang
Pergilah jauh dari jiwaku……
Agar ku temu ketengan yang abadi……

Salsabila Humairah 3 April 2009
Bilik Gerakan i Rakan

BUAT SAHABAT YANG MASIH MEMPUNYAI AYAH...HARGAILAH DIA....

Pelik melihat senario disekeliling kampus saya...bukan apa ada sesetengah MAHASISWA yang sanggup herdik mak ayah depan orang ramai ada pula yang macam pijak semut tak mati....mau tidak depan mak ayah bukan main baik lagi tapi belakang ALLAH maha mengetahui.....Ada yang sanggup menghianati kepercayaan mak ayah pun ada...tidak perlu kita huraikan kerana semua sedia maklum apa yang berlaku.....pesanan saya agar kalian HARGAILAH AYAH KALIAN SEADANYA....bukan saya ingin meraih simpati sesiapa tetapi BELAJAR MENGENAL SYUKUR dengan KELUARGA yang telah ALLAH kurniakan....SAYA RASA bersyukur di lahirkan dalam keluarga yang SEDERHANA mempunyai seorang ibu yang amat memahami....tetapi saya tidak sempat menatap wajah ayah semenjak 25 tahun yang lalu sehingga kini saya masih lagi mencari di mana ayah yang terus melupakan anaknya.....ANDA PATUT LEBIH RASA BERSYUKUR KERANA ANDA MEMPUNYAI ADIK BERADIK UNTUK BERKONGSI KASIH....SAYA CUMA DIKURNIAKAN ADIK2 SEFIKRAH.....NAMUN SAYA MASIH LAGI MERASAKAN SYUKUR....WALAU DILAHIRKAN DALAM SEJUTA KEPAHITAN TETAPI ALLAH KURNIAKAN SELAUTAN KENIKMATAN YANG TIDAK TERHINGGA.....


Monday, April 20, 2009

BOOK FAIR KEMBALI LAGI

Assalamualaikum....
Sahabat2 yang lain sibuk menelaah buku kerana akan menduduki FINAL EXAM tapi Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk berkunjung ke PWTC untuk mencari bahan ilmiah yang selama ini dicar...Segalanya ada...nak yang fesyen macam mana bahan bacaan?Yang mula daripada PICISAN sampailah ILMIAH semua ada...apa yang menyedihkan ramai orang IALAM lebih cenderung dengan BACAAN PICISAN....nak buat macam mana dah jiwa remaja....CICIK DIDINDING mula menyampuk.....ada pula macam tu....kita ni semasa hayat nilah nak menuntut ILMU biar cara tidak formal pun tapi HARUS BERGURU...TAKUT2 berguru dengan syaitan pula...kan payah dibuatnya....FIKIRLAH mana yang terbaik buat kalian....SEKADAR renungan BUAT DIRI dan mereka yang menghargai NIKMAT ALLAH

Thursday, April 16, 2009

SAKIT KEPALA

Assalamualaikum....
Bertemu kembali.....
Bukan apa...cuma gusar dengan apa yang melanda UMAT ISLAM tak kiralah dia BANGSA apa pun...Ada yang akan kata....akak cakap jer banyak tapi tak buat apa pun...Adik kalau kita sebar kat orang itu bukan nak membantu namanya itu MENCAPUB (MENCARI PUBLISITI) apa impaknya pada umah....HUHUH bahaya...

Yang kecanduan cinta satu masalah...dia dah tak kira siang ke malam sama je...bukan dia kira...apa yang pasti dunia milik mereka berdua...terkadang kesian juga tengok adik-adik,abang-abang,kakak-kakak jadi WALPAPER kat kawasan yang tak sepatutnya..
Banyak lagi masalah marilah sama-sama kita tangani masalah ni

Monday, April 13, 2009

PEPERIKSAAN DATANG LAGI

Assalamualaikum...
Musim Peperiksaan datang lagi...kegusaran melanda....bukan gusar nak exam tu tapi apa yang saya gusarkan akan lahirlah ramai pendakwah yang akan mengasingkan antara dakwah,islah dan juga akademik.Bagi mereka exem utama...tengok kan dah cacat fahaman akidah kat situ...kang kita cakap dia bagi banyak hujah pula...last2 nampak banyak yang guna logik akal daripada berlandaskan islam...itu baru satu masalah...belum dapat result lagi...dah dapat result lain pula ceritanya...

Ada yang menjadikan antara dakwah dan akademik macam jongkang jongkit...mana taknya kalau result gempak berdakwah bila Allah uji sikit mula melatah mula salahkan aktiviti dakwah.Bukan saya kata saya yang terbaik... tidak... tapi cuba kaji balik bukankah semuanya datang dari Allah... kalau Allah izinkan insyaallah...tapi kalau Allah tak bagi maka adalah hikmahnya...

Sekarang kita tak nampak tapi Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya...
Apapun SELAMAT MAJU JAYA untuk PEPERIKSAAN...MOGA ALLAH merahmati kalian.... FIKIRKANLAH apa yang cuba disampaikan....
ALLAH MAHA BERKUASA

Wednesday, April 8, 2009

AURAT KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Assalamualaikum......

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

59] Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sudah jelas dan tidak perlu ada pertikaian kenapa nak tutup aurat...
Ini HUKUM ALLAH yang UMAT ISLAM tak pernah nak ambil PORT alasannya KOLOT, DOUBLE STANDARD, KAMPUNG, TAK STYLO apa lagi? Sibuk nak tunjuk badan yang sekeping, yang ada banyak tayar spare nak buat apa?Orang bukan nak tengok sangat pun...tapi dia akan jadi bahan umpatan jer...tengak pendekatan yang simple...AURAT KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA...yelah mana tak samanya bila nampat aurat orang kita mengata,mengumpat tak dapat saham sama?Kalau dapat REWARD POSITIF takpa ni lain pula ceritanya....

Kenapalah yang kita ni susah sangat nak BERTAUBAT...bukan TAU BUAT....tutup aurat tu tak susah pun... FIKIR MASAK-MASAK NAK SUSAH KAT DUNIA ATAU SUSAH KAT AKHIRAT NEGARA ABADI? KENA CAMPAK MASUK NERAKA....sekarang kita boleh perlekeh lagi...mungkin ada yang kata PANDAI2 JE TAKUT2KAN ORANG MACAM DIA PERNAH MASUK NERAKA YANG TAU SANGAT CALTURE KAT SANA? Wahai adik2 sekalian...memang tak pernah pergi tapi ALLAH dah tinggalkan MANUAL pada MAKHLUK dia jangan sibuk duduk baca tapi tak faham apa pun....ada juga suara yang menyampuk katanya apa OI KAKAK ITU BUKAN BAHASA KITA MANALAH FAHAM...BACA SUDAH...ADOIAI...MACAM BAGUS KAKAK NI....Wahai adik sekarang kan ada TAFSIR dalam Bahasa Melayu kalau tak faham guna Bahasa Indonesia...yang pelik tengok cerita yang bukan bahasa ibunda faham pula...ada yang menangis2...tapi bab AURAT, AKHLAK letak tepi....

Marilah kita fikir bersama2...bukan kerja INDIVIDU tetapi SEMUA


Saturday, April 4, 2009

MAHASISWA NADI PEMIKIR

Assalamualaikum Salam pertemuan
Berjumpa lagi buat kesekian kalinya
Mahasiswa...adakah sekadar namanya yang gah menyebabkan kita golongan mahasiswa hanyut di buai rasa selesa dan alpa? MAHASISWA merupakan golongan intelek...ilmuwan...pemikir....namun sekadar nama....Itu yang acap kali saya tegaskan apa ada pada nama?Jika sekadar kita menggunakan nama yang baik maksudnya namun langsung tidak dihayati apalah maknanya? Mahasiswa bukan sahaja beperanan DI ALAM KAMPUS malah bersifat GLOBAL...haaaaa tengok bukan hanya ISU GLOBAL yang di hilightkan....Jangan kata kita ni duduk di kampus sekadar bangun pagi pi kuliah makan menelaah tidur....tak bosan ke?Result teruk salahkan orang lain...tulah orang kita...Cubalah buka minda tu sikit pikir masalah UMMAH bukan sibuk kita jer... banyak benda kita boleh buat mahu dengan tak je...JANGAN JADI TIN KOSONG KETUK BUKAN MAIN LANTANG TAPI KOSONG DAN BERKARAT....BIARLAH JADI UBI BERISI....POKOK UBI TU KITA NAMPAK TAPI PERNAH KITA NAMPAK UBINYA?TAK tapi hasilnya?Macam-macam boleh buat...Renungkan....

Thursday, April 2, 2009

PIMPINAN KERAJAAN BARU MALAYSIA

Assalamualaikum
Adakah PIMPINAN BARU yang diterajui oleh PM ke 6 mampu melahirkan GOLONGAN PEMIMPIN yang benar-benar mengikut kepada ciri-ciri TERAJU KEPIMPINAN yang digariskan oleh Islam?Teringat saya dengan kata seorang sahabat yang lebih kurang maksudnya, YANG DI BAWAH JENGAH-JENGAH DI ATAS, YANG DI ATAS AMBIL TAHU TENTANG YANG BAWAH..PASTINYA AKAN WUJUD KESELARASAN DALAM BERORGANISASI...Nah kan cantik kalau semuya berperanan dengan baik....TANPA PERLU MEMIKIRKAN KEPENTINGAN SENDIRI...PENYALAHGUNAAN KUASA....MACAM-MACAM LAGILAH KORUPSI YANG CUBA DI JENAMAKAN SEMULA AGAR DAPAT MENGABURI GOLONGAN YANG CERDIK DALAM BODOH....Maaf andai terasa....TAPI INI REALITI YANG HARUS KITA TERIMA.....Ibarat kata KITA TAK MAHU TAPI MEREKA NAK BAGI....BAGI BUKAN KOSONG ATAU SANTAI-SANTAI TAPI BERISI....ISI APA PULA?JANGAN BUAT TAK FAHAM PULA....ALAH HABUAN LAH...
Tengok apa dah jadi dengan generasi ISLAM kita?Saya tidak merujuk kepada KAUM kerana saya ANAK PERANAKAN yang BERAGAMA ISLAM apa yang penting adalah ISLAM....Apalah gunanya kita mempergunakan status kaum yang kononnya untuk membantu,meringankan beban tapi akhirnya masuk dalam poket sendiri atas tiket kepentingan individu....ABANG...KALAU PERIUK KITA KECIK JANGN MENGHARAP NAK KERAK SETEBAL KAWAH PULA...UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI...ORANG TUA-TUA DULU DAH LAMA PESAN...Kita je yang buat tak faham konon OUTDATED....lucu orang MELAYU ni. Tak takut dengan HUKUM ALLAH ke? Cuba selak Al-Quran surah Al-Mulk ayat 6 - 12....pasal neraka yang ALLAH dah highlight....tak takut ke?Jangan suka perlekeh hukum ALLAH...
Memang sekarang kita tak rasa...tapi INGAT BALIK SEJARAH KAUM terdahulu sebelum TURUNNYA AL-QURAN....SEBELUM RASULULLAH SAW di utuskan sebagai RASUL TERAKHIR....apa dah jadi dengan kaum NABI NUH...NABI MUSA....macam-macam bala. Fikirkan RAKYAT di bawah ni...takut-takut manifesto yang ditabur hanya untuk menyedapkan hati je...tapi bila berlaku, dia yang sepah bantuan...pi dok sedekah kat kroni masing-masing...
JANGAN SAMPAI ISLAM DIHINA DAN DULUDAH OLEH KERANA KITA MEMILIH PIMPINAN YANG LANGSUNG TAK FAHAM ISLAM....wassalam....
FIKIR DAN TERUS BERFIKIR

SEDU SEDAN

Assalamualikum....
Lama tidak ketemu....
Andai salah tutur kata maaf dipinta...tidak berniat untuk menyindir atau memperlekeh... sekadar teguran dari sahabat buat sahabat....
Wahai Teman,
Sedarkah kalian ramai dikalangan kita dirundung duka?Bukan duka ditinggal kekasih namun duka dirundung JAUH DARI CAHAYA IMAN...CAHAYA ISLAM....Apa peranan kita? Adakah cukup sekadar kita kobarkan semangat jihad? Atau sekadar mengajak tetapi tidak mempeduli? Adakah ini yang ISLAM ajar? Ramai sahabat kita jauh dari ALLAH namun dekat dengan PERKARA YANG MELALAIKAN....Pelbagai usaha telah dibuat namun menemui JALAN BUNTU.....Saya tidak mampu merubah manusia tetapi hanya mampu menadah tangan agar doa kudusku di makbulkan Allah....Bagaimanalah agaknya ye generasi kita 5 tahun akan datang? Mampukah kita mewujudkan DAULAH ISLAMIYYAH? Kita sibuk canang merata kata ALLAH tak bagi hidayah kat kita...sibuk pesongkan pemikiran orang....tapi pernah tak kita fikir apa yang kita cakap? Macam mana ALLAH nak kurniakan sesuatu kalau kita sendiri pun tak berusa menuju ke arah itu? MENUJU KEJAYAAN YANG PASTI...MENAGIH CINTA YANG PASTI...BERSANDAR PADA KEKASIH YANG SANGGUP DENGAN KITA SUSAH PAYAH JERIH PEDIH.....SIAPA LAGI?PASTINYA CINTA ALLAH YANG KITA NAK TAGIH...KITA NAK RAIH....Tapi apa yang berlaku sekarang?REMAJA LEBIH GEMAR BERPELESERAN DARIPADA MENUNTUT ILMU.....Aduhai kak saya ni sekolah takat UPSR je nak masuk universiti nak jadi mahasiswa manalah layak....NYARIS SEDAR diri....orang macam ni yang survive nak hidup...kadang-kadang orang macam ni lagi rapat dengan ALLAH....DIA SEDAR ASAL USUL...Yang kita ni....MAHASISWA KONON...ADA ILMU...BUKU TEBAL MENGALAHKAN MONUMEN DAN ARTIFAK SEJARAH....tapi hidup kita kenapa memanjang tak tenang? MEMANJANG TAK CUKUP MASA....Nak kata pi menebang atau bersawah idak pula...yang kita tau...kita nampak...PAGI...PETANG...MALAM berkepit dengan buku...MASA UNTUK ALLAH susah nak nampak..Eh akak cakap elok sikit menuntut ilmu tu ibadah juga tau..Amboi bukan main dia berhujah...pandai juga...tapi AKIDAHnya kemana? Marilah kita sama-sama renung dan perbetulkan salah kita...AGAR ISLAM TIDAK DIFITNAH KERANA SALAH KITA ORANG YANG BERILMU TAK MENYEDARKAN SAHABAT YANG LAIN....
WALLAHHU'ALAM